You are on page 1of 1

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk

menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak
tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun .
Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam
yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara http://www.ukm.my/permatapintar dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15
tahun/Tingkatan 3 pada 2014)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2
pada tahun 2014 dan beragama Islam)
3) Program Pendidikan PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun
2014)
4) Program Pendidikan PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada
2014)

Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah,
rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka
alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx.
Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan
tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh
menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian
boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun
2014. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman web
http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul
sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil
penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Mohd Suhaimi bin Mohamad Ali, Penyelaras ICT SMK
Munshi Abdullah, Kulaijaya.
UJIAN PERMATA PINTAR (UKM1)
TAHUN 2014
SMK MUNSHI ABDULLAH