You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG ROYONG RIMUP 2014



Pendahuluan
Sekolah akan mengadakan program gotong royong 2014 .Murid bersama-sama guru akan membersihkan kawasan
sekolah serta memulihara taman-taman dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan SK Nanga Menyebat.
1.0 Objektif
1.1 Merapatkan silaturrahim diantara guru dan murid SK Nanga Menyebat dengan penduduk rumah panjang dan
masyarakat khasnya.

1.2 Memberi peluang kepada murid murid bekerjasama dengan guru-guru dan masyarakat dengan lebih optimum.
1.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah ataupun rumah panjangagar lebih terjamin
keselamatan murid-murid sewaktu belajar.

2.0 Kumpulan Sasaran
Semua warga SK Nanga Menyebat.murid-murid tahap 2 dan guru-guru dan penduduk rumah panjang.
3.0 Rasional Menjayakan Program
3.1 Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.
3.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak
Belajar di kalangan penduduk rumah panjang.

4.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan pekerja menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni
dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.
5.0 Lokasi Cadangan
Rumah Panjang Tr.Mujah, Nanga Menyebat Mit.
6.0 Tarikh Perlaksanaan
17 Jun 2014 ( Selasa )




7.0 Struktur Organisasi
Pengerusi
En.George Jimbon

Naib Pengerusi
En.Ambun Upang
En. Hillary Uji Crocker
En. Victor Garam

Setiausaha
Cik Betty Dinggai

Penolong Setiausaha
En.Macduff Goyang

Bendahari
Cik Winnie Albert

Ahli Jawatankuasa :
1. En. Walton Lagan
2. En. Muhd.Azwan Mohd.Talal
3. En. Mohd.Suhaib Shafiee
4. Pn. Kelly Damian Jusun

8.0 Tentatif Program :
MASA AKTIVITI
07.30 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan
07.40 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.00 pagi Gotong Royong bermula
10:30 pagi Berkemas/membersihkan alatan/diri
10.45 pagi Rehat
11.05 pagi Jamuan
12.05 tengahari Bersihkan kelas

You might also like