You are on page 1of 5

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan

Soviet atau USSR atau KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 -
1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia
selain Amerika Syarikat.
Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12 buah
negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya
ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; diEropah, ia bersempadan
dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia (Slovakia dan Republik Czech), Poland, Norway,
danFinland. Selat Bering di timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama
iaitu Amerika Syarikat. Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai
sebahagian benua Eropah.
Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan
penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk
keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk,
dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang
terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.
Isi kandungan
[sorokkan]
 1 Sejarah
 2 Politik
 3 Rujukan
 4 Bacaan tambahan
 5 Pautan luar
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang bangun
menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah Tsar
Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih oleh
perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun demikian
pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik, dibawah
pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka komunis
pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang berlarutan
selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada
Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang
merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah
mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one-party
rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial,
dan budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah
pertama negara ini.
Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph Stalin. Stalin merupakan
seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta
pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat
swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan
rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan
atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang kerajaan. Oleh
itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun demikian, polisi Stalin
telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat pesatnya, walaupun
pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan bukannya berdasarkan
kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat adalah mustahak untuk
survival Kesatuan Soviet.


Vladimir Lenin
Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu perjanjian
telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang membolehkan
kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-wilayah Baltik, dan
Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi yang menceroboh
Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi kekalahan di tangan tentera
Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya membendung kemaraan Jerman
pada 1943, dan pada1945, menduduki sebahagian besar Eropah Timur termasuk sebahagian
Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta rakyat Soviet terkorban akibat Perang
Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan kehebatan bala tentera Soviet.


Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah
Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah
pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet telah
berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara jirannya
seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-negara barat, lalu
tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama, Stalin terpaksa
membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil meneruskan polisi
lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta menindas para
pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.
Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua Soviet
yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan Stalin
yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan polisi
luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan perlumbaan senjata
nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu penglibatannya dalam krisis peluru
berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan peperangan nuklear, telah menjadi punca
kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid
Brezhnev yang meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan
kepada perindustrian berat dan ketenteraan.
Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah
dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii
Andropov dan Konstantin Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan
tidak membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha
agung CPSU dan ketua negara Soviet pada1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah
menjadi semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara
mendadak untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program
pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.
Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak mencapai
matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di peringkat nasional.
Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan. Disamping itu beberapa
bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk memberi wilayah mereka lebih
autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang mahukankemerdekaan sepenuhnya dari
Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang telah dikawal oleh regim Soviet selama ini
telah meletus dan ramai orang telah terkorban. Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin
goyah dan agak lambat bertindak untuk mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar
perestroika Gorbachev telah gagal membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala
glasnost' dan demokratizatsiia hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.
Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan populasi
mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik. Referendum
berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada musim panas
1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan republik yang
mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal yang lebih longgar.
Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan kuasa bulan Ogos, -
satu cubaan rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli konservatif Parti Kommunis,
merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin
menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang dengan banyaknya. Perimbangan
kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik
berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik
yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar lagi.
Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah
menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan dan
Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara ramai yang
masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan kesatuan berkenaan,
pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president USSR dan memberikan
kuasa kepadaBoris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan kerajaan tertinggi Kesatuan
Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran
akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi. Kebanyakan organisasi seperti tentera merah
dan Red Army and Militia forces menyambungkan tugas mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau
diserap kedalam negara-negara merdeka yang baru.
Politik[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Politik di Kesatuan Soviet
Di bawah perlembagaan negara, hanya parti komunis Kesatuan Soviet (CPSU) dibenarkan
untuk mengawal jentera kerajaan dan membuat keputusan mengenai ekonomi dan hal
masyarakat. CPSU menyokong ideologi Marxisme-Leninisme dan beroperasi berdasarkan
prinsip democratik centralisme. Organisasi utama CPSU ialah: Politburo, badan kerajaan
agung; Sekretariat, pengawal birokrasi parti; dan Jawatankuasa Pusat (Central Committee),
forum yang membincangkan polisi parti. Pada 1987 keahlian CPSU telah mencapai lebih 19
juta orang (9.7 peratus penduduk dewasa pada tahun 1987), kebanyakan lelaki dari
golongan profesional. Sebilangan besar ahli parti memegang jawatan penting di agensi-
agensi kerajaan diseluruh kesatuan ini.
Kerajaan boleh dianggap sebagai boneka parti CPSU dan akan melaksanakan segala yang
telah diluluskan oleh parti ini termasuk perkara-perkara berkaitan ekonomi, keselamatan
dalaman dan isu-isu sosial. Pada 1988 Perlembagaan telah dipinda untuk mewujudkan
badan yang baru dipanggil "Congress of People's Deputies", badan legislatif dan eksekutif
tertinggi; terdiri dari 2,250 "deputies", dimana 87 peratus adalah ahli atau calon ahli CPSU.