You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT AGONG

TABIKA KEMAS SERI MAWAR
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PERAK TENGAH
2014



TARIKH : 15 APRIL 2014
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BANGUNAN KHAS TABIKA IPD
KEHADIRAN : 25 ORANG




AGENDA 1 UCAPAN ALU-ALUAN PEMAJU MASYARAKAT TABIKA
1.1 Pn Nur Amnina Binti Abdullah selaku PM TABIKA ,mengucapkan selamat datang dan
salam kepada semua ibubapa yang hadir serta kepada Pn Hjh Zaharah Binti Ahmad
selaku MT Penyelia Kanan Kemas dan Ustaz Amirul wakil dari IPD Perak Tengah.

1.2 Beliau memberi sedikit kata –kata aluan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ibubapa yang hadir dan dapat meluangkan masa bersama-sama bagi mesyuarat
agung pada tahun ini.

Tindakan : Makluman




AGENDA 2 UCAPAN MT PENYELIA KANAN KEMAS
2.1 Pn Hjh Zaharah selaku wakil dari pejabat KEMAS Parlimen Parit memberi kata-kata aluan
dan mengucapkan selamat datang kepada ibubapa yang hadir.

2.2 Beliau menceritakan keikhlasan guru perlu dalam mendidik kanak-kanak sehingga
berjaya kelak.


2.3 Beliau juga memberitahu tentang pemakanan sihat yang diamalkan di TABIKA. Selain itu,
beliau juga menerangkan tentang sedikit sebanyak tentang geran perkapita yang
diberikan kepada setiap kanak-kanak. Bagaimanapun wang yang diperolehi digunakan
untuk pembelian alat tulis, lawatan serta Photostat. Ini bertujuan bagi menyediakan alat
pembelajaran yang lengkap kepada kanak-kanak TABIKA.
Tindakan : Makluman




AGENDA 3 MELANTIK AHLI JAWATANKUASA
TBK KEMAS SERI MAWAR ( IPD 2)
3.1 Majlis sebulat suara bersetuju melantik senarai nama di bawah ini sebagai
jawatankuasa tertinggi Tabika Kemas Seri Mawar ( IPD 2) bagi sesi 2014.
PENGERUSI : Pn Norzalila Binti Ibrahim
Pencadang : Pn Norlia Binti Salam
NAIB PENGERUSI : Pn Rozalina Binti Mohd Ghazali
Pencadang : Pn Norzalila Binti Ibrahim
SETIAUSAHA : Pn Siti Junainah Binti Sulaiman
Pencadang : Nur Amnina Binti Abdullah
BENDAHARI : Nur Amnina Binti Abdullah

3.2. Senarai Ahli Jawatankuasa (5 orang )
1. Pn Siti Hajar Binti Alias
2. Pn Nor Fazila Binti Awang Pilih
3. Pn Julia Binti Ibrahim
4. Pn Nor Nazuha Binti Nahayadin
5. En Muhamad Syahidan Binti Baharuddin

3.3 Cabutan minit mesyuarat telah memilih Pn Nur Amnina Binti Abdullah untuk menjadi
bendahari TABIKA KEMAS SERI MAWAR (IPD 2) bagi sesi 2014 serta pemegang akaun
Bank Simpanan Nasional.
3.4 Sebarang transaksi pengeluaran wang dari Bank Simpanan Nasional majlis melantik
dua orang ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab iaitu bendahari dan setiausaha
atau bendahari dan pengerusi.

Tindakan : Setiausaha
AGENDA 4 PERKARA YANG DIBINCANGKAN
4.1 Pembentangan Kewangan 2013 oleh Pn Nur Amnina Binti Abdullah
4.2 Yuran / Sumbangan bulanan RM 15.00
4.3 Pakaian
ISNIN dan RABU - Baju Uniform
SELASA dan KHAMIS - Baju Sukan
JUMAAT - Baju Kurung dan Baju Melayu
4.4 Penerangan tentang hari ko-kurikulum diadakan setiap hari Rabu dan Khamis pukul
12 hingga pukul 1 tengahari.
4.5 AKTIVITI
SELASA – Outdoor activity in English
KHAMIS – Aktiviti luar Bahasa Malaysia
4.6 AKTIVITI TAHUNAN
4.6.1 Hari Potensi - Penerangan tentang kanak-kanak yang terlibat untuk hari
Potensi.
4.6.2 Hari Sukan - Akan diadakan pada bulan JUN 2014
7.30 pagi hingga 12 tengahari
4.6.3 Lawatan - Akan diadakan pada bulan JUN 2014
Destinasi Pulau Pinang

Tindakan : PM TABIKA






AGENDA 5 HAL-HAL LAIN
5.1 Penerangan tentang Bengkel Keibubapaan yang akan diadakan 3 kali setahun
5.2 Penerangan tentang majlis hari jadi boleh dibuat di TABIKA antara pukul 10.30 pagi
hingga 11.00 pagi dan ibubapa serta penjaga perlu maklumkan kepada PM TABIKA
terlebih awal.
5.3 Pn Nur Amnina menerangkan bahawa setiap pengajaran di tabika menitik beratkan
nilai-nilai murni dan pengajaran.

UCAPAN PENUTUP
PM TABIKA mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang hadir ke mesyuarat
tersebut. PM TABIKA meminta kerjasama dan sokongan ibubapa kepada pihak tabika dalam
apa jua keadaan supaya dapat mendidik kanak-kanak menjadi anak-anak yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Yang Menjalankan tugas, Disahkan Oleh,


------------------------------------- -------------------------------------------
(Siti Junainah Binti Sulaiman) (Norzalila Binti Ibrahim)
SETIAUSAHA PENGERUSI
TABIKA SERI MAWAR (IPD 2) TABIKA SERI MAWAR ( IPD 2)
IPD PERAK TENGAH IPD PERAK TENGAH