Ruj Kami : SKUB/100/03/JLD2

: ( )
Tarikh : 09 Julai 2014

Kepada :

YB Dato’ Abd Samad bin Ibrahim,
DPNS, DNS, JP, PMC, PJK,
Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ),
Pusat Khidmat DUN Seri Menanti,
Balai Muhibbah Tanjong Ipoh,
71500 Tanjong Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

YB Dato’ ,

JEMPUTAN KE IFTAR PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL – QURAN & PERASMIAN
PENUTUP PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2014

Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada YB Dato’ bahawa SK Ulu Bendul akan mengadakan Iftar
Perdana dan Majlis Khatam Al- Quran 2014 dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG
Kampus Raja Melewar, Seremban pada ketetapan berikut :

Tarikh : 19 J ulai 2014 ( SABTU )
Masa : 5.00 petang – 8.15 malam
Tempat : Surau j-Qaf SK Ulu Bendul

3. Justeru, pihak kami amat berbesar hati menjemput YB Dato’ untuk bersama-sama
memeriahkan majlis tersebut sekaligus merasmikan penutupan program Ihya’ Ramadhan
2014. Kehadiran YB Dato’ amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan.

Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,


………………………………….
( SUHAIMI BIN NORAZI )
Guru Besar,
SK Ulu Bendul
ATURCARA PROGRAM :
4.00 petang – Berkumpul di surau bilik j-Qaf
4.30 petang – Persiapan solat Asar berjemaah
5.00 petang – Majlis khatam Al- Quran bermula
Ketibaan VIP
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan YB Dato’ Abd Samad
Penyampaian Hadiah
Persembahan Murid
7.00 petang – Persiapan berbuka puasa & menjamu
selera
7.45 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.15 malam - Bersurai