You are on page 1of 18

Sedikit Perkongsian mengenai Bayi Tabung Uji dan Penyewaan

Rahim
PENYEWAAN RAHIM ATAU IBU TUMPANG.

1.0 MUQADIMMAH.
Penyewaan rahim atau ibu tumpangan merupakan istilah baru dalam peradaban dunia
moden. Permasalahan ini mengancam naluri keibuan wanita dengan mengekplotasi
mereka melalui manifestasi membantu pasangan mandul. Penemuan teknologi
perubatan ini turut memberi cabaran dan menyentuh sensitivity kemuliaan manusia.

Zuriat ialah kurniaan Allah yang di berikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Ada
orang sudah ditentukan tidak mendapat anak dalam perkahwinannya. Ketentuan ini
mempunyai hikmah tersirat yang hanya di ketahui oleh Sang Pecipta yakni Allah Jala
Waala. Walaubagaimanapun, ketentuan, menggalakkan hambaNYA beriktiar bagi
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Namun begitu penyelesaian yang di lakukan haruslah menepati spesifikasi yang di
tetapkan oleh syariat islam. Nasab keturunan dalam syariat islam bukan suatu
anugerah yang boleh di kongsi-bahagi sesuka hati. Nasab keturunan tidak boleh di
susun atur oleh manusia kerana ia adalah hak Allah secara mutlak.
Firman Allah SWT bermaksud:
Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya
mempunyai titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya
Tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNYA).
[Al-Furqan, Chapter 25, Verses 54]
















1.1 TAKRIF IBU TUMPANG.
1.2

Menggunakan rahim wanita lain untuk mengandungkan benih wanita yang telah
disenyawakan dengan benih lelaki (kebiasaannya suami isteri), dan janin itu dikandung
oleh wanita tersebut sehingga dilahirkan. Kemudian anak itu diberikan semula kepada
pasangan suami isteri itu untuk memeliharanya dan anak tersebut dikira anak mereka
dari sudut undang-undang.

Kaedah ini dikenali dengan sewa rahim kerana lazimnya pasangan suami isteri yang
ingin memiliki anak ini akan membayar sejumlah wang kepada ibu tumpang atau
syarikat yang menguruskan kerja mencari ibu tumpang yang sanggup mengandungkan
anak percantuman benih mereka dan dengan syarat ibu tumpang tersebut akan
menyerahkan anak tersebut setelah dilahirkan atau pada masa yang
dijanjikan.Penyewaan rahim dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai surrogate mother

1.2 PENYEWAAN RAHIM MENGIKUT HUKUM FIQH.
SEBAB-SEBAB PENYEWAAN RAHIM
Penyewaan rahim berlaku atas beberapa sebab:-
- Keadaan seseorang wanita yang mempunyai rahim yang lemah dan tidak berupaya
menyempurnakan kandungan.
-Wanita yang menghidap penyakit yang menyebabkan kematian janin sebelum sepurna
kandungan, atau pernah menjalani pebedahan yang kerap sehingga berisiko
kehilangan nyawa sekiranya mengandungkan anak.
-Kehidupan yang mewah sehingga tidak sanggup menanggung beban kesakitan
mengandung, melahirkan anak dan berpantang. Demikian juga dengan wanita yang
enggan hamil kerana ingin mengekalkan kecantikan diri yang mungkin terjejas selepas
melahirkan anak.
-Meraaikan keturunan untuk kegiatan hara, dengan menjadikan anak-anak sebagai
penghibur kelab malam (GRO).


1.3 BENTUK-BENTUK IBU TUMPANG DI LAKUKAN.

Bentuk pertama:
Benih isteri disenyawakan dengan benih suami,kemudian dimasukkan ke dalam rahim
wanita lain. Kaedah ini digunakan dalam keadaan isteri memiliki benih yang baik , tetapi
rahimnya dibuang kerana pembedahan , kecacatan yang teruk, akibat penyakit yang
kronik atau sebab-sebab yang lain.

Bentuk kedua:
Sama dengan bentuk yang pertama, kecuali benih yang telah disenyawakan dibekukan
dan dimasukkan ke dalam rahim ibu tumpang selepas kematian pasangan suami isteri
itu.

Bentuk ketiga:

Ovum isteri disenyawakan dengan sperma lelaki lain (bukan suaminya) dan
dimasukkan ke dalam rahim wanita lain.Keadaan ini apabila suami mandul dan isteri
ada halangan atau kecacatan pada rahimnya tetapi benih isteri dalam keadaan baik.

Bentuk keempat:
Sperma suami disenyawakan dengan ovum wanita lain , kemudian dimasukkan ke
dalam rahim wanita lain. Keadaan ini berlaku apabila isteri ditimpa penyakit pada ovari
dan rahimnya tidak mampu memikul tugas kehamilan, atau isteri telah mencapai tahap
putus haid (menopause).

Bentuk Kelima :
Sperma suami dan ovum isteri disenyawakan , kemudian dimasukkan ke dalam rahim
isteri yang lain dari suami yang sama. Dalam keadaan ini isteri yang lain sanggup
mengandungkan anak suaminya dari isteri yang tidak boleh hamil.








1.4 HUKUM SYARAK TERHADAP PENYEWAAN RAHIM.
Islam tidak mengharuskan penyewaan rahim berdasarkan beberapa perkara:
-Tiada ikatan perkahwinan antara empunya sperma dengan ibu tumpangan.
-Bagi menghasilkan zuriat yang halal di sisi syariat, perlu ada ikatan perkahwinan yang
sempurna meliputi segenap rukun dan syarat antara lelaki dan perempuan.

Firman Allah yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul-rasul sebelummu, dan Kami
jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan
[Ar-Rad, Chapter 13, Verses 38]

Firman Allah lagi yang bermaksud:
Dan Allah menjadikan pasangan-pasangan (isteri) bagimu dari golongan sejenis
denganmu dan dijadikan daripada pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit, serta
dikurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik lagi halal. Maka patutkah mereka (yang
ingkar) itu percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka
kufur pula akan nikmat Allah
[An-Nahl, Chapter 16 , Verses 72]

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan bahawa ikatan perkahwinan yang menghasilkan
keturunan merupakan suatu nikmat kurniaan-Nya yang wajib disyukuri. Nilai syukur
pula terhasil daripada kepatuhan terhadap suruhan-Nya. Oleh itu anak yang terhasil
tanpa ikatan perkahwinan adalah bercanggah dengan syariat.

Kesimpulan kepada permasalahan ini, perempuan yang menjadi ibu tumpangan tidak
mempunyai sebarang hubungan yang mengharuskan lelaki empunya sperma
bersetubuh dengannya. Maka, penggunaan rahim perempuan asing untuk
mengandungkan anak hasil persenyawaan sperma dan ovum pasangan suami isteri
lain tidak diharuskan syarak.












1.5 PANDANGAN PARA ULAMA MENGENAI IBU TUMPANG.

Para Ulama bersepakat tentang pengharaman ibu tumpang dalam keadaan berikut :

-menggunakan rahim wanita lain selain isteri.

-percampuran benih antara suami dan wanita lain.

-percampuran benih isteri dengan lelaki lain,

-Memasukkan benih yang disenyawakan selepas kematian suami isteri,melainkan satu
bentuk penyewaan rahim yang ulama berselisih pendapat tentang pengharusannya
yang akan dibincangkan nanti.

Antara ulama yang berpendapat haram menggunakan ibu tumpang:-

1.Sheikh Mahmud Shaltut:
(Dirasat Fiqhiyyah Muasirah,Kaherah, Universiti Al-Azhar)
Persenyawaan benih wanita dengan benih lelaki ajnabi pada sisi syariah adalah
jenayah mungkar dan berdosa besar seumpama zina pada sudut prinsip dan kesannya
yang sama iaitu meletakkan mani lelaki ajnabi dengan niat mendapat anak sedangkan
antara wanita dan lelaki itu tiada ikatan perkahwinan.

2. Syeikh Prof. Dr. Mohammad Raafat Othman:
Perbuatan meletakkan sperma di dalam rahim perempuan yang tiada ikatan pernikahan
bukan zina, tetapi perbuatan itu sinonim dengan zina. Walaupun benih yang
dimasukkan ke dalam rahim seseorang perempuan itu kepunyaan pasangan suami
isteri yang sah, larangan untuk memasukkan benih ke dalam rahim perempuan yang
bukan isteri tetap tidak berubah. Syariat mengharamkan setiap perkara yang boleh
membawa kepada kekecohan dan perselisihan anatara manusia.

3. Syeikh Dr Yusuf Al-Qardawi:
Beliau mengulas pandangan mengenai masalah ibu tumpangan yang kian menular di
Barat dengan memberi kritikan yang berbentuk sinis. Beliau menyatakan apakah
dengan tidak berpantang, mengidam serta melalui perit getir melahirkan, dia (wanita)
layak digelar sebagai ibu. Cukuplah hanya mempertaruhkan sel telur yang di
tumpangkan sebagai sewaan. Walaupun sel telur itu penting untuk menghasilkan
genetic tetapi ia tidak cukup meghasilkan nilai keibuan. Beliau mengatakan nama ibu itu
di ambil daripada perkataan arab walidah yang bererti perempuan yang melahirkan.
Manakala anak adalah awlad yang bererti di lahirkan. Ini bertepatan dengan;

Firman Allah Taala yang bermaksud:
Dan kami wajibkan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandung dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).
[Luqman, Chapter 41, Verses 14]

Dalam Firman Allah Taala yang lain:
Orang-orang yang ziharkan isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang
bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain
hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka.
[Al-Mujadala, Chapter 58, Verses 2]


Terdapat juga pandangan ulama yang mengatakan harus dalam penggunaan ibu
tumpang. Namun begitu mereka meletakkan syarat-syarat yang amat ketat. Antaranya:

- hendaklah berhati-hati dalam menggunakan kaedah ini supaya benih tidak bercampur.

- kaedah ini boleh di gunakan dalam keadaan darurah sahaja.

- wanita yang menbuat pensewaan rahim itu hendaklah mempunyai hubungan sah dengan
si suami atau lebih mudah kita kata suami itu mempunyai dua isteri.


Antara ulamayang mengatakan harus menggunakan ibu tumpang:

1. Dr Muhammad Bakar Ismail (Kaherah, Dar Al-Manar)
Beliau berpendapat penyewaan rahim bagi bentuk ini adalah harus kerana kedua-dua
wanita tersebut adalah isteri bagi suami yang sama dan isteri yang lain secara sukarela
mengandungkan anak bagi madunya. Dalam keadaan ini , bapa anak tersebut telah
pasti dan ikatan kekeluargaan wujud dalam lingkungan yang baik, begitu juga tidak
wujud pencampuran nasab dari sudut suami dan isteri jika sikap berhati-hati diambil kira
bagi memenuhi syarat-syarat yang menjamin tidak berlaku percampuran nasab. Oleh
sebab itu, Al- Mujamma Al-Fiqhi li Rabitoh Al-Alam al-Islami secara majority
mengharuskan penyewaan rahim bentuk ini dalam daurah ketujuhnya, dengan syarat
pengawasan yang betul-betul sempurna agar tidak berlaku percampuran benih, kerana
kesilapan dalam percampuran benih dengan yang lain akan member kesan kepada
generasi demi generasi.



Adapun ulama mengatakan harus pada sesetengah masalah ini, namun mereka juga
turut tidak mengalakkan kita mencubanya hatta mereka lebih cenderung kepada
pengharaman secara langsung kaedah ini kerana satu nas yang amat kuat dari;

Hadis Nabi SAW yang bermaksud:
Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya
perkara-perkara kesamaran yang tidak diketahui kebanyakan daripada manusia.
Barangsiapa yang
menjauhi syubhat (kesamaran), maka dia telah membebaskan agama dan
kehormatannya. Barangiapa melakukan perkara kesamaran itu, dia mungkin akan
terjatuh kepada perkara yang
haram.Seumpama pengembala yang mengembala berhampiran taman larangan
mungkin gembalaannya diragui akan ke sana. Bukankah bagi setiap raja ada taman
larangannya? Sesungguhnyakawasan larangan Allah SWT ialah perkara-perkara yang
diharamkannya.
[Riwayat Bukhari dan Muslim]






















BAYI TABUNG UJI
2.0 MUQADDIMMAH
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan dia jua
yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa
yang ada di dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seprang pun yang dapat
mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau buruk) . dan tiada
seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.
(Surah Luqman,ayat 34)
Ilmu Allah adalah ilmu yang berbentuk azali dan sarmadi, iaitu tidak terbatas dan tidak
disempadani tempat dan masa tertentu.
Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan
zuriat mula disentuh oleh sarjana islam,Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-
an. Tulisan beliau mengenai perkara itu disiarkan dalam salah satu keluaran majalah
AL-Waayu AL-Islami yang diterbitkan di Kuwait pada masa itu. Dalam keadaan isu
tersebut masih begitu baru dan belum mendapat perhatian ahli fikah,tuntutan bagi
mendapatkan penjelasan terhadap persoalan tersebut begitu diperlukan bagi
mengimbangi kemajuan sains dalam kehidupan yang cukup mencabar.
Proses reproduksi buatan yang dinamakan juga bayi tabung uji mengajak kita
untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha bertentangan dengan
pernyataan Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
Kami ciptakan manusia

Dia mengetahui apa jua dalam rahim wanita

Setiap gerak usaha walaupun dikerjakan dengan kebijaksanaan manusia, hasilnya
tetap bergantung kepada kudrat dan ketetapan Allah secara azali. Kejayaan sanitis
perubatan dalam mengetahui jantina janin yang masih berada dalam rahim tidak sedikit
pun memberi kesan terhadap pernyataan Allah Dia mengetahui apa jua yang ada
dalam rahim wanita secara mutlak.












SEJARAH BAYI TABUNG UJI
Saintis ulung,Ibnu Khaldun dan beberapa ahli falsafah islam sebelum beliau seperti
Ibnu Sina dan al Farabi mencetuskan idea penciptaan manusia seumpama itu.Ibnu
khaldun mengemukakan idea ini ketika beliau mmbahaskan perihal kimia mengikut
pendapat generasi terdahulu dalam penulisan Muqaddimah beliau yang mashyur.
Beliau menulis :
Berpegang kepada apa yang disebut oleh Ibun Sina,al-Farabi dan at-
Toghrani,manusia berkemungkinan akan terbentuk daripada mani dalam suasana
tabii yang bersesuaian.
Suansana tabii yang dimaksudkan oleh Ibnu Khaldun ialah rahim. Kemudian dengan
membuat pemerhatian dan penelitian kepada unsur-unsur,perbandingam,lingkungan
dan aturan kejadian di dalam rahim,kita dapati bahawa kejadian manusia benar-benar
terbentuk sebegini tanpa ada sebarang percanggahan dengan teori.
Ibnu Khaldun ialah saintis Arab Muslim yang menerima andaian kejdian manusia
daripada mani. Walau bagaimanapun, pandangan beliau masih agak kabur pada ketika
itu lantaran pencapaian ilmu pada zaman itu belum melewati tahap penemuan
sebagaimana hari ini.
Dalam memperkatakan sains kemanusiaan,Ibnu Khaldun menerima bahawa manusia
terjadi melaui suatu proses yang kompleks. Kisah penemuan bayi tabung uji tersebar
dengan meluas ketika itu sehingga pelbagai penyelidikan dan eksperimen dijalankan
oleh doktor-doktor perubatan Amerika mengenainya. Satu percubaan memindahkan
embrio berusia lima hari dari rahim ibunya ke rahim perempuan kedua dibuat. Janin ini
hanya dikandung selama sembilan bulan dan berjaya dilahirkan oleh ibu kedua dengan
selamat.
Kebanyakan kemandulan didapati berpunca daripada tiub fallopio yan tersekat
sehingga menyebabkan ovari tidak dapat mengeluarkan ovum. Walau bagaimanapun,
aplikasi penemuan ini dibantah oleh sebahagian sarjana kerana dikira sebagai
perjanjian perut kontrak yang melibatkan penyewaan sementara rahim seseorang
wanita kepada suami perempuan yang bermasalah untuk hamil. Melaui cara ini, bayi
tersebut seolah-olah dibeli oleh perempuan yang mandul, kemudian dinasabkan
kepada pasangan mandul tersebut secara tabanni, iaitu dengan menasabkan anak itu
kepada pasangan itu. Jadi sanitis Amerika meneroka cara tersendiri dengan
menjalankan proses persenyawaan di dalam rahim perempuan yang ingin menjadi ibu
kepada bayi tersebut. Penemuan ini menyumbangkansuatu kemajuan dalam ilmu sains
genetik. Dalam hal ini,empunya ovum tidak diiktiraf sebagai ibu kepada bayi yang
dilahirkan,sebaliknya wanita yang mengandung dan melahirkan mendapat hak sebagai
ibu.









Proses kejadian Tabung Uji

GAMBAR HIASAN
Menurut Dr. Mohamad Ali al-Bazz dalam penulisan beliau bertajuk Kejadian
Manusia antara Kemajuan Perubatan dan Penjelasan Al-Quran,proses kejadian bayi
tabung uji secara zatnya sangat ringkas dan mudah.
Asas pembentukan:
- Bermula dengan ovum yang dikeluarkan oleh ovari diletakkan di dalam radas khas
dengan perlindungan cecair fisiologi yang sesuai.
- Kemudian sperma lelaki dicantumkan dengan ovum untuk untuk disenyawakan.
- Apabila persenyawaan sempurna membentuk zigot,sel tersebut akan mmbahagi dua.
- Kemudian membentuk empat sel dan seterusnya membentuk lapan sel.
- Proses ini berlaku pada hari keempat selepas persenyawaan ,dan dinamakan tahap
marula yang menyerupai bentuk buah mulberi.












3.0 PENGEKALAN ZURIAT MENGIKUT PERSPEKTIF SYARIAT ISLAM

Islam menggalakkan umatnya meramalkan zuriat melalui perkahwinan. Rasullah
berkata yang bermaksud:
Berkahwin kamu,lahirkan zuriat dan ramaikan, sesungguhnya aku berbangga
dengan (ramainya) kamu,umat(ku) pada hari kiamat.
(Direkodkan oleh Nasai)
Persetubuhan adalah satu-satunya cara untuk melahirkan keturunan. Islam
mensyariatkan satu wasilah terbaik untuk menghalalkan persetubuhan,dengan
mewujudkan ikatan perkahwinan. Melalui peraturan suci ini sekalian umat dapat
mengecapi keharmonian hidup yang sempruna.
Terdapat banyak nas yang memberi galakan kepada umat islam untuk berkahwin.Allah
memberitahu dalam ayat yang bermaksud:
Dan di antara tanda0tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu
isteri-isteri daripada jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram
kepadanya,dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Surah ar-Rum,ayat 21)
3.1 Faedah Perkembangan Zuriat
- Berusaha mencapai reda Allah dan Rasul dengan menambah keturunan yang menjadi
kebanggaan Rasulullah pada hari kiamat.
- Melahirkan anak-anak yang soleh yang dapat memohonkan kerahmatan untuk ibu
bapa.
- Anak yang soleh merupakan aset kekal setiap manusia yang mampu memberi
kebajikan kepada diri mereka selepas mati. Pahala untuk mereka sentiasa bertambah
melaui amalan yang dikerjakan oleh si anak beserta doa dan kesejahteraan yang
dipohonkan.
- Anak-anak yang meninggal ketika kecil menjadi taruhan yang dapat dimanfaatkan pada
hari kiamat kelak dengan pengampunan dosa dan pemberian syafaat kepada ibu bapa
mereka.

Kehamilan dan Masalah kemandulan.
Kehamilan berlaku secara semula jadi melalui hubungan jenis antara suami isteri. Al-
Ghazali menyebut dalam Ihya Ulumuddin,kehamilan lazimnya terjadi dalam empat
peringkat yang saling memerlukan iaitu:
Pernikahan melalui akad yang sah.
- Terpancar air mani ke dalam rahim
- Persetubuhan yang dilakukan dengan penuh sabar sehingga mencapai inzal.
- Ditempatkan zakar kekal di dalam faraj.
Janin terjadi daripada percantuman sperma dan ovum melalui perantaraan zakar
,namun ketiadaan zakar juga memungkinkan berlakunya percantuman sperma dan
ovum. Oleh kerana itu sarjana fikah menetapkan bahawa orang yang terpotong
keseluruhan zakarnya masih mampu memperoleh anak selagi masih mempunyai testis.
Maka isteri mereka diwajibkan iddah kerana mampu hamil melalui penempelan testi ke
vagina sehingga terpancutnya mani.
Maka dapat disimpulkan bahawa perhubungan sejenis antara suami isteri berlaku
secara tabii melaui pertemuan dua anggota seksual dengan dorongan naluri yang ada
dalam jasad mereka.

Punca Kemandulan
Punca kemandulan lelaki:
- Mati pucuk- ketiadaan upaya untuk melakukan hubungan seksual disebabkan oleh
sesuatu penyakit.
- Putus zakar- zakar yang terpotong kesemuanya atau sebahagian daripadanya
dengan keadaan sudah tidak boleh digunakan untuk bersetubuh.
- Ketiadaan testis atau kasi-terputus dan tercabut kedua-dua buah zakar dengan
keadaan zakar masih kekal di tempatnya.
Selain tiga sebab di atas ,mandul juga berlaku disebabkan oleh penyakit seperti radang
yang kronik,telur yang tidak turun ke kantung telur,penyakit yang menyebabkan
kekeringan dan kerencatan fungsi kelenjar serta gangguan kesihatan mental dan
masalah ekonomi.
Punca kemandulan wanita:
- Ratq tersumbat bersedaging dan melekat atau faraj yang tersumbat dengan daging
dan dapat dilihat pada bahagian luar.
- Qurn bertemu dua bahagian yang melitupi atau sesuatu yang terdapat di dalam faraj
perempuan seperti gigi yang menghalang persetubuhan.
- Afl bengkak yang terjadi di antara qubul dan dubur wanita yang baru melahirkan
anak sehingga menyempitkan faraj dan tidak dapat dimasuki zakar.
Selain tiga sebab di atas,terdapat sebab-sebab lain yang menggagalkan kehamilan
seperti radang yang berpanjangan pada uterus,pinturahim tersumbat,tiub fallopio
tersekat,tumor rahim.



TEKNOLOGI REPRODUKSI BANTUAN

GAMBAR HIASAN SUNTIKAN SPERM KE DALAM OVUM

Teknologi reproduksi bantuan atau bantuan penghamilan ialah rawatan kesuburan yang
di beri kepada pasangan yang gagal mendapat anak melalui kaedah semula jadi. Pihak
isteri perlu mendapatkan bantuan penghamilan apabila menghadapi masalah. Antara
faktor-faktor yang memerlukan teknlologi reproduksi bantuan ialah:

4.1Faktor yang boleh dirawat tanpa bantuan penghamilan
Kehilangan kesuburan pada lelaki atau perempuan akibat penyakit kelamin yang terjadi
disebabkan perlakuan zina,liwat dan amalan seksual luar tabii.
-Berlaku koyakan pada rahim,kehilangan darah yang banyak dan jangkitan kuman pada
rahim akibat keguguran yang berlaku pada kehamilan sebelumnya.
- Tiub fallopio,rahim dan pelvis mengalami radang akibat oenggunaan pil pencegah
kehamilan atau akibat melakukan persetubuhan semasa haid.

4.2 Faktor yang memerlukan rawatan bantuan penghamilan
- Kenadiran,kelemahan dan kekurangan sperma.
- Kehadiran cecair pangkal rahim yang mematikan sperma.
- Terdapat halangan untuk sperma masuk ke dalam saluran peranakan.
- Kedudukan rahim yang beralih dari tempatnya.
- Tiup fallopio tertutup.

4.3 Hukum Mengeluarkan Sendiri Cecair Sperma
Dalam menjalankan rawatan bantuan penghamilan,air mani suami atau kedua-dua
suami dan isteri diperlukan. Pengeluaran sendiri cecair sperma menggunakan tangan
disebut onani. Sebahagian daripaeda meraka mengharamkan perbuatan onani kerana
termasuk dalam perlakuan maksiat dan mereka yang melakukannya boleh dikenakan
hukum takzir atau denda. Sebahagiannya pula mengharuskannya dalam keadaan
darurat,manakala sebahagian yang lain mengharuskan secara mutlak.

Penggunaan Manusia Dalam Eksperimen
Tujuan disyaratkan agama islam ialah untuk memastikan kesejahteraan manusia
seluruhnya didunia dan di akhirat. Para ulama menggariskan tiga perkara utama yang
dapat merealisasikan kesejahteraan manusia iaitu:
- Dharuriat (keperluan utama)
Dharuriat ialah perkara yang diperlukan untuk hidup (keperluan vital). Imam asy-Syatibi
mendifinisikan dharuriat sebgai unsur-unsur yang tidak perlu ada bagi mencapai
kesejahteraan dalam beragama dalam beragama dan kehidupan dunia.
- Ketiadaan unsur-unsur ini akan merencatkan ksejahteraan dunia,memporak-
perandakan kehidupan,menyebabkan kemusnahan dan hilang matlamat
hidup,sementara di akhirat akan mendapat azab sehingga manusia itu mendapat
kerugian yang nyata.
- Hajiat (keperluan sampingan)
Keperluan yang tidak mencacatkan kehidupan dengan ketiadaannya,tetapi dapat
membuatkan manusia hidup dalam keadaan terhimpit dan menyusahkan.
- Oleh yang demikian Islam memberi kelonggaran kepada umatnya bagi menghilangkan
kesusahan itu. Contoh dibolehkan mereka meninggalkan puasa Ramadhan akibat sakit
atau sedang bermusafir.

- Tahsiniat (keperluan tambahan)
Penyempurnaan tatacara hidup dan menjauhi segala perkara yang menimbulkan
kecelaruan dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras.
- Ringkasnya,tahsiniat ialah suruhan ke arah kemuliaan akhlak seperti larangan
mencela orang lain,menipu,menyakiti orang lain dan memperagakan diri bagi wanita
untuk menggoda kaum lelaki.
Menjaga kesejahteraan jiwa manusia adalah perkara yang menjadi maksud kewujudan
syariat islam. Kerana itu, manusia di tuntut mendapatkan rawatan dan tidak
membiarkan diri dihinggapi penyakit. Perkara ini bersesuaian dengan suruhan
Rasulullah dengan katanya yang bermaksud:
Berubatlah,sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit kecuali ada
cara untuk diubatkan,
[Direkodkan oleh Abu Daud]

Etika Eksperimen
- Eksperimen yang dijalankan bermatlamatkan ke arah kemajuan ilmu pengetahuan.
- Eksperimen yang sama tidak dapat dijalankan ke atas haiwan, atau sekiranya dijalankan
ke atas haiwan tidak memberi hasil yang diingini.
- Penyelidikan mesti dihentikan sebaik sahaja hipotesis dibuat atau disahkan. Penggunaan
manusia sebagai bahan eksperimen dilakukan seminima mungkin dengan kadar risiko
terendah.
- Penyelidikan dilakukan oleh mereka yang layak,mempunyai pengalaman dalam corak
penyelidikan yang dijalankan,mampu membuat analisis ilmiah dan bertanggungjawab
menjaga individu yang terlibat daripada sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku.
- Individu yang terlibat sebagai bahan eksperimen perlu mengetahui secara sempurna
tujuan eksperimen dijalankan dan segala risiko yang mungkin terjadi.

5.0 PERMANIAN BERHADAS
5.1Definisi
Permanian berhadas atau pesum dari segi bahasa bermaksud perbuatan menjantani
haiwan yang boleh mengakibatkan kebungtingan. Sarjana fikahmendifinisikan istilah
permanian beradas hanya dengan pelbagai takrif.

5.2 Persenyawaan Benih Dalaman
Proses persenyawaan berlaku apabila cairan mani dipancarkan dari zakar ke dalam
faraj. Proses persenyawaan sebegini berlaku sama ada secara semula jadi melaui
persetubuhan atau melalui bantuan perubatan(tanpa persetubuhan).
Persenyawaan benih secara bantuan perubatan adalah inisiatif bagi pasangan yang
bermasalah untuk mendapatkan anak. Sperma dimasukkan ke dalam rahim isteri dalam
keadaan isteri menelentang selama beberapa jam bagi membantu sperma bergerak ke
arah ovum yang menanti di tiub fallopio.
Proses ini dijalankan pada hari kesuburan berdasarkan pemeriksaan suhu badan wanita
dan pusingan haid setiap bulan. Kehadiran ovum juga boleh diketahui dengan
meletakkan sejenis kertas yang mengandungi bahan kimia tertentu di pintu rahim bagi
mengesan kehadiran gula yang mengisyaratkan pengeluaran ovum.
Proses pesum buatan juga dijalankan untuk pasangan yang ingin melahirkan anak
mengikut jantina pilihan mereka. Doktor pakar akan mengasingkan spermayang
menghasilkan anaklelaki atau perempuan sebelu proses persenyawaan dijalankan.



5.3 Persenyawaan In Vitro
In vitro ialah proses persenyawaan yang dijalankan di luar rahim,yang mana
percantuman sperma dan ovum dilakukan di dalam piring petri. Selepas berlaku
beberapa tahap perkembangan sel di dalam piring petri,zigot yang terhasil dimasukkan
ke dalam rahim ibu. Tumbesaran zigot berlaku dalam rahim ibu sehingga sempurna
membentuk janin. Proses in vitro dijalankan apabila berlaku permasalahanseperti tiub
pallopio tersumbat.

Penggunaan Sperma atau Ovum Pihak Ketiga
Sekiranya suami tidak mampu menyediakan sperma,isteri memerlukan sumbangan
daripada penderma bagi melakukan proses reproduksi buatan. Bagi tujuan itu,bank
mani diwujudkan untuk membekalkan sperma hasil sumbangan pihak tertentu.
Fenomena penggunaan mani lelaki asing ini pernah berlaku dalam sejarah kehidupan
masyarakat Mesir dahulu kala. Wanita yang gagal hamil akan menemui bidan bagi
mendapatkan rawatan. Bidan akan meletakkan cebisan kapas yang mengandungi air
mani lelaki asing pada faraj wanita itu,tanpa diketahui oleh wanita terebut. Sekiranya
penyebab gagal hamil itu disebabkan kemandulan di pihak suami,maka kenungkinan
wanita itu untuk hamil adalah tinggi.
Fenomena ini juga sinonim dengan nikah al-istibdaa yang berlaku secara meluas di
kalangan bangsa Arab jahiliah sebagaimana yang direkodkan oleh Bukharidan Abu
Daud.

Hukum Menyumbangkan Benih kepada Pihak Asing
Perkembangan terkini dunia perubatan mengajak kita untuk membicarakan apakah ada
keharusan bagi insan ketiga menyumbangkan air maninya kepada pasangan yang
bermasalah dalam mendapatkan anak. Lebih-lebih lagi mutakhir inti tertubuh bank-bank
mani untuk menjaga dan mengurus sunbangan serta penggunaan mani untuk orang
umum.
Islam merupakan agama yang mengiktiraf dan menjaga kehormatan seseorang individu
dan tidak membiarkan sama sekali jasad dan jiwa manusia dinodai seluruhnya, walau
dengan tangan pemilik jasad itu sendiri. Manusia sama sekali tidak boleh
dizalimi,dibunuh,diseksa dan dibinasakan,diganggu ketenteramannya walau dengan
satu kalimah.
Dalam hal ini, hukum yang terlaksana berlandaskan syariat dari langit sudah tentu
berbeza dengan undang-undang ciptaan manusia. Sebahagian negara barat melarang
ovum dan sperma diperdagangkan,tetapi membenarkan pendermaanmya. Islam yang
menitikberatkan nilai kemuliaan dan syariat yang mencorak nilai kehidupan yang
sebahagiannya tidak terjangkau dek pemikiran,tetap mengharuskan penggunaan mani
dengan sewenang-wenangnya walaunpun setitik. Ini kerana,syarat asas untuk
menentukan pemilikan ke atas sesuatu itu tidak bercanggah dengan syariat, aturan
adat dan adab. Individu dan apa jua yang berkait dengan individu itu tidak boleh
dimanfaatkan oleh orang lain sebaliknya hanya berhak dipergunakan untuk kegunaan
sendiri sahaja. Pendermaan sperma dan ovum tidak boleh diqiaskan dengan keharusan
menderma darah kerana derma darah diharuskan untuk keperluan darurat.

PERSPEKTIF SYARAK TERHADAP TEKNOLOGI REPRODUKSI BUATAN.
6.1Keharusan Reproduksi Buatan
Persenyawaan sperma suami dan ovum isteri yang dilakukan di dalam rahimi
isteri adalah harus hukumnya apabila pasanganitu tidak dapat menghasilkan anak
secara semula jadi. Namun perlu dipastikan bahawa sperma yang disenyawakan
benar-benar milik si suami dan tidak perlu dipastikan bahawa sperma yang
disenyawakan benar-benar milik si suami dan tidak berlaku pertukaran dengan sperma
orang lain. Perkara ini penting bagi memastikan anak yang lahir terhasil daripada mani
yang halal di dalam kedua-dua perihal.iaitu perihal keluar dan perihal dimasukkan ke
dalam rahim. Anak yang memenuhi ketetapan tersebut akan sabit nasab sebagaimana
anak yang terhasil daripada persetubuhan berdasarkan pandangan daripada pendapat-
pendapat sarjana fikah.
Menurut pendapat mazhab Hanafi,memasukkan mani ke dalam rahim wanita
tanpa memasukkan zakar atau menggunakan sebarang alat dapat diterima akal dan
syarak. Oleh yang demikian,bagi lelaki yang terpotong keseluruhan batang zakarnya
masih sabit nasab ke atasnya kerana air maninya dapat dimasukkan ke dalam faraj
secara temeplan dan pancutan. Syarat mani yang diwajibkan iddah dan disabitkan
nasab hendaklah halah dalam perihal inzal(keluar dari testis) dan perihal isidkhal atau
persenyawaan dilakukan.
Menurut pendapat mazhab Maliki,akal dan syarak menerima kemasukan mani ke
dalam faraj dengan kemasukan batang zakar atau tanpa kemasukan. Kemasukan mani
itu disabitkan iddah. Tidak wajib mandi ke atas perempuan apabila masuk mani ke
dalam farajnya tanpa melakukan persetubuhan,melainkan terjadinya orgasme atau
terjadi kehamilan. Apabila anak itu lahir,maka dia disabitkan ke atas ibunya dan sabit
pertalian dengan suami ibunya atau tuan ibunya atau empunya mani(dalam hal
persetubuhan syubhat) sekiranya dapat dipastikan anak itu terhasil daripada mani
siapa. Sekiranya tidak diketahui pemilik mani itu, maka wanita itu patut dikenakan
hukuman hudud dan anak yang terhasil tidak dikira daripada persetubuhan syubhat.
Menurut pendapat mazhab Syafie pula,memasukkan manike dalam faraj
dihukumkan sama seperti persetubuhan dalam mewajibkan idddah dan sabit nasab
kerana lebih memungkinkan kehamilan berbanding semata-mata memasukkan zakar.
Demikian juga sabit nasab kepada lelaki yang terpotong zakarnya dalam keadaan testis
masih ada kerana inzal boleh berlaku dengan tempelan. Namun disyaratkan bahawa
kemasukan mani itu halal dengan mengambil kira perihal keluar dan masuk mani
sebagaimana disepakati sesetengah sahabat,dan sesetengah mereka berpendapat
halal diambil dikeluarkan dari testis tanpa melibatkan perbuatan haram dan sempurna
disenyawaakan di dalam rahim dengan cara halal id sisi syarak.
Dalam mazhab hambali pula, dapat diterima akal untuk mani masuk ke dalam
faraj tanpa kemasukan zakar. Meraka berpendapat mani yang halal diambol kira perihal
keluar sahaja tanpa disyaratkan perihal dimasukkan ke dalam rahim. Mani halal yang
dimasukkan ke dalam rahim apabila menghasilkan anak disabitkan nasab dan iddah ke
atas ibu. Manakala memasukkan mani ke dalam rahim wanita asing tidak dikira zina,
maka tidak perlu dikenakan hukuman hudud.
Daripada pendapat-pendapat sarjana fikah ini dapat disimpulkan bahawa:
- Sabit nasab selagi anak yang dilahirkan terhasil dalam ikatan perkahwinan yang
sah,atau terhasil daripada persetubuhan nikah fasid dan persetubuhan
syubhat,berdasarkan perkiraan syarak yang menetapkan nasab kepada empunya
ranjang.
- Nasab,iddah dan rujuk disabitkan dengan memasukkan mani yang halal,sebagaimana
disabitkan nasab,iddah dan tempoh rujuk pada anak yang terhasil daripada
persetubuhan.
- Memasukkan mani tanpa kemasukan zakar ke dalam rahim diharuskan syarak
serta diterima akal selagi ada ikatan yang sah.
- Mani halal diambil perkiraan mengiktu perihal keluar dan masuk ke dalam faraj
sebagaimana disepakati dan ditarjih,dengan apa cara sekalipin termasuk dengan
menyetubuhi dubur isteri. Apabila isteri memasukkan mani tersebut atau meleleh ke
dalam farajnya,sabit nasab anak kepada si suami,kerana dikira mani tersebut halal hasil
persetubuhandengan isterinya.

6.3Larangan Reproduksi Buatan
Persenyaaan bantuan antara sperma dan ovum bukan suami isteri
Kesemua proses persenyawaan bantuan antara sperma dan ovum daripada pasangan
yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan adalah dilarang di sisi syarak. Larangan ini
berlaku ke atas zigot yang dibesarkan dalam kandungan isteri mahupun ibu
tumpangan,kerana dikhuatiri membawa kepada kecelaruan nasab.
Proses persenyawaan sebegini dianggap seumpama perlkuan zina walaupun tidak
berlaku persetubuhan. Pihak pemerintah perlu menetapkan satu hukuman takzir yang
sesuai bagi menghalang perkara ini dilakukan demi menjaga keturunan yang begitu
dititkberatkan oleh syarak.
Persenyawaan buatan ke atas perempuan yang tidak bersuami
Persenyawaan buatan yang dilakukan ke atas perempuan yang tidak bersuami adalah
haram hukumnya kerana terpaksa menggunakan sperma lelaki asing. Prses
persenyawaan sebegini tersebar dengan meluas di negara-negara Eropah selepas
bercambahnya firma penjagaan mani yang berperanan menjual mani golgongoan
cendekiawan,jaguh olah raga,artis terkemuka dan penerima anugerah antarabangsa.
Fenomena sebegini sebenarnya bukan perkara yang baru dalam kehidupan manusia.
Realitinya,pernikahan istibdaa yang terkenal pada zaman jahiliah kembali dipraktikkan
oleh generasi kini dengan konsep yang lebih luas di negara yang mendakwa kononnya
mereka terkehadapan dalam kemajuan hidup.
Persenyawaan bantuan antara sperma dan ovum pasangan suami isterri untuk
dibesarkan dalam rahim ibu tumpangan
Persenyawaa yang dijalankan di luar rahim antara benih suani isteri untuk dibesarkan
dalam kandungan ibu tumpangan adalah tidak diharuskan. Proses sebegini biasanya
dijalankan apabila isteri tidak mempunyai rahim yang baik untuk mengandung atau
sengaja tidak mahu mengandung. Ibu tumpangan atau rahim sewaan adalah
bercanggah dengan peraturan syariat.

KESIMPULAN
Sesungguhnya para ulama dan pengamal undang-undang masih membincangkan
perkara ini dan tidak bersepakat dalam menentukan hokum dalam masalah yang
disebutkan tadi. Di Barat, terdapat aliran yang kuat memberikan hak kepada ibu yang
melahirkan contohnya di Britain. Manakala di California, pemilik benih dikira sebagai ibu
sebenar dari sudut undang-undang.Di Itali, undang-undang melarang penyewaan rahim
tetapi menerima sekiranya dengan kerelaan individu sendiri. Suatu persoalan yang
boleh ditimbulkan di sebalik permasalahan sewa rahim ini : Tidak adakah kaedah lain
yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah isteri yang tidak dapat mengandung
sedangkan beliau berkeinginan memiliki anak selain daripada penyewaan rahim?
Segalanya mungkin dengan perkembangan teknologi terbaru dalam bidang perubatan
moden.Namun, ternyata apabila manusia tidak menjadikan agama sebagai pegangan
dan akhlak sebagai benteng, berlaku pelbagai kepincangan yang mengundang
kemusnahan dan kecelaruan kepada institusi masyarakat.