You are on page 1of 5

Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Menurut Taksonomi Bloom.


1. Pentaksiran

Konsep

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya
membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam
konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu proses yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran ialah suatu
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,
merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Kurikulum menyatakan bahawa
pentaksiran berfokuskan kepada perkembangan pelajar berdasarkan
kurikulum berbanding dengan ciri-ciri unik pelajar dan membenarkan
perkembangan pelajar diukur berdasarkan kurikulum sebenar. Ia boleh terjadi
dalam bentuk informal, standard atau rujukan kriteria. Selain itu ia merupakan
satu kaedah untuk mengesan dan mendapatkan gambaran tentang tahap dan
prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Pentaksiran bertujuan untuk mengesan dan mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran di samping
menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, pentaksiran bertujuan supaya guru boleh merancang dan melaksanakan
aktiviti tindakan susulan yang lebih berkesan di dalam pengajaran dan
pembelajaran.







2. Pengujian

Konsep

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar dengan menggunakan satu
set instrumen. Selain itu ia juga merupakan proses yang sistematik bagi
mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Mengikut
R.M Gagne dalam bukunya The Condition of Learning, pengujian ialah suatu
cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang
individu (Mok Soon Sang, 1994). Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isha Awang
(2008), pengujian merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai
yang perlu dijawab, atau satu set instrument atau prosedur, yang bersistem
bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau
murid. Menurut Raminah (1991), pengujian bertujuan untuk mendapatkan
contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal
atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau pengadilan (Azizi Ahmad dan Mohd Isha
Awang, 2008). Selain itu, pengujian juga menentukan pencapaian pelajar
dalam sesuatu sesi pembelajaran














3. Penilaian

Konsep

Penilaian merupakan proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Gay
(1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap
bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama
ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. Di dalam buku
Educational Evaluation and Decision Making yang disunting oleh
D.stufflebeam, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan,
mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat
pertimbangan mengenai tindakan yang selanjutnya (Mok Soon Sang,1994).
Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran dan
pentaksiran. Ia boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu peringkat
persediaan ujian, peringkat pentadbiran ujian, peringkat pemeriksaan dan
pengukuran, peringkat analisis dan yang terakhir ialah peringkat interpretasi
dan tindakan. Penilaian bertujuan untuk membantu guru dalam membuat
perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara
kelas tersebut dengan kelas yang lain.














Banding Beza Pentaksiran, Pengujian
Dan Penilaian

Ciri Pentaksiran Pengujian Penilaian
Definisi Suatu proses
pembelajaran yang
merangkumi aktiviti
menghurai,
mengumpul,
merekod, memberi
skor dan
menterjemah
maklumat tentang
pembelajaran
seseorang murid bagi
sesuatu tujuan
tertentu.
Suatu cara yang
sistematik untuk
mengukur
perubahan tingkah
laku seseorang
individu.


Proses
menentukan,
mendapatkan dan
memberi
maklumat yang
berguna untuk
membuat
pertimbangan
mengenai
tindakan yang
selanjutnya.

Tujuan Mengesan dan
mendapatkan
gambaran tentang
prestasi seseorang
dalam pembelajaran
di samping menilai
aktiviti yang
dijalankan semasa
pengajaran dan
pembelajaran. Selain
itu guru boleh
merancang dan
melaksanakan aktiviti
tindakan susulan
Mendapatkan
contoh perlakuan
yang diperlihatkan
oleh murid dalam
keadaan yang
dikawal atau
ditentukan.
Maklumat yang
diperoleh
daripadanya akan
dijadikan dasar
untuk membuat
penilaian atau
pengadilan.
Membantu guru
dalam membuat
perbandingan
antara seseorang
pelajar dengan
rakan-rakannya
atau antara kelas
dengan kelas
yang lain.
yang lebih berkesan
di dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Bentuk Ujian bertulis dengan
markah dan gred.
Pemerhatian,
ujian lisan dan
bertulis.
Jadual/gred
berdasarkan
teknik
perangkaan.
Masa Selepas
pembelajaran.
Selepas
pembelajaran.
Sebelum, semasa
dan selepas satu
atau beberapa
pelajaran.
Proses
pelaksanaan
Proses pengujian dan
merekod markah dan
gred.
Persediaan ujian
Pentadbiran
Pemeriksaan.
Proses
pengukuran,
proses
penganalisisan,
proses
interpretasi,
melapor dan
tindakan.