1 | P a g e

PENGAKUAN


Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya




TARIKH : AYZAL AHMAD FARHAN BIN SAZALI

PENGESAHAN RESEPTOR :


NAMA DAN TANDATANGAN SERTA COP







2 | P a g e

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan izin Allah
S.W.T saya telah berjaya menyiapkan tugasan latihan klinikal yang kedua ini bagi
penempatan saya di unit farmasi Klinik Kesihatan Putrajaya.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Rashidah selaku penyelia reseptor
saya kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta sokongan kepada saya
dalam melaksanakan latihan klinikal ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Puan Rachell selaku Pegawai
Farmasi yang menjaga unit ini, pegawai-pegawai lain juga penolong pegawai farmasi
yang telah memberi informasi lengkap berkaitan dengan segala perihal berkaitan stor
perubatan utama di Klinik Kesihatan Putrajaya ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Puan Noor Azimah Abdullah
selaku Penyelaras Program Diploma Farmasi Kumpulan 61 kerana telah memberi
sokongan dalam menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberi
sokongan moral dan kewangan dalam usaha meyiapkan tugasan ini. Seterusnya
ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi maklumat dan
bertukar-tukar pendapat berkaitan dengan tugasan yang hendak dijalankan.








3 | P a g e

KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKASURAT
PENGAKUAN 1
PENGHARGAAN 2
KANDUNGAN 3
1.0 PENGENALAN TAJUK 4
2.0 DEFINISI / KONSEP / TERMINALOGI 6
3.0 PERBINCANGAN TAJUK
3.1 PENGENALAN
3.2 PERKHIDMATAN PEMBEKALAN UBAT
3.2.1 FARMASI UTAMA
3.2.2 FARMASI INFEKSI
3.3 VALUE ADD SERVICE
3.4 STOR UBATAN
3.5 PERHATIAN PENGUBATAN
9
4.0 RUMUSAN 33
5.0 CADANGAN 35
6.0 RUJUKAN 37
7.0 SENARAI LAMPIRAN 39
8.0 LAPORAN AKTIVITI HARIAN 40
4 | P a g e












BAB 1
PENGENALAN TAJUK















5 | P a g e

Tajuk yang dipilih dalam tugasan latihan klinikal saya bagi Penempatan
Amalan Farmasi II (Klinik Kesihatan) ialah Pembekalan Ubat Klinik Kesihatan
Putrajaya.
Secara amnya Klinik Kesihatan Putajaya terbahagi kepada beberapa sub-
klinik yang berpaksi kepada perkhidmatan pengurusan Farmasi Pejabat Kesihatan
Putrajaya yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Walaubagaimanapun, di atas
organisasi ini adalah unit perkhidmatan farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah
Persekutuan (JKWP) yang turut membantu dalam setiap kelancaran perkhidmatan
farmasi-farmasi di bawah kawasan pengaruhnya yakni sekitar Kuala Lumpur dan
Putrajaya. Oleh itu, sering berlaku urusan pengurusan stok stor di antara Farmasi
Klinik Kesihatan Putrajaya dengan mana-mana klinik kesihatan dibawah JKWP
termasuk Stor Utama Farmasi JKWP sendiri.
Di skop unit Farmasi Pejabat Kesihatan Putrajaya, Klinik Kesihatan Presint 9
menjadi induk kepada pembekalan dan pengurusan kepada klinik-klinik di kawasan
sekitar seperti KK Presint 3, KK Presint 11, dan KK present 14. Bulan 6 tahun 2014,
sebuah klinik akan dibuka dan mungkin akan dijadikan induk untuk digantikan
kepada klinik induk Presint 9 sedia ada, yang akan dibuka secara rasmi di Presint
18.
Bagi mengecilkan skop laporan saya, segala laporan ini ditulis berdasarkan
penempatan saya di Klinik Kesihatan Presint 9. Umumnya, semua klinik sekitar
mempunyai cara gerak kerja yang hamper sama dan terhad kepada pembekalan ubat
untuk ubat-ubat yang tidak kronik seperti penyakit 3 serangkai atau dahulunya
dikenali “penyakit orang kaya”; darah tinggi, kencing manis, dan sakit jantung.






6 | P a g e











BAB 2
DEFINISI / KONSEP / TERMINOLOGI











7 | P a g e


Bahagian ini akan mengupas secara terperinci maksud tajuk tugasan latihan
klinikal ini agar pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenainya. Tugasan
bertajuk :

“PEMBEKALAN UBAT KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA.”
 Pembekalan Ubat
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pembekalan boleh ditakrifkan
sebagai perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~
makanan utk masyarakat kota. Mnakala menurut ensiklopedia bebas,
Wikipedia perkataan Ubat pula boleh ditakrifkan sebagai dadah atau bahan
yang diambil untuk mengurangkan simptom atau mengubat sakit.

 Klinik Kesihatan Putrajaya

o Terdapat 4 buah klinik di dalam Putrajaya di mana terletak di Presint 9
(induk), Presint 3, Presint 11, dan Presint 14.













8 | P a g e

1) Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9 (Mula Operasi : November 1999)

a) Alamat :
No. 1, Jalan P9E, Presint 9, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62250
Putrajaya
+603-8888 3057 (Tel)
+603-8888 3054 (Faks)
kkpj@moh.gov.my (Emel)
b) Perkhidmatan
| KESIHATAN PRIMER | KESIHATAN KELUARGA | MAKMAL | PENGIMEJAN
DIAGNOSTIK | REHABILITASI |
| KESIHATAN PEMAKANAN | FARMASI | PERGIGIAN |
c) Masa Perkhidmatan
8.00pg – 9.30malam (Isnin - Ahad)
Waktu Rehat : 1.00ptg - 2.00ptg ( Isnin - Khamis) , 12.15 tgh - 2.45ptg (Jumaat)







9 | P a g e

2) Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 3 (Mula Operasi : Disember 2010)

a) Alamat :
Unit 4 & 5, Ground Floor, Bangunan 3C-4-26, Boulevard Presint 3, Persiaran
Perdana, Pusat Pentadbiran Krjn Persekutuan, 62675 Putrajaya
+603-8888 0241 (Tel)
+603-8888 0264 (Faks)
kkpj@moh.gov.my (Emel)

b) Perkhidmatan
o Kesihatan Primer : Rawatan Pesakit Luar kecuali penyakit kronik cth : Darah tinggi
o Kesihatan Keluarga : Kesihatan Ibu Hamil, Kesihatan Kanak-Kanak, Kesihatan
Wanita (Perancang Keluarga), Saringan Pap Smear, Ibu & Anak Post Natal
o Makmal : UPT, FEME, FBC
o Farmasi

c) Masa Perkhidmatan
8.00pg - 5.00ptg (Isnin - Jumaat)
Waktu Rehat : 1.00ptg - 2.00ptg ( Isnin - Khamis) , 12.15 tgh - 2.45ptg (Jumaat)



10 | P a g e

3) Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11 (Mula Operasi : September
2011)
a) Alamat :
Kuarters Kakitangan Kerajaan, Jalan P11J, Presint 11, Zon 6B, Pusat Pentadbiran
Krjn Persekutuan, 62000 Putrajaya
+603-8881 1732 (Tel)
+603-8881 1227 (Faks)
kkpj@moh.gov.my (Emel)

b) Perkhidmatan
o Kesihatan Primer : Rawatan Pesakit Luar kes ringan cth : Demam, Selsema, Batuk
o Kesihatan Primer : Kes kronik yang stabil
o Kesihatan Keluarga : Kesihatan Ibu Hamil, Kesihatan Kanak-Kanak, Kesihatan
Wanita (Perancang Keluarga), Saringan Pap Smear, Ibu & Anak Post Natal
o Farmasi

c) Masa Perkhidmatan
8.00pg - 5.00ptg (Isnin - Jumaat)
Waktu Rehat : 1.00ptg - 2.00ptg ( Isnin - Khamis) , 12.15 tgh - 2.45ptg (Jumaat)












11 | P a g e

4) Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 14 (Mula Operasi : Disember 2011)

a) Alamat :
Lot bilik Bacaan, Blok E, Kuarters Kakitangan Kerajaan, Presint 14, Pusat Pentadbiran
Krjn Persekutuan, 62000 Putrajaya
+603-8888 0167 (Tel)
+603-8881 1496 (Faks)
kkpj@moh.gov.my (Emel)

b) Perkhidmatan
o Kesihatan Primer : Rawatan Pesakit Luar kes ringan cth : Demam, Selsema, Batuk
o Farmasi

c) Masa Perkhidmatan
8.00pg - 5.00ptg (Isnin - Jumaat)
Waktu Rehat : 1.00ptg - 2.00ptg ( Isnin - Khamis) , 12.15 tgh - 2.45ptg (Jumaat)
12 | P a g e













BAB 3
PERBINCANGAN TAJUK












13 | P a g e

3.1 PENGENALAN

Perkhidmatan farmasi Klinik Kesihatan Presint 9 di anggotai oleh ? orang
Pegawai Farmasi Berdaftar dan ? orang Penolong Pegawai Farmasi yang dibantu
oleh beberapa orang tenaga pelatih yang terdiri daripada Pegawai Farmasi yang
belum berdaftar (PRP).
Unit farmasi dalam klinik ini terbahagi kepada beberapa bahagian; ruang
dispen ubat ruang mengisi dan screening, tiga sub stor, tiga bilik pegawai, dan satu
stor utama yang berfungsi membekalkan ubat ke semua klinik dibawah Pejabat
Kesihatan Putrajaya. Walaupun luas kawasan yang terhad, namun semuanya dapat
diatasi dengan beberapa system atau perancangan bagi melancarkan proses kerja
setiap hari. Segala gerak kerja berlandaskan SOP yang telah dirancang sejak awal
lagi.
Selain daripada pembekalan ubat, perkhidmatan kaunseling kepada pesakit
juga disediakan dibawah program MTAC bagi tujuan memberi tunjuk ajar kepada
pesakit cara sebenar menggunakan sesuatu ubat seperti insulin, inhaler dan lain lain.
MTAC akan dilakukan oleh pegawai bertugas bagi pesakit-pesakit yang telah
berdaftar di klinik ini.
Berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia pada 6 Februari 2014. -
Sebanyak 72 buah klinik kesihatan di seluruh negara telah diarah untuk melanjutkan
waktu operasi perkhidmatan bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam setiap hari
termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum berikutan peningkatan kes denggi.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, arahan itu
dikeluarkan susulan peningkatan kes demam denggi sejak beberapa minggu lalu
selain bagi mengurangkan kesesakan pesakit yang mahu mendapatkan rawatan di
Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital.

14 | P a g e

Menurut beliau, langkah itu diharap membolehkan pesakit mendapat saringan
awal keadaan mereka di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada
pihak hospital.
"Kementerian meminta orang ramai yang menghidap demam termasuk mereka
yang dikhuatiri dijangkiti virus denggi supaya terus ke klinik kesihatan yang
dilanjutkan waktu operasi ini dan bukannya terus merujuk kepada Jabatan
Kecemasan dan Trauma Hospital.
"Sekiranya mereka disahkan menghidap penyakit yang serius, barulah mereka
akan dirujuk ke mana-mana hospital berdekatan," katanya dalam sidang akhbar di
sini hari ini.
Sementara itu menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan
hari ini, sebanyak 9,453 kes denggi dilaporkan di seluruh negara sejak Januari
sehingga 2 Februari lalu berbanding 6,894 kes pada tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam tempoh itu, terdapat 17 kes kematian akibat virus berkenaan dilaporkan
berbanding hanya lima kematian tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 240 peratus.
Sejumlah 594 lokasi wabak dilaporkan berlaku di seluruh negara dengan
Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 348 lokasi diikuti Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (75), Negeri Sembilan (42) dan Johor (16).

15 | P a g e

Justeru dengan saranan dan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia ini,
farmasi di Klinik Kesihatan Putrajaya akan beroperasi sehingga jam 11.00 malam.
Farmasi utama dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari Isnin, 8.00
pagi hingga 5.00 petang pada hari Selasa hingga Jumaat. Bagi pembekalan ubat diluar
waktu pejabat akan dibuat di bahagian farmasi infeksi. Farmasi infeksi ini beroperasi
setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam, kecuali pada hari Isnin.
Pada 7 April 2014, kes denggi semakin menurun, oleh itu pembukaan klinik
ini telah kembali seperti biasa yakni sehingga jam 9.30 malam.

Farmasi Satelit ini adalah Farmasi Infeksi yang termaklum didalam laporan.




16 | P a g e


3.2 PERKHIDMATAN BEKALAN UBAT
Terdapat 3 jenis cara perkhidmatan pembekalan ubatan yang diamalkan di
Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.
3.2.1 FARMASI UTAMA
3.2.2 FARMASI INFEKSI

3.2.1 FARMASI UTAMA
Seperti yang telah dimaklumkan di Tajuk 3.1 Pengenalan, Farmasi utama
mengikut jadual biasa dibuka pada jam 8.00 pagi hingga 9.30 malam pada hari
Isnin, 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Selasa hingga Jumaat. (Musim denggi
dibuka sehingga 11.00 malam)
Farmasi ini menjadi destinasi terakhir sebelum pesakit boleh pulang ke rumah.
Bukan sahaja untuk mendapatkan ubatan, malah Time Slip juga perlu di ambil dari
farmasi ini. Pesakit yang mendapat rawatan dari unit Rehab, unit Pergigian, unit
Perancangan Keluarga, unit Ibu dan Anak semuanya akan dibekalkan ubat melalui
farmasi ini.
Standard prosedur kerja sebelum membekalkan ubat kepada pesakit seperti
semakan preskripsi, mengisi ubat, semak silang, intervensi dan perdispensan berlaku
disini. Dari segi pengurusan stok juga, stor berfungsi seperti ditempat-tempat lain
termasuklah ketika penempatan latihan klinikal di Hospital Putrajaya tempoh hari.
Proses kerja disini turut menggunakan system perisian Ficiscen, dan tidak
lama lagi akan menggunakan system Tele Primer Care (TPC) seperti kebanyakkan
hospital atau klinik di seluruh Malaysia gunakan.
Segala info maklumat kesihatan pesakit, nota perubatan pesakit akan diisi oleh
individu yang bertanggungjawab merawat pesakit itu ke dalam server Ficiscen ini.
Bila selesai urusan di bilik rawatan, pesakit akan terus ke kaunter farmasi utama
untuk mendaftar nama bagi mendapatkan giliran.

17 | P a g e

Sejurus keluar sahaja di skrin senarai menunggu, anggota farmasi yang
bertanggungjawab dalam proses “screening and preaparing” akan menyemak
preskripsi atas talian itu, dan mencetak label. Mungkin Nampak mudah
menggunakan system computer ini, tetapi kadangkala keupayaan kelajuan internet
membuatkan tempahan ubat untuk pesakit lambat memasuki system, dan terpaksa
untuk anggota farmasi menelefon doctor mendapatkan pengesahan. Pada sesetengah
keadaan, doctor itu sendiri terlupa untuk menempah ubat itu .
Jika terdapat sebarang medication error yang dikesan awal, intervensi akan
dilakukan dengan mendapatkan juga pengesahan dari doctor atau individu yang
memberi rawatan.
Apabila label selesai dicetak, tugas anggota farmasi yang bertanggungjawab di
ruang mengisi untuk mengisi ubat tersebut. Individu ini perlu perihatin dalam
mengisi ubat tersebut supaya tidak berlaku kesalahan dalam pengisian.
Berbeza dengan system di Hospital Putrajaya, di klinik ini, insulin atau injeksi
akan dimasukkan di dalam plastik berlabel merah (eksternal). Di HPJ, plastik
berlabel hitam yang digunakan untuk item-item ini. Hal ini kerana, prinsip yang
digunakan ialah, jika tidak melalui oral, maka plastik berlabel hitam tidak boleh
digunakan.
Setelah selesai di isi, anggota farmasi yang lain akan melakukan semakan
silang untuk mengelakkan kesalahan, lalu seterusnya di serahkan kepada kaunter
dispen.
Dibahagian kaunter dispen pula, anggota yang terlibat akan melakukan lagi
semakan berdasarkan laporan nota perubatan yang ditulis oleh doktor dalam sistem
Ficiscen itu. Selepas itu, pesakit akan dipanggil, dan pendispensan berjalan seperti
biasa.
Bagi pesakit yang memerlukan kaunseling, akan diminta masuk ke bilik
kaunseling untuk diberi penerangan yang lengkap.


18 | P a g e

3.2.2 FARMASI INFEKSI
Farmasi infeksi ini juga dikenali sebagai farmasi satelit KK Presint 9. Fungsi
utama farmasi ini ialah pembekalan ubat kepada unit Infeksi dimana pesakit yang
mengambil rawatan untuk wabak, demam atau penyakit yang tidak kronik akan
dibekalkan ubat di sini. Walaubagaimanapun, pesakit-pesakit tuberculosis (TB) akan
diberikan pembekalan ubat dari Farmasi Infeksi ini walaupun ia juga tergolong
dalam penyakit kronik.
Standard Operation Prosedur (SOP) yang sama seperti telah dinyatakan dalam
poin 3.2.1 di unit farmasi utama, bezanya hanya menerima pesakit yang menerima
rawatan dari bilik rawatan 31 dan 32 sahaja.
Tiada ubat-ubatan penyakit kronik di letakkan di dalam farmasi ini. Oleh itu,
pesakit perlu mematuhi arahan untuk mengambil ubat di lokasi seperti yang
diarahkan.













19 | P a g e

3.3 VALUE ADD SERVI CE
Value Add Service yang terdapat dalam farmasi klinik ini ialah perkhimatan
Pharmacy SMS Take N Go, Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP1M) dan Sistem
Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)

3.3.1 Pharmacy SMS Take N Go
 Hanya untuk pesakit yang mengambil bekalan ubat ulangan sahaja
 Ubat mesti diambil dari Klinik Kesihatan Putrajaya di mana pesakit
berjumpa doktor
 SMS/Telefon/Emel mesti dibuat sekurang-kurangnya 2 hari bekerja
sebelum tarikh ubat ulangan akan diambil (Sekiranya terdapat
masalah, Pegawai Farmasi akan menghubungi anda)
 Pastikan anda mengemukakan nombor kad pengenalan dan buku
temujanji pesakit semasa mengambil ubat
 CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN,
A) SMS 15888
Taipkan: JKKLP KKPJ9 UBAT [Nama Pesakit][No.
Kad Pengenalan][Tarikh & Masa Ubat Akan Diambil]
dan SMS ke 15888.
Berikut adalah caj perkhidmatan:
*Caj mesej penghantaran: RM0.15
*Caj mesej penerimaan: RM0.20
Atau,
B) TELEFON 03-88883057 samb 165/166
Telefon 03-88883057 samb 165/166 dan berikan [Nama
Pesakit][No. Kad Pengenalan][Tarikh & Masa Ubat
Akan Diambil].
20 | P a g e

*Waktu panggilan: Isnin – Jumaat dari jam 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang kecuali waktu rehat tengah hari
Atau,
C) EMEL
Emelkan nama, no. kad pengenalan, tarikh dan masa
ubat akan diambil ke alamat emel:
farmasi_kkpj9@wp.moh.gov.my

 Apa yang perlu pesakit lakukan?
o SMS/TELEFON/EMEL butiran pesakit sekurang-
kurangnya 2 hari bekerja sebelum tarikh mengambil ubat
o Datang ke kaunter “Pharmacy SMS Take N Go” di Klinik
Kesihatan Putrajaya
o Serahkan buku temujanji kepada petugas kaunter serta
dapatkan bekalan ubat

 Kelebihan Perkhidmatan SMS/TELEFON/EMEL
o Tidak perlu mendaftar
o Tidak perlu menunggu
o Tempat parkir kereta khas (hadapan klinik) disediakan
untuk 2 orang

3.3.2 Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UMP1M)
Asasnya, perkhidmatan UMP1M di klinik kesihatan ini sama sahaja seperti
mana-mana fasiliti KKM yang lain. Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP
1Malaysia) adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan
pesakit melalui PosLaju dengan caj kiriman yang telah ditetapkan.

21 | P a g e

UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada perkhidmatan tambah nilai
yang disediakan untuk kemudahan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan
mereka. Perkhidmatan UMP1M adalah satu kerjasama di antara Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Pos Malaysia Berhad.
Bayaran 3.50myr untuk pesakit di dalam Putrajaya manakala 5.00myr bagi
pesakit di luar kawasan Putrajaya.
Perkhidmatan ini bertujuan untuk; Mengurangkan masa menunggu pesakit di
kaunter farmasi, menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit , dan
meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan.
Seperti yang digariskan di laman web rasmi farmasi KKM, kriteria yang perlu
dipatuhi bagi perkhidmatan penghantaran UMP1M, Pesakit hendaklah Patuh dan
faham mengenai terapi pengubatan selain faham cara penggunaan dan pengambilan
ubat. Bekalan ubat kali pertama perlu diperoleh di kaunter farmasi dan jika tempoh
melebihi 1 bulan barulah perkhimatan UMP1M ini sesuai digunakn.
Kriteria dari segi ubat yang perlu dipatuhi oleh anggota farmasi yang
bertanggungjawab di klinik kesihatan present 9 ini ialah memastikan ubatan itu dalam
bentuk dos tablet / kapsul yang juga tidak memerlukan penyimpanan khusus selain
bukan jenis psikotropik.

3.3.3 Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
Unit Farmasi Klinik Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya ini juga turut
menerima perkhidmatan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu atau lebih dikenali
sebagai SPUB. SPUB merupakan satu sistem pembekalan ubat-ubatan melalui
preskripsi SPUB di mana pesakit boleh mendapatkan baki bekalan ubat seterusnya
dari mana-mana fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang
tersenarai dalam Direktori SPUB KKM melalui sistem rujukan yang seragam di
seluruh negara.


22 | P a g e

3.3.3.1 OBJEKTIF SPUB

o Untuk memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan
ubat-ubatan dari fasiliti kesihatan KKM yang berdekatan tempat
tinggal masing-masing.
o Membekalkan ubat kepada pesakit melalui sistem rujukan yang
seragam di mana-mana fasiliti kesihatan KKM.
o Memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
o Memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit
bagi meningkatkan komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan.

3.3.3.2 SKOP SPUB

1) Prosedur ini diguna pakai bagi semua pesakit yang mendapatkan
rawatan dan menerima preskripsi jangka panjang (preskripsi untuk
seseorang pesakit yang menerima rawatan melebihi satu bulan) dari
hospital/Klinik Kesihatan/institusi Kementerian Kesihatan
Malaysia.

3.3.3.3 SEBAB SPUB DIPERLUKAN

Doktor biasanya preskrib ubat lebih daripada sebulan kepada
pesakit manakala farmasi pula hanya bekalkan ubat selama sebulan atau 45
hari sahaja. Oleh itu, pesakit perlu datang setiap bulan atau pada tarikh
yang ditetapkan untuk mendapatkan ubat susulan. Masalah mula timbul
apabila pesakit tinggal berjauhan dari hospital besar atau hospital negeri
yang dirujuk pada mulanya. Pesakit sering menjadikan ini sebagai alasan
untuk tidak komplian terhadap pengubatan. Untuk memudahkan pesakit
dan bekalan ubat susulan boleh diambil dihospital atau klinik kesihatan
yang berdekatan. Jika hospital atau klinik kesihatan tersebut tidak
mempunyai ubat seperti yang dikehendaki, hospital besar atau hospital
negeri yang dirujuk pada mulanya akan menghantar bekalan ubat khas
untuk pesakit berkenaan sahaja.
23 | P a g e

3.3.3.4 PIAGAM PELANGGAN SPUB

Piagam Pelanggan ini adalah sebagai tambahan kepada Piagam Pelanggan
yang sedia ada di farmasi hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan
KKM.

 Preskripsi yang dirujuk dari fasiliti ini, bekalan ubat-ubatan akan diberikan
mengikut tarikh yang dinyatakan dalam rujukan apabila preskripsi yang
sah diserahkan di kaunter farmasi. Bekalan pertama hendaklah diperolehi
dari hospital, klinik kesihatan atau fasiliti asal.
 Bagaimanapun, sekiranya preskripsi tidak melalui kaedah rujukan yang
sepatutnya, pihak pengurusan farmasi memerlukan tidak lebih dari 7 hari
bekerja untuk membuat pengesahan preskripsi dan mengaturkan bekalan



3.3.3.5 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH
PESAKIT

1) Pesakit perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat terlebih dahulu.
2) Kemudian, pesakit mendapatkan bekalan ubat pertama dari farmasi
di mana peasakit mendapatkan rawatan
3) Selepas itu, pesakit perlu berbincang dengan anggota farmasi bagi
mendapatkan bekalan ubat seterusnya di hospital/klinik kesihatan
yang dipilih yang berdekatan pesakit.
4) Pastikan preskripsi pesakit telah dicop dengan cop rujukan SPUB
sebelum meninggalkan kaunter farmasi





24 | P a g e

Sepanjang berada di klinik ini, urusan-urusan atau SOP untu SPUB
telah dapat saya ketahui. Saya dapat mengenali borang-borang SPUB dan
tahu tentang proses kerja SPUB dari borang diisi di hopital sehinggalah
ubat deterima dan diberikan kepada pesakit. Saya diajar cara menerima
borang rujukan SPUB dari hospital dan ubat-ubatan list A. Setelah borang
rujukan dan ubat-ubatan diterima, borang-borang dan ubat-ubat tersebut
hendaklah disemak oleh Pegawai Farmasi terlebih dahulu. Jika terdapat
masalah, Pegawai Farmasi akan menghubungi pihak yang merujuk. Jika
tiada masalah, Pegawai Farmasi akan menyerahkan tugas kepada Penolong
Pegawai Farmasi untuk menyemak sekali lagi. Saya berpeluang menyemak
borang SPUB yang bermasalah. Borang tersebut tertulis bahawa TCA
pesakit tersebut adalah hanyalah sebulan. Saya memaklumkan kepada
Pegawai Farmasi. Rupa-rupanya individu yang mengisi borang SBUP
tersebut tersilap menulis TCA.
Setelah borang siap disemak, ubat-ubat tersebut akan dibahagikan
mengikut nama pesakit. Di setiap nama pesakit, nombor kad pengenalan
dan tarikh ubat tersebut tamat akan ditulis bagi memudahkan kerja
pemberian ubat. Selepas itu, ubat-ubat tersebut akan disusun didalam bekas
SPUB yang telah diagihkan mengikut abjad.Saya juga turut diajar
bagaimana cara untuk menginden ubat dari hospital yang merujuk. Ubat-
ubat yang diinden adalah ubat list A dan keatas. Sebelum ubat diinden,
stok ubat yang sedia ada akan disemak terlebih dahulu kerana ada pesakit
SPUB tidak mengambil ubat mereka seperti tarikh yang telah ditetapkan.
Harga ubat-ubat yang diinden akan dikira untuk mendapatkan jumlah kasar
kos perkhidmatan SPUB ini.






25 | P a g e

3.4 STOR UBATAN

3.4.1 FUNGSI STOR KLINIK KESIHATAN PRESINT 9
MENGINDEN / MEMESAN
Menginden adalah salah satu proses kerja untuk memesan barang ubat
atau bekalan yang diperlukan oleh sesebuah klinik. Di Klinik Keihatan Presint
9, terdapat dua cara yang digunakan untuk menginden barangan iaitu pesanan
melalui Clinic Procurement System (CPS) yang dipesan secara online dan juga
secara manual dengan mengisi borang inden barangan.
CPS merupakan satu kaedah yang digunakan secara terus ke dalam
sistem pemesanan kepada pihak pembekal iaitu Pharmaniaga. Sistem
pemesanan melalui kaedah ini digunakan di seluruh klinik yang terdapat di
Malaysia. Sistem ini digunakan bagi menyeragamkan dan memudahkan kerja
membuat pesanan ubat-ubatan secara terus kepada pihak pembekal. Dengan
cara ini ia dapat mempercepatkan proses kerja pemesanan barangan.
Sebelum pesanan dibuat, stok ubat yang ingin dipesan akan diperiksa
terlebih dahulu oleh pegawai atasan bagi memastikan barangan yang dipesan
adalah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan juga berdasarkan bajet
yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk sesebuah klinik. Ini adalah
untuk memastikan tidak berlaku pembaziran terhadap ubat-ubatan serta bajet
yang telah diperuntukkan oleh kerajaan. Jika stok barangan atau ubatan
tersebut berada pada tahap minimum, barulah pesanan akan dibuat. Setelah
barangan yang dipesan diterima, pegawai yang bertanggungjawab akan
menerima dan menyemak bagi memastikan barangan yang diterima adalah
betul dan kuantiti yang dipesan adalah sama dengan yang diterima.




26 | P a g e

Untuk memastikan barang yang telah diterima daripada pembekal tepat
dan betul, pastikan nombor kod yang terdapat pada kotak yang diterima adalah
sama seperti dalam borang Delivery Order (DO) tersebut. Secara tidak
langsung ini dapat mengesan sebarang kesilapan semasa proses penghantaran
barang kepada pihak farmasi khususnya. Jika terdapat sebarang masalah,
pegawai yang bertugas akan menghubungi pihak pembekal dan
melaporkannya.
Jika pesanan yang diterima tiada masalah, barangan tersebut akan
diterima oleh pegawai yang bertugas dan borang Delivery Order (DO) akan
ditandatangani oleh pegawai penerima. Di Klinik Kesihatan Presint 9 ini,
terdapat Penolong Pegawai farmasi yang menjaga stor yang akan menerima
bekalan barang daripada pembekal. Penolong Pegawai Farmasi tersebut akan
menurunkan tandatangan di atas borang Delivery Order (DO).


Terdapat 2 jenis item ubat yang dibahagikan mengikut kategori ubat-ubatan.
Kategori ubat tersebut ialah :

• APPL – Aproved Product and Price List (senarai ubat dan bukan ubat yang
dibekalkan melalui Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd.
• LP (local purchase) – ubat dan bukan ubat yang tidak dibekalkan melaluI
Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd.











27 | P a g e

PEROLEHAN DAN PEMBEKALAN

Unit perolehan dan pembekalan ubatan akan dirujuk kepada Pegawai Farmasi
tentang keperluan terhadap ubat-ubatan dan bukan ubat untuk urusan pesanan.
Rujukan segera akan dilakukan kepada pegawai farmasi bagi mengelakkan
kekurangan keperluan ubat dan bukan ubat. Antara akitiviti yang dijalankan di
unit perolehan dan pembekalan ubat ialah :

1. Penerimaan – pesanan / pembekalan kepada unit-
unit pengguna adalah seperti dijadualkan iaitu dua kali sebulan
2. Penerimaan atau penyimpanan ubat dan bukan ubat dari pharmaniaga dan
juga LP (local purchase) Semak paras stok fizikal untuk pesanan
minggu akhir setiap bulan atau bila perlu
3. Pemeriksaan stok fizikal setiap bulan atau bila perlu. Proses membuat
anggaran keperluan perlu di buat dengan teliti bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran di samping dapat mengawal
perbelanjaan. Semasa proses ini, baki stok, tarikh luput serta kuantiti
stok buffer akan dikenal pasti. Berikut merupakan proses menyediakan
anggaran belanjaan ubatan dan bukan ubat tahunan:

i) Mengumpul data penggunaaan ubat dan bukan ubat untuk dua
bulan
ii) Mendapat harga ubat dan bukan ubat terkini dari catalog stor
perubatan dan HIS (pharmaniaga).
iii) Mengira anggaran perbelanjaan , anggara dibuat melbihi 25% dari
anggaran penggunaan semasa.
iv) Memaklumkan anggaran kepada pegawai farmasi.
v) Mengawal keseluruhan penggunaaan ubat- ubat dan bukan ubat.
vi) Pemantauan tarikh luput dan mengutamakan penggunaan ubat dan
bukan ubat mengikut tarikh luput yang terdekat.
vii) Membekalkan ubat dan bukan ubat melalui inden kepada pelanggan
dalaman.

28 | P a g e

PENYIMPANAN
Stok ubat-ubatan akan disimpan di tempat yang sesuai mengikut fizikal
ubat tersebut. Contohnya ubat yang memerlukan penjagaan rangkaian sejuk
(cold cain) seperti ubat suntikan akan disimpan didalam peti dan akan
dimonitor. Bagi ubat jenis tablet ia akan disimpan di dalam stor yang bersuhu
bilik yang berhampiran farmasi. Ubat-ubatan ini diletakkan di dalam stor
mengikut suhu yang telah ditetapkan bagi mengawal kestabilan ubat terutama
sekali ubat untuk suntikan. Setiap hari suhu di dalam stor tersebut akan dicatat
bagi memastikan bahawa suhu berada pada paras yang ditetapkan. Apabila
semua bekalan yang diterima telah diperiksa, bekalan tersebut akan direkod di
dalam kad petak bagi merekod jumlah bagi setiap bekalan yang diterima bagi
memudahkan proses kerja yang akan datang.

PENJAGAAN SEMASA PENYIMPANAN
 Di Stor Perubatan Pembekal atau Stor Integrasi perlu di simpan
dalam pek asal.
 Simpan vaksin & pencair dalam bahagian Am.
 Stok vaksin terbaharu disimpan disebelah kanan (guna stok dari kiri
ke kanan).
 Asingkan vaksin yang berlainan jenis.
 Biarkan ruang 1-2 cm di antara barisan vaksin.
 Jangan sentuhkan DPT pada bahagian belakang atau atas peti sejuk
untuk elak pembekuan.
 Letakkan bekas berisi air pada ruang kosong di bahagian atas pintu
peti sejuk - untuk kekalkan suhu peti sejuk jika ada gangguan
elektrik.
 Jangan simpanan makanan atau minuman dalam peti sejuk vaksin.
 Jangan letak vaksin di pintu peti sejuk kerana dikuatiri terjatuh.
 Jangan simpan vaksin yang telah luput tarikh.
 Peti sejuk hendaklah sentiasa ditutup.

29 | P a g e

3.4.2 PEMBEKALAN UBAT KEPADA KLINIK LAIN

Klinik Kesihatan Presint 9 mempunyai satu stor utama farmasi yang
membekalkan ubat kepada tiga buah klinik kesihatan yang diletakkan dibawah
pengawasannya iaitu Klinik Kesihatan Presint 3, Klinik Kesihatan Presint 11,
dan Klinik Kesihatan Presint 14.

Inden akan dilakukan secara berkala. Apabila buku inden diterima,
pegawai yang bertugas akan menyemak senarai ubat yang diinden bagi
memastikan ubat-ubat yang inden mempunyai stok simpanan dan dibenarkan
dalam senarai.

Setelah buku inden disemak, ubat-ubat yang dinden akan diisi
mengikut kuantiti yang diminta. Jika stor utama farmasi ini kekurangan stok
ubat yang diminta, kuantiti ubat yang diberi akan dikurangakan mengikut
keperluan semasa sahaja. Ubat-ubat tersebut akan diisi didalam kotak . Kotak
itu akan dihantar oleh petugas farmasi atau anggota farmasi dari klinik
berkenaan akan mengambil sendiri.











30 | P a g e

3.5 PERHATIAN PENGUBATAN

* SCREENING PRESKRIPSI YANG DIBERIKAN OLEH DOKTOR
o PESAKIT YANG BETUL – Dewasa atau Kanak-kanak
 Memastikan pesakit itu sesuai dengan ubat yang diorder, sekiranya
pesakit itu orang dewasa, kemungkinan besar pesakit akan
mengambil ubat biji dan jika doktor memberi ubat sirap, perlu dibuat
intervensi atau bertanya kepada doktor terlebih dahulu.

o UBAT YANG BETUL – Pilihan jenis ubat yang betul
 Memastikan ubat yang dipesan oleh doktor mampu memberi kesan
teraputik yang betul, memiliki indikasi yang betul kepada penyakit
yang dihidapi oleh pesakit.

o DOS YANG BETUL - Therapeutic range
 Dos yang diberikan juga perlulah sesuai mengikut keadaan pesakit
seperti berat atau umur. (Rujuk dibahagian lampiran bagi dos yang
sesuai mengikut berat kepada kanak-kanak)

o FREKUENSI YANG BETUL
 Frekuensi yang betul mampu memberi kejayaan memperoleh kesan
terapeutik selain memastikan jumlah dos yang diambil tidak melebihi
dos yang ditetapkan.

o SPECIAL PRECAUTION
 Segala aspek “precaution” perlu diambil kira termasuk kontraindikasi
dan juga interaksi ubat-ubatan yang diambil. Sekiranya pesakit
mengalami alahan, perlu segera memberitahu doktor dan membuat
intervensi.




31 | P a g e

* MEDICATION FILLING
o PESAKIT YANG BETUL
o UBAT YANG BETUL
o DOS YANG BETUL
o FREKUENSI YANG BETUL
o KUANTITI YANG BETUL

 Kelima-lima aspek diatas dilakukan sekali lagi sebagai semakan ketika melakukan
pengisian ubat, jika terjumpa sebarang perkara yang mungkin tidak dapat dikesan
oleh individu yang melalukan screening, individu kedua ini perlu mengemukakan
soalan untuk mendapat kepastian.

o SEMAK SILANG (tanda tangan selepas mengisi ubat)

*MEDICATION COUNTER CHECKING
Semua ubatan yang dibekal perlu disemak silang oleh Pegawai Farmasi
sebelum sampai ke tangan pesakit atau jururawat dari wad
Semakan teliti untuk :
– pesakit yang betul
– ubat yang betul
– dos yang betul
– frekuensi yang betul
– kuantiti yang betul
– tiada polifarmasi
– tiada kontraindikasi
– tiada pengisian berulang
– tarikh luput ubat
– Supply according to floor stock list (refer updated list)




32 | P a g e

*MENDISPEN UBAT

- individu yang ditugaskan mendispen ubat ini akan melakukan semakan
terakhir 5 prinsip itu sebelum ubat-ubatan ini diserahkan kepada tangan
pesakit.
- semasa mendispen, setiap arahan diberi tahu dengan jelas kepada pesakit agar
pesakit dapat mengambil ubat itu dengan komplian sehingga mendapat kesan
terapeutik yang dikehendaki.
- teradapat beberapa langkah penting dalam mendispen yang digariskan dalam
tatacara mendispen di klinik kesihatan ini :-


 PERLABELAN DI KLINIK KESIHATAN PRESINT 9 PUTRAJAYA
walaupun menggunakan cetakan computer, sebelum mendispen, individu yang
mendispen wajib menulis indikasi sesuai ke atas label ubat dengan jelas.




33 | P a g e












BAB 4
RUMUSAN











34 | P a g e

Di akhir latihan klinikal di unit ini selama dua bulan, saya telah membuat beberapa
rumusan seperti berikut :
1. Semangat bekerjasama penting dalam memastikan kelancaran kerja di unit ini,
jika kekurangan kakitangan, tugas yang tidak termaksub dalam jadual sedia
ada perlu juga dilaksana.
2. Setiap individu perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang telah
dijadualkan.
3. Kerja yang berkualiti bukan hanya pada kepantasan tapi terletak juga pada cara
kita mempersembahkan apa yang kita buat, kadangkala buat cepat-cepat
banyak kesalahan.
4. Masa perlu ditepati dalam melaksanakan tugasan, tidaklah mudah untuk
mengambil kesempatan untuk hadir lewat.
5. Segala prosedur yang ditetapkan perlulah diikuti bagi memastikan
kesempurnaan kerja.
6. Segala keluar masuk item perlulah dicatat di dalam bin kad bagi memudahkan
proses verifikasi stok untuk tujuan menginden stok baru.
7. Semakan perlu dibuat sebelum yakin bahawab ubat yang di isi itu adalah ubat
yang sama dengan apa yang ditempah oleh doktor.
8. Kira semula dose atau kuantiti yang tercatat di atas label sebelum mengisi
terutama bagi ubat-ubat yang mempunyai kesan bahaya agar.
9. Sesetengah ubat yang boleh berimteraksi atau memiliki indikasi yang sama
perlulah dibuat semakan dengan doktor sebelum di beri kepada pesakit.
10. Sistem FEFO perlu di aplikasikan agar tidak berlakupembaziran bagi uabat-
ubat yang terlepas pandang taikh luputnya.
11. Pastikan ubat yang mudah untuk berlaku medication error itu diperiksa secara
terliti sebelum di dispen kepada pesakit.
12. Tanggungjawab untuk menambah semula ubat dikaunter mengisi amat
dititikberatkan kepada semua anggota farmasi.



35 | P a g e











BAB 5
CADANGAN










36 | P a g e

Pada pengamatan saya, cadangan untuk unit
farmasi di Jabatan Farmasi Putrajaya ini agar lebih
ramai tenaga PPF lelaki ditempatkan di sini bagi
memudahkan lagi perjalanan stor untuk
mengangkat ubat-ubat yang berat. Selain itu,
susunan simpanan stok perlu diperapi lagi agar
mudah untuk mencari stok simpanan.
Permeriksaan berkala bagi mengenal pasti ubat-
ubatan yang mempunyai tarikh luput yang hampir
perlu dilakukan.
Akhir sekali, dari segi asset agar semua komputer
di unit farmasi ini memenuhi spesifikasi yang boleh
membuatkan kerja berjalan dengan lancar.

YANG BENAR,


AYZAL AHMAD FARHAN BIN SAZALI



37 | P a g e









BAB 6
RUJUKAN












38 | P a g e

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, (2012)
Panduan Auditor, Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF), Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Darker IT, Gerrett D, FIlik R, Purdy K, Gale A. The influence of 'Tall Man'
lettering on errors of visual perception in the recognition of written drug
names. Ergonomics 2011; 54(1):21-33
Hajah Saudah binti Haji Matali (2009), Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
SK Pekan Kinarut Kapar. (PP.BIL.5/2009).
Jabatan Perdana Menteri Malaysia (2010), Panduan Amalan 5S Sektor Awam.
MAMPU.
James A.F Stoner & Charles Wienkel. (1986) Management (Third Edition).
Prentice Hall
Laman Web Rasmi Hospital Putrajaya
Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Putrajaya
Laman Web Rasmi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Laman Web Rasmi Farmasi Malaysia
Laman Web Mesti Ambil Tahu, http://www.mestiambiltahu.com.my
Mary Parker Follett (1977). Dynamic Administration: the collected papers of
Mary Parker Follett. Hippocrene Books
Muhammad Lukmani Ibrahim (2012), GOOD DISTRIBUTION PRACTICE as one
of the KEY elements for Quality of Medicinal Products. Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Wan Azmi Ramli. (2001) Pengurusan Terkini. Golden Books Centre Sdn. Bhd.
Zainol Abidin Ibrahim (2012), Pembudayaan Integriti Dalam Pengurusab Stor
Hospital . Hospital Universiti Sains Malaysia.

39 | P a g e















BAB 7
LAMPIRAN










40 | P a g e









BAB 8
CATATAN AKTIVITI MINGGUAN














41 | P a g e

Minggu Catatan Harian
Minggu
Pertama
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Minggu
Kedua
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Minggu
Ketiga
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
42 | P a g e

Minggu
Keempat
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Minggu
Kelima
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Minggu
Keenam
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________

43 | P a g e

Minggu
Ketujuh
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Minggu
Kelapan
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________
__________________________________________________________