LAMPIRAN 1

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN PROJEK

PROGRAM: PISMP Pegajian Melayu Sekolah
Rendah
NAMA PELAJAR:
KOD DAN NAMA KURSUS: BMM 3033
Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
SEMESTER:

TARIKH MULA: 26 JUN 2014 TARIKH HANTAR: 26 JULAI 2014

Hasil Pembelajaran :
1. Menghurai konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian;
2. Menjelaskan aras taksonomi Bloom, dan domain aras Krathwohl;
3. Membina jadual spesifikasi ujian, soalan ujian Bahasa Melayu dan analisis item
4. Merancang dan membina instrumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mata pelajaran
Bahasa Melayu;
5. Mengaplikasi kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu
Kerja kursus ini menangani Hasil Pembelajaran 2 dan 3
Objektif Projek
1 Membincangkan perbezaan taksonomi Bloom dan domain Krathwohl

2. . Menganalisis satu set soalan peperiksaan Bahasa Melayu sekolah rendah bagi
peperiksaan akhir tahun dari segi aras kesukaran / kognitif Taksonomi Bloom
Bincangkan kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut

3 Sila bina 12 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar
anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 2 soalan untuk setiap aras iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Tugasan 1 (20%)
Membincangkan perbezaan taksonomi Bloom dan domain Krathwohl
Tugasan 2 (80%)
1 . Menganalisis satu set soalan peperiksaan Bahasa Melayu sekolah rendah bagi
peperiksaan akhir tahun dari segi aras kesukaran / kognitif Taksonomi Bloom.
Bincangkan kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut

2 Sila bina 12 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar
anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 2 soalan untuk setiap aras iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

LAMPIRAN 1
Prosedur:
1. Tugasan ini ialah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugas adalah seperti yang berikut:
3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet

4. Esei harus menunjukkan keaslian,kematangan dan bermutu ilmiah.

4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan.

5. Panjang tugasan antara 7 hingga 10 muka surat (lebih kurang 1500 patah
perkataan) tidak termasuk graf, jadual ,lampiran ,bibliografi

6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

7. Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format yang berikut :

7.1 Tugasan diserahkan dalam bentuk ’ hard copy’.

7.2 Hasil tugasan perlu dijilidkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah
dilengkapkan dengan maklumat yang berikut:

i. Nama Guru Pelatih
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan/Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. tajuk Tugasan Projek
vii. Nama Pensyarah Akademik
viii. Tarikh hantar


8. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah
disertakan dalam lampiran.

9. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.





LAMPIRAN 1
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria - kriteria berikut:
1. Esei Reflektif
 Kefahaman yang menyeluruh
 Refleksi yang kritis ke atas pengalaman
 Penilaian maklumat secara kritis
 Sintesis daripada perspektif yang pelbagai
 Format dan organisasi esei yang jelas dan koheren
 Rujuk daripada sumber akademik yang luas
 Penulisan esei menggunakan bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap
 Perkembangan hujah yang analitik dan matang

2. Menganalisis dan membina satu set soalan peperiksaan Bahasa Melayu sekolah
rendah

 Mengikut garis panduan membina item ujian objektif yang betul.
 Idea dipersembahkan dengan jelas dan berfokus
 Ilustrasi yang dapat meningkatkan kualiti persembahan idea
 Kefahaman yang mendalam tentang pembinaan soalan dan aras kesukaran / kognitif
Taksonomi Bloom.
 Rujuk daripada sumber akademik yang luas


Kriteria Pemarkahan
Tugasan ini akan diperiksa berdasarkan rubrik yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

(HJ MOHAMAD ZAKI HJ SHAMSUDIN) (EN. AHMAD FAZIL BIN ZAINAL ABIDIN)
Penyelaras Kursus Pentaksiran BM SR Pakar Bidang (SME) Bahasa Melayu
Jabatan Pengajian Melayu Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tuanku Bainun IPG Kampus Tuanku Bainun

Disahkan oleh:

(EN. OTHMAN BIN AHAMAD)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tuanku Bainun Bukit Mertajam
Pulau Pinang.