You are on page 1of 26

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar ini menjadi panduan pembentukan & pengekalan identiti rakyat Malaysia.
Objektif dasar ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan perpaduan melalui
kebudayaan. Sebagai contoh, kerajaan telah menjalankan perarakan Citrawarna
Malaysia pada tahun 2001 yang menyaksikan persembahan pelbagai budaya kaum
masing-masing. Selain itu, tujuannya juga ialah memelihara keperibadian
kebangsaan & meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu
gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.
Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali
oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara
beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik
daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan
kebudayaan asli tempatan.

Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan
2.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia
Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Corak dan cara hidup sesuatu
kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan.
Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Dalam
konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup
rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. Menurut definisi sosiologi, kebudayaan
ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama.


Edward B. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki, tetapi di perolehi daripada kelakuan-
kelakuan dan tingkahlaku manusia. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan budaya
membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Namun demikian, Taylor dan Budds turut
bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas dari agama, agama
merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia.
Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka, Malaysia telah mewarisi c
ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar divide and rule iaitu pecah dan perintah.
Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan
yang bercorak sukuan. Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar
kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama.
Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia. Manakala
warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada
negara asalnya. Oleh itu, wujudnya kekangan budaya (cultural barrier) antara golongan imigran
dengan penduduk peribumi Malaysia.
Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,namun begitu ciri-ciri
kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan
yang dapat memperlihat identiti masyarakat Malaysia. Dengan cara yang demikian corak
kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat
diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.
Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua lapisan
masyarakat dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum sempurna sekiranya rakyat tidak
meletakkan taat setia terutamanya dalam soal mempertahankan negara daripada pencerobohan
musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-
ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya. Oleh hal yang demikian, Malaysia juga
memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan
Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.
Rentetan daripada itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan dilaksanakan
dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan
3.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada tanggal
16 -20 Ogos 1971. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan
oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971).
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan
dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di
kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah
serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan
sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan
proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada
kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.
Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh
Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
a. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal
rantau ini.
b. Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan ke
bangsaan.
c. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.
Justeru itu sebagai kesinambungan, pewujudan kebudayaan kebangsaan Malaysia akan
terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai dasar
kebudayaan kebangsaan.
4.0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam usaha untuk
mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk pribumi dengan kaum yang
lain.Justeru, ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan teras dan berperanan penting dalam
pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan. Prinsip-prinsip berkenaan ialah:
4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini
Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura,
Brunei, Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)
sehingga Malagasi merupakan sebahagian daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya
melayu. Ia merupakan pusat pecambahan, perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu
sejak zaman berzaman. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun
melayu. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca).
Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang bahasa yang
berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia, selain daripada faktor kedudukan geografi,
pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Menurut prinsip ini
juga menyatakan bahawa, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan
rakyat setempat rantau ini.
Rantau membawa maksud alam Melayu, iaitu warisan tradisi kebudayaan. Kepulauan
Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Jawa, Iban,
Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau
ini.
Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam satu rumpun bahasa yang
sama. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat asal rantau ini secara tidak lansung telah
dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.
4.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima
Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik, yang sentiasa berubah-ubah melalui proses
penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang
telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Oleh hal
demikian, unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina, india arab, barat dan
lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara dan kepentingan nasional
serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi
negara khasnya
Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun begitu
masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama masing-masing.
Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan
wajar memanglah telah lama diamalkan. Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini
sejak zaman-berzaman. Contohnya masyarakat Orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak. Kemasukan
unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti
asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi. Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada
kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China,
India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris dan lain-
lain dalam bahasa Melayu tempatan.
4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses
pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada manusia dalam mengimbang dan
meningkatkan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal.
Justeru itu, Islam sewajarnya menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah
wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam yang telah sedia diterima pakai oleh sebahagian besar
rakyat rantau ini. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang
kena pada tempatnya.
Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima
oleh Perlembagaan. Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Segala unsur budaya yang
mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsaan secara
lansung. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.
Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha untuk
menerapkan nilai-nilai Islam. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan
gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971
5.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah
penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian
usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga
objektif penting iaitu:
a. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara.
b. Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan.
c. Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi
6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif
Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami bahawa budaya
merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada
stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli, dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya
hidup, penghayatan nilai, pancaran peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat
dilakukan dengan memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya
ilmu, memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan
seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Selain
itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya
diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya.
Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui aktiviti-
aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan
urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi
mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan
antarabangsa
Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain
juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini termasuklah Kementerian-kementerian dan
Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak
swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang
lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan
pelaksanaan dasar-dasar semasa.Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan
amat diperlukan . Hal ini kerana badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan
kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan
program atau projek-projek kebudayaan
Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan melalui beberapa
bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas melalui bidang-bidang
seperti berikut:
a. Pendidikan:
Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun begitu bahasa
Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga penubuhan beberapa buah sekolah seperti
sekolah wawasan, sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini
b. Media massa:
Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu
Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar tempatan boleh juga
menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.
c. Sukan:
Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.
Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-
strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh dicapai
dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan.
Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan ke
arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Seterunya, memenuhi
keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf serta mutu kesenian

DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi
negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu
bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia
antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa
yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan
cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan
Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan
kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang
melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan
Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Masyarakat Malaysia yang terbentuk hasil penggubalan DKK ini adalah
diharapkan boleh menjadi masyarakat yang konsisten dalam mempertahankan
toleransi, kesepaduan, semangat nasionalisme, mengamalkan nilai-nilai atau norma
yang sama dalam sebuah bumbung negara yang berasaskan masyarakat pluralistic


Menilai semula Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Oleh:KU SEMAN KU HUSSAIN (Wartawan Utusan)
Sejauh manakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang diwujudkan tahun
1971 relevan dengan tuntutan dan perubahan sosialisasi yang berlaku secara pesat
dalam masyarakat? Persoalan begini ada kewajarannya apabila DKK yang lahir
selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bukan saja tidak dirujuk malah tidak ditafsir
mengikut keperluan semasa.
DKK adalah sebahagian daripada dasar kerajaan yang digubal dan mula
dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-75). Ia berpandukan kepada
program jangka panjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-90). Peristiwa 13 Mei
telah memberi kesedaran supaya diwujudkan satu dasar untuk mencapai perpaduan
kaum di negara ini. Secara teori, DKK menjadi strategi jangka panjang untuk
mewujudkan bangsa Malaysia.
Hari ini DKK menjadi barang antik. Kewujudannya hampir dilupakan apabila
sesetengah daripada kita menganggap perpaduan telah cukup utuh dan semua
kaum memahami budaya kaum lain. Itulah selama ini yang kita difahamkan tentang
perpaduan dan toleransi budaya antara pelbagai kaum.
Lanjutan gagasan pembentukan bangsa Malaysia, DKK dilihat sebagai tepat pada
masanya dan langkah bijak untuk mewujudkan persefahaman tatacara hidup rakyat
pelbagai kaum. DKK secara umumnya pula berteraskan budaya tradisi Melayu.
Melayu dalam konteks DKK adalah Melayu daripada definisi sejarah rantau dunia
Melayu.
Biarpun DKK berteraskan budaya tradisi Melayu tetapi ironinya kalangan
masyarakat Melayu juga yang terperangkap dalam krisis identiti, jati diri dan keliru di
persimpangan antara budaya Melayu feudal dan budaya Melayu zaman baru.
Melayu zaman baru terdedah kepada perubahan. Akibatnya kebudayaan Melayu
tidak teranjak dan kebudayaan kaum lain semacam terpinggir dan tidak diiktiraf
sebagai penyumbang kepada bangsa Malaysia.
DKK telah menyediakan prasarana untuk mencari persefahaman apabila timbul
percanggahan tafsir tentang kebudayaan. Malah dasar ini juga dianggap sebagai
wahana sosial yang paling praktikal untuk menangani sebarang salah faham
berhubung soal budaya dan kebudayaan.
Tetapi setelah lebih 30 tahun usia DKK, tragedi di Kampung Medan baru-baru ini
semacam mengejutkan DKK. Keselesaan di sebalik mekap perpaduan sebenarnya
ada bara daripada tafsiran longgar soal budaya pelbagai kaum. Apabila kita
mengakui perpaduan yang pada umumnya rapuh, prasangka dan salah tafsir
tentang budaya hanya menunggu masa untuk meletuskan ketegangan, inilah masa
untuk menilai dan mentafsir semula satu dasar tatacara hidup pelbagai etnik di
negara ini.
Disebabkan kegagalan mentafsir garis-garis yang terkandung dalam DKK maka
zaman yang semakin terbuka ini meletakkan dasar kebudayaan itu sebagai faktor
yang merenggangkan persefahaman budaya antara satu kaum dengan kaum yang
lain. Kegagalan ini tidak diatasi oleh kerana banyak yang mengambil sikap berdiam
diri sambil berkata, perpaduan rakyat utuh dan teguh.
Tidakkah ada pihak yang sedar atau terasa bahawa kegagalan mentafsir DKK
membuatkan ada kebudayaan kaum bukan Melayu terpinggir dalam identiti
kemalaysiaan yang selalu disebut-sebut itu? Mentafsirkan secara longgar dan
sambil lewa bahawa kebudayaan Melayu sebagai teras DKK sebenarnya membawa
kepada kegagalan DKK sebagai pemangkin bangsa Malaysia.
Hal inilah yang berlaku sekarang. Apabila menganggap kebudayaan Melayu sebagai
teras maka ada pihak yang merasa janggal untuk memberikan nilai Malaysia kepada
tarian singa, tarian naga, cingge atau perarakan kavadi sebagai manifestasi budaya
Malaysia. Kerana kegagalan mentafsir, DKK dilihat tidak banyak menyumbang
sebagai jambatan perpaduan. Jauh sekali untuk menjadi pemangkin kewujudan
bangsa Malaysia.
Kalau budaya Melayu feudal ditafsir sebagai menjadi teras kepada DKK maka tidak
hairanlah kalau ada kalangan yang kurang senang dengan tarian singa atau tarian
naga yang menjadi manifestasi kebudayaan Cina. Tetapi kalau DKK ditafsir sebagai
budaya Melayu moden, maka kita kena mengiktiraf kesenian tradisi yang menjadi
sebahagian manifestasi hidup etnik lain tanpa sebarang prasangka.
Persoalannya sekarang adakah kita mahu statik dalam membuat tafsiran terhadap
DKK atau membuka diri dan minda untuk meletakkan DKK pada landasan tuntutan
zaman ini? Tarian singa hanya satu perlambangan untuk tumbuh sebagai
sebahagian daripada entiti budaya bangsa Malaysia.
Ini kerana secara umum DKK seolah-olah tidak memberi pengiktirafan terhadap
budaya etnik lain selain Melayu. Kalau begini hasilnya, bukankah ini menjadi faktor
yang menghalang hasrat pewujudan DKK pada awalnya?
Setelah sekian lama tidak disentuh atau ``dibaca'' dalam penggubalan dasar-dasar
lain yang menyentuh sosialisasi rakyat, DKK wajar ditelaah semula. Perlu ada
keterbukaan dan keberanian untuk membaik pulih ruang-ruang dalam DKK yang
boleh menjadi penghalang kepada pembentukan bangsa Malaysia. Ini kerana
konsep kebudayaan itu sendiri adalah suatu yang cukup unik.
Kalau dikatakan DKK berteraskan kebudayaan Melayu (Melayu di Nusantara) maka
di sini akan wujud kegagalan mentafsir budaya Melayu yang macam mana harus
menjadi rujukan? Adakah DKK berpegang kepada kebudayaan Melayu feudal atau
Melayu semasa yang terdedah kepada proses asimilasi dan globalisasi? Kalau DKK
berteraskan budaya Melayu feudal tentunya ini sudah tidak relevan dengan budaya
Melayu semasa yang terdedah kepada perubahan.
Selepas 13 Mei 1969 dan wujud DKK yang dilihat agak tergesa-gesa, perubahan
zaman telah mengubah tafsiran ``kebudayaan'' yang secara umum fahami iaitu
kesenian, budaya popular dan hiburan. Sedangkan kebudayaan mempunyai definisi
yang luas lagi merumitkan. Buktinya dua sarjana antropologi terkemuka, A.L Kroeber
dan Clyde Kluckhohn yang menulis dua buku khusus mengenai definisi dan konsep
kebudayaan. Hasilnya 167 definisi kebudayaan dikumpul daripada dua sarjana tetapi
tiada satu definisi pun yang dianggap sama dalam kedua-dua buku itu.
Saya sependapat dengan Kroeber bahawa budaya yang merupakan satu aturan
hidup bukan suatu yang statik. Malah ia berubah-ubah misalnya suatu yang
dianggap budaya tradisi ketika ini adalah satu perubahan pada suatu ketika dulu.
Kalau dilihat dalam sejarah kebudayaan Melayu abad ke-15 misalnya, pelabuhan
merupakan ciri budaya yang dominan berbanding tradisi lama di kalangan kaum
petani atau nelayan. Seterusnya apabila dilihat pada abad ke-20, tradisi istana abad
ke-15 menjadi tinggalan lama manakala ciri peradaban Barat menjadi dominan.
Untuk mentafsir semula DKK, ada relevannya meninjau pendapat sarjana
pendidikan Theodore Bromeld. Dia mengatakan sesebuah masyarakat memperoleh
corak kebudayaan apabila ia menghasilkan adat resam, nilai-nilai, institusi sosial dan
kemahiran yang dipegang bersama. Maknanya kita perlu toleran dengan zaman.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting
dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia
harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan
penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di
Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat
keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang
baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah
negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta
perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat
pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang
lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang
sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan
tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan
Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi
kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania)
sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun
atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan
dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh
kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa
(linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-
persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu -
Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara
hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta
umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang
demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau
luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan
Kebangsaan.

(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar boleh diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui
proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan
dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya.
Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang
sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah
bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral
dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara
khasnya.

(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan - Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting
dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak
dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam
mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi
dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi
negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah
sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas
di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka
amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu.
Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan; dan


(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan
dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-
strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah
menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha
membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan
seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan
pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka
termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam
pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan,
pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan
kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai
pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis
Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-
pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan
berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini
di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-
badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan
kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya
membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi
negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat
menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang
bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam
masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan
itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan
kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan
memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah
negara yang merdeka dan bermaruah.



42 tahun berlalu sejak Malaysia pernah mengadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
pada 1971, dianjurkan sendiri oleh Kementerian Kebudayaan (Belia dan Sukan) waktu itu.
42 tahun suatu tempoh yang sangat panjang, untuk kita tidak mempedulikan apa-apa
rumusan yang dicapai dalam kongres tersebut, walau apa pun alasannya.
Memang, apa yang dikatakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu hanyalah sebuah
rumusan oleh kongres tersebut. Ia tidak pernah dibawa untuk diluluskan oleh Parlimen.
Tetapi itulah saja yang kita ada dan dan rumusan atau dasar itu diterima dan diguna pakai
oleh kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh budaya dan ilmuwan serta
masyarakat umum selama beberapa tahun selepas kongres 1971 itu.
Selama beberapa tahun dalam dekad 1970-an itu khasnya, kita selalu merujuk kepada
Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu, dan kita masih menganggapnya penting, seperti kita
juga menganggap penting soal indentiti sebagai suatu bangsa yang berbudaya dan
bertamadun sendiri, berteraskan Islam. Tetapi mulai dekad 1980-an, khasnya sejak
pentadbiran Dr Mahathir yang mengajar orang Melayu supaya mementingkan pencapaian
ekonomi dan material, masyarakat kita pun sedikit demi sedikit mula melupakan perkara
kebudayaan dan identiti warisan.
Ada orang menganggap ini sebagai akibat daripada sikap dan pemikiran 'liberal' yang
dibawa oleh kepimpinan Dr Mahathir. Mungkin betul anggapan itu. Saya masih ingat lagi
seminar eksklusif Dr Abu Hassan Hasbullah dengan kertasnya "Liberalisme dan Tamadun
Melayu: Pembacaan dari perspektif Future Studies" - November 2008, di DBP, KL. (Rujuk
buku Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya).
Namun, saya selalu menekankan faktor bahawa kita kehilangan kesedaran budaya,
khasnya di kalangan pentadbir dan pimpinan politik. Pada masa yang sama budayawan dan
intelektual kita pula menunjukkan sikap mengalah dan berserah kepada orang politik dan
bisnes untuk menguasai dan menentukan corak dan cara hidup masyarakat yang baru
(liberal) itu.
Minggu lalu, Azmi Ab Hamid selaku Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
membangkitkan lagi soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini. Katanya:"Kami melihat
kerajaan tidak lagi menghiraukan tanggungjawabnya untuk memastikan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan diterjemahkan dalam semua acara yang dilaksanakan."
Katanya lagi: "Banyak acara yang dilulus dan disertakan juga dalam program rasmi kerajaan,
bercanggah dengan dasar tersebut. Dalam acara nasional seperti sambutan kemerdekaan,
tahun baru, hari belia dan pelbagai sambutan rasmi, kerajaan nampaknya sangat liberal
ketika menapis persembahan yang sepatutnya dibenarkan untuk tontonan awam.
"Gara-gara mahu melayan apa yang disebut 'selera anak muda', kerajaan sendiri
meluluskan persembahan kebudayaan yang sarat dengan ciri-ciri bercanggah dengan
semua unsur yang ditekankan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan tersebut. Inilah yang
berlaku pada sambutan Hari Belia lalu."
Azmi yang popular dengan panggilan Cikgu Azmi, menimbulkan perkara ini sempena
perhimpunan agung Umno yang baru berlangsung. Di awal kenyataan medianya, beliau
berkata:"Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menarik perhatian bahawa perhimpunan parti
orang Melayu untuk menyuarakan nasib bangsa dalam keadaan jatidiri serta kebudayaan
yang semakin musnah di bawah parti yang mendakwa membela bangsa itu sendiri, adalah
perbuatan sia-sia."
Katanya:"Kami sangat kesal, nampaknya persoalan akhlak dan budaya orang Melayu yang
terhakis akibat sikap kerajaan yang sangat liberal tidak menjadi perbahasan yang penting di
kalangan mereka yang mendabik dada memperjuangkan Melayu."
Memang! Hal budaya dan akhlak Melayu yang sedang terhakis itu tidak lagi menjadi
perbahasan dalam persidangan parti Melayu yang mendakwa memperjuangkan Melayu itu.
Memang! Sebab apa? Sebab mereka sudah menganggapnya tidak penting dan tidak
relevan lagi dengan perjuangan mereka hari ini.
Apa yang penting bagi mereka ialah ekonomi dan kekayaan material. Itulah perjuangan parti
Melayu itu hari ini. Mereka akan buat apa saja kalau itu boleh menguntungkan mereka dan
boleh menambahkan kekayaan material mereka. Soal budaya dan akhlak Melayu sudah
tidak relevan, sebab ia memang tidak boleh menambahkan kekayaan dan meningkatkan
taraf ekonomi mereka.
40 tahun dahulu memanglah, bahasa Melayu, budaya Melayu dan akhlak Melayu masih
relevan dan dianggap penting. Ia menjadi agenda besar perjuangan parti Melayu itu.
Bahasa Melayu diperjuangkan hingga berjaya mencapai taraf bahasa ilmu di pusat
pengajian tinggi. Tetapi sedang ia diperjuangkan selanjutnya untuk menjadi bahasa undang-
undang di mahkamah, pihak kuasawan politik Melayu mulai meragui kepentingan bahasa itu
dan kemampuannya untuk menghadapi gelombang globalisasi.
Dengan rasional keraguan itulah maka dasar PPSMI dilaksanakan, tanpa peduli pada apa-
apa pun lagi. Bahasa Melayu nak hilang pun biarlah ia hilang. Budaya Melayu nak hancur
pun biarlah ia hancur. Warisan negara nak musnah pun biarlah ia musnah. Mereka yang di
tampuk kuasa politik itu tidak nampak lagi pentingnya nilai daripada tamadun tinggi Melayu
itu. Yang menjadi fokus utama mereka ialah kekayaan material.
Saya melihat September 1998 sebagai satu tarikh penting dalam sejarah pembinaan bangsa
Malaysia moden. Apa pentingnya tarikh itu? Pentingnya ialah kerana pada tarikh itulah
benteng akhlak dan nilai budaya Melayu-Islam dirobohkan oleh pihak berkuasa politik
Melayu waktu itu, apabila mereka menyiarkan dan menyatakan secara terang di khalayak
umum perkara aib yang sebelumnya tidak pernah dinyatakan demikian, disebabkan
wujudnya nilai akhlak mulia Melayu-Islam.
Mulai tarikh September 1998 benteng itu dipecah dan diruntuhkan. Masyarakat Malaysia
pasca-1998 tidak sama lagi dengan masyarakat Malaysia sebelum September 1998. Soal
akhlak Melayu, budaya Melayu, warisan Melayu - semuanya tidak penting dan tidak relevan
lagi. Biarlah musnah semuanya itu asalkan kuasa yang di tangan segelintir bangsawan
Melayu yang sedang berkuasa pada waktu itu masih dapat dipertahankan mereka.
Dan "perjuangan" itu masih berlangsung dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Perhimpunan agung Umno setiap tahun (kalau tidak ditangguhkan kerana kepentingan
tertentu) menunjukkan buktinya. Tidak usahlah kita terkejut dengan apa-apa yang berlaku di
situ. Kita mungkin menganggapnya perbuatan sia-sia, seperti yang ditegaskan Cikgu Azmi
itu, tetapi 'sia-sia' itu mengikut penilaian kita sahaja. Dalam penilaian mereka ia tidak sia-sia.
Sebaliknya membincang atau membahaskan isu akhlak, bahasa Melayu dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan itulah yang mereka anggap sebagai perbuatan sia-sia. Makanya
mereka tidak membahaskan hal tersebut.
Sesungguhnya masyarakat kita sekarang dalam keadaan yang keliru dan mengelirukan. Ini
hakikat yang sangat menyedihkan. Tetapi siapa peduli? Masing-masing dengan cita-cita dan
kepentingan materialistik masing-masing. Hal nilai, akhlak dan budaya yang bukan
materialistik - biarlah apa pun terjadi. Nak hancur, hancurlah. Nak pupus, pupuslah. Nak
hilang, hilanglah.
Suatu hari nanti, kita jangan terkejut - akan ada seorang perwakilan dalam perhimpunan
agung parti itu akan membangkitkan isu "definisi Melayu" dalam Perlembagaan Negara,
kerana definisi itu pun sudah tidak relevan lagi. Anda tahu kenapa ia tidak relevan lagi?
Anda fikir-fikirkanlah! Atau rujuklah pada Perlembagaan itu. 18 Disember, 2013.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The
Malaysian Insider.

Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia tentu
tidak akan dapat lari daripada menghadapi pelbagai masalah sosial dan perpaduan.
Oleh sebab perpaduan amat penting dalam memupuk semangat nasionalisme dan
kenegaraan, sudah tentulah negara-negara yang menghadapi masalah ini akan
cuba mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang keretakan dan konflik perkauman
di negara masing-masing. Di Malaysia, masalah yang kerap diperkatakan berhubung
dengan perpaduan ialah masalah polarisasi.
Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957, namun
persoalan dan masalah pembentukan kebudayaan kebangsaan masih menjadi satu
perkara yang ditinggalkan untuk dibincangkan oleh para pengkaji budaya.
Perbahasan tentang Dasar Kebudayaan Kebangsaan sering diadakan, terutamanya
di kalangan para ahli politik, badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang
ada hubungan dengan kebudayaan. Harapan negara untuk menyatupadukan
masyarakat melalui kebudayaan kebangsaan adalah tidak mustahil asalkan rakyat
Malaysia sanggup menerima kebudayaan kebangsaan sebagai kebudayaan setiap
kaum di negara ini.
Latar belakang Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi
satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua
kaum. Ia juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh
negara-negara luar. Oleh yang demikian, Kerajaan Malaysia telah menitikberatkan
pembentukan secara beransur-ansur yang baik daripada berbagai-bagai
kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli
tempatan.


Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Terdapat tiga prinsip :
1. Kebudayaan kebangsaan negara ini hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat
asal rantau ini.
Menurut prinsip ini, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan
kebudayaan rakyat setempat rantau ini.
"Rantau" membawa maksud alam Melayu, yakni warisan tradisi kebudayaan
Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang
Melayu, Bugis, Jawa, Iban, Minang, Murut, Kadazan dan lain-lain lagi.
Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini.
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi
unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
Prinsip ini memberi pengakuan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang
sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.
Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-
berzaman.
Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi
melalui pelbagai proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi.
Sebagai contoh, proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan perhubungan
dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China, India dan
Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit, Portugis, China, Inggeris
dan lain-lain dalam bahasa Melayu. Tempatan.
3. Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan itu.
Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan
memang kena pada tempatnya.
Ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan
diterima oleh Perlembagaan.
Justeru, pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan
kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam.
Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah
menjadi status kebudayaan kebangsann secara automatis.
Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam.
Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah, kerajaan telah berusaha
untuk menerapkan nilai-nilai Islam.


Tujuan Kebudayaan Kebangsaan
1. Perpaduan Negara
Tujuan ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang berbilang kaum
dan keturunan di negara ini.
Masyarakat majmuk Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapt dikongsi
bersama.
Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titik-titik persamaan
dalam kehidupan masyarakat.


2. Membentuk keperibadian atau identiti Malaysia.
Tujuan ini sangat wajar kerana setelah lebih 45 tahun merdeka, masyarakat
Malaysia masih belum mempunyai satu identiti kukuh.
Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur.
Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di kalangan
antarabangsa.
3. Meningkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonomi dan politik.
Jika dua tujuan di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh meningkat.
Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah hilang perasaan
prejudis.
Keadaan ini memberi peluang kepada setiap kaum di Malaysia mengecapi
pembangunan sosioekonomi dan politik yang seimbang.


Kesimpulan
Kebudayaan kebangsaan adalah budaya yang sama bagi masyarakat seperti
undang-undang, kesenian, falsafah, nilai sosiobudaya dan sebagainya. Kebudayaan
sukuan atau kaum pula adalah apa yang dijamin oleh Perlembagaan dan
Rukunegara sebagai yang boleh diamalkan oleh pelbagai suku atau kaum ini boleh
diserapkan ke dalam kebudayaan kebangsaan sekiranya ia tidak bertentangan
dengan tiga tujuan dasar kebudayaan kebangsaan.







10.5 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, Malaysia memerlukan
satu dasar kebudayaan kebangsaan bagi mencerminkan keperibadian negara. Dasar ini menjadi
garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti Malaysia di peringkat
antarabangsa.
10




Berasaskan kesedaran tersebut, kerajaan telah menggubal satu dasar kebudayaan kebangsaan
dengan mengambil kira latar belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun,
serta pertemuan dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat
pertemuan telah menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan
penerimaan pelbagai unsur budaya. Tambahan pula dengan kedudukannya yang strategik,
menjadi tumpuan dan penyerapan pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan
asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan hendaklah mempunyai tiga sifat berikut:

(i) Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti.
(ii) Apa juga asal usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai
sebahagian dari keadaan tempatan.
(iii) Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang
menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan, pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan
asas ke arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan.
Prinsip-prinsip itu ialah

(i) Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara
hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia yang
mendiami rantau ini
11
sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini dijadikan
teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.
(ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan
dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan sebagai
sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi
berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan.
12
Oleh itu, unsur-unsur
budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan
prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan kerohanian sejagat, serta Islam sebagai
agama rasmi negara.
(iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan
unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima
kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian besar umat
di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Pembentukan kebudayaan kebangsaan adalah diperlukan bagi mewujudkan sebuah negara yang
stabil dan bersatu padu khususnya bagi sebuah negara membangun dan yang terdiri daripada
berbagai-bagai kaum seperti Malaysia. Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan
mempunyai tiga objektif berikut:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
(ii) Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan
kebangsaan.
(iii) Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan aspek pembangunan sosio ekonomi.

Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas
kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.


Beberapa pihak telah terlibat sebagai penggerak ke arah pelaksanaan dasar ini. Kementerian
Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini dan usaha
mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama badan-badan lain termasuk kementerian-kementerian
dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak
swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kesenian.
Latar Belakang
1. Unsur-unsur kebudayaan dapat digunakan untuk membentuk warganegara yang
baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia.
2. Dasar ini penting kerana penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai
kebudayaan yang berbeza.
3. Dasar ini dapat menolak unsur-unsur Barat yang tidak sesuai daripada meresap
masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia.
Objektif
1. Untuk membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara yang unik
2. Menjadi saluran untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan
3. Membantu mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Prinsip utama
1. Kebudayaan rakyat asal rantau ini menjadi teras utama
2. Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur utama pembentukan kebudayaan
kebangsaan
3. Kebudayaan kaum lain yang sesuai juga diterapkan
Strategi
1. Meninggikan taraf dan mutu kesenian
2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya
3. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk
4. Mengamalkan toleransi agama dan budaya
5. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan,
kenegaraan dan nasiolisme Malaysia
Pencapaian, Harapan dan Jangkaan
1. Penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu di Malaysia lebih meluas pada hari ini
berbanding pada masa dahulu. Boleh dikatakan sebahagian daripada matlamat
kejayaan ini adalah untuk mencapai identiti budaya.
2. Sudah terdapat bukti beberapa unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dalam bidang
seni seperti muzik dan tarian.
3. Pada keseluruhannya, pencapaian-pencapaian dasar kebudayaan nasional masih
jauh daripada matlamat.


DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
(DKK)


LATAR BELAKANG
Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia.
Kebudayaan dalam pengertian yang luas ialah pakaian batin yang dilahirkan melalui prosespeng
hayatan yang berkesan dan mendalam.
Ia dihasilkan melalui perlakuan manusia dalam pelbagai bentuk perhubungan, penyataanfikiran,
perasaan dan perbuatan, penyataan sikap, nilai-
nilai yang diyakini dan diamalkandari semasa ke semasa sehingga mewujudkan kesejahtera
an hidup bermasyarakat yangbersatu padu dan kukuh.
Negara dianggap sebagai suatu ruang kehidupan.
Manusia atau penduduknya ialah bangsa yang mewakili sesebuah negara itu meskipunmungkin t
erdiri daripada pelbagai keturunan dan kaum
Negara sebagai tempat bagi kita mengembangkan potensi dan membangunkan peradabanbangs
a
Maka, kebudayaan dalam erti kata ini ialah meliputi pembinaan sikap, nilai dan ciri yangmenentu
kan akal budi, ketinggian ilmu,penerimaan sains dan teknologi yang sesuaisehingga menum
buhkan rasa persefahaman dan kekitaan sebagai satu bangsa dalamsatu negara
Bagi Malaysia, ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara,yakni keperibadianMal
aysia harus dipupuk dalam usaha-
usaha yang dijalankan ke arah meningkatkanpembangunan sosioekonomi dan politik.
Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat
dalam satu proses yang berterusan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses
pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya
dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi
pembinaan bangsa dan ketahanan negara.


RASIONAL DKK
DKK digubal pada tahun 1971 hasil persetujuan bersama dalam Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971
Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara
membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia.
Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan
sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun
dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau.
Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan,
penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas
rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.


PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)
Sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan
terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai
Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Serantau
Merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea
serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi
adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu.
Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu
sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan antarabangsa (linguafranca).
Digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa
Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian
dan nilai-nilai keperibadiannya.
Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa
yang sama.
Kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu
telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
(ii) Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Boleh Diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan
dan penyesuaian secara berterusan.
Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya
Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi
penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.
Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan
nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam
sebagai agama rasmi negara khasnya.
(iii) Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan
negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha
bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal
Oleh itu ia patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara
Di samping itu wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh
sebahagian besar rakyat rantau ini.
Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres
Kebudayaan Kebangsaan 1971.
Ia juga lambang atau simbol kepada asas pembentukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dan memaparkan kesejagatan dalam menentukan DKK yang berpihak kepada semua kaum
namun masih lagi didasari oleh peruntukan perlembagaan yang menjadi pegangan dan
sekatan norma kepada masyarakat Malaysia.


OBJEKTIF
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah
penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang
demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan
untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Ketiga-
tiga objektif DKK dilihat bertimbal balik di antara satu sama lain kerana melaluiperpaduan m
aka cita-cita menanamkan semangat kenegaraan, nasionalisme dan nilai-
nilai persamaan dapat dipupuk
Pada masa yang sama dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005)
Hal ini bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan
persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkauman
Lambang-lambang seperti YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan perlembagaan
menjadi kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan kebangsaan di
Malaysia


DKK & PERPADUAN MASYARAKAT
Pembentukan masyarakat dan bangsa Malaysia baharu haruslah berupaya mewajahkan sebuah
masyarakat yang kukuh, bersatu padu dan bersefahaman, taat setia, terhindar daripada
kemiskinan pemikiran semangat, tenaga, bermoral dan mempunyai suatu kehidupan
kebangsaan yang boleh dimegahkan
Oleh yang demikian, matlamat pembinaan kebudayaan kebangsaan memang menepati hasratda
n konsep pembangunan serta pemajuan bangsa yang berjiwa besar di negara ini.
Selain daripada cita-
cita untuk mewujudkan perpaduan bangsa dan negara, matlamatkebudayaan juga adalah u
ntuk menjaga dan memelihara, mengembangkan danmengukuhkan pembinaan kebudayaan
kebangsaan.


Strategi & Pelaksanaan Objektif DKK
(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-
asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan
melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan yang berkesan;
(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia;
(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.


DKK SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negaraMalays
ia
yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yangmengamalk
an budaya yang berbeza.
Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsayang b
ersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita
pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan
dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum.
Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-
batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri
sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
Masyarakat Malaysia
yang terbentuk hasil penggubalan DKK ini adalah diharapkan bolehmenjadi masyarakat yan
g konsisten dalam mempertahankan toleransi, kesepaduan,semangat nasionalisme, menga
malkan nilai-
nilai atau norma yang sama dalam sebuahbumbung negara yang berasaskan masyarakat pl
uralistik
Allahyarham Tun Abd. Razak, PM kedua dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan1971 :-
nenek moyang bangsa kita yang mendiami rantau Nusantara ini meninggalkan
pusaka kebudayaan yang kaya raya dan tinggi mtunya. sewajarnya kita
menerima gagasan bahawa Kebudayaan Kebangsaan yang sedang dibentuk dan
dicorakkan hendaklah berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau
ini. patutlah juga mengambil unsur-unsur kebudayaan yang datang ke rantau
iniyang dapat menyegarkan dan mencorakkan kebudayaan Malaysia masa
hadapan. Namun harus diingat dalam mencari bentuk dan menentukan corak
tersebut, kita tidak lah melupakan masyarakat kita yang berbilang bangsa the
reality of our multiracial society
(Dipetik dan diubahsuai daripada Aziz Deraman: 2005; DBP. Hal. 8-9)












Budaya Kebangsaan dan Permasalahan

Hasrat orang Melayu ingin membina budaya kebangsaan tercapai selepas 13 Mei 1969.
Kerajaan menerima cadangan menubuhkan budaya kebangsaan sebagaimana keputusan
Kongres Budaya Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1970. Kementerian yang berkaitan
ditubuhkan yang bertujuan untuk membina budaya kebangsaan. Budaya kebangsaan itu
dianggap sangat penting dalam usaha melahirkan perpaduan berbagai kaum di negara ini.
Pembinaan budaya kebangsaan ini dapat dianggap sebagai satu lagi kejayaan orang
Melayu membina jati diri sebagai lambang kebangsaan. Prinsip penting dalam pembinaan
budaya kebangsaan itu kepada orang Melayu ialah budaya kebangsaan adalah berasaskan
kepada budaya penduduk asal negara ini dan berteraskan kepada Islam. Prinsip budaya
kebangsaan telah banyak menimbulkan kontraversi, terutama di kalangan orang bukan
Melayu. Sedangkan terdapat satu lagi prinsip yang membolehkan unsur-unsur budaya lain,
yang bukan Melayu diterima apabila orang ramai menerimanya sebagai rasmi dari masa ke
masa.
Pembinaan budaya kebangsaan ini adalah lebih rumit berbanding dengan bahasa
kebangsaan. Berbagai aspek budaya itu patut diberikan perhatian, misalnya aspek budaya
material dan bukan material. Ruang untuk mencakupi sangat luas. Tetapi terpulang kepada
penerimaan anggota-anggota masyarakat. Namun aspek seperti nilai dan world-view, dan
kesenian amat perlu diberikan perhatian. Pembinaan budaya kebangsaan mengambil kira
kepentingan perpaduan/integrasi antara kaum.
Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan telah berusaha
untuk menggalakkan perkembangan budaya kebangsaan, terutama dalam bidang kesenian,
baik dalam seni persembahan mahupun seni tampak. Tetapi setelah sekian lama
diusahakan, kesannya didapati perkembangan seni Melayu tidak menggalakkan. Berbagai
masalah dihadapi, tetapi perkara pokoknya minat yang diberikan oleh orang ramai sangat
lemah. Golongan muda yang tidak banyak didedahkan kepada berbagai hasil seni Melayu
tradisional bukan sahaja mereka tidak berminat, malahan mereka tidak banyak mengenali
hasil-hasil seni Melayu tradisional. Mereka didedahkan dengan perkembangan budaya
popular dan ini mempengaruhi pemikiran mereka. Seni Melayu tradisional itu selalu
dianggap kurang mutu dan ketinggalan zaman. Budaya popular berkembang luas sehingga
ke kawasan kampung-kampung di pendalaman. Berbagai kegiatan seni tradisi yang
dahulunya berpusat di kampung-kampung kini tidak lagi mampu untuk bersaing dengan
perkembangan budaya popular. Mereka yang pernah terlibat dalam kegiatan seni dahulu
kini telah meningkat tua dan sebahagian daripada mereka telah meninggal dunia. Orang-
orang muda tidak ramai yang berminat untuk meneruskan kegiatan itu. Keadaan itu dapat
dikaitkan dengan masalah tidak didapati dorongan yang boleh menggalakkan
perkembangan. Misalnya, kegiatan seni tradisional itu didapati tidak memberikan pulangan
ekonomi yang memuaskan.
Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin
dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-
kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda yang berminat untuk
menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni
persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Selain itu, dengan
pesatnya proses islamisasi, orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan
ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Namun, kebanyakan seni persembahan
tradisi yang merupakan ritual, seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini.
Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai
tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Kini dengan pesatnya
perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan
tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi
sebagaimana dahulu lagi.
Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan dan
sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan itu masih
diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan dengan menyedari
perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai masih memberikan nilai
tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui badan-badan tertentu, seperti
Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan
perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu. Penghasilan seni itu cuba dipertahankan
keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada
hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat
perhiasan tetap dipertahankan. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat
dihayati bersama oleh generasi akan datang.
Orang Melayu yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi, kini dengan
pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin
diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. Segala jenis
mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan
budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan
orang Melayu juga patut mengambil bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam
pertandingan yang diadakan di peringkat dunia.
Masyarakat Melayu turut mengambil bahagian dalam pembangunan dan kemodenan, tetapi
mereka juga menyedari tentang pentingnya dalam mempertahan warisan tradisi dalam
usaha mengekalkan jatidiri Melayu itu. Dan orang Melayu mahukan jati diri Melayu diterima
sebagai jatidiri kebangsaan. Tradisi budaya Melayu merupakan asas atau teras kepada
budaya kebangsaan. Walau bagaimanapun orang Melayu juga menyedari untuk
mempertahankan tradisi itu bukanlah perkara yang mudah, memandangkan negara amat
pesat membangun dan melalui perubahan.
Islam dalam Pembinaan Budaya Kebangsaan Islam yang telah bertapak di alam Melayu
sejak abad ke 13 telah berkembang pesat dan menjadi teras kepada budaya Melayu.
Apabila masyarakat Melayu berhadapan dengan pesatnya pengaruh budaya barat, maka
orang Melayu juga sangat terpengaruh dengan gelombang kemodenan dan kemajuan barat
itu. Segala yang datang dari barat dianggap maju dan moden sehingga perlakuan yang
bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam dapat diterima oleh sesetengah orang
Melayu yang amat peka kepada kemajuan barat itu. Semasa gelombang kemodenan dan
kemajuan barat itu kuat bertapak di bandar-bandar di negara ini kedudukan Islam di bandar-
bandar itu juga turut tergugat. Walau bagaimanapun apabila Islam didapati semakin kukuh
di bandar-bandar, maka peranan Islam sebagai teras kepada budaya Melayu terus
memainkan peranan penting. Orang Melayu merujuk kepada Islam apabila mereka
mempertahankan kekuatan jati dirinya itu.
Kekuatan Islam di bandar-bandar besar di negara ini semakin ketara apabila didapati
semakin ramai orang Melayu berpindah ke bandar-bandar , khususnya bermula pada tahun-
tahun 70an apabila DEB dilaksanakan. Sebelum itu pusat kekuatan Islam ialah di luar
bandar. Apabila orang Melayu dari kampung semakin ramai berpindah ke bandar, maka
mereka itu membawa bersama Islam dan terus memperkukuhkan di bandar. Bandar kini
memainkan peranan penting sebagai pusat kemajuan dan pembangunan Islam. Tradisi itu
telah dibina sejak kerajaan-kerajaan Melayu Islam dahulu lagi. Tetapi apabila kerajaan
kolonial membangunkan bandar-bandar moden, maka itu tidak banyak melibatkan orang
Melayu, dan itulah sebab Islam berpusat di kawasan luar bandar.
Kemodenan dan kemajuan yang dibina oleh pemerintahan kolonial berasaskan ideologi
kemodenan dan kemajuan barat sebagaimana yang telah dipupuk selama ini berlangsung
secara berterusan. Dalam konteks yang sama, kini konsep globalisasi digunakan bagi
menerangkan pesatnya penyebaran segala jenis barangan dan maklumat secara global.
Sedangkan dalam konsep yang sama peranan barat berterusan memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi global. Malaysia juga tidak ketinggalan mengalami suasana
dan keadaan yang sama. Pendedahan orang Melayu kepada perkembangan budaya global
atau barat itu semakin meluas. Dengan pembangunan teknologi moden kini, orang Melayu
terpaksa mengalami proses globalisasi itu dengan cara-caranya tersendiri. Dalam keadaan
ini tekanan dari budaya masyarakat maju, khususnya barat terus mempengaruhi pemikiran
dan world-view orang Melayu. Perkembangan seperti ini terdapat kesan yang mendalam
dan meluas kepada kedudukan budaya Melayu. Nilai-nilai yang disalurkan melalui media
massa global misalnya, didapati tidak lagi selaras dengan nilai-nilai Melayu tradisi.
Sedangkan orang muda mudah dipengaruhi nilai-nilai moden itu.
Kerajaan sentiasa mengambil berat dalam mengawal dan memantau perkembangan dan
penawaran bahan-bahan budaya kepada ramai. Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan
orang ramai, terutama tentang moral atau akhlak, agar tidak bercanggah dengan nilai-nilai
Islam dan budaya tempatan, selain kepentingan politik dan kesetabilan sosial. Tetapi kini
dengan kemudahan teknologi moden penyebaran bahan-bahan budaya yang dibawa dari
barat tidak dapat dikawal seperti dahulu lagi. Perkembagan ini boleh membawa kesan-
kesan kurang baik, terutama dalam usaha memupuk nilai-nilai sosial yang bersesuaian
dengan budaya Melayu dan nilai-nilai Islam. Pengawalan bahan-bahan budaya itu tidak
dapat dilakukan dengan berkesan lagi. Perubahan yang berlaku itu perlu disesuaikan
dengan kepentingan dan keperluan tempatan. Oleh itu proses sosial yang membina dan
memperkukuhkan jiwa Melayu itu perlu dilakukan dengan lebih berkesan. Dengan kekuatan
ketahanan diri orang Melayu dapat menghadapi cabaran proses globalisasi itu. Kita tidak
lagi mudah untuk mengelakkan diri daripada berhadapan dengan realiti globalisasi itu.
Kepesatan proses globalisasi itu sepintas lalu boleh membawa kesan buruk kepada budaya
Melayu. Dijangkakan orang Melayu akan mudah terpengaruh dengan kemajuan dan
kemodenan yang dibawa dari barat. Mereka mungkin akan kurang terikat kepada budaya
tradisi, tetapi mengenepikan segala warisan.Tetapi jika diteliti kembali proses globalisasi itu
seperti juga dengan gelombang pengaruh budaya kolonial dahulu. Apabila pengaruh asing
itu didapati ketara dan boleh menggugat kedudukan jatidiri, maka itu akan menimbulkan
kesedaran untuk memperkukuhkan kedudukan budaya sendiri yang merupakan simbol jati
diri. Orang Melayu akan kembali kepada teras budayanya, iaitu Islam, dan inilah yang dapat
mempertahankan budaya Melayu.