You are on page 1of 29

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /

1

KAEDAH BINA KADAR








KAEDAH BINA KADAR

OBJ EKTI F:

Objektif Am: Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar
harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji,
pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja
konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan
dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan
tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja
tetulang.

Objektif Khusus Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar harga
dalam kerja kerja taksiran
Menghuraikan asas pengiraan kadar harga;
Kos bahan
Kos buruh
Kos loji dan kelengkapan
Kos pengurusan
Kadar keuntungan

Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakan
tangan
Mengira kadar kerja korekan dengan jentera.

UNIT 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


2

KAEDAH BINA KADAR


KAEDAH BINA KADAR

3.0 PENGENALAN
Didalam kerja kerja binaan terdapat beratus ratus matabenda kerja( item of works )
yang terlibat. Semasa kerja kerja di tapak kontraktor akan menggunakan berbagai
cara dan teknik untuk menyiapkan kerja termasuklah menggunakan bahan binaan,
buruh dan kelengkapan dapat berjalan dengan memuaskan.
Semua perkara di atas memerlukan perbelanjaan kewangan kontraktor. Bagi
kontraktor yang berpengalaman, mereka kurang menghadapi masalah kerana mereka
biasanya menyimpan segala maklumat dan data tentang kerja- kerja yang telah
disiapkan

Walaubagaimana pun harga- harga bagi setiap matabenda akan sentiasa berubah dari
semasa kesemasa bergantung kepada keadaan ekonomi, masalah buruh, kenaikan
harga, cukai, kehendak undang-undang dan sebagainya.

Oleh itu pengetahuan harga bahan binaan, pasaran dan harga buruh serta loji amatlah
penting untuk membantu seseorang pemborong dan ahli-ahli iktisas didalam
menentukan harga yang paling munasabah untuk setiap mata benda kerja.








I NPUT 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


3

KAEDAH BINA KADAR


3.1 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN KADAR HARGA DALAM KERJA
TAKSIRAN
Ahli ikhtisas seperti Jurukur Bahan akan menggunakan unit kadar diperingkat mereka
bentuk bangunan untuk mendapatkan harga anggaran sesuatu projek bagi tujuan
tujuan yang berikut :
Mengetahui peruntukan kewangan pihak majikan
Mengetahui kesesuaian rekabentuk berdasarkan had peruntukan yang
dibenarkan oleh pihak majikan
Sebagai maklumat dan rekod untuk rujukan dan anggaran projek-projek dimasa
akan datang.

3.2 DASAR DASAR BINA KADAR
Unit kadar adalah bagi mata benda kerja yang dikira pada unit ukuran tertentu dimana
ianya meliputi kesemua harga harga yang mempengaruhi kos seperti bahan, buruh,
peralatan, pengurusan dan perolehan kepada syarikat.
Oleh itu dasar dasar bina kadar adalah :
Kos bahan
Kos buruh
Kos loji dan kelengkapan
Kos pengurusan
Kadar keuntungan

Tetapi tidak semua matabenda kerja mengambil kira semua factor diatas. Ia
bergantung kepada jenis dan cara kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina.
Contohnya:
Kerja penggalian dengan tangan
Hanya kos buruh, tanggungan syarikat dan keuntungan sahaja yang
perlu diambil kira.
Mengikat batu Bata

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


4

KAEDAH BINA KADAR
Mengambil kira faktor kos buruh, bahan, tanggunagn syarikat dan
keuntungan.
Membancuh konkrit menggunakan jentera
Kelima-lima kos diatas perlu diambil kira.

3.2.1 Kos Bahan
Faktor faktor yang menentukan kos bahan adalah :
Harga asal bahan
Harga yang tidak mengambil kira kadar keuntungan, kos
pengangkutan dan lain-lain. Merupakan harga bahan di kilang atau
harga dari pembekal atau juga dikenali sebagai harga pasaran.. Harga
asal bahan akan berubah ubah dari masa ke semasa dan juga dari
satu tempat ke satu tempat.

Kos pengangkutan ke tapak bina
Bayaran yang dikenakan bagi tujuan mengangkut bahan binaan ke
tapak bina. Ini termasukaln sebarang tambahan kos untuk membawa
bahan binaan ke tapak . Biasanya pembekal menentukan harga yang
tertentu mengikut tempat . Semakin jauh tapak bina dari kilang atau
gudang, maka semakin tinggi kos pengangkutannya. Kos
pengangkutan termasuk juga kon untuk menurunkan barang samada
menggunakan tenaga buruh atau menggunakan jentera seperti fork
lift atau menggunakan kren.

Kos Menyimpan
Adalah kos untuk menyimpan bahan binaan yang mudah rosak seperti
simen, kaca dan jubin atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti
kayu disamping untuk tujuan keselamatan.




ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


5

KAEDAH BINA KADAR


Pembaziran dan Kerosakan
Bagi bahan bahan yang mudah rosak atau tidak digunakan
sepenuhnya hendaklah dikira sebagai pembaziran. Dianggarkan
antara sepuluh hinngga lima belas peratus bahan-bahan binaan di
tapak bina mengalami pembaziran dan kerosakan. Nilaian pembaziran
berbeza bergantung kepada jenis bahan, jenis kerja dan kecekapan
kerja. Pembaziran dikira dari peringkat pesanan hingga ke masa
proses pembinaan. Secara amnya nilai pembaziran mengikut jenis
bahan adalah seperti berikut :
Simen 5%
Genting 2%
Kayu 5%
Keluli 10%

3.2.2 Kos Buruh

Kos buruh adalah bayaran kepada seseorang pekerja setelah ia
menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Bayaran kepada pekerja berbeza
mengikut kemahiran seseorang pekerja. Secara amnya terdapat empat jenis
buruh yang terdapat dipasaran ;

Tukang

Orang yang mahir malaksanakan sesuatu bidang pekerjaan dalam
segi pertukangan seperti tukang kayu, tukang besi, penurap bata
tukang melepa tukang paip dan sebagainya. Tukang akan dibayar
upag mengikut kadar harian atau jam ( sehari adalah 8 jam kerja ).
Upah tukang boleh mencapai RM 80.00 sehari bergantung kepada
jenis dan kerumitan kerja.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


6

KAEDAH BINA KADAR


Buruh Separuh Mahir

Pekerja yang bekerja sebagai pembantu kepada tukang. Biasanya
pekerja separuh mahir diperlukan apabila terdapat banyak kerja-kerja
yang sama perlu dilaksanakan oleh tukang. Kadar upahnya adalah
antara RM 25.00 hingga RM 40.00 sehari.

Buruh Kasar

Buruh yang kurang mahir melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka
melakukan kerja mengikut yang diarahkan oleh tukang atau buruh
separuh mahir. Di tapak bina buruh kasar diperlukan untuk
melakukan kerja kerja seperti mengangkut bahan binaan,
membuang bahan binaan dan membersihkan tapak bina. Bayaran
untuk buruh kasar adalah antara RM 15.00 hingga RM 25.00.


Kepala

Seseorang yang mengetuai sekumpulan pekerja seperti tukang,
pekerja separuh mahuir dan buruh kasar. Bertanggungjawab untuk
mengendali dan menyelia kerja kerja di tapak pembinaan bagi pihak
kontraktor. Kepala biasanya orang yang berpengalaman dalam bidang
tertentu termasuklah pengurusan bahan binaan, alatan, loji dan
menguruskan buruh. Kepala dibayar mengikut gaji bulanan dan
diperuntukkan didalam kos pengurusan syarikat kontraktor
berkenaan.



ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


7

KAEDAH BINA KADAR


Angkatap Buruh

Kemahiran dan keupayaan buruh tidak sama diantara satu sama lain.
Oleh itu, kemahiran perlu diukur secara angkatap buruh. Angkat buruh
bermaksud purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja
menyiapkan sesuatu kerja sehingga siap mengikut unit unit tertentu.
Unit unitnya adalah seperti jam/m, jam/m
2
, jam/m
3
dan jam/kg.

3.2.3 Kos Loji dan Kelengkapan

Kontraktor akan menggunakan berbagai loji dan kelengkapan untuk
melaksanakan kerja kerja di tapak bina dengan tujuan menjimatkan masa dan
tenaga. Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Loji Tidak Berjentera

Merupakan alatan asas dalam kerja pertukangan. Biasanya dimiliki
sendiri oleh kontraktor. Harga harga untuk loji tidak berjentera
dimasukkan sebagai kos pengurusan syarikat kontraktor. Contoh
contoh loji tidak berjentera adalah seperti peranca, tangga, kereta
sorong, peralatan tangan, bakul, baldi dan sebagainya.

Loji Berjentera

Untuk menggunakan loji atau peralatan berjentera kontraktor
hendaklah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli dan atau
menyewa peralatan tersebut. Oleh yang demikian modal untuk
membeli dan menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk
mendapatkan kos modal yang telah dikeluarkan. Cara mendapat balik
wang modal yang digunakan untuk membeli peralatan tersebut ialah
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


8

KAEDAH BINA KADAR


dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat itu sejam sehari dan
juga upah buruh yang mengendalikan peralatan tersebut .
Jenis jenis peralatan berjentera adalah seperti lori, jentolak,
jengkorek, penggaul konkrit , penggetar konkrit, alat pemadat dan
sebagainya.Peralatan berjentera sama ada disewa atau dibeli sendiri
oleh kontraktor bergantung kepada kedudukan kewangan kontraktor
atau berdasarkan keperluan sam ada secara berterusan atau sekali
sekala.

Cara cara menganalisa jentera

Analisa jentera yang disewa
Biasanya kadar sewaan adalah termasuk jentera, pemandu dan
minyak. Kadar semasa ialah antara RM 90.00 hingga RM 160.00
sehari.
Analisa jentera yang dibeli
Jentera kepunyaan sendiri diperolehi melalui pembelian terus dari
syarikat pembekal loji.. Modal yang banyak diperlukan dan
kontraktor perlu mengendalikan sendiri jentera berkenaan.

Pada asasnya kos kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah :

Kos susutan bagi satu jentera yang digunakan sehingga jentera
tersebut dijual dengan harga terpakai.
Kos kehilangan pelaburan iaitu kewangan yang digunakan
untuk membeli jentyera merupakan satu pelaburan.
Kontraktor sebenarnya menanggung faedah atas pelaburan
yang dibuat.
Kos selenggaraan iaitu menyelenggara jentera supaya dapat
berfungsi dengan sempurna
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


9

KAEDAH BINA KADAR


Kos pengangkutan iaitu pengangkutan ke tapak bina
sepanjang tempoh kerja.
Kos kendalian jentera iaitu upah pemandu dan pembantu serta
penggunaan bahan api.


3.2.4 Kos Pengurusan Syarikat
Kos pengurusan syarikat ialah kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh
syarikat untuk mengurus dan mentadbir kakitangan dan kelengkapan pejabat.
Perkara perkara tersebut termasuklah :

Gaji, elaun dan lain lain bayaran untuk semua kakitangan syarikat.
Sewa pejabat, gedung setor, bengkel dan lain lain.
Bayaran elektrik, telefon, pos, insuran, telek,telegraf dan lain lain.

Kelengkapan pejabat seperti perabut, mesin taip, komputer, mesin
fotokopi, kertas, alat tulis dan lain-lain.
Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas
perkakas yang tidak berjentera

Kos pengurusan dikira secara peratus daripada kos bahan, buruh dan loji iaitu
diantara lima hingga sepuluh peratus. Nilaian peratus kos pengurusan dikira
dengan membahagikan jumlah hitung panjang wang masuk atau wang
pembalikan untuk setahun dengan jumlah kos pengurusan syarikat.






ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


10

KAEDAH BINA KADAR


Contoh :

Katakan wang masuk atau wang pembalikan syarikat untuk setahun adalah RM
1,000,000.00, Manakala kos pengurusan setahun adalah RM 50,000.00.

Nilaian peratus kos pengurusan = Kos Pengurusan
-------------------
Wang Masuk

= RM 50,000.00
----------------- x 100 %
RM 1,000,000.00

= 5%


3.2.5 Kadar Keuntungan

Bagi menjamin perniagaan kontraktor dapat berjalan dengan sempurna, maka
syarikat memerlukan sedikit peruntukan untuk menampung kos tanggungan
pengurusan dan pentadbiran sesuatu kontrak.

Kadar keuntungan dikira secara peratus daripada semua kos bahan, buruh dan
loji. Keuntungan yang dikira adalah keuntungan kasar ( gross profit ).
Keuntungan kasar terdiri daripada:

Keuntungan bersih ( nett cost )
Kos Pengurusan ( overhead )


ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


11

KAEDAH BINA KADAR


Kadar peratusan yang diambil adalah berbeza antara satu firma dengan satu
firma yang lain bergantung kepada saiz kontrak, jenis kerja, beban kerja sedia
ada, risiko kontrak dan jangka masa kontrak.

Sekiranya kontraktor mahu keuntungan bersih sebanyak 5%, maka

Keuntungan kasar = Keuntungan bersih + Kos Pengurusan
= 5% + 5%
= 10%

Biasanya kadar peratus keuntungan adalah antara sepuluh peratus hingga lima
belas peratus.


3.3 MEMBINA KADAR KERJA PENGGALIAN

Terdapat dua cara kerja penggalian yang biasa di jalankan di tapak bina bergantung
kepada isipadu tanah yang hendak digali serta kerumitan kerja yang dihadapi:

Kerja penggalian dengan tangan ( Manual)

Menggunakan peralatan tangan seperti cangkul dan penyodok. Sesuai untuk
kerja-kerja kecil dan di tempat yang sempit.


Kerja Penggalian dengan Jentera

Menggunakan jentera seperti traktor, jentolak,jengkaut dan jengkorek. Sesuai
untuk kerja pengorekan yang besar dan luas.

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


12

KAEDAH BINA KADAR



Pertambahan Isipadu tanah

Apabila tanah digali dan tanah itu hendak dibuang ke tempat yang lain, isipadu tanah
tersebut telah bertambah daripada isipadu asalnya. Oleh itu factor pertambahan
isipadu hendaklah diambil kira semasa membina kadar kerja penggalian. Peratus
pertambahan berbeza-beza mengikut jenis tanah yang digali.Peratus pertambahan
isipadu selepas penggalian adalah seperti dalam jadual 4.4.

Jenis tanah Peratus Pertambahan Isipadu
Pasir
Tanah liat
Tanah Biasa
Batu bata
10%
20%
25%
50%


Jadual 3.0 : Jadual Pertambahan Isipadu tanah

Pengiraan kos kerja penggalian hendaklah mengambil kira kos perkara perkara
Berikut :

Kos untuk menggali
Kos untuk mengangkut dan membuang tanah yang telah digali
Kos untuk mengembalikan, mengisi dan menghentak
Kos untuk meratakan bahagian dasar korekan, dan
Kos untuk memampan dan menupang sisi penggalian sekiranya perlu.

Unit Pengukuran untuk kerja kerja penggalian adalah dalam meter padu kecuali bagi
kerja kerja penggalian tanah permukaan yang tidak melebihi 300mm dalam adalah
dalam unit meter persegi.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


13

KAEDAH BINA KADAR


3.3.1 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Tangan

Bagi tujuan membina kadar kerja penggalian dengan tangan maklumat tentang
angkatap buruh untuk kerja penggalian dan kadar upah buruh sehari ( 8 jam )
adalah diperlukan.

Contoh angkatap buruh untuk kerja penggalian dengan tangan adalah seperti
jadual 3.1 :


Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh

1
2

3


4


5

Menggali timbusan tanah biasa
Menggali peparit tidak melebihi 1.5
meter dalam
Menggali peparit melebihi 1.5 meter
dalam tetapi tidak melebihi 3.00
meter dalam
Mengangkut keluar tanah yang digali
dari tapak pembinaan jaraknya tidak
melebihi 100 meter.
Mengisi tanah kedalam lori

M
3

M
3


M
3


M
3
M
3


1.20 jam

1.74 jam


2.61 jam


1.2 jam
1.00 jam



Jadual 3.1 : Angkatap Buruh kerja Korekan




ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


14

KAEDAH BINA KADAR



Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh

6

7


8
9
10
11
12




Menggali ruang bawah tanah tidak
melebihi 1.50 meter dalam
Menggali ruang bawah tanah melebihi
1.5 meter dalam tetapi tidak melebihi
3.00 meter dalam
Penggalian am keatas tanah timbus
Penggalian am keatas tanah liat
Penggalian am ke atas pasir bergerak
Penggalian am ke atas batu batan
Menabur dan menghentak lapisan asas
(hardcore) setebal 100 mm



M
3


M
3
M
3

M
3
M
3

M
3

M
2



1.63 jam


3.27 jam
1.31 jam
5.23 jam
7.84 jam
10.45 jam

1.31 jam

Jadual 3.1 : Jadual angkatap buruh untuk kerja korekan

Peringatan :
Jadual angkatap buruh ini bukanlah angka yang sebenar. Angka angka yang
diberi merupakan andaian sahaja untuk tujuan contoh pengiraan nanti.

Contoh 1

Menggali peparit tidak lebih 1.5 meter dalam, angkut dan buang tanah yang
selebihnya pada jarak tidak melebihi 100 meter. Bina kadar kerja tersebut
untuk satu meter padu.


ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


15

KAEDAH BINA KADAR

1. Kos Buruh
Masa untuk menggali peparit tidak lebih 1.5 m dalam 1.74 jam
( Rujuk jadual angkatap buruh)

Masa untuk mengangkut dan membuang tanah yang 1.00 jam
Digali pada jarak tidak lebih 100 meter
Pertambahan isipadu tanah adalah 25% ( anggap tanah biasa )
= 25 x 1.00 jam (masa untuk angkut dan buang) 0.25 jam
-----
100
-----------------
Jumlah masa yang diambil untuk menggali, mengangkut dan 2.99 jam
Membuang
Katakan upah buruh bekerja sehari adalah = RM 25.00 sehari
Upah buruh sejam adalah = RM 25.00
-------------
8 jam
= RM 3.13

Jumlah upah buruh adalah = 2.99 jam x RM 3.13 RM 9.36

2. Keuntungan dan pengurusan ( 10 % )

= 10 x 9.36 RM 0.94
----
100
-------------
Harga untuk satu meter padu kerja penggalian RM 10.30
=======


ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


16

KAEDAH BINA KADAR


Contoh 2:

Menggali timbusan (bulk) ke atas tanah biasa, mengangkut dan
membuang jauhnya tidak melebihi 100 meter. Berapakan harga untuk
menggali satu meter padu. ( tanah yang dikorek adalah tanah biasa )

1. Kos Buruh

Masa untuk menggali timbusan tanah biasa 1.00 jam
Masa untuk angkut dan buang tanah yang di
Korek pada jarak tidak lebih 100 meter 2.61 jam
Pertambahan isipadu tanah ( 25%)
=
100
25
x 2.61 jam 0.65jam
4.26 jam
Jumlah masa untuk kerja penggalian

Jumlah kos buruh = 4.26 jam x RM 3.13 RM 13.33

2. Keuntungan dan Pengurusan ( 10% ) RM 1.33

Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 13.33








ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


17

KAEDAH BINA KADAR


Contoh 3

Menggali permukaan tanah subur purata kedalaman 250mm,ratakan dan tolak
tanah yang digali pada jarak tidak lebih 100 meter dari tapak. Bina kadar
untuk kerja pengggalian bagi satu meter persegi.

Kos Buruh

Masa menggali tanah permukaan 1.00 jam
Membawa keluar tanah yang digali 2.61 jam
Pertambahan isipadu tanah ( 25% )

= 25 x 2.61 0.65 jam
------
100 -------------

Jumlah masa kerja penggalian 4.26 jam

Kos buruh = 4.26 jam x RM 25.00 RM 13.31
------------
8 jam

3. Keuntuntungan dan pengurusan (10%)

= 10 x 13.31 RM 1.33
------
100 -------------
Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 14.64


ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


18

KAEDAH BINA KADAR


Kos kerja penggalian untuk satu meter persegi

= 64 . 14
1000
250
RM 3.66

















Ooo.Untuk mendapatkan
kadar harga per meter
persegi mesti bahagikan
kedalaman korekan ( dalam
mm ) dengan 1000 mm.
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


19

KAEDAH BINA KADAR


3.3.2 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Jentera

Terdapat banyak jentera untuk kerja kerja penggalian bergantung kepada cara
dan tujuan penggalian. Setiap jentera pula mempunyai keupayaan masing
masing. Jadual 4.4.2 dibawah menunjukkan daya keluaran jentera bergantung
kepada jenis dan keupayaan jentera.

Operasi Jenis jentera Keupayaan/saiz
( m
3
)
Daya keluaran
( per jam )

Mendapatkan aras

Menggali bilik
bawah tanah


Menggali peparit

Menggali Lubang



Tractor Crawler

Face shovel/
Dragline/
Backactor

Backactor/
Backhoe

Backactor

1.00

0.60
0.50
0.50

0.40

0.40


30 40 m
3

40 50 m
3
25 35 m
3
20 30 m
3

15 20 m
3

10 15 m
3


Jadual 3.2 (a) : Jadual daya pengeluaran berbagai jentera







ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


20

KAEDAH BINA KADAR



Saiz Mangkuk
( m
3
)
Purata
pengeluaran
Sehari ( m
3
)
Penggunaan Minyak
(Liter/jam)
Disel Pelincir

0.2

0.3

0.4

0.6


8.41

13.76

19.11

32.76

3.41

4.55

4.55

6.82


0.11

0.20

0.24

0.33

Jadual 3.2 (b) : Jadual Purata Pengeluaran dan
Penggunaan Minyak.


Contoh 1:

Penggalian bilik bawah tanah, bermula dari paras tanah lebih dari 1.50 m dan
tidak lebih dari 3.00 m dalam. Bina kadar kerja penggalian dengan jentera untuk satu
meter padu.

1. Kos Jentera ( Backactor )

Kadar sewa sejam RM 50.00

2. Kos Buruh

Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00

Penjaga ( Banksmen ) = 1 orang x RM 2.50 RM 2.50
50 . 6 RM


ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


21

KAEDAH BINA KADAR


3. Kos Minyak

Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.70 RM 3.19

Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 3.60 RM 0.86
------------
RM 4.05
------------

Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

= RM 50.00 + RM 6.50 + RM 4.05

= RM 60.55

4. Daya Pengeluaran

Daya pengeluaran jentera adalah 19.11 m
3
sejam
( Rujuk jadual yang dilampirkan )

Kos jentera untuk menggali 19.11m
3
tanah = RM 60.55

Kos menggali satu meter padu = RM 60.55
---------- x 1 RM 3.17
19.11

5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

= 10 x 3.17 RM 0.32
------
100

Kadar Harga untuk satu meter padu RM 3.49



Contoh 2

Bahan lebihan penggalian, campak dari tapak purata jarak 50.00m dari tempat
penggalian.


1. Kos Jentera ( 2.30m
3
Dumper )

Kadar sewa sejam RM 20.00
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


22

KAEDAH BINA KADAR


2. Kos Buruh

Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00

--------------
RM 4.00

3. Kos Minyak

Minyak Disel = 3.41 liter x RM 0.70 RM 2.39

Minyak Pelincir = 0.11liter x RM 3.60 RM 0.40
------------
RM 2.79
------------

Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

= RM 20.00 + RM 4.00 + RM 2.79

= RM 26.79


4. Daya Pengeluaran

Daya pengeluaran jentera adalah 12.30 m
3
sejam
( Rujuk jadual yang dilampirkan )

Kos jentera untuk menggali 12.30m
3
tanah = RM 26.79

Kos menggali satu meter padu = RM 26.79
---------- x 1 RM 2.18
12.30


5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

= 10 x 2.18 RM 0.22
------
100

-------------
Kadar Harga untuk satu meter padu RM 2.40
-------------

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


23

KAEDAH BINA KADAR






Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut sebelum meneruskan
unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas
dihalaman sebelah.

3 1 Nyatakan faktor faktor yang perlu diambil kira untuk membina kadar kerja kerja
binaan.

3 2 Dalam menentukan harga bahan bahan binaan terdapat beberapa faktor yang perlu
diambil kira. Nyatakan perkara perkara tersebut.

3 3 Huraikan perkara perkara berikut :

a. Pertambahan isipadu tanah
b. Upah Buruh
c. Angkatap Buruh.

3- 4 Kirakan kos kerja pengorekan untuk satu meter padu bagi asas papak melebihi 1.5 m
dalam. Pengorekan dibuat dengan tangan dan dibuang sejauh 50 meter dari tempat
pengorekan dengan menggunakan kereta sorong. Jenis tanah ialah tanah biasa.

MAKLUMAT
1. Pengorekan dengan tangan tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam/m
3

2. Pengorekan dengan tangan melebihi 1.5 m dalam tetapi
Tidak melebihi 3.00m dalam 3.40 jam/m
3

3. Pengisian tanah yang telah dikorek kedalam kereta
Sorong. 1.10 jam/m
3
AKTI VI TI 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


24

KAEDAH BINA KADAR


4. Mengangkut keluar tanah yang telah dikorek menggunakan
Kereta sorong. 0.43 jam/m
3
5. Upah buruh sehari RM 35.00
6. Keuntungan dan Pengurusan 10%
7. Peratus pengembangan tanah 25%

























ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


25

KAEDAH BINA KADAR



3 1 Faktor faktor membina kadar adalah :
a. Kos bahan
b. Kos Buruh
c. Kos Loji
d. Keuntungan
e. Kos pengurusan syarikat.
3 2 Faktor factor yang mempengaruhi harga bahan binaan :
a. Harga asal bahan
b. Kos pengangkutan
c. Kos penyimpanan
d. Pembaziran dan pengecutan
3 3 a. Pertambahan isipadu tanah
Pertambahan isipadu tanah bermaksud tanah yang telah digali telah
bertambah isipadunya disebabkan berlakunya pergemburan tanah
dimana ruang ruang diantara tanah telah diisi oleh udara.
b. Upah Buruh
Upah yang dibayar kepada buruh setelah menyempurnakan sesuatu
kerja. Kadar upah buruh berbeza beza mengikut kemahiran dan jenis
kerja. Upah buruh di bayar mengikut kadar harian iaitu selama lapan
jam sehari.

c. Angkatap Buruh
Angkatap buruh adalah masa yang diperlukan oleh seorang buruh
melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga siap. Masa ini dikira secara
purata setelah dibuat beberapa kajian.Unit unit untuk angkatap buruh
sama ada jam/m, jam/m
2
, jam/m
3
atau jam/kg bergantung kepada jenis
kerja.
MAKLUMBALAS 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


26

KAEDAH BINA KADAR


3 4 Kos Buruh

Masa untuk mengorek tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam
Masa untuk mengisi dalam kereta sorong 1.10 jam
Pertambahan isipadu tanah =
100
25
x 1.10 jam 0.28 jam
Masa untuk mengangkut keluar tanah yang telah
dikorek dengan kereta sorong 0.43 jam
Pertambahan isipadu tanah =
100
25
x 0.43 0.11 jam

Jumlah masa untuk 1m
3
kerja korekan 4.22 jam

Upah buruh sejam = RM
8
00 . 35

= RM 4.38

Jumlah upah buruh = 4.22 jam x RM 4.38 RM 18.48

Keuntungan dan pengurusan 10% RM 1.85

Jumlah kos kerja korekan untuk 1m
3
RM 20.33










ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


27

KAEDAH BINA KADAR




SOALAN 1
Berdasarkan maklumat yang diberi kirakan kos kerja pengorekan bagi asas papak yang
menggunakan jentera pengorek.
Saiz asas papak : 1.50m x 1.5m x 300 mm tebal
Dalam korekan : 1.60 m
Bilangan asas papak : 12
Jenis tanah : Tanah biasa

DATA
Jentera pengorek
Sewa jentera RM 150.00/jam
Keupayaan mesin 3.00m
3
/jam
Pengendali 1 orang
Pembantu 1 orang

Angkatap Buruh

Korekan lebih 1.5m dalam 1.45 jam/m
3

Angkut keluar tanah 1.50 jam/m
3

Timbus kembali dan padat 1.10 jam/m
3


Lain lain

Upah Pemandu RM 70.00/hari
Upah pembantu RM 30.00/hari
Keuntungan 10%
Penggunaan diesel 4.55 liter/jam
Minyak Pelincir 0.24 liter/jam
Harga diesel RM 0.90/liter
Harga minyak pelincir RM 5.60/liter



PENI LAI AN KENDI RI
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


28

KAEDAH BINA KADAR






SOALAN 1
Kos Jentera

Kadar sewa sejam RM 150.00

Kos Buruh

Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM
8
70
RM 8.75

Penbantu ( Banksmen ) = 1 orang x RM
8
30
RM 3.75
RM 12.50

Kos Minyak

Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.90 RM 4.10

Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 5.60 RM 1.34
------------
RM 5.44

Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

= RM 150.00 + RM 12.50 + RM 5.44

= RM 167.94

Daya Pengeluaran

Daya pengeluaran jentera adalah 3 m
3
sejam

Kos jentera untuk menggali 3m
3
tanah = RM 167.94

Kos menggali satu meter padu = RM 167.94
MAKLUMBALAS 3
ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN C 2006 /UNIT 3 /


29

KAEDAH BINA KADAR
---------- RM 55.98
3


Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

= 10 x 55.98 RM 5.60
------
100

Kadar Harga untuk satu meter padu RM 61.58



Isipadu korekan asas

= 12 (1.5 x 1.5 x 1.6)
= 12 x 3.6 m
3

= 43.2 m
3


Kos korekan asas papak = RM 61.58 x 43.20 m
3

= RM 2660.00

You might also like