You are on page 1of 17

Panduan Bercuti ke Tempat Menarik Di

Terengganu
12 Disember 2013 by Admin 24 Comments
Terengganu merupakan salah satu negeri yang berada di pantai timur Malaysia
yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Sebagai anak
Terengganu, CD akan berkongsi beberapa tempat menarik di Terengganu yang
mesti dilawati !!
Seperti yang tersedia maklum, Negeri Terengganu mempunyai pantai yang amat
panjang dan mempunyai destinasi pulau-pulau yang cantik dan terbanyak di
Semenanjung Malaysia.
Sebelum kita kupas satu persatu jom kita lihat terlebih dahulu destinasi makan-
makan yang unik dan susah nak dijumpai di negeri lain. Sekiranya korang ingin terus
mencari destinasi dan lokasi bercuti yang lain , boleh ke entri CD untuk cari dalam
peta tempat-tempat menarik di Terengganu.
Tempat Menarik di Terengganu untuk Makan Makan
Ikan Celup Tepung (ICT) Orang Terengganu memang suka makanan yang
berasaskan sumber laut seperti ikan, udang dan ketam. Kalau di area Kuala
Terengganu, beberapa destinasi untuk makanan laut celup tepung boleh ditemui dan
sangat popular di sini seperti di Pantai Teluk Ketapang dan juga Mengabang Telipot.
Boleh baca travel log CD di Firdausy Seafood Corner. Kalau di daerah Besut,
semestinya di sekitar Pantai Penarik, terdapat beberapa kedai yang menyediakan
makan celup tepung yang juga tidak kurang hebatnya.
Keropok Lekor Tak perlu diperkenalkan lagi, Terengganu memang dah sah cukup
sinonim dengan keropok lekor. Antara destinasi yang best untuk membeli keropok
lekor ialah di Kampung Losong dan Kedai Keropok Lekor BTB 2209 di Kg Bukit Tok
Bing.
Jangan terkejut, sekarang ni keropok lekor berkeju, keropok lekor lada hitam dan
keropok lekor bawang berkeju sudah ada di pasaran. Satu kelainan yang amat
jarang sekali untuk dijumpai di tempat lain.
Nasi Dagang Nasik dagang juga merupakan salah satu makanan pagi yang amat
popular di Terengganu dan destinasi yang best ialah di sekitar Dungun iaitu Warung
Power. Sementara di Kuala Terengganu, satu destinasi yang amat popular sudah
tentu diKedai Nasi Dagang Mak Ngah.
Ketupat Sotong Menu lauk makan tengahari dan juga boleh dimakan seperti
bubur. Antara kedai yang popular di sekitar bandar Kuala Terengganu ialah di AZ
Selera Timurmanakala kalau di Kemaman ialah di Restoran Ani Selera Kampung.
Sata dan Otak-Otak Kalau bercakap pasal makanan ini, destinasi yang amat
popular sudah tentu di daerah Kemaman iaitu di Warung Aziz Sata. Selain Otak-otak
kita juga boleh mencuba makanan lain di sini seperti pais sotong, udang dan ikan.

Keenakan Telur Penyu Terengganu memang cukup sinonim dengan telur penyu.
Kalau korang berminat nak rasa keunikan telur penyu ni, salah satu destinasi makan
yang biasa orang pergi di Kuala Terengganu ialah di Restoran Mat Binjai. Sila klik
sini untuk mengetahui lokasi dan membaca kisah CD di Restoran Mat Binjai.
Keindahan Pantai di Terengganu
Bandaraya Pesisir Pantai. Memang tak dinafikan Terengganu memang banyak
lokasi pantai yang cukup menawan dan seronok untuk dilawati.
Namun, memandangkan pesisir pantai Terengganu ni di Laut Cina Selatan maka
untuk aktiviti mandi di Pantai cuma beberapa pantai sahaja yang sesuai untuk mandi
seperti diPantai Pandak, Pantai Bukit Keluang dan juga di Pantai Teluk Bidara.
Sekiranya kita nak bersiar-siar dan berekreasi bersama keluarga, banyak pantai-
pantai yang boleh dilawati untuk aktiviti yang menarik di sini dan pilihan CD sudah
tentunya diPantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Bukit Keluang. 3
Destinasi pantai ini lebih meriah dan menyeronokkan kalau nak dibandingkan
dengan pantai-pantai lain di Terengganu.
Namun sekiranya mahukan privacy atau tidak sesak dengan orang, destinasi pantai
lain juga boleh dilawati dan keindahannya tetap mengusik kalbu.
Rangkaian Pulau Terengganu yang Mempesonakan
Bercakap mengenai Pulau pula, Terengganu memang banyak pulau-pulau yang
cantik dan menarik untuk pelbagai aktiviti yang lasak dan menyeronokkan seperti
snorkeling, scuba diving dan sebagainya.
Pilihan CD semestinya ialah Pulau Redang, Pulau Perhentian dan juga Pulau
Kapas.
Memang banyak lagi Pulau lain yang ada di Terengganu, namun 3 pulau ini
merupakan cadangan CD kalau mahu bercuti ke pulau di Terengganu.
Destinasi Pilihan Untuk Membeli Belah di Terengganu
Kalau di Kuala Terengganu, memang tidah syak lagi Pasar Besar Kedai
Payang wajib dilawati. Di sini memang banyak tarikan dan keunikannya yang
tersendiri yang menjadikan Pasar Besar Kedai Payang salah satu destinasi
pelancong luar.
Antara barangan yang menarik ada di sini ialah barangan kraftangan, batik, sutera
terengganu, songket, keropok lekor, keropok keping, barangan tembaga, tudung,
baju kelawar dan macam-macam lagi.
Pilihan Shopping Mall di Terengganu tidaklah terlalu banyak seperti di Kuala Lumpur
atau Selangor. Dan antara yang paling popular di Kuala Terengganu ialah di Mydin
Mall dan juga Giant yang bersebelahan. Kalau nak tengok wayang di Terengganu,
memang susah, hanya satu destinasi je yang boleh kita tengok wayang iaitu di
Mesra Mall yang terletak di Kertih, Kemaman, Terengganu.
Destinasi Air Terjun di Terengganu
Bagi CD, antara destinasi air terjun yang paling best ialah di Air Terjun Sekayu dan
juga diAir Terjun Chemerong. CD sudah ke sini banyak kali termasuk berkhemah di
dua lokasi air terjun ini. Kalau di hujung minggu memang ramai orang yang datang
dan seeloknya datanglah awal untuk mengelakkan kesesakan.
Kalau nak dikupas satu persatu memang banyak tempat menarik di Terengganu
yang amat disyorkan untuk dilawati namun terpulang kepada kita sama ada kita
suka destinasi yang bersejarah, flora dan fauna atau pun destinasi yang lasak.