You are on page 1of 70

Alatan Tangan Dalam

Kerja Kayu

MOHD ALI BIN JEMALI
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM,
JOHOR BAHRU
Isi Kandungan

1. Penghargaan 3
2. Pengenalan 5
3. Alatan Menanda dan merancang tanda 6
4. Alat mengapit dan menyangga 19
5. Alat memotong dan menajam 26
6. Alat menukul dan memutar 61
7. Kesimpulan 68
8. Lampiran 69
9. Rujukan 71
ALATAN TANGAN
DALAM
KERJA KAYU
1. PENGENALAN
Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu
dapat dikelompokan kepada :-

1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda
1.2. Alat mengapit dan Menyangga
1.3. Alat Memotong
1.4. Alat Memukul dan Memutar
1.5. Alat Menajam
ALAT MENANDA
DAN
MERANCANG TANDA
1.1. Alat Menanda dan Merancang
1.Pembaris Keluli

Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon
tinggi yang tahan karat dan keras.Permukaan pembaris
keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan
milimeter (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan
1000 mm.Lihat rajah 1 di sebelah :

Rajah 1 : Pembaris keluli
a)Kegunaan alat ini ialah :-
-mengukur dan memindahkan
-membina garisan lurus pada
permukaan
-menguji kerataan permukaan
Rajah 1(a) : Mengukur panjang
b) Cara menggunakan pengukur
keluliadalah seperti yang
berikut.Lihat.Rajah !(a),(b) ( c) di
sebelah.

Rajah 1(b) : Menguji Kerataan

Rajah 1( c ) :Membina Garisan Lurus
2.Sesiku L
Bahagian lengan atau mata sesiku L
diperbuat daripada keluli yang
tahan.Manakala bahagian badannya
diperbuat daripada kayu keras atau
keluli. Sesiku L biasanya bersaiz 20
cm.Pada mata ditandai dengan ukuran Rajah 2 : Sesiki L
sentimeter dan inci.Lihatrajah 2 di sebelah.

a)Kegunaan Sesiku L
-menguji sesuatu permukaan bersudut
tepat dan kerataan permukaan kayu
-menguju kepersegian kayu
b)Cara-cara menggunakan Sesiku L
adalah seperti berikut. Lihat Rajah 4 di
sebelah.
Rajah 3(a),3(b) : Mengukur Sudut
i.Menguji tepi yang bertsudut tepat
ii)Menguji Kerataan kayu Dan Kerataan.
3.Pita Pengukur

Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita
pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0
meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang
pendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan
untuk memindahkan ukuran. Lihat Rajah 3 di bawah.

Rajah 3 : Pita Pengukur
4.Pisau Penanda

Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli
khas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong
dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah.

Rajah 4 : Pisau Penanda
5.Pensil Tukang

Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk
segiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan
merancang tanda.
6. Pembaris Lipat

• Pembaris lipat dibuat
daripada kayu keras yang
boleh dilipat.Rajah 5 di
sebelah.
• Hujung pembaris ini
diperkuatkan dengan loyang
supaya tahan lasak.
• Saiznya berbeza-beza
daripada 90 sm hingga 480
sm Rajah 5 : Pembaris Lipat
• Pembaris lipat berfungsi
sebagai alat pengukur atau
memindahkan ukuran ke
benda kerja yang sedang
dibuat.
7.Aras Spirit.

Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Ia
dperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua
mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit
atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanya
diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah.

Rajah 6 : Aras Spirit
8.Sesiku Serong Boleh Laras.

Bentuk badannya serupa dengan
sesiku ‘L’ melainkan matanya tidak
dipasang tetap.Ia digunakan untuk
menadakan atau menguji sesuatu
garisan yang sudutnya lain daripada 45° Rajah 7 : Sesiku Serong Boleh Laras
darjah dan 90° darjah.Lihat rajah 7.

9.Sesiku Bergabung

Badan dan mata diperbuat daripada
keluli.Manakala matanya boleh
dilaraskan atau diubahsuaikan
kedudukan pada badannya.Badannya
mempunyai satu muka yang bersudut
90°dan mukanya yang lain bersudut
45°dengan matanya.Lihat rajah 8.
Rajah 8 : Sesiku Bergabung
10.Tolok Penanda

Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan
dan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok
penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam
Puting(dua mata). Lihat rajah 9 di bawah.

Rajah 9 : Tolok Penanda
a)Kegunaan Tolok Penanda.
-Tolok penanda digunakan untuk
menandai ukuran tebal atau lebar kayu.
-Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai
dengan garisan selari dengan
iras kayu yang dibuat pada sisi atau
permukaan kayu.
Rajah 9(a) : Tanda Tebal kayu
-Garisan ini menunjukkan tebal atau
lebar kayu dalam ukuran yang
seragam.Cara menanda tebal kayu,garisan
selari dibuat pada sisi kayu Lebar
kayu,garisan selari dibuat pada permukaan
kayu

Rajah 9(b) : Tanda Lebar kayu
b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda.
1.Longgarkan skru tangan,Laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang
dikehendaki.Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.Lihat rajah 10
bawah.
2.Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak
rapat ke sisi atau permukaan kayu.
3.Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak.
Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk
membentuk garisan kerja

Rajah 10 : Cara menanda
11. Tolok Bersengat.
Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dan
kedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untuk
membuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung.

Rajah 11 : Tolok Bersengat
ALAT MENGAPIT
DAN
MENYANGGA
1.2.Alat Mengapit dan Menyangga

Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau
kerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit
dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya
aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Peralatan ini direkebentukkan khas untuk jenis
pemasangan yang tertentu.Antara peralatan untuk kerja
mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, Apit F, Apit
panjang,Apit Rencong,Kakaktua dan lain-lain lagi.
a. Ragum Meja
1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam(Lihat Rajah 12 di bawah).
2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium)
untuk menjaga permukaan kerja.
4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya
dikerjakan.
5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.

Rajah 12 : Ragum Meja
b. Apit G dan Apit F
1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.
2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian
rahang.
3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :
-mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
-memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi
permukaan benda kerja yang diapit.Lihat rajah 13 di bawah.

Rajah 12 : Apit G dan Apit F
d. Apit Panjang

Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium
dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter,
dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan
tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak
dicantum atau diglukan. Sila lihat rajah 14 di bawah.

Rajah 13 : Apit Panjang
e. Apit Rencong

Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi
tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian
kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau
dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.
Lihat rajah 15 di bawah.

Rajah 14 : Api Rencong
f. Kakak Tua

Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku,
memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya
bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri
daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.

Gambarajah 15 : Kakak tua
ALAT MEMOTONG
DAN
MENAJAM
1.3 : Alat Memotong dan Menajam

Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk
menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang
dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji
kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji
lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat
ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam
kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah,
dan ketam golek.
a. Jenis-jenis Ketam
Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam
bengkel.Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses
membuat kerja kayu dan perabut ialah:
1.ketam kasar
2.ketam pelicin
3.ketam golek
4.ketam lurah
5.ketam pangkas
6.ketam tetingkat
7.ketam pancaguna
8.ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
1.Ketam Kasar
a-Ketam Kasar
-Terdiri daripada jenis kayu atau logam
-Digunakan untuk mengetam permukaan kayu osecara kasar
kepada saiz yang diperlukan dengan cepat
-Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam
semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.
-Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
2.Ketam Pelicin
-Sebagaimana juga ketam kasar, badan
ketam pelicin juga ada yang
diperbuat daripada logam dan kayu.
-Badannya terdapat yang berukuran 203-
228 mm.
-mata keluli yang tajam dan lurus selebar
37 mm hingga 62 mm.
-Kegunaannya ialah untuk mengetam
permukaan kayu selepas diketam dengan
ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.
3. Ketam Tetingkat
 Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada
tepi atau hujung kepingan kayu.
 Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
 Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti
ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata
hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
4.Ketam Pangkas
 Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu
secara melintang ira.
 Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay
kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti
menyediakan kumai serong.
 Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan
lebarnya 50 mm.
5.Ketam Lurah
 Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi
membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan
jarak yang tertentu dari tepi kayu.
 Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh
dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.
6. Ketam Golek

 Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan
kayu kecil yang cembong.
 Ketam ini diperbuat daripada logam.
 Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
7. Ketam Pancaguna

 Ketam ini besar dan berat.
 Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah
 Ketam ini diperbuat daripada logam
 Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
Jenis-jenis ketam
b.Jenis-jenis Gergaji
Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji
untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis
gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gaji
belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat.
Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk
giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari
hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa
jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah:

10. Gergaji Kerat
11. Gergaji Belah
12. Gergaji Puting
13. Gergaji Lengkung Halus
14. Gergaji Bajang
15. Gergaji Tebok
16. Gergaji Ekor Tikus
1. Gergaji Kerat
 Gergaji kerat digunakan khas untuk
mengerat kayu secara melintang ira
kayu.
 Gergaji kerat mempunyai gigi
berbentuk pisau di hujungnya dan tepi
hadapannya bersudut antara 70
darjah-80 darjah kepada garisan
giginya.
Rajah : Gergaji Kerat
 Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi
nya antara 5 hingga 9 batang bagi
setiap 25 mm.
 Gergaji kerat biasanya panjang antara
550 mm – 700 mm.
 Lihat rajah di bawah yang
menunjukan saiz dan bilangan gigi
.
2. Gergaji Belah
 Gergaji belah digunakan khas untuk
membelah kayu yang telah
digergajikan mengikut atau selari
dengan ira kayu.
 Gergaji belah mempunyai gigi yang
berbentuk serupa dengan mata pahat
dan tepi hadapannya bersudut tepat
denagn garis giginya.
 Gergaji belah mempunyai bilangan gigi Rajah : Gergaji Belah
antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25
mm.
 Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu
jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis
besar
 Penggunaan gergaji ini bergantung
kepada ketebalan kayu yang hendak
dibelah.
 Panjang gergaji kerat ini ialah antara
600 mm hingga 700 mm.
Cara-cara menggunakan gergaji
tangan

3. Condongkan gergaji 45°daripada
benda kerja apabila mengergaji
belah.
4. Condongkan gergaji 60° daripada
benda kerja apabila mengergaji
kerat.
3. Gergaji Puting
 Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh
jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya.
 Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk
memotong kayu-kayu yang kecil.
 Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan
gergaji puting.
 Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil
anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.
 Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam
seperti membuat puting dan lain-lain.

Rajah : Gergaji Putting
4.Gergaji Lengkung halus

 Gergaji ini mempunyai
mata yang sangat halus
dipasang pada bingkai
logam yang tegak.
 Panjang matanya ialah
150 mm.
 Gergaji lengkug halus ini
digunakan untuk
membuat lengkung yang
sempit pada papan nipis
pada bahagian dalam
dan luar.
5. Gergaji Bajang
 Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi
lebih kecil.
 Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
 Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang
pemasangannya lebih ketat dan tepat terutama dalam
membuat

Rajah : Gergaji Bajang
6. Gergaji Tebok
 Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.
 Panjangnya 300mm hingga 450 mm.
 Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda
kerja yang lurus dan melengkung di bahagian
dalam.
7. Gergaji Ekor Tikus

 Mata gergaji tekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.
 Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.
 Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200
mm hingga 400 mm.
 Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerta benda kera yang
lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempait.
c. Jenis-Jenis Pahat
Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-
pahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat
sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada
keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat
daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk

Pahat-pahat tersebut ialah :
• Pahat Pelubang (Kerja Kasar)
• Pahat Parut (Kerja halus)
• Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam
• Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar
1. Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh

ii. Pahat Pelubang dibuat dengan
matanya yang tebal supaya tahan
diketuk dengan gandin semasa
membuat lubang atau kerja-kerja
kasar.
iii. Sudut menajamkan mata
menggunakan batu asah pula
antara 30° hingga 35°.
iv. Semasa mencanai matanya mestilah
bersudut 20° hingga 25°.Lihat rajah
di sebelah
2. Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong
i. Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat
ini adalah serong pada bahagian tepinya serta
serongan itu adalah lebih panjang dan
nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan
nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan
ianya tidak sekuat pahat pelubang.
ii. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm
iii. Sudut menajamkan mata pahat ini ialah
25°.Manakala untuk menajamkan
menggunakan mesin pencanai pula ialah 20°.
iv. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut
seperti mengemaskan tanggam dan acuan
yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.
v. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat
ini.
3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam
i. Pahat jenis ini biasanya
digunakan untuk mendapat
permukaan yang melengkung
ii. Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm
hingga 40 mm

3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar

i. Pahat jenis ini biasanya
digunakan untuk membuat lurah
tepat.
ii. Ia sesuai membuat lengkung
dalam kerja ukir-mengukir.
iii. Matanya bersaiz antara 3mm
hingga 40 mm.
Gambar rajah : Jenis-jenis pahat
Gambarajah : Cara mengasah pahat
ALAT MENUKUL
DAN
MEMUTAR
1.4. Alatan Menukul Dan Memutar
Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis
Alatan.Peralatan-peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada dua
Bahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan Memutar.
D. Alat Menukul :
v. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
vi. Tukul Besi Warrington
vii. Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
viii. Gandin
ix. Pembenam Paku

B. Alatan Memutar :
xii. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
xiii. Gerudi tangan
xiv. Gerudi Giarsala
A. Alatan Menukul
i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
-Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi
dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah
-Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.
-Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg
-Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
i. Tukul Besi Warrington.
 Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
 Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang
di celah jari.
 Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya
ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg
merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.
 Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta
menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan
bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit
iii.Gandin

 Gandin kayu digunakn
untuk memahat dan
memasang atau
menanggalkan tanggam.
 Kepala gandin berbentuk
selinder atau segi empat .
 Gandin diperbuat
daripada kayu keras.
B.Alat Memutar

Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang
antaradua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikut
arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.

1.Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip
-Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.
-Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung
samada kepala atau Philips.
-Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.
-Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik.
-Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkan
skru.
2.Gerudi
Gerudi terdiri daripada dua jenis :
-Gerudi bergear lebih ringan
-Gerudi jenis gear sal(engkol)
Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja
melubang
Terdapat beberapa jenis mata antaranya
-Mata tengah
-Mata terlaras
-Mata paku
-Mata pulas
-Mata Froster
-Mata Pelubang benam
a. Gerudi tangan
• Gerudi tangan digunakan untuk
membuat lubang yang berdiameter
tidak melebihi 8 mm.
• Bahagian utama gerudi ialah hulu,
pemegang tepi, tangkai engkol, piring
gear, pinion, bindu, dan rahang.
• Gerudi tangan digunakan bersama
mata gerudi pintal.
• Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm
hingga 12.5mm.
• Ia boleh membiuat lubang pada kayu
dan logam.
• Semasa mengerudi logam, mata
gerudi hendaklah dibubuh minyak
untuk mengelak mata panas dan
terbakar.
b. Gerudi Engkol
• Gerudi engkol digunakan untuk
menebuk lubang pada kayu.
• Saiznya ditentukan pada hayunan
pemegangnya.
• Bahagian utamanya ialah kepala,
pemegang, rangka, cincin sesondol,
gear sehala, bindu, dan rahang.
• Gerudi engkol digunakan bersama
mata gerimit.
• Saiz mata gerimit adalah lebih besar
jika dibandingkan dengan mata gerudi
pintal.
• Ia tidak boleh membuat lubang pada
logam.
3. Senggerek

• Senggerek digunakan untuk membuat
lubang kecil pada kayu.
• Untuk membuat lubang, pusingkan mata
senggerek ke kanan dan ke kiri sambil
menekan.
1.5 Alat Menajam
1.5.1 Kikir Menajam
Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu
tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan
melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja.
Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan
yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat.
Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu.
Antaranya ialah :
• Kikir Pipih Tirus
• Kikr Pipih Kasar
• Kikir Belah Rotan
• Kikir Bulat
• Kikir Segi Empat sama
• Kikir Segi Tiga
• Kikir Pipih Nipis
• Kikir Bentuk Pisau
a. Kikir Pipih Tirus
Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan
berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.
Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar,
halus dan sangat halus.
Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi
lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk
selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus.

b. Kikir Pipih Kasar
Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.
Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.
Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.
Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.
c. Kikir Belah Rotan
Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah
siap.
Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.
Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.

d. Kikir Bulat

Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.
Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.
Bentuk giginya lurus dan bersilang.
Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat
dan lubang melengkung.
e. Kikir Segi Empat Sama
Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.
Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang
yang berbentuk segi empat secara kasar.
Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi
empat.

f. Kikir Segi Tiga
Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat.
Mata gigi kikir ini bersilang.
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang
bersudut.
Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
g. Kikir Pipih Nipis
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Gigi kikir ini berbentuk silang.
Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.
Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada
keseluruhan panjang.
Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm.

h. Kikir Pipih Nipis

Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada
mata gergaji.
Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.
Rajah : Kikir
Kesimpulan.

Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberi
pendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul.
Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di
sekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahaman
yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan.
Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan
tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan
kerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama dan
fungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepada
kami tentang fungsi alat kerja tangan.
lampiran
Gambarajah Gambarajah : Gandin
:Gerimit

Gambarajah : Gerudi tangan Gambarajah : Pemutar Skru
Bahan Rujukan
Asnul Dahar bin Minghat, Anuar bin Mohamad (2004). Teknologi
Kayu, Skudai : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,UTM.
Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras
dan KMT) : Sasbadi, Petaling Jaya.
Walton, John. (1971), Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Lazim Zakaria (2001). Bahan dan Binaan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.