You are on page 1of 2

Koko

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Koko

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Subdivisi: Magnoliopsida
Kelas: Dilleniidae
Order: Malvales
Famili: Sterculiaceae
Genus: Theobroma
Spesies: Theobroma cacao
Binomial: Theobroma cacao L.



Theobroma cacao
Koko atau nama saintifiknya Theobroma cacao dari keluarga "Sterculiaceae" adalah daripada
bahasa Yunani yang bermaksud makanan para dewa. Pokok koko menghasilkan buah yang
bijinya diambil untuk dibuat coklat dan minuman koko.
Koko mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1920 dan penanaman secara komersil
bermula pada 1950. Koko berasal dari Lembah Amazon dan lain-lain kawasan Selatan Tropika
dan Amerika Tengah. Di Malaysia penanaman secara komersil apabila kaltivar Upper Amazon
didapati sesuai ditanam dinegara ini.
Pokok koko (Theobroma cacao) adalah kecil dengan ketinggian antara (4.5-7.5 m), merupakan
pokok malar hijau dalam Famili Sterculiaceae, yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika
Tengah. Benih koko biasanya digunakan untuk menghasilkan koko dan coklat.
Pokok koko tumbuh secara semulajadi pada tahap ketinggian 1,000 kaki (300 m), dan
memerlukan cuaca lembab dengan hujan berkala dan tanah yang subur. Benih koko, biasanya
dipanggil "beans", terkandung di dalam buah yang dikenali sebagai pod koko yang berbentuk
bujur, sepanjang 15-30 cm, dan 8-10 cm lebar. Setiap pod mengandungi 20 hingga 60 biji benih
dalam isi putih. Hampir 300 biji diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram pasta koko. Setiap
benih mengandungi sejumlah besar lemak (40-50% dalam bentuk mentega koko).
Biji koko biasanya digunakan sebagai matawang pada zaman Pre-Kolumbian Mesoamerika. Di
sesetengah kawasan, seperti Yucatan, biji koko masih digunakan bagi menggantikan syiling kecil
sehingga akhir 1840an.
Sejarah
Koko pertama kali ditemui oleh kaum Maya dan Aztek di Amerika Selatan. Koko ketika itu
dikaitkan dengan ketuhanan iaitu penyembahan dilakukan setiap kali pokok koko ditanam. Bagi
kaum Aztek pula, koko dianggap sebagai minuman maharaja.
Pada masa dulu, biji koko digunakan dalam upacara-upacara keagamaan, sebagai mata wang,
dan sebagai hadiah yang bernilai tinggi. Masyarakat Aztek telah mengadunkan biji koko dengan
air dan tepung jagung untuk membuat minuman pahit yang mereka namakan chocolat.
Sejak itu, minuman coklat menjadi terkenal. Pada peringkat permulaan, minuman ini hanya
dihidang di istana sahaja. Setelah beberapa lama, koko mula berkembang ke Sepanyol apabila
biji koko dibawa pulang oleh pengembara-pengembara Eropah. Minuman coklat telah ditambah
dengan perasa-perasa baru iaitu vanila dan kayu manis.
Selepas itu, penanaman koko mula tersebar ke serata dunia. Pada kurun ke-17, koko dibawa ke
Asia Tenggara oleh orang Sepanyol. Di Malaysia pula, tempat penanaman koko yang pertama
ialah di Melaka dalam tahun 1778.