You are on page 1of 15

Pengenalan

Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan politik serta


sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan perlembagaan menjadi
lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik seperti negara Malaysia.
Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu rangka politik, ekonomi dan
sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara
serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan
di sesebuah negara. Kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan
organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan pemerintah. Ia
mengandungi peruntukan umum mengenai sistem kerajaan , hak asasi dan
tanggungjawab rakyat , kewarganegaraan , hak istimewa bumiputera , agama ,
bahasa dan perkara lain. Undang-undang lain tidak boleh bertentangan dengan
perlembagaan.
Perlembagaan juga didefinisikan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang
utama sama ada bertulis atau tidak bertulis di mana ianya merupakan peraturan
yang menentukan bagaimana sesebuah negara ditadbir dan diurus dengan teratur.
Ia juga menjadi neraca atau kayu ukur penting dalam menentukan pembahagian
kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaannya. Oleh yang demikian,
Perlembagaan ialah asset undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan
pemerintahan negara dan merupakan sumber utama bagi menggubal undang-
undang yang lain.





LAPORAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU 1948
FAKTOR PENGGUBALAN

Sejak rancangan Malayan Union dicadangkan, seterusnya diumumkan dalam satu
kertas putih pada akhir Januari 1946, pelbagai pihak terutamanya orang-orang
Melayu telah bangkit menentang dengan kuatnya skim baru itu, anggota-anggota
perkhidmatan awam Inggeris yang telah bersara dan pemimpin-pemimpin Melayu
turut berganding bahu menentang rancangan union tersebut kerana syor-syornya
yang jelas dilihat bakal memberikan kesan buruk kepada institusi pemerintahan
beraja serta nasib masyarakat Melayu itu sendiri. Orang-orang Melayu mula sedar
akan kerugian dan bencana yang akan mereka terima jika Malayan Union
dilaksanakan. Malah, rancangan tersebut juga turut mendapat kritikan daripada
orang-orang Cina dan India.

Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu yang lazimnya
merupakan kaum yang bertoleransi tinggi, mudah bertolak ansur dan amat
bertimbang rasa, apabila dihadapkan dengan rancangan pembentukan kesatuan
bangsa Malayan bersatu dalam gagasan Malayan Union, tiba-tiba menjadi seperti
singa lapar yang dikejutkan dari lena tidurnya.

Usaha penentangan dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah tindakan
memulaukan majlis-majlis berkaitan Malayan Union serta tindakan berkabung oleh
orang-orang Melayu. Justeru itu, pada bulan Julai 1946, suatu jawatankuasa kerja
telah dilantik yang terdiri daripada wakil-wakil Umno, wakil-wakil Raja-raja negeri
Melayu dan wakil wakil Kerajaan Inggeris untuk merangka suatu perlembagan yang
baru bagi menggantikan Malayan Union. Hasilnya, perlembagaan Malayan Union
yang diperkenalkan pada 1 April 1946 itu terpaksa dimansuhkan oleh Kerajaan
Inggeris pada 31 Januari 1948 dan digantikan dengan Perlembagaan baru iaitu
Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
Buat pertama kalinya semenjak sekian lama, orang-orang Melayu, para pentadbir,
golongan bangsawan, alim-ulama, malahan Raja-raja Melayu telah bersatu hati
menentang Malayan Union. Malahan suara-suara protes juga kedengaran dari
beberapa orang bekas pegawai tadbir British seperti Frank Union, George Maxwell,
R.O Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemard yang membidas tindak-
tanduk Harold MacMichael kerana menggunakan ugutan untuk memperolehi
tandatangan Raja-raja Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak melobi Tanah Melayu
di Parlimen serta menulis surat-surat kepada akhbar nasional menuntut Perdana
Menteri Britain menghentikan inisiatif menukar status Tanah Melayu daripada negeri
naungan kepada tanah jajahan.

Bantahan-bantahan orang-orang Melayu terhadap pembentukan Malayan Union
semakin menjadi-jadi apabila British tetap menunjukkan sikap keras kepalanya.
Selepas pendudukan Jepun yang berjaya menewaskan kekuatan British di
Singapura dalam masa yang singkat sahaja, orang-orang Melayu mulai sedar
bahawa kuasa tersebut tidaklah sekuat mana yang disangkakan, tambahan pula
waktu itu mereka mendapat inspirasi daripada semangat kemerdekaan yang
sedang bertiup kencang dari Indonesia.

Di atas kesedaran inilah segenap lapisan Melayu telah bangun bersama-sama
menentang penjajahan British, iaitu senario yang tidak pernah dilihat semenjak
sekian lama dalam sejarah Tanah Melayu, Negeri-negeri Melayu yang selama ini
terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama dan bergabung menentang
Malayan Union.

Pada 1-4 March 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur bagi menghadiri Kongres Melayu seTanah Melayu
pertama yang diadakan bersempena agenda penentangan Malayan Union kerana
mengancam kedudukan raja-raja dan orang-orang Melayu. Kongres tersebut telah
membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu serta kempen terselaras
untuk menentang Malayan Union.Tentangan-tentangan hebat daripada orang-orang
Melayu terhadap Malayan Union yang diperakukan bukan sahaja oleh dua orang
pentadbir tertinggi British di Tanah Melayu, malahan disokong pula oleh anggota
delegasi ahli Parlimen British, kuasa tersebut akhirnya terpaksa bersetuju
membubarkan Malayan Union dan mencari pentadbiran alternatif.

Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan KebangsaanMelayu Bersatu (UMNO) telah
ditubuhkan hasil perjumpaan yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO
banyak memainkan peranan dalampembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu yang baru hasil daripada beberapamemorandum yang dikemukakan oleh
pertubuhantersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946,Malcolm MacDonald dan
Sir Edward Gentmemberitahu Persidangan Raja-raja bahawa KerajaanBritish
bersetuju menimbang syor Raja-raja danPertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO)dan akan menggubal perlembagaan baru untukTanah Melayu. Akhirnya
pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli jawatankuasa lain
telahdipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk
menggantikan Malayan Union.
Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang
dicadangkan dan Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan
dilaksanakan pada 21Januari 1948 bagi menggantikan Malayan Union dengan
Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui perjanjian yang
dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa
perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948.
Berikutan perjanjian tersebut, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1
Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan ditubuhkan di mana ia mempunyai
kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula mempunyai kusa
veto(pembatal) untuk menghalang rang undang-undangyang diluluskan oleh Majlis
PerundanganPersekutuan.Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai
perlembagaan masing-masing. Johor dan Terengganu telah pun mempunyai
perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan 1911. Ianya
dipinda supaya sesuai dengan kehendakPerjanjian Persekutaun 1948.

CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU 1948

1. Sembilan buah negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka terlibat di dalam
Persekutuan. Namun Singapura kekalkan dibawah jajahan British.
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu akan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi
British dan dibantu oleh Majlis Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.
3. Majlis Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu 7 ahli majlis
rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli ex-officio.
4. Majlis Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi yang
terdiri daripada:
a. 14 ahli rasmi
b. 9 orang Yang Dipertua Majlis Undangan Negeri
c. 2 wakil Majlis Mesyuarat Negeri Melaka dan Pulau Pinang
d. 50 ahli tidak rasmi yang mewakili kaum-kaum asing
5. Sultan-sultan diberi semula hak dan kuasa memerintah tetapi dengan nasihat
Majlis Mesyuarat Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
6. Syarat kewarganegaraan diketatkan iaitu seseorg pemohon mestilah lahir di
Tanah Melayu dan telah bermastautin selama 8 12 tahun. Seorang pemohon asing
mestilah bermastautin selama 15 tahun . Umur minimum bagi kedua-dua situasi
tersebut adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
7. Orang Melayu diberi hak keistimewaan sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
8. Jawatan Menteri Besar diwujudkan untuk menggantikan jawatan residen British
dan kuasa kerajaan negeri diperluaskan meliputi kewangan, kesihatan dan kerajaan
tempatan.

Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan 1948 ini, kedaulatan raja-raja Melayu
dipertahankan walaupun tiada lagi kuasa mutlak. Malah syarat kewarganegaraan
juga diperketatkan bagi menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Dengan
pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 ini British
kemudiannya menubuhkan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dengan tujuan
memberi latihan dan pengalaman kepada rakyat tempatan kepada sistem demokrasi
dan berkerajaan sendiri. Dalam usaha merintis kemerdekaan, pilihan raya bandaran
kemudiannya dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada sistem dan
perjalanan pilihan raya. UMMNO, MCA dan MIC kemudiannya bergabung
membentuk Perikatan.



Isi Kandungan Perlembagaan 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperlihatkan beberapa ciri yang
berbeza daripada Malayan Union . Antaranya ialah kuasa memerintah Persekutuan
Tanah Melayu terletak pada tangan Pesuruhjaya Tinggi Inggeris dan beliau akan
dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (Executive Council) yang mengandungi ahli-ahli
rasmi dan ahli-ahli tidak rasmi yang dilantik sendiri oleh Pesuruhjaya Tinggi.[13]
Persekutuan Tanah Melayu juga akan mempunyai Majlis Undangan yang
dipengerusikan oleh pesuruhjaya Tinggi dan mempunyai 75 orang ahli iaitu 14 ahli
rasmi, 9 Menteri Besar dari Negeri-negeri Melayu, 2 wakil dari Majlis-majlis
mesyuarat negeri Pulau Pinang dan Melaka serta 50 orang ahli tidak rasmi yang
mewakili kaum-kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu serta mewakili
kepentingan-kepentingan perniagaan, buruh dan perusahaan lombong dan getah.

Secara umumnya, ahli-ahli yang tidak rasmi pada peringkat permulaan ini adalah
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dan boleh dipilih orang ramai apabila tiba masanya.
Hal ini mempunyai kesinambungan hingga kini kerana ahli-ahli Majlis Perundangan
Persekutuan adalah dipilih melalui pilihanraya, cuma berbezanya semua ahli yang
dipilih merupakan ahli rasmi dan tidak mempunyai ahli tidak rasmi. Perkiraan ahli
dari segi kaum menunjukkan orang Melayu terdiri daripada 31 orang, 14 orang Cina,
7 orang Eropah, 5 orang India, dan masing-masing seorang Ceylon dan
Serani.Berkaitan bidang kuasa, kerajaan persekutuan bertanggungjawab dalam hal-
hal pertahanan, perdagangan, perhubungan, kewangan serta lain-lain yang
mempunyai kepentingan bersama.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari !948 juga telah
mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu telah diberikan
semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-
masing seperti sebelum perang. Namun dari segi kesannya, kuasa raja-raja Melayu
hampir sama dengan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu kerana kuasa
pentadbiran lebih banyak dipegang oleh Majlis Mesyuarat Negeri serta Majlis
Undangan Negeri.

Sebuah Majlis Raja-raja telah dibentuk yang bertujuan membolehkan raja-raja
Melayu berbincang dengan Pesuruhjaya Tinggi berkaitan hal-hal Imigreren yang
diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Berkaitan Imigresen juga,
seseorang warganegara persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memerlukan
sebarang dokumen jika mahu masuk ke sesuatu negeri yang lain dari negeri
kelahirannya. Kesinambungan daripada aspek ini juga dapat dikaitkan dengan
penyatuan semua negeri-negeri di bawah satu unit persekutuan. Dalam hal ini,
Persekutuan Tanah Melayu mengandungi sembilan buah negeri-negeri Melayu dan
Pulau pinang serta Melaka. Singapura pula kekal sebagai koloni yang berasingan.

Bagi peringkat Negeri pula, Sultan mempunyai kuasa memerintah dengan bantuan
sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan dan sebuah Dewan Perundangan Negeri.
Sultan ataupun Raja-raja bagi setiap negeri bertanggungjawab dalam mengesahkan
sebarang rang unang-undang yang diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri.
Malah juga boleh meluluskan rang undang-undang yang tidak berjaya diluluskan di
Dewan Perundangan Negeri.seterusnya, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa ke atas
Kerajaan Tempatan mereka sendiri, agama, pelajaran, pertanian dan tanah.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 juga meletakkan suatu lagi isu penting
yang menjadi asas utama dalam penentangan orang-orang Melayu terhadap
Malayan Union iaitu Hal Kewarganegaraan. Raja-raja Melayu telah bersetuju
memberikan taraf kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu kepada 300, 000
orang bukan Melayu yang layak. Ianya juga berpunca daripada fasal-fasal
kewarganegaraan yang terbahagi kepada dua iaitu mereka yang memperoleh
kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang dan mereka yang layak untuk
meminta menjadi warganegara dengan cara kemasukan atau permintaan.

Mereka yang menjadi warganegara melalui kuatkuasa undang-undang terdiri
daripada penduduk asal dari negeri-negeri Melayu sama ada lahir sebelum, semasa,
atau selepas tarikh yang ditetapkan seperti kandungan fasal 124 (1) (a) Perjanjian
Persekutuan tanah Melayu iaitu Mana-mana rakyat Yang Maha Mulia Raja-raja bagi
mana-mana Negeri Melayu sama ada yang diperanakkan dahulu,atau pada atau
kemudian daripada hari yang ditetapkan;.

Selain itu, warganegara British yang tinggal secara tetap dalam negeri-negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu sama ada sebelum, semasa atau
selepas hari persekutuan juga merupakan warganegara secara kuatkuasa undang-
undang. Hal ini berdasarkan kandungan fasal 124 (1) (b) dan fasal 124 (1) (c)
Perjanjian Persekutuan tanah Melayu iaitu mana-mana Rakyat British yang
dilahirkan dalam salah satu dari Negeri Selat sama ada dahulu,pada atau kemudian
daripada hari yang ditetapkan itu yang tinggal tetap dalam mana-mana negeri yang
terkandung dalam persekutuan. Seterusnya, mana-mana Rakyat British yang telah
diperanakkan dahulu, pada atau kemudian daripada hari yang ditetapkan dalam
mana-mana negeri yang terkandung dalam persekutuan jika bapanya diperanakkan
di mana-mana negeri yang sekarang ini terkandung dalam persekutuan atau jika
pada hari diperanakkan itu, bapanya telah tinggal tetap dalam negeri tersebut..
Syarat ini meletakkan seseorang itu perlu mempunyai bapa yang tinggal secara
tetap dalam persekutuan bagi meletakkannya sebagai warganegara secara
kuatkuasa undang-undang. Seseorang warganegara British juga boleh menjadi
warganegara Persekutuan Tanah Melayu secara kuatkuasa undang-undang jika
lahir dalam mana-mana Negeri yang terkandung dalam Persekutuan Tanah Melayu
serta bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Sementara itu, dalam Fasal 25 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, mereka
yang layak untuk memohon menjadi warganegara ialah mereka yang dilahirkan
dalam Persekutuan Tanah Melayu dan telah bermastautin secara tetap selama tidak
kurang tempoh 8 tahun daripada tempoh 12 tahun berada di Persekutuan Tanah
Melayu. Seseorang itu juga boleh memohon untuk menjadi warganegara jika telah
tinggal dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dengan
bermastautin selama 15 tahun daripada tempoh 20 tahun yang dikira serta merta
dari hari permohonannya. Selain daripada salah satu tempoh tersebut, seseorang itu
juga perlu mempunyai syarat-syarat lain iaitu bertingkahlaku baik, pengetahun yang
cukup dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, telah membuat pengakuan
tinggal tetap dan jika permintaannya diluluskan, seseorang itu hendaklah bersedia
untuk mengangkat sumpah kerakyatan.









KEPENTINGAN DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan suatu prinsip asas dalam pembentukan kerajaan.
Perlembagaan yang mengandungi dokumen rasmi adalah terdiri daripada segala
prinsip dan peraturan. Di Malaysia, perlembagaan bukan sahaja menjadi sumber
bagi penggubalan undang-undang malah menjadi panduan kepada parti politik yang
memerintah agar hala tuju pentadbirannya selaras dalam menunaikan
tanggungjawab kepada negara dan rakyat.
Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip ketiga dalam Rukun Negara. Ini
menjelaskan kemuliaan kandungan perlembagaan itu sendiri. Maka jelas
menunjukkan bahawa perlembagaan yang menjadi dokumen rujukan negara
mempunyai kepentingannya. Ianya boleh diketogarikan kepada tiga aspek, iaitu
kepentingan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Dalam menjamin kestabilan politik negara, perlembagaan menjadi asas
penting kesinambungan sesebuah pentadbiran. Di mana dengan adanya
perlembagaan sistem pantadbiran akan menjadi lebih cekap, adil dan berkesan. Ini
kerana di dalam perlembagaan terdapat garis panduan bagaimana cara gerak kerja
sesuatu pentadbiran dilaksanakan agar segala tindakan dapat dijalankan dengan
lancar sehingga berjaya.
Sehubungan dengan itu, perlembagaan menentukan rangka dan bentuk
pemerintahan serta pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan. Ketelusan
dan kejujuran sesebuah pentadbiran adalah sangat penting, kerana di sinilah
terletaknya kepercayaan rakyat terhadap seseorang pemimpin sebagai wakil mereka
untuk membangunkan sebuah negara yang maju dan harmoni serta menepati
kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat.
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, mempunyai matlamat yang
tinggi dalam menjamin kerjasama dan kesepakatan politiknya diantara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Tertubuhnya perlembagaan, pembahagian
kuasa telah dilaksanakan dimana Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang
meliputi perkara untuk kepentingan bersama bagi semua negeri dan melebihi kuasa
Kerajaan Negeri. Namun bagi Sabah dan Sarawak, kuasa yang diperuntukkan lebih
daripada negeri-negeri lain, ini berikutan daripada persetujuan bersama semasa
kemasukkan kedua-dua negeri ini ke dalam Malaysia.
Justeru itu, perlembagaan telah dijadikan rujukan utama dalam penggubalan
undang-undang persekutuan dan negeri. Ini adalah untuk memastikan supaya
sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan dan
perlembagaan negeri tidak akan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagi kemuncak kejayaan
apabila sistem pentadbiran dan penduduknya sepakat dalam semua aspek.
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka yang didiami oleh masyarakat
majmuk, perlu mengekalkan perpaduan diantara kaumnya. Semenjak penubuhan
Malaysia, pelbagai isu yang berkaitan dengan integrasi nasional hangat
diperkatakan diantaranya ialah bagaimana untuk menyatupadukan rakyat jelata dari
segi psikologi, wilayah-wilayah yang terpisah oleh faktor geografi dan mempunyai
latar belakang kebudayaan dan sosio-ekonomi yang berbeza.
Melalui integrasi, masyarakat dapat mengelakkan timbulnya perasaan
perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit.
Tertubuhnya perlembagaan, kebebasan dan hak asasi rakyat telah diutarakan.
Diantaranya ialah kebebasan diri, kebebasan bercakap, kebebasan memiliki harta
(Perkara 13), kebebasan beragama (Perkara 11(1) dan hak sama rata disisi
undang-undang (Perkara 8(1). Peruntukan ini, telah dapat menjamin keselamatan
dan keamanan rakyat, kerana mereka tahu had kebebasanya di sisi undang-undang
negara.
Sesungguhnya negara yang aman dapat menjelmakan ketaatan dan
kesetiaan rakyat kepada negara. Elemen yang penting dalam mempamerkan identiti
sesebuah negara bangsa adalah melalui nasionalisme. Melaluinya, akan wujud sifat
taat setia, sayang dan sanggup berkorban untuk negara. Contohnya dengan
memperkenalkan kad pengenalan yang sama kepada semua warganegara serta
menyanyikan lagu kebangsaan iaitu Negaraku, perasaan kebersamaan dan
perasaan berkongsi milik dapat dilahirkan. Melalui Perkara 25, seseorang itu akan
dilucutkan kerakyatannya sekiranya terbukti ia tidak taat setia kepada negara.
Dengan ini, rakyat akan memberi taat setia yang sepenuhnya kepada negara dan
identiti negara serta bangsa Malaysia dapat dikekalkan.
Selain daripada itu, Perkara 153 dalam perlembagaan telah memperuntukkan
peranan Yang di-Pertuan Agong dalam memelihara hak istimewa dan kedudukan
orang Melayu serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak istimewa itu
termasuklah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan
kemudahan pendidikan serta pemberian lesen perdagangan dan perniagaan.
Perlembagaan ini juga memastikan Perkara 153 tidak mengabaikan kaum-kaum lain
di Malaysia.
Pembangunan yang pesat, turut bergantung kepada faktor ekonomi yang
mantap. Maka jelas menunjukkan bahawa perlembagaan adalah penting dalam
mewujudkan kestabilan ekonomi negara. Kerajaan Persekutuan telah menggunakan
senarai kuasanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan untuk membangunkan
setiap negeri khususnya Sabah dan Sarawak. Melalui pembangunan yang pesat,
khususnya di kawasan pendalaman, ekonomi akan dapat dijana dengan lebih
selamat dan aman, justeru itu kehidupan rakyat akan menjadi lebih terjamin dan
keharmonian masyarakat majmuknya dapat dikekalkan.










Kesimpulan
Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya mempunyai
peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahanNegara ini.
Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, setakat ini ia
telah Berjaya melicinkan pentadbiran Negara. Perlembagaan sebenarnya adalah
tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan juga
telah menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Melalui perlembagaan setiap warganegara samaada pemerintah dan rakyat
mendapat hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya.

Pembentukan Malayan Union ternyata menjadi pembangkit semangat yang lebih
kental serta kesungguhan yang padu terutama di kalangan orang Melayu untuk
menentang penjajah dan akhirnya menuntut kemerdekaan. Malayan Union yang
banyak merugikan orang Melayu serta menjejaskan kedaulatan raja-raja Melayu
akhirnya berjaya dibatalkan dengan penentangan yang hebat sehingga
menyebabkan British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu dan membentuk
perlembagaan baru yang diisytiharkan pada 1948. Menjelang kemerdekaan 1957,
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dirangka semula pada 1957 melalui
Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada 1956. Melalui perbincangan dalam
Suruhanjaya Reid ini yang mengambil kira pandangan orang Melayu dan bukan
Melayu yang akhirnya permuafakatan dibentuk atau dipersetujui yang dikenali
sebagai Kontrak Sosial. Melalui permuafakatan Kontrak Sosial ini, hak orang Melayu
dijamin dalam Perlembagaan. Ia berkaitan hak keistimewaan Melayu dan
bumiputera (dalam ekonomi dan pendidikan), bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, Islam sebagai bahasa rasmi dan kedaulatan raja-raja Melayu dilindungi
melalui perlembagaan.

Permuafakatan inilah yang kemudiannya menjadi tulang belakang kepada hubungan
antara kaum di Malaysia dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara
kaum.

Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah dua entiti
yang sangat ketara berbeza, berdasarkan ciri-ciri yang telah dijelaskan. Malayan
Union jelas menunjukkan usaha British untuk mengawal kuasa orang Melayu dan
cuba untuk mengenepikan kedaulatan orang Melayu yang diketahui memang suatu
institusi yang sangat dihormati dan penting bagi orang Melayu. Perpaduan yang di
tunjukkan oleh orang Melayu ketika itu di bawah pimpinan Datuk Onn Jaafar berjaya
memelihara hak Melayu. Kekuatan orang Melayu pada ketika itu berjaya menggugat
Inggeris sehingga mereka terpaksa memansuhkan Malayan Union dan bersetuju
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan terbentuklah perlembagaannya.
















BIBLIOGRAFI
Mohd Kamal Kamaruddin.(2011): Pengajian Malaysia dan Kenegaraan. Global
Mediastreet Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Amran Idris, Ismail b.Kosman, Tn. Hj. Md Lasa Yahya. (2012): Nota Pembelajaran &
Pengajian Am STPM. Local Publication. Kuala Lump
Ibrahim Nyior (2006). Perlembagaan persekutuan tanah melayu. Diperoleh Julai 25 ,
2012 dari http://brahimnyior.blogspot.com/2009/12/perlembagaan-persekutuan-
tanah-melayu.html

You might also like