You are on page 1of 6

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 3)
1





Bahagian A

[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

[10 markah]




1. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar di bawah.





















Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 3)
2



BAHAGIAN B

[ Masa yang dicadangkan : 40 minit]

[ 30 markah]




Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.


1. Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan temasya sukan tahunan.

Tuliskan laporan tentang temasya sukan tahunan tersebut.



ATAU



2. Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk " Cara-cara Menjaga Keselamatan di
Jalan raya ”.



ATAU




3. Kamu dan rakan-rakan menyertai perkhemahan unit beruniform. Salah seorang ahli
kumpulan kamu telah tercedera.

Ceritakan tindakan kamu.







Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 3)
3

BAHAGIAN C
[ Masa yang dicadangkan : 20 minit}
[ 20 markah]

Tulis beberapa nilai / pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.


Fatin : Wah, cantiknya burung ini! Sejak bilakah awak memeliharanya?

Huda : Baru dua minggu. Saya menemui burung ini di bawah sebatang pokok
ketika pulang dari sekolah. Saya kasihan melihat burung ini. Burung ini
tidak boleh terbang lalu saya membawanya pulang.

Fatin : Sayapnya lukakah Huda?

Huda : Ya. Saya telah membubuh ubat pada lukanya itu. Tidak lama lagi tentu
lukanya akan sembuh.

Fatin : Keluarga kamu tak marah kamu membawa burung ini pulang?

Huda : Tidak. Sebaliknya, ayah saya telah membelikan sebuah sangkar dan
makanan untuk burung ini.

Fatin : Sangkar burung ini sangat bersih.Rajin kamu membersihkannya.

Huda : Bukan saya sahaja yang membersihkannya. Kami sekeluarga bergilir-gilir
membersihkannya.

Fatin : Seronoknya kalau saya juga dapat memelihara burung seperti awak.

Huda : Saya memelihara burung ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Apabila
lukanya sembuh, saya akan melepaskannya.

Fatin : Eh, mengapa pula?

Huda : Saya tidak sanggup mengurungnya dalam sangkar. Biarlah dia hidup bebas.

Fatin : Baik sungguh hati awak, Huda.

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 3)
4




SKEMA JAWAPAN – BM 012 – SET 3

BAHAGIAN A

Idea cadangan

 Bergotong-royong membersihkan kelas
 Mengelap tingkap dan meja
 Membersihkan papan hitam
 Menyusun meja
 Menyediakan makanan
 Jamuan selepas aktiviti berakhir

 Terima mana-mana idea yang berkaitan





BAHAGIAN B

Soalan 1

- Tajuk

- Pendahuluan
-tarikh
-hari
-masa
-tempat
-perasmi

- Isi

-persiapan

-kehadiran jemputan
-atur cara : ucapan
persembahan padang/senamrobik
perbarisan
acara sukan – berlari, sukaneka
-pemenang menerima hadiah
-ibu bapa merakamkan gambar
-pengumuman olahragawan / olahragawati
-pengumuman johan rumah sukan
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 3)
5


- Penutup

-mengemas khemah
-perasaan / harapan

- Tandatangan , tarikh


Lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima.

Soalan 2

- Pendahuluan
-kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya

- Isi
-mematuhi isyarat jalan raya
-mematuhi peraturan jalan raya
-melintas di tempat yang disediakan (jejantas , lintasan zebra)
-berjalan di laluan yang betul dan selamat
-memakai topi keledar
-memakai tali pinggang keledar

- Penutup
-harapan
-cadangan

Lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima.


Soalan 3

- Pendahuluan
-aktiviti
-tempat
-peserta terlibat

- Isi
-punca rakan tercedera
-menyedari kejadian dan bertindak
-mengarahkan rakan lain memberitahu guru penasihat
-menenangkan perasaan rakan
-mencuci luka
-menghentikan pengaliran darah
-mengambil peti kecemasan
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 3)
6

-membubuh ubat
-membalut luka
-guru datang – bawa ke hospital
-temankan rakan yang cedera ke hospital
-menghubungi ibu bapa rakan

- Penutup
-ibu bapa rakan datang
-rakan tidak mengalami kecederaan yang serius
-rakan dan ibu bapa mengucapkan terima kasih
-perasaan / pengajaran peristiwa

Lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima.





BAHAGIAN C

Nilai murni / Pengajaran

- belas kasihan
- bertanggungjawab
- prihatin
- rajin
- bekerjasama
- berperikemanusiaan
- kebebasan
- baik hati