You are on page 1of 20

Kumpulan 1

Nama : Lee Wee Lee
Chin Wai Keuw
Loke Lai Weng
Lau Kah Hoe
Unit : KDPM-KDC 1
AMBILAN NOV 2008
Budaya Orang
Cina
华人的文化
Kebudayaan Cina 中國文化 ialah penempatan
kepada salah satu tamadun tertua dan paling
kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000
tahun. Negara China meliputi kawasan geografi
besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak
berbeza antara pekan, bandar dan wilayah.
Kebudayaan Cina ialah istilah umum yang
mengertikan asas kebudayaannya, juga di
kalangan kawasan berbahasa Cina di luar Tanah
Besar China.
Sambungan…
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau
pantang larang yang agak unik. Kehidupan
seharian mereka yang dipengaruhi oleh
persekitaran dan alam sekeliling
menyebabkan mereka banyak bergantung
kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang
tilik mempunyai peranan yang besar sebagai
pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-
beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam
masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan
seperti berikut merangkumi adat resam
masyarakat Cina secara keseluruhannya.


Adat Resam
Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau
pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian
mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan
alam sekeliling menyebabkan mereka banyak
bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara,
tukang tilik mempunyai peranan yang besar
sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran,
perkahwinan dan kematian. Adat resam dan
pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza
mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat
Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut
merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.
Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu
diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan
ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan
selepas lahir.
Sewaktu Mengandung
Terdapat banyak pantang larang yang perlu
dipatuhi semasa mengandung. Antaranya
mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-
kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi
yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita
hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti
tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan
dilarang memukul binatang. Ini bertujuan
menghindari bayi dari terkena badi.


• Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi
semasa mengandung dan diantaranya ialah :
1. tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti
memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan.
2. perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang
memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi
dari terkena badi.
3. digalakkan bekerja supaya mudah bersalin.
Sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari
supaya kandungan tidak mengalami sebarang
gangguan.
4. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir
semasa mengandung juga adalah antara pantang
larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak
tercapai.
5. Selain itu wanita hamil tersebut tidak
digalakkan terlalu kerap menggosok perut
mereka kerana bayi yang lahir kelak akan
mempunyai sifat yang manja.
6. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang
hamil dilarang sama sekali makan makanan yang
�tajam� seperti nenas dan mangga serta
tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti
bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin.
7. Untuk menentukan samada kandungan itu lelaki
atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat
bentuk perut wanita yang hamil, terutama
apabila kandungan berusia empat bulan ke atas.
Jika perut ibu agak bulat, bayi yang dikandung
adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika
perut kelihatan tajam.

Selepas Lahir
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina
selepas melahirkan bayi.
1.Berpantang selama 40 hari.
2.Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk
kerana dibimbangi masuk angin.
3.Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat
dan dililit dengan sehelai kain pada
perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan
perut bayi dimasuki angin dan untuk
mengeringkan tali pusat.
4.Dari segi pemakanan, masyarakat Cina
menggunakan sejenis arak yang dibuat
daripada beras yang diperam dalam
masakan mereka.


5. Adakan kenduri.
6. Mencukur rambut.
7. Memberi nama.
Perkahwinan
Merisik
• dijalankan untuk mengetahui latar
belakang gadis yang dihajati.
• Cara merisik terpulang kepada ibu bapa
kerana pada lazimnya ibu bapa pihak
lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan
taulan yang kenal dengan keluarga si
gadis.
• Perbincangan ketika merisik adalah
berkenaan perkara-perkara umum
terutama tentang latar belakang keluarga
dan asal keturunan.
Meminang
• Setelah kedua-dua pihak berpuas
hati dengan latar belakang
keluarga masing-masing adat
meminang akan dijalankan.
• Seorang wakil dipilih untuk
berkunjung ke rumah si gadis bagi
membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan.

Bertunang
• Hari pertunangan dilakukan berdasarkan
kalendar Cina dan ia hendaklah
bersesuaian dengan bintang kelahiran
kedua pasangan tersebut.
• Khidmat tukang tilik digunakan untuk
penetapan tarikh tersebut berpandukan
kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini
penting kerana jika dilakukan pada waktu
yang tidak sesuai dipercayai akan
ditimpa bencana dan perkahwinan akan
menghalami kegagalan.

Majlis Perkahwinan
• Hari perkahwinan akan dilangsungkan
setelah setahun bertunang atau
mengikut tempoh yang dipersetujui oleh
kedua belah pihak.
• Sebelum tiba hari perkahwinan
sekiranya terdapat kematian di kalangan
ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan
pada tahun hadapan ataupun selama
seratus hari.

Tarian Tradisional
•Tarian singa
•Tarian naga
•Tarian Kipas
Makanan Tradisional
• Kuih Bulan
• Kuih Chang
• Kuih Bakul
• Daging Khinzir
• Huat Kuih
• Kuih Sepit

Pakaian Tradisional
•Ceongsam
•Pakaian “Tong
Shan”
Kematian
Masyarakat Cina begitu berpegang
teguh kepada adat resam yang
berkaitan dengan soal-soal kematian.
Setiap adat yang dijalankan
mempunyai maksud yang tersendiri.
Berikut adalah penerangan mengenai
adat resam masyarakat Cina
berkaitan kematian.

• Apabila berlaku kematian, mayat akan
dibersihkan dan dimandikan sebagai
memberi penghormatan terakhir kepada
si mati.
• Setelah dimandikan mayat disapu dengan
minyak wangi dan disolek.
• dipakaikan dengan pakaian yang cantik.
• Lazimnya pakaian tersebut adalah
pakaian yang dipakai ketika hari
perkahwinan.
• mayat akan dimasukkan ke dalam
keranda yang diperbuat daripada kayu
yang diukir menarik.
..\Pictures\Tradisional Cina