You are on page 1of 27

KELUARGA BAHAGIA ANDA SEJAHTERA

Kategori : Keratan Akhbar



rujuk : http://www.bharian.com.my


Oleh Amran Zakaria

WARGA emas menjadi sebahagian aset penting negara dan
kehadiran mereka wajar dimanfaatkan. Kelebihan yang ada
pada mereka ialah mampu memberi sumbangan kepada agama
dan negara, terutama membabitkan aspek pembangunan diri,
keluarga dan masyarakat.

Pengalaman dan kepakaran dimiliki warga emas tidak ada
nilainya walaupun kemungkinan dari segi teorinya, golongan
muda boleh belajar di mana-mana pusat pengajian yang
menyediakan kajian mengenai mereka.

Justeru, generasi muda jangan bersifat bongkak dan sombong
apabila berdepan warga emas. Hormatilah mereka kalau kita
minta dihormati apabila sampai masanya nanti. Hidup di dunia
laksana roda yang berpusing. Yang muda tidak akan muda
selama-lamanya.

Oleh itu, golongan muda jangan alpa ketika meniti kehidupan
pada usia puncak yang menyeronokkan. Mahu atau tidak kita
akan menempuhi hari tua yang amat mencabar dan cukup
sensitif. Episod senja ini kalau drama kehidupan, adalah episod
terakhir dalam kehidupan manusia yang begitu berharga untuk
dilalui.

Daripada 26 juta rakyat Malaysia, tujuh peratus atau 1.75 juta
adalah warga tua atau warga emas. Mereka yang berumur 60
tahun ke atas dikategorikan sebagai warga emas. Mengikut
definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), warga emas
adalah di kalangan mereka berusia 65 tahun ke atas.

Negara ini akan mengalami penuaan penduduk pada 2020
apabila peratusan penduduk warga emas berumur 65 tahun ke
atas akan meningkat kepada tujuh peratus atau 2.1 juta
daripada jumlah penduduk 33.4 juta.

Sementara jangka hayat penduduk tempatan juga terus
meningkat dengan lelaki meningkat daripada purata 66.5 tahun
pada 1980 kepada 70.8 tahun pada 2003. Jangka hayat wanita
pula dari 71.0 tahun kepada 75.5 tahun dalam tempoh sama.

Pada 2020, jangka hayat lelaki diunjurkan 75.4 tahun dan
wanita 80.4 tahun. Ini bererti jumlah penduduk wanita akan
melebihi lelaki. Justeru, keperluan sosial serta ekonomi mereka
perlu diambil kira dalam perancangan dasar yang lebih peka
kepada kesan penuaan yang berbeza bagi warga emas lelaki dan
wanita.

Warga emas dianggap aset penting negara dan hakikat ini tidak
boleh ditolak, sebaliknya perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah
semakin berusia, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara menerusi pengalaman, kepakaran serta
kemampuan boleh terus dihulurkan.

Golongan berkenaan memang kaya dengan pelbagai pengalaman
yang diperoleh dan dipupuk melalui pendidikan awal, hidup
berkeluarga, berkerjaya dan bersosial. Pada usia emas ini kita
akan merasakan sesuatu perasaan yang tidak pernah dirasai
sebelum ini.

Secara lumrahnya pada ketika itu, kita akan berada dalam serba
kekurangan berbanding masa muda sama ada dari segi kekuatan
fizikal, daya ingatan dan juga emosi. Oleh itu, seeloknya bagi
mereka yang dikurniakan umur panjang agar dapat
memanfaatkan nikmat usianya dengan sebaik-baiknya untuk
terus berusaha memperbaiki diri dengan berbuat ketaatan dan
melakukan amal perbuatan yang diredai Allah.

Semakin bertambah umur manusia itu bererti semakin kurang
jangka hayatnya dan semakin hampir pula kepada ajalnya.
Dalam melalui hari-hari tua, kita perlu mengubah sikap ke arah
kebaikan dan menghindari dari kelalaian.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dari Abdul Rahman bin
Abi Bakraah daripada bapanya, sesungguhnya seorang lelaki
bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam katanya:
Wahai Rasulullah, manusia bagaimanakah yang baik sifatnya?
Sabda Rasulullah, siapa yang panjang umurnya dan baik
amalannya, pemuda itu bertanya lagi: Manusia bagaimanakah
yang buruk sifatnya? Sabda Baginda: Siapa yang panjang
umurnya dan buruk amalannya". (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Banyak amalan baik untuk diamalkan oleh mereka yang
dikurniakan umur panjang. Antaranya ialah sentiasa mengingati
mati kerana ia akan mendorong kita untuk sentiasa
mengerjakan amal salih dan meninggalkan perkara sia-sia.

Di samping itu, warga tua juga digalakkan agar
memperbanyakkan taubat dan istighfar kerana taubat dan
istighfar itu adalah jalan ke arah mendekatkan diri kepada Allah
yang mendorong manusia untuk membuat segala amal bakti dan
kebajikan, seperti disebutkan dalam sebuah hadis yang
bermaksud:

Daripada Jabar bin Abdullah katanya Rasulullah SAW
berkhutbah kepada kami, sabdanya: Wahai manusia!
Bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu mati dan
segeralah kamu mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk
dan adakanlah perhubungan antara kamu dengan Tuhan kamu
dengan memperbanyakkan zikir kepada-Nya". (Hadis Riwayat
Ibnu Majah).

Sebenarnya, peringatan sebegini ada benarnya kerana diakui
hati orang tua itu lebih kepada berangan-angan dan bernafsu
untuk mengumpulkan seberapa banyak harta. Rasulullah SAW
ada bersabda yang bermaksud: "Daripada Abi Hurairah RA
menyatakan bahawa telah bersabda Rasulullah SAW Hati orang
tua itu mudah untuk mencintai dua perkara iaitu panjang
angan-angan (harapan) dan suka membanyakkan harta." (Hadis
Riwayat At-Tirmizi).

Orang yang berangan-angan panjang itu akan merasakan diri
mereka seolah-olah kekal hidup di dunia ini yang akan
menyebabkan mereka lalai untuk mengingati Allah. Mereka yang
dilanda penyakit ini akan lalai untuk menyediakan bekalan
untuk menuju akhirat, sentiasa mengikut hawa nafsu dan sering
lupa kepada mati sehingga bertangguh-tangguh dalam
mengerjakan amal salih.

Mereka yang panjang angan-angan ini selalunya lebih
mengutamakan kepentingan dunia daripada kepentingan
akhirat.

Sesungguhnya warga tua mempunyai hak untuk mendapat kasih
sayang dan penghormatan. Dalam hal ini Rasulullah SAW
memerintahkan umatnya untuk menghormati orang tua dan
menganjurkan untuk menjaga hak mereka.

Perkara ini dijelaskan dalam sebuah hadis Baginda yang
bermaksud Dari Anas bin Malik katanya telah bersabda
Rasulullah SAW: Tiada seorang pemuda yang menghormati dan
memuliakan seseorang yang tua usianya melainkan Allah akan
menentukan baginya orang lain yang akan menghormati kelak
apabila dia pula mencapai usia tua." (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Sememangnya perhatian terhadap warga emas adalah satu
kewajipan yang tidak boleh diabaikan, yang akan menjadikan
kita sebagai orang yang mengenang budi, yang akan menjadikan
harapan sepanjang zaman. Tanpa mereka, hidup kita mungkin
menjadi sia-sia kerana restu dan reda mereka akan menjadi
sebahagian keberkatan dan kerahmatan Allah terhadap kita.

Dengan apa daya sekalipun kita hendaklah berusaha untuk
menjaga hati mereka di samping memberi bantuan moral dan
kewangan. Hendaknya kita melakukan yang terbaik untuk
mereka ketika mereka melalui sisa-sisa hidup yang sedikit
berbaki itu.

Menjadi amalan yang ditarbiyah oleh agama untuk kita
berterusan menghormati dan menjaga kebajikan mereka.
Biarlah kasih sayang yang dicurahkan kepada warga tua dirasai
mereka dengan sempurna. Jangan sesekali mengabaikan dan
mensia-siakan mereka.

Penulis adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam
Hadhari (Damai)

Tajuk Pidato : Sayangi Warga Emas
Nama Sekolah : Sk. Taman Tasik
Telefon : 03-42919397
Pemidato : Nur WadIhah bt. Kamarulzaman

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,
Barisan Para Hakim yang bijaksana,
Penjaga masa yang setia dengan waktunya,
Guru-guru yang berdedikasi lagi dihormati,
Seterusanya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.m.h salam sejahtera, salam perpaduan.

Berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk sama-sama membawa minda hadirin merenung
seketika tentang tajuk dan kupasan pidato yang akan saya utarakan iaituSayangi warga emas

Sebelum bahtera kata berlayar ke lautan bicara terlebih dahulu izinkan saya mentakrifkan tajuk
pidato agar mudah difahami. Sayang ungkapan yang cukup puitis lazimnya ditujukan kepada
orang yang kita kasihi atau mereka yang sedang bercinta. Manakala warga emas merupakan
kategori penduduk malaysia yang berumur 60 tahun ke atas , Mengikut definisi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu warga emas golongan berusia 65 tahun ke atas.
Istilah warga emas lebih sesuai diguna pakai kerana ia memberi imej yang berharga dan
dihormati kepada golongan warga tua.

Kehadiran warga emas dalam sesebuah keluarga selalu dikaitkan dengan kesusuhan apatah lagi
kebanyakan warga emas mengalami masalah kesihatan dan tidak berupaya mengurus diri
sendiri . Ada juga warga emas yang mengalami penyakit lumpuh, Alzheimer, atau pelbagai
penyakit lain. Kesusahan ini memaksa ahli keluarga warga emas bertindak diluar tabii dengan
menghantar mereka ke rumah seri kenangan atau tempat jagaan orang-orang tua manakala
anak-anak atau cucu-cucu mereka sibuk mencari harta.

Hadirin hadirat sekalian,
7 peratus daripada 25 juta rakyat Malaysia terdiri daripada warga tua atau warga emas.
sebenarnya Warga emas merupakan aset penting negara dan hakikat ini tidak boleh disangkal,
sebaliknya ia perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah semakin berusia rambut pun semakin putih
namun, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara menerusi
pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan tidak hairanlah peribahasa
ada menyebut mereka makan garam terlebih dahulu daripada kita. Golongan warga emas
sememangnya kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan dipupuk melalui
pendidikan awal, hidup berkeluarga, berkerjaya dan bersosial.
Hadirin dan Hadirat teruskan membuka minda,
Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil, berpendapat amat merugikan jika kita tidak memanfaatkan sepenuhnya pengalaman warga
emas untuk dijadikan panduan hidup
Selain itu kita telah dididik untuk sentiasa menghormati dan menyayangi warga emas serta
menjaga tutur kata, tingkah laku dan bersopan. Amat wajar kita mempertingkat dan
memperhebatkan sifat serta nilai murni ini agar terus kekal dan menjadi amalan harian generasi
muda.
Jadilah seorang yang prihatin, mengasihi dan menyayangi golongan warga emas yang telah
menabur budi serta berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara. Pihak berwajib sentiasa
prihatin terhadap golongan tua dan sebagai bukti Bantuan kewangan Warga emas.diberikan
untuk menjamin warga emas menikmati kehidupan selesa.Malaysia adalah antara negara rantau
Asia paling awal menggubal Dasar Warga Emas Negara pada tahun 1995, kemudian
mewujudkan Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas Kebangsaan serta Pelan Tindakan
Dasar Warga Emas Negara yang kini diguna pakai untuk semua program warga emas.Sebagai
meneruskan keprihatinan terhadap warga emas, Jabatan Perkhidmatan Awam meluluskan satu
bahagian baru iaitu Bahagian Warga Emas dan Keluarga di Jabatan Kebajikan Masyarakat.warga
emas diberikan perhatian berkaitan isu pusat jagaan harian , sindrom terpinggir warga emas,
skim pencen pesara, had umur bersara, beban kewangan, , kemudahan kaunter khas dan kadar
istimewa pengangkutan awam dan hotel.
Hadirin Hadirat yang dikasihi sekalian,
Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerajaan juga mahu keluarga sendiri
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan dan kesejahteraan warga emas dalam
keluarga mereka. Menghantar warga emas ke rumah kebajikan hanya wajar dilakukan sebagai
jalan terakhir, bukan pilihan utama.
Khidmat Bantu di Rumah turut disarankan kerajaan. Ia membantu warga emas tinggal bersama
ahli keluarga atau terus tinggal dalam komuniti dengan mendapat khidmat sokongan menerusi
pekerja sukarela terlatih. .Program itu akan berkesan jika ramai individu ikhlas dan sukarela
membantu warga emas, sekali gus menyemarakkan konsep masyarakat penyayang dan
kebajikan tanggungjawab bersama.Bahtera sudah sampai ke pelabuhanya,
Sebelum menlabuhkan tirai pidato saya, petiklah kesimpulan dari gagasanya untuk renungan
dan reformasi bersama:

1. Warga emas merupakan asset berharga kepada negara
Jangan dipersiakan pengalaman dan pandangan mereka.
2. Pelbagai usaha kerajaan lakukan untuk memartabatkan warga
Emas dan menghargai jasa mereka.
3. Sebagai pendokong aspirasi Negara sayangilah warga emas.

Sekian Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Sekian
terima kasih.

Ke arah warga emas produktif
Oleh Rosmah dain
Gambar Jeffri Iran dan Izham Jaafar

Percayalah, dengan izin Tuhan dan
dipanjangkan umur, seseorang itu pasti
mencapai tahap usia emas .
Sebaik sahaja mencapai tahap ini, iaitu 55 tahun dan ke atas status individu itu akan
berubah dan dikenali sebagai warga emas yang sudah tentunya kaya dengan pengetahuan
dan pengalaman.
Malangnya sindrom warga emas yang seringkali dikaitkan dengan kemurungan, kelesuan,
tahap kesihatan yang lemah, kesunyian, keras kepala, banyak kerenah dan sebagainya,
sering dijadikan alasan oleh sesetengah pihak untuk menidakkan kepentingan penglibatan
golongan ini dalam sesuatu situasi.
Malah, kelebihan mereka dari segi pemikiran dan pengalaman tidak lagi diambil peduli
apabila menyatakan sesuatu pendapat sama ada kepada ahli keluarga, pembuat dasar dan
ketetapan.
Apa yang lebih mengharukan ada di kalangan mereka meneruskan sisa-sisa usia mereka
di rumah-rumah orang tua dalam keadaan kesunyian.
Menurut Presiden Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia, Syed Barkat Ali Syed Ali, 69,
kini dianggarkan 1.7 juta penduduk di negara ini berusia lebih daripada 60 tahun iaitu
merangkumi 7 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk.
Katanya, dijangka menjelang tahun 2035, kadar ini akan meningkat kepada 15 peratus
memandangkan keupayaan pendidikan dan kemajuan tahap kesihatan yang tinggi
membolehkan ramai hidup dengan umur yang panjang.
Justeru, sudah tentu bila satu-satu negara masyarakat warga tuanya melebihi 15
peratus, negara itu akan dianggap negara yang sudah mula tua kerana negara itu
mempunyai kadar warga tua yang ramai, katanya.
Sebelum ke arah itu, katanya, warga tua perlu menganjurkan proses ke arah faktor
penuaan yang lebih aktif dengan menekankan mentaliti, fizikal dan melibatkan diri dalam
kemasyarakatan, sosial dan bebas daripada penyakit.
Tambah Syed Barkat Ali, kajian di negara maju seperti di Amerika Syarikat, hanya kira-
kira 20 hingga 30 peratus daripada masyarakat warga emas mereka tidak mampu
bergerak dan memerlukan bantuan orang lain, yang bermakna 70 peratus lagi dapat
menjalankan kehidupan mereka secara sihat.
Negara memerlukan komuniti warga emas yang prihatin, proaktif,
progresif dan produktif, serta hidup secara bermaruah untuk menikmati
kualiti hidup serta menyumbang secara bermakna. - Gambar hiasan

Kalau kajian itu dipadankan dengan situasi di negara ini, bagaimanakah pula caranya
warga emas ini untuk dilibatkan dalam pembangunan sosial bagi melahirkan masyarakat
warga emas yang cergas dari semua aspek?
Sudah pasti tidak banyak kajian dilakukan dalam usaha untuk melibatkan warga emas
dalam aspek pembangunan sosial dan faktor pembangunan insan.
Biarpun umum mengetahui, warga tua adalah merupakan aset kepada negara, golongan
ini ada ilmu, sabar, tahu perhubungan antara manusia dan ada pengalaman.
Mereka boleh melakukan kerja-kerja mendidik secara tidak formal kepada anak-anak
remaja atau cucu-cucunya kerana mereka berkeupayaan menjadi penghubung antara
generasi yang boleh menegur salah dan silap pembawaan generasi muda, katanya.
Seterusnya, peranan warga tua ialah menjadi sukarelawan yang berusaha secara
berterusan untuk menggembeling segala sumber yang ada bagi menganjurkan
transformasi yang membawa kebaikan maksimum kepada golongan yang terbesar, dalam
masa yang singkat dengan kos yang paling optimum semata-mata mencari keredaan
Allah.
Kelebihan warga tua ini dianggap sebagai penjaga nilai kebangsaan (custodian of
national values) dan pengikat kasih sayang keluarga dalam pengukuhan komuniti.
Untuk itu warga emas itu sendiri perlu berusaha ke arah menjadi warga tua yang lebih
baik dengan mengekalkan nilai-nilai murni yang ada dalam peradaban mereka.
Minda mereka perlu selari dengan keadaan semasa dan sentiasa peka dengan
perkembangan dan mahu pula mengadaptasi perkara-perkara terkini. Justeru sentiasa
mencari ilmu perlu diterapkan dalam apa jua keadaan.
Bagi generasi muda perlu diajar bagaimana untuk menghormati warga emas yang
ternyata mempunyai pengalaman yang berharga dalam diri mereka, jelasnya.
Berbalik kepada Usiamas, Syed Barkat Ali yang berasal dari Kulim, Kedah ini,
menyatakan, misi Usiamas itu sendiri mahukan suatu komuniti warga tua yang prihatin,
proaktif, progresif dan produktif, serta hidup secara bermaruah untuk menikmati kualiti
hidup serta menyumbang secara bermakna kepada penambahbaikan masyarakat melalui
inisiatif untuk mempromosi dan memperkukuhkan nilai-nilai murni.
Ia juga bertujuan menjadi organisasi terunggul yang memperkasakan warga tua supaya
mencapai potensi mereka yang maksimum melalui pelaksanaan program penyelidikan,
pengembangan, latihan, advokasi dan khidmat komuniti.
Jelasnya, pertubuhan ini yang didaftarkan pada 31 Disember 2001 oleh pengasasnya,
Profesor Datuk Dr. Abdullah Malim Baginda, yang sebelum ini dikenali sebagai Yayasan
Amal Usia Emas Malaysia. Kini mempunyai 70 ahli yang berdaftar dan 30 sukarelawan
terlatih.
Aktiviti yang mula dijalankan ialah Program Sahabat Warga Emas yang berkonsepkan
dari sebuah program yang sama di Korea, iaitu Helpage.
Program ini merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang menjalankan aktiviti
mencari sukarelawan atau melatih sukarelawan untuk lawatan ke rumah orang tua yang
tinggal bersendirian dan tidak cergas di bawah nama program Homehelp.
Kini bersama dana sumbangan Helpage, Program Sahabat Warga Emas mencari warga
tua yang perlu untuk diberi bantuan dan menghiburkan mereka dengan kunjungan secara
berkala.
Kita ambil senarai warga emas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menerima
bantuan untuk diselidiki latar belakang sebelum mengunjungi mereka.
Kunjungan seperti ini dilakukan dengan harapan warga emas ini tidak rasa tersisih
dan mampu menghiburkan mereka, jelasnya. Jika anda ingin menjadi sukarelawan
Program Sahabat Warga Emas atau ingin mengetahui maklumat mengenai Persatuan
Kebajikan Usiamas Malaysia, boleh menghubungi talian 03-4042 2201 atau e-mel,
usiamas1@streamyx.com atau www.usiamas.org.my.

Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&s
ec=Keluarga&pg=ke_01.htm#ixzz36qOW51HH
Utusan Melayu (M) Bhd










Contoh Karangan : Peranan Warga Tua
Jun 23, 2007 mindabahasa
Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau
golongan veteran. Takrifan warga emas adalah mereka yang berusia 60 tahun
ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya
berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan
masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun
tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur
bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.
Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan
diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan
tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa
beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah
menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan
muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu
sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita
juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah
sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak
perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan
negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan
pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan
memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita.
Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua
dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku
kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka,
generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang
mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh
tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda
berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini
terjamin dan lebih bermakna.
Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga
dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan
mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada
pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh
menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan
beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu
sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada
anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya
mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu
untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas
hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas
untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.
Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin
mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua
mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan
ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana
semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit
lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan
mempunyai impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin
ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa
untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-
anak. Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan
hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di
dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu
membangunkan negara.
Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya
mahu berehat, mereka akan lebih mudah sakit. Untuk menjamin sumbangan
yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian. Di
samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga
adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan
kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya
mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama,
golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati
dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan
ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan.
Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada
sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya
kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa,
agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas
dengan penuh gemilang.
Isu-Isu Berkaitan Warga Tua

WARGA EMAS
GOLONGAN WARGA EMAS IALAH MEREKA YANGDITAKRIF SEBAGAI PENDUDUK BERUMUR 60
TAHUNKEATAS.
DI MALAYSIA, WARGA TUA TERUS MENINGKATDARI SETAHUN KESETAHUN. PADA TAHUN
1999,JUMLAH PENDUDUK DI NEGARA INI ADALAHSEBANYAK 21.8 JUTA ORANG DAN
6.5%DARIPADANYA ADALAH WARGA TUA. DIJANGKAKANPADA TAHUN 2020 NANTI, JUMLAH
WARGA TUAADALAH SEBANYAK 11.3% DARIPADA JUMLAHKESELURUHAN PENDUDUK DI
NEGARA INI.
Grace (1992) mengkategorikanzaman tua kepada empat peringkat yaitu :
Warga tua pada peringkat awal(umur 60-69tahun)
Warga tua pada peringkat pertengahan(umur 70-79tahun)
Warga tua pada peringkat lewat(umur 80-89tahun)
Warga tua pada peringkat sangat lewat(umur 90-90tahun keatas)

Ke arah penghalusan iman dan
penyuburan jiwa menuju penghujung usia

Warga emas atau warga tua secara umumnya dikategorikan sebagai individu yang
berumur melebihi 60 tahun dan ke atas. Biarpun rata-rata golongan ini telah
bersara, dan menghabiskan hampir sepenuh masanya di rumah sahaja, namun
tidak bererti golongan ini sekadar bersikap pasif atau dilabelkan sebagai kurang
produktif.
Warga emas seharusnya terus diberi peluang untuk bergiat aktif melibatkan diri
dalam pembangunan negara mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing,
kerana peranan mereka bukan sahaja sebagai 'penerima' bahkan mereka juga
boleh memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan negara.
Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua
orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu
perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal
dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga
kita selama ini. Antara tips-tips yang boleh dikongsi adalah :-
Norsibah Haji Apong
Warga Tua Warga Emas (Hijau)

Dahi berkedut
badan bongkok
baju lusuh
kain berubah warna

Berjalan tak seperti dahulu
penglihatan tak seterang dahulu
pertuturan tak selancar dahulu
semuanya berubah mengikut waktu

Di mana anak di mana cucu
di mana tempat mengadu
di mana tempat berkongsi kasih sayang

Pada usia emas hargailah warga tua
Elakkan dari terabai
jagalah hati


Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang
juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di
negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini
menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan
warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada
beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan, swasta dan masyarakat untuk
menceriakan warga emas.

Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai
kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan seperti pucuk diminta ulam dicinta.
Antaranya, pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan juga
pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan ini sudah
pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan yang begitu
mahal. Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana
sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja.
Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menceriakan lagi
kehidupan warga emas ini.

Selain itu, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka.
Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan
dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya. Aktiviti seperti ini mampu
menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan mereka serta
dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan
sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha
melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu
memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan kerana yang tua
sentiasa didahulukan.

Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar
kerana sudah ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan
kehidupan bandar yang penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga
emas sasaran mudah tersisih. Kesannya, segelintir anak menggunakan alasan terlalu sibuk
lalu menghantar orang tua mereka ke rumah bantuan kerajaan ini bagai kacang lupakan
kulit. Kemudahan yang disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah lengkap dan
bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya
kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah orang tua didirikan
semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk
berlindung pada masa akan datang.

Sesungguhnya, langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini
bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi
lebih positif dan murah hati. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan
muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang
muda, lambat bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini menyebabkan sering
berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa
renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia harus
menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu
belajar memahami golongan tua ini.

Kesimpulannya, warga tua bukanlah seperti surat khabar lama yang harus dibuang
setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan
masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan
masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan
bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan anda
pula yang disisihkan.






CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA

Warga tua merujuk ibu, bapa,datuk atau nenek,bapa saudara atau ibu saudara yang sudah
berumur. Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat
dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan
anak-anak. Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di
tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.
Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua. Warga tua yang terdiri daripada ibu
melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak.
Manakala bapa membanting tulang empat kerat mencari rezeki membesarkan anak-anak.
Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya. Sebagai anak
kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur.Anak-anak tidak seharusnya
menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.
Di samping itu, guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu
bapa serta warga tua.Kita perlu memberi perhatian dan sering mendampingi mereka.
Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa
mereka kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah
berkorban nyawa. Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut.
Seterusnya, kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua. Kerajaan
dan pihak swasta berganding bahu seperti aur dengan tebing menyediakan pelbagai
kemudahan untuk warga tua. Sebagai contohnya, pembinaan rumah penjagaan warga
tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan. Di samping itu, warga tua turut
mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan dengan kadar bayaran rendah di hospital
kerajaan atau klinik swasta. Keperihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat
tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.
Media massa tidak terkecuali dalam usaha menghargai warga tua. Media massa seperti
surat khabar dan televisyen serta Internet boleh menyiarkan cerita-cerita berkaitan
penderitaan hidup warga tua. Contohnya rancangan yang disiarkan oleh
TV3 Bersamamu, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan
bantuan khususnya kepada warga tua yang daif. Hal ini menyedarkan kita tentang
pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan
warga tua. Tanpa mereka siapalah kita,jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing, suatu hari nanti, kita juga pasti tua.Kita
tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang sanggup berkorban
melahirkan, membesarkan,dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.




DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS
Diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi penghargaan,
pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri
Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.

SYARAT KELAYAKAN
Berusia 60 tahun dan ke atas;
Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan
Negeri Pulau Pinang.

KAEDAH PELAKSAAN
Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100. Warga emas yang telah berdaftar dengan
Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100
selepas tarikh akhir pendaftaran.
































KELUARGA IMPIAN SAYA
Rumahku, syurgaku, ungkapan keramat ini memanifestasikan peri
pentingnya setiap ahli dalam sesebuah keluarga memainkan peranan masing-masing
dengan sebaik mungkin sehingga menjelmakan kebahagiaan yang menjadikan rumah
seumpama syurga. Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia, tidak
terkecuali saya. Dalam sebuah keluarga yang bahagia nilai toleransi, bertimbang rasa,
kasih sayang, hormat menghormati dan kejujuran sewajarnya menunjangi kehidupan
seharian ahli-ahlinya. Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja
sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain kerana sikap saling membantu
bagai aur dengan tebing harus diamalkan dalam sesebuah keluarga. Hal ini dapat
diibaratkan seperti makan nasi tidak berlauk. Sukar untuk dipercayai jika seseorang itu
mengatakan bahawa dia tidak mengimpikan keluarga yang bahagia lagi harmoni. Kita
harus membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan itu kerana
tanpa keluarga tidak mungkin kita akan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan.
Sesungguhnya setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipan
masing-masing demi mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Ibu bapa haruslah
memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan mewujudkan
kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk sahsiah anak-anak.
Ibu bapa jugalah yang akan memberikan bekalan yang terbaik kepada anak-anak
seperti ilmu pengetahuan dan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak pada era
globalisasi ini semakin cepat menerima apa-apa yang dipelajari, maka anak-anak ini
perlu dibaja dengan perkara yang baik dan berfaedah serta membuahkan hasil. Anak-
anak diibaratkan seperti sehelai kain putih yang harus dicorakkan oleh ibu bapa mereka
supaya menjadi sehelai kain batik yang cantik lagi menarik. Sewaktu anak-anak masih
kecil, ibu bapalah yang menjadi guru mereka kerana merekalah guru yang pertama dan
terdekat yang boleh membimbing anak-anak supaya menjadi insan yang berwawasan
apabila dewasa kelak. Anak-anak akan meniru jejak langkah ibu dan bapa mereka sejak
kecil lagi kerana mereka merupakan idola anak-anak mereka semasa kecil dan hal ini
dapat diibaratkan seperti bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Haruslah diingatkan
bahawa setiap tingkah laku yang dipamerkan oleh ibu bapa pasti ada yang akan
menjejaki langkah mereka. Tuntasnya, benarlah bahawa ibu bapa haruslah
membentuk sahsiah anak-anak mereka untuk menjadi insan yang cemerlang dari
segi fizikal mahupun rohani mereka dan ciri keluarga beginilah yang menjadi impian
saya.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak
mereka yang mana intan, yang mana kaca, iaitu mereka bijak membezakan antara
perbuatan yang baik dan sebaliknya. Hal ini disebabkan oleh kedapatan anak-anak yang
bersifat lurus bendul yang tidak berupaya membezakan antara perbuatan yang baik dan
perbuatan yang buruk. Dalam konteks ini ibu bapa haruslah mengajar anak-anak
mereka tentang realiti menempuh kehidupan yang diredai Tuhan. Ibu bapa harus
mengawasi pergaulan anak-anak di luar rumah kerana dikhuatiri mereka terlampau
bebas sehingga terjerumus ke lembah dunia yang penuh dengan masalah sosial dan
susila yang meruncing sedangkan mereka masih berumur setahun jagung, setampuk
darah pinang. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka agar tidak bergaul
dengan rakan yang buruk akhlaknya kerana hal tersebut akan menggelapkan masa
depan mereka. Tidak cukup jika kasih sayang yang diberikan seperti bena tak bena.
Sebaliknya, ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya
selain menganggap anak-anak seperti menatang minyak yang penuh. Didikan agama
harus ada dalam diri seseorang. Ibu bapa wajib memastikan anak-anak mereka
memperoleh didikan agama tersebut kerana tanpa pegangan agama yang kukuh kita
akan tersesat seperti layang-layang yang terputus talinya. Ibu bapa haruslah
menerapkan ajaran agama ini sejak anak-anak masih kecil lagi. Hal ini kerana hati anak
yang tidak dicemari dosa mudah untuk dipupuk kerana melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Ironinya, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak mereka kecil lagi
supaya mereka tidak tersesat ketika menempuh belantara kehidupan. Dalam benak
saya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam keluarga yang menjadi idaman saya.
Anak-anak akan kehilangan semangat untuk melakukan sebarang kerja seharian
jika ibu bapa tidak meluangkan masa dengan mereka walaupun hanya untuk
bertanyakan khabar. Lantaran itu, ibu bapa haruslah menitikberatkan perkara ini dan
haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-
anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti mereka hanya
melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam
rumah sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di
samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak
dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan
kehidupan sosial mereka. Ibu bapa tidak seharusnya memperlihatkan sikap rakus dalam
mengejar fatamorgana dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab
terhadap anak-anak. Wang ringgit bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah yang
dihadapi tetapi kasih sayang yang ikhlas dari lubuk hati yang suci itu adalah penting bagi
menjana keluarga bahagia. Tidak salah jika ibu bapa mencari rezeki pada siang hari,
tetapi jika sering pulang lewat petang sehingga mengabaikan makan minum anak-anak,
tentu mereka akan makan hati. Peribahasa Arab pernah mengatakan bahawa anak-
anak yang kurang memperoleh kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama
dengan anak-anak agar mereka tidak kesunyian di samping dapat membina keluarga
bahagia.
Menjadi anak yang derhaka ialah perkara yang dilarang sama sekali dalam
mana-mana ajaran agama. Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak haruslah
menuruti perintah ibu bapa mereka. Anak-anak hendaklah belajar dengan penuh
kesungguhan dan mendapat keputusan yang cemerlang kerana pencapaian trsebut
dapat membanggakan ibu bapa untuk membalas jasa mereka. Anak-anak seharusnya
memuliakan maruah diri dan maruah keluarga dengan tidak melibatkan diri dengan
aktiviti yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, dan menagih dadah. Anak-
anak sewajarnya mendengar nasihat ibu bapa, bukannya menjadikan diri mereka tidak
ubah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Tidak sepatutnya jasa ibu bapa yang tidak
terbalas itu dilupakan begitu sahaja. Sebagai insan yang bergelar anak kita haruslah
mengenang jasa mereka kerana kita ditegah untuk menjadi seperti kacang lupakan
kulit. Anak-anak haruslah mengambil alih tugas ibu bapa yang dahulu menjaga kita
sewaktu kecil dan kini tugas itu diambil oleh generasi muda untuk menjaga ibu bapa
mereka yang sudah uzur yang sudah tidak boleh menguruskan diri mereka lagi. Jika ibu
bapa boleh menatang kita seperti menatang minyak yang penuh, mengapa kita sebagai
anak tidak boleh melakukan hal yang sama? Hal ini disebabkan oleh mereka masih
tidak bijak untuk menghargai seseorang yang telah berjasa kepada diri mereka
sedangkan ibu bapalah yang telah membimbing, mendidik dan menjaga mereka sejak
mereka kecil lagi. Seandainya tiada ibu bapa,siapa kita pada hari ini? Akhir sekali,anak-
anak harus mentaati perintah ibu bapa agar keluarga bahagia dapat dibina.
Sejujurnya, inilah antara ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga yang menjadi
idaman saya.
Haruslah menjadi kewajipan dalam institusi kekeluargaan untuk saling hormat
menghormati antara satu sama lain. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada
mencetuskan pertelingkahan, terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana
keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap sepeti ini dan hal ini boleh mencemarkan
nama baik keluarga secara tidak langsung. Ramai orang mengatakan bahawa keluarga
yang bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai. Sebagai ahli keluarga
yang prihatin dan mengambil berat terhadap keluarga, mereka haruslah mewujudkan
situasi ini dalam keluarga agar keluarga kita dihormati oleh masyarakat luar dan tidak
dipandang serong serta dipandang hina. Ahli keluarga haruslah bahu-membahu antara
satu sama lain. Seandainya dalam keluarga itu ada seorang yang lemah dalam subjek
matematik, haruslah dibantu oleh adik beradik yang lain kerana sikap bantu membantu
ialah sikap yang baik dan mulia. Orang yang kedekut ilmu selalunya merupakan orang
yang rugi kerana mereka tidak ingin membantu memajukan generasi akan datang,
malah mereka lebih rela melihat generasi akan datang dipijak oleh penjajah. Kita
haruslah mengamalkan sikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan ke gunung
sama didaki, ke lurah sama dituruni. Tegasnya, setiap ahli keluarga haruslah
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan untuk membina keluarga bahagia
di samping membangunkan generasi akan datang agar sesebuah institusi keluarga itu
menjadi keluarga yang dihormati.
Keseluruhan di atas merupakan antara ciri keluarga bahagia yang menjadi
impian saya, terutamanya setelah saya dewasa dan membina keluarga sendiri.
Semuanya akan menjadi kenyataan sekiranya saya berjaya dalam bidang pelajaran
yang sudah pasti akan menjadikan masa hadapan saya cerah kerana kedudukan
ekonomi saya yang stabil. Selain itu, saya dan pasangan yang menjadi suri kehidupan
saya akan memikul tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin agar anak-anak akan
menjadikan kami sebagai rol model mereka. Dengan keizinan daripada Yang Maha Esa,
mudah-mudahan impian saya akan tercapai. Lebih jauh lagi, saya mesti berussaha
dengan penuh kesungguhan agar impian tidak tinggal sebagai mimpi pada siang hari
kerana tanpa usaha tiadalah kejayaan. Semoga fajar yang menyingsing pada sekurang-
kurangnya sepuluh tahun akan datang memberikan sinaran paling gemilang dalam
kehidupan saya berkeluarga.

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Berderap seiring berjalan pulang,
Mawar disisip hiasan si dara,
Remaja kini berperibadi cemerlang,
Menjadi tunjang aspirasi negara.
Pantun di atas menerangkan bagaimana seorang pelajar yang cemerlang dapat
memberikan kebaikan kepada negara. Hal ini demikian kerana pelajar cemerlang mampu
merealisasikan aspirasi negara dan seterusnya bakal menerajui tampuk pemerintahan
negara. Sehubungan dengan itu, setiap pelajar perlu mengambil inisiatif untuk menjadi
pelajar yang cemerlang, bak kata peribahasa, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Bagi menjadi pelajar yang cemerlang, pelbagai kriteria yang positif perlu
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai
sahsiah dan peribadi yang unggul. Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang
unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika
bersama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang
sentiasa menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang
dada untuk membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak
pernah wujud dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang. Mereka sentiasa
mengamalkan sikap bermurah hati dan tidak pilih kasih dalam pergaulan dengan
membeza-bezakan bangsa, agama dan prestasi akademik kerana menyedari bahawa setiap
manusia adalah sama di sisi Allah. Sahsiah dan peribadi pelajar yang cemerlang yang
unggul disenangi oleh orang di sekelilingnya kerana mereka tetap bergaul mesra kerana
tidak bersikap seperti kera sumbang. Oleh itu, jelaslah bahawa pelajar cemerlang
mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul.
Seterusnya, pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di
dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian,
Hindu mahupun Buddha. Pelajar yang cemerlang sentiasa menjadikan agama sebagai
panduan hidup. Agama menjadi landasan yang paling ampuh dalam membentuk diri
pelajar yang cemerlang seperti kata seorang cendekiawan, permulaan hidup seseorang
manusia adalah mengenal Tuhan dan agamanya. Pelajar yang cemerlang akan sentiasa
mempunyai nawaitu yang suci dalam setiap tindakan yang dilakukan oleh mereka.
Sebagai contoh, seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan
tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa
untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, jelaslah bahawa agama menjadi pegangan pelajar
yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia
ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
Selain itu, pelajar yang cemerlang sentiasa menyedari hakikat bahawa masa itu
emas dan tidak mensia-siakan setiap saat yang dimilikinya. Mereka sentiasa mengisi
masa terluang dengan melakukan pelbagai aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku,
mengulang kaji pelajaran, dan beriadah. Mereka juga menyediakan jadual aktiviti harian
yang fleksibel agar aktiviti yang mereka lakukan seimbang daripada aspek jasmani dan
rohani. Penyediaan jadual aktiviti harian amat penting bagi memastikan pelajar tidak
hanya menghabiskan masa selama 24 jam di meja belajar sahaja. Pelajar yang cemerlang
juga sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan mereka dengan membaca buku
sekiranya mempunyai masa yang terluang. Hal ini demikian kerana, mereka menyedari
melalui pembacaan, mereka akan dapat meluaskan horizon pemikiran mereka dan
seterusnya menjadikan diri mereka seorang pelajar yang cemerlang. Mereka juga sentiasa
menyiapkan setiap tugasan yang diberi dan tidak menangguhkannya. Mereka juga tidak
mengamalkan sikap seperti pahat dengan penukul dalam proses menuntut ilmu. Oleh hal
yang demikian, jelaslah kepada kita semua bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa bijak
dalam mengisi setiap saat dan minit dalam kehidupan mereka agar tidak berakhir dengan
penyesalan.
Di samping itu, ciri pelajar yang cemerlang termasuklah sentiasa memberikan
tumpuan ketika guru sedang mengajar. Hal ini demikian kerana, perhatian dan
tumpuan yang diberikan menjadi salah satu medium pembentukan pelajar yang
cemerlang di samping meningkatkan pemahaman mengenai subjek yang dipelajari.
Sebagai contoh, seseorang pelajar haruslah memberi sepenuh perhatian dan fokus ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Mereka harus menghargai setiap
detik waktu dalam proses tersebut kerana masa itu ibarat pedang, jika kita tidak
memotongnya,maka ia akan memotong kita. Tumpuan dan perhatian pelajar di dalam
kelas sahaja menjadi salah satu ciri pelajar cemerlang malahan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan mereka dalam sesuatu subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, sekiranya
mereka menerapkan ciri yang berikut dalam diri mereka, mereka akan disenangi oleh
para guru. Para guru akan berasa senang hati ketika mengajar seterusnya memberi
keberkatan kepada pelajar tersebut untuk memperoleh kejayaan dalam pelajaran,
peperiksaan bahkan dalam kerjaya mereka pada masa akan datang. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan tumpuan semasa
guru sedang megajar di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar yang cemerlang juga mempunyai wawasan hidup. Hal ini
demikian kerana wawasan hidup diperlukan supaya mereka sentiasa dapat mencapai
segala cita-cita dalam hidup mereka. Sebagai contoh, mereka yang cemerlang sentiasa
mempunyai sasaran dalam peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mencapainya. Selain itu, wawasan hidup mampu mengajar mereka erti berdisiplin dan
bertanggungjawab dalam hidup berikutan mereka akan lebih teliti dan kreatif dalam
menyusun masa belajar dan melakukan aktiviti seharian. Wawasan hidup merupakan ciri
dominan pada diri pelajar cemerlang kerana apabila mereka berwawasan, mereka sentiasa
berusaha gigih kerana yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang
melayang. Pelajar yang mempunyai wawasan juga lebih mengetahui hala tuju kehidupan
serta tidak mudah berputus asa dalam kehidupan mereka. Walaupun mereka mungkin
menemui kegagalan dalam sesuatu perkara, mereka tidak akan mudah bersedih malahan
menjadikan kegagalan tersebut sebagai batu loncatan untuk berusaha dengan lebih gigih
pada masa hadapan. Wawasan hidup juga mampu menjauhkan diri daripada sifat
menangguhkan kerja dalam kalangan pelajar cemerlang. Setiap pekerjaan haruslah
dilakukan hingga selesai, bak kata peribahasa, alang-alang menyeluk perkasam, biar
sampai ke pangkal lengan. Sifat negatif tersebut tidak akan lagi menjadi penghalang
kepada diri mereka dalam menempa kejayaan hidup. Oleh hal yang demikian, jelaslah
bahawa pelajar yang berwawasan merupakan pelajar yang cemerlang.
Sementara itu, untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, setiap pelajar
hendaklah sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini
demikian kerana, melalui aktiviti kokurikulum di sekolah, bakat dan kebolehan para
pelajar akan terserlah dan dapat terus digilap untuk mencapai kejayaan. Tamsilannya,
para pelajar akan sentiasa melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang diadakan oleh unit
beruniform, serta kelab dan persatuan seperti berkawad dan berkhemah. Dalam konteks
ini, para pelajar bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan mereka malah turut dapat
mencerdaskan otak mereka kerana otak yang cerdas lahir daripada badan yang cergas.
Para pelajar juga haruslah menyertai sebarang pertandingan bagi mengenal pasti potensi
diri sama ada melalui unit beruniform mahupun akademik. Contohnya, pelajar yang
cemerlang akan menyertai pertandingan yang dapat menguji minda serta pemikiran
mereka seperti pertandingan perbahasan, forum dan catur. Oleh hal yang demikian, setiap
pelajar perlu bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk menjadi seorang pelajar yang
cemerlang dan seimbang.
Intihnya, kriteria-kriteria yang positif perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam semua skop kehidupan. Pelajar yang cemerlang mampu
berfikir luar daripada kotak pemikiran dan seterusnya mampu merealisasikan aspirasi
negara. Hal ini demikan kerana, pelajar yang cemerlang merupakan pemacu jentera
negara dan akan menerajui tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan. Oleh itu,
generasi pelajar yang cemerlang perlu dipupuk sejak kecil lagi bak kata peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.










KEPERLUAN WARGA TUA

Di malaysia, warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah
orang-orang tua. Definisi warga tua ialah orang yang berusia 60
tahun ke atas. Mereka ini sering dibiarkan sendirian oleh anak-anak
walaupun terang lagi bersuluh bahawa tanggungjawab untuk menjaga
ibu bapa ialah tanggungjawab seorang anak. Mereka yang mempunyai
kerjaya sering menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan untuk
melepaskan diri mereka daripada tanggungjawab. Adakah tindakan
insan yang berjaya ini wajar? Mereka sepatutnya lebih peka terhadap
keperluan ibu bapa mereka yang telah lanjut usia berbanding
mengejar harta dunia yang tidak akan kekal lama. Oleh itu, terdapat
pelbagai keperluan yang diperlukan oleh warga tua.

Perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak merupakan salah satu
keperluan warga tua. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua
hidup bersendirian selepas salah satu pasangan meninggal. Mereka ini
bersifat sensitif dan mudah terasa apabila di pinggirkan dan dibiarkan
oleh anak-anak tanpa bertanya khabar .Dengan kehadiran anak-anak
dan cucu, kekosongan dalam hidup warga tua itu dapat diisi. Mereka
tidak menginginkan harta atau apa-apa kerana mereka hanya
menginginkan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak dan
cucu. Anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-
orang tua atas alasan sibuk bekerja dan tiada masa untuk diluangkan
bersama adalah anak-anak yang tidak mengenang jasa. Walaupun, di
rumah orang-orang tua mereka terjaga dan terdapat kemudahan yang
lengkap , namun jauh di sudut hati mereka inginkan layanan dan kasih
sayang daripada anak-anak sendiri. Oleh itu, perhatian dan kasih
sayang merupakan keperluan utama warga tua.

Seterusnya, mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk
didiami. Hal ini demikian kerana rumah yang sudah usang seperti
dinding berlubang, atap bocor, lantai berlubang dan sebagainya
mengundang pelbagai jenis binatang atau serangga berbisa. Keadaan
rumah seperti ini tidak sepatutnya didiami oleh warga tua kerana
boleh mengancam nyawa mereka. Sebagai warga komuniti yang
perihatin, kita boleh membuat kerja amal untuk membersihkan rumah
warga tua dengan bantuan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan
seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian pembangunan
wanita, keluarga dan masyarakat. Bantuan yang di berikan dapat
meringankan beban warga tua seperti, makanan, tilam, kerusi roda
bagi yang tidak berkemampuan untuk berjalan dan sebagainya untuk
meneruskan kelansungan hidup. Dengan itu, keselesaan warga tua
amat penting untuk menjamin kehidup yang lebih bermakna bagi
mereka.

Seterusya, mereka juga memerlukan teman berkomunikasi untuk
meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua
tinggal bersendirian dan tiada teman untuk berbicara dan berkongsi
rasa. Mereka juga seperti insan muda yang inginkan teman untuk
berbual dan bercerita. mereka kadang kadang ingin
meluahkan kekecewaan mereka terhadap anak-anak mereka kerana
alpa dengan tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ketika tua.
Mereka tiada tempat untuk mengadu jika sakit, tiada suara untuk
menenangkan mereka ketika menghadapi musibah dan tiada tangan
untuk membantu mereka ketika susah. Mungkin mereka hanya
mampu menangisi nasib mereka di dalam hati. Anak anak sewajarnya
meluangkan masa bersama ibu bapa walaupun sekejap untuk
bertanya khabar atau mendengar luahan hati daripada ibu bapa
mereka. Jika mereka sabar dan sentiasa mendengar luahan dan
rintihan kita sejak kecil lagi, mengapa kita tidak mampu untuk
mendengar luahan serta rintihan ibu bapa kita apabila mereka sudah
tua? Jadi , anak anak boleh berkomunikasi dengan ibu bapanya
supaya ibu bapa tersebut dapat meluahkan perasaan mereka.


Tuntasnya, semua pihak boleh membantu untuk menyedikan
keperluan kepada warga tua. Namun, setiap anak wajib
mengutamakan keperluan ibu bapa semasa tua jika mereka masih
hidup kerana mereka amat memerlukannya. Warga tua sebenarnya
tidak inginkan harta kekayaan mereka hanya kasih sayang dan
perhatian daripada anak anak. Kadang kala sikap mereka ibarat bayi
kecil yang baru dilahirkan. Inginkan dirinya disayangi, dibelai dan
ditemani. Sikap mereka yaNg mudah kecil hati akan terubat dengan
keikhlasan kita menjaganya. Jadi, kita harus menghargai mereka
sementara mereka masih ada.jangan tunggu hingga mereka tiada
baru hendak tercari cari..

You might also like