You are on page 1of 6

1

Penentuan Koordinat GPS Sekolah Berdasarkan Sesawang Wikimapia
Berikut adalah cara mudah untuk menentukan koordinat GPS sekolah untuk di buat pembetulan dalam
data Profil Sekolah EMIS Online.
Contoh: Untuk mencari koordinat yang tepat SMK Seri Ampang, Ipoh
Ikut langkah berikut:

A. Semak Koordinat GPS dalam EMIS Online dengan cara klik gambar peta Malaysia seperti
Gambarajah 1 di bawah.
Gambarajah 1

B. Paparan peta sekolah dalam mod Peta (MAP) dipaparkan. Sila ubah kepada mod satelit seperti
Gambarajah 2 di bawah.

Gambarajah 2


Tukar mod Map ke Satelit di sini.
2


C. Perhatikan betul-betul kedudukan Sekolah ini. Ia menunjukkan sekolah berada dalam kawasan
Taman Perumahan. Sila perbetulkan Koordinat GPS melalui langkah seterusnya.
D. Begitu jagu kes dalam EMIS Online sekolah anda tiada koordinat GPS sila ambil langkah berikut.
LANGKAH PENENTUAN KOORDINAT GPS SEKOLAH MELALUI WIKIMAPIA
1. Sila ke sesawang Wkimapia berikut
http://wikimapia.org/#lat=4.85&lon=100.7333&z=10&l=0&m=b (Anda dinasihat copy dan paste
url ini dalam Internet Explorer/Mozilla). Paparan skin Gambarajah 3 di bawah menunjukkan peta
satelit negeri Perak.

Gambarajah 3


2. Cari Bandar atau kawasan berdekatan sekolah. Dalam kes ini sila ZOOM IN Bandar IPOH sehingga
anda kenalpasti lokasi sekolah anda berdasarkan gambar satelit. Guna roller tetikus untuk zoom
in atau zoom out.

3. Dalam kotak Search (penjuru atas kanan) , cuba cari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang (
Perlu diingatkan, ejaan nama sekolah mungkin penuh atau singkatan) seperti gambarajah di
bawah. Jika carian wujud, senarai nama sekolah akan dipaparkan dan double click hasil carian
seperti Gambarajah 4 di bawah.

3

Gambarajah 4


Klik Hasil carian dan peta sekolah yang dicari dipaparkan seperti Gambarajah 5 di bawah.

Gambarajah 5


Sila ZOOM IN sehingga ke tahap maksima untuk dapatkan koordinat yang tepat. Anda dinasihatkan ambil
koordinat sekolah di hadapan pintu masuk. Caranya seret (drag) peta sehingga tanda ‘+’ berada betul-
betul di hadapan pintu masuk sekolah seperti Gambarajah 6 di bawah. Sila isi maklumat koordinat dalam
borang di bawah dan poskan ke Penyelia ICT , PPD masing-masing untuk direkodkan.



4

Gambarajah 6

Untuk melihat koordinat yang terperinci, klik pada nombor koordinat di penjuru bawah sebelah kiri dan
hasilnya menu pop-up dipaparkan seperti Gambarajah 7 di bawah. Catatkan koordinat GPS Degree
Decimal baris ke dua ( 4xx.xxxxxxxN dan 10x.xxxxxxxE ) ke dalam Borang Maklumbalas untuk dihantar ke
PPD masing-masing.
Gambarajah 7

Perhatian:
Anda boleh copy URL untuk dipaparkan dalam portal/homepage PPD/Sekolah ( bagi memudahkan
pengunjung mengetahui kedudukan sekolah/institusi anda).


5

Sekiranya carian dalam kotak Search tidak berhasil, cari secara manual. Jangan lupa ZOOM In ke tahap
maksima dengan ikut cara Gambarajah 8 seperti di bawah iaitu dengan memilih menu Categories-School.
Cari nama sekolah dengan meletakan cursor di atas ikon kotak merah yang dipaparkan dalam peta. Sila
cari lokasi sekolah anda dalam peta satelit dan ambil koordinat.
Gambarajah 8

Catatan:
Kita boleh cari apa-apa kategori yang berhampiran dengan sekolah sekiranya carian/Search menggunakan
nama sekolah tidak berhasil. Contoh: kita cari nama kampong, restaurant, nama ladang, yang berhampiran
sekolah kita dan bolehlah kenalpasti kedudukan pintu masuk sekolah .

PERNYATAAN: EMIS MERUJUK KOORDINAT GPS SEKOLAH BERDASARKAN
KOORDINATE GOOGLE EARTH.


Sekian, selamat mencuba.
Abd Rashid Bin Hj Shafie
Penolong Pengarah Pengurusan Maklumat
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
JPN Perak



6

PEMBETULAN / MAKLUMBALAS KOORDINAT GPS SEKOLAH
BERDASARKAN PETA WIKIMAPIA KEMASKINI KOORDINAT SEKOLAH UNTUK EMIS
ONLINE HENDAKLAH DILAPORKAN DI RUANGAN FORUM EMIS ONLINE ( MENU :
KOORDINAT SEKOLAH > KEMUKAKAN KOORDINAT SEKOLAH DI SINI ) ADMIN
PORTAL EMIS AKAN MENGEMASKINI MAKLUMAT KOORDINAT YANG ANDA
BERIKAN DALAM JANGKA MASA TERTENTU.