You are on page 1of 16

BAB 2: JAHITAN

TINGKATAN 3: EKONOMI RUMAH TANGGA



2.1 Proses Jahitan
1.Proses jahitan hiasan ialah menyediakan
motif /corak dan menjahit artikel.
2.Hiasan biasanya digunakan untuk
mencantikkan pakaian dan artikel ialah:
(a) Tampal cantum
(b) Tampal hias
(c) Kuilting
(d) Sulaman
(e) Renda

2.1.1 Jenis-jenis Hiasan dalam Jahitan
1. Tampal Cantum
2. Tampal Hias
3. Kuilting
4. Sulaman
5. Renda

2.1.2 Tampal Cantum, Tampal Hias, Kuilting
Tampal Cantum
*Jahitan tampal cantum memerlukan untuk
mencantum kepingan fabrik supaya carak artikel
lebih cantik.
Pengertian Tampal Cantum
(a) Fabrik yang digunakan daripada pelbagai
warna dan corak .
(b) Tampal canum sesuai dibuat artikel seperti
selimut, alas pinggan, alas meja dan bantal.
(c) Bentuk-bentuk geometri digunakan untuk
membuat tampal cantum ialah:

Menjahit Tampal Cantum

Langkah1: Sediakan plat contoh dengan
menggunakan kertas tebal.
Langkah2: Pindahkan plat contoh ke atas kertas
lapik dan buat seberapa banyak yang diperlukan.
Langkah3: Letakkan plat contoh di sebelah
dalam (S.D.) fabrik. Sematkan dengan jaraum
peniti.

Langkah4: Gunting fabrik mengikut bentuk
kertas lapik dan sertakan basi 6mm di sekeliling
tepi kertas lapik.

Langkah5: Lipat basi ke S.D. dan jelujur di atas
fabrik sahaja. Ulang proses yang samauntuk
semua kepingan tampal cantum.
Langkah6: Temukan sebelah luar(S.L.)dua
kepingan
tampal cantum dan jahit dengan jahitan lilit ubi
yang halus.

Langkah7: Gantum kesemua kepingan fabrik
sehingga menghasilkan artikel yang dikehendaki.

Langkah8: Tekan dengan seterika di sebelah
dalam.

Langkah9:Tanggalkan semua jahitan jelujur dan
keluaran kertas lapik.

Langkah10: Lapik bahagian belakakng artikel
dengan fabrik yang sesuai untuk kemasan yang
baik.
Tampal Hias
*Tampal hias ialah seni jahitan yang mengguna
kepingan fabrikpelbagai warna, corak, tekstur.
*Jenis jahitan sesuai dijahit pada kanak-kanak,
jarung bantal, dan beg.

Pengertian Tampal Hias
(a) Tampal hias ialah tampalan satu atau lebih
daripada satu kepingan fabrik yang berbentuk di
atas fabrik latar.
Menjahit Tampal Hias
Langkah1:Lukisan corak yang dikehendaki di atas kertas lapik
sebagai motif motif tampal hias.

Langkah2:Pindahkan pola kertas motif tampal hias ke atas
fabrik.

Langkah3:Tandakan basi kira-kira 6mm lebar.

Langkah4:Jahit mesin di luar garis bentuk motiff untuk
menetapkan.

Langkah5:Motif tampal hias hendaklah digunting.

Langkah6:Kemaskan basi dan lipat basi ke sebelah dalam
fabrik.Pastikan jahitan mesin tidak kelihatan di
sebelah luar fabrik.
Langkah7:Jahit jelujur untuk menetapkan
lipatan.

Langkah8:Letakkan motif tampal hias di atas
artikel fabrik latar dan jelujur serong untuk
menetapkan
kedudukannya.

Langkah9:Jahitan mesin atau sembat susup
boleh dijahit di sekeliling bentuk motif.

Langkah10:Tampal hias boleh dijahit dengan
menggunakan jahitan sulam seperti jahitan
insang pari supaya kelihatan lebih menarik.



Kuilting
Kuilting merupakan proses jahitan untuk
menghasilkan corak timbul.

Pengertian Kulting
(a)Kuilting ialah corak timbul yang dihasilkan
daripada tiga lapisan fabrik.
(b)Dihasilkan dengan meletakkan wadding atau
span di antara dua lapisan fabrik.
(c)Digunakan untuk menjahit
artikel:selimut,kusyen dan beg.
Menjahit Kuilting: Alatan dan bahan
1.Fabrik untuk lapisan atas
*Fabrik yang legap,lembut,rata,bercorak,tanpa
corak,nipis
2.Wadding untuk lapisan tengah
*Pilihan wadding daripada kapas/polyester dan span
nipis.
3.Fabrik untuk lapisan bawah
*Pilih fabrik seperti maslin,fabrik lis jika bahagian
bawah kuilting tidak dapat dilihat.
4.Benang
*Pilih benang yang sama gentian dengan fabrik dan
warna sesuai bernombor 40 dan 50.
5.Jarum
*Jarum jenis betweens pilih jarum bernombor7, 8
atau 9.


Langkah-langkah menjahit kuilting:

Langkah1:Sediakan pola.

Langkah2:Gunting fabrik kapas bercorak, tanpa corak dan
span.

Langkah3:Lakaran corak atau garisan pada sebelah luar fabrik
lapis atas dengan menggunakan kapur tukang jahit.

Langkah4:Letakkan lapik atau wadding di antara fabrik
lapik atas dengan fabrik lapis bawah.

Langkah5:Jahit jelujur serong untuk menetapkan ketiga-tiga
lapis fabrik.

Langkah6:Jahit mesin mengikut corak yang disediakan.

Langkah7:Kemaskan tepi kuilting dengan kun atau renda.

2.2 Penghasilan Projek Jahitan
1.Projek jahitan perlu mengandungi jahitan hiasan
seperti: tampal hias,tampal cantum,kuilting.
2.Projek dipilih ialah lapik pinggan.

2.2.1 Mengubah Suai Pola
Pola untuk sesuatu projek jahitan boleh diubah suai
mengikut reka bentuk.






2.2.2 Menyusun Atur Pola dan Menggunting
Fabrik
(a)Pola telah diubah mengikut cara dan ukuran yang
dikehandaki.
(b)Pola telah dilukis dengan corak kuilting yang
dipilih.
(c)Kenal pasti sebelah luar(S.L.)dan sebelah dalam
(S.D.) fabrik.
(d)Pastikan pola dibentang dengan tanda ira lurus
selari dengan ira lurus fabrik.
(e)Semasa menggunting fabrik,tekan dengan
sebelah tangan.
2.2.3 Menjahit Projek Jahitan: Bahan-bahan Bil
Bahan Kuantiti.
1. Fabrik kapas bercorak(35cm x 25cm) 2 keping
2. Wadding untuk lapik tengah(35cm x 25cm) 1
keping
3. Kun 1 1/2m 4. Benang jahit 1 buku
Proses Menjahit Kuilting pada Lapik Pinggan
(a) Menyediakan pola
(b) Melukis corak kuilting pada pola
(c) Menyusun atur pola di atas fabrik dan wadding
(d) Menjahit kuilting
(e) Menggunakan kun sebagai kemasan
penyuduh tepi

2.2.4 Menghias Projek Jahitan
1.Hiasan sampingan seperti:
(a) Renda (b) Kun (c) Labuci
(d) Manik (e) Reben (f) Sulaman

SEKIAN, TERIMA KASIH