You are on page 1of 20

X PENGENALAN

Dalam menganjurkan kejohanan atau apa-apa majlis rasmi, proses pelaksanaan


merupakan kayu pengukur kepada kegagalan dan kejayaan sesuatu kejohanan atau
majlis. Untuk melaksanakan majlis dengan jayanya pengalaman dan pengetahuan
perlu digembeling. Semasa mengelola kejohanan, keputusan harus dibuat secara
cepat dan kadang-kadang secara spontan. Oleh itu, pihak pengurusan tertinggi perlu
sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan kejohanan
sebelum dilantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

1
1
0
0

X
Peranan
Semasa dan
Selepas
Kejohanan
Olahraga
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan cara melaksanakan upacara perasmian dan penutup
dalam sesuatu kejohanan olahraga;
2. Menghuraikan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa
Teknikal dalam sesuatu kejohanan olahraga;
3. Menyatakan kepentingan mengadakan post-mortem serta langkah
untuk membuat post-mortem; dan
4. Menyatakan kepentingan laporan dan subtopik yang perlu ada
dalam laporan serta jenis-jenis laporan.
TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 221


PERANAN SEMASA DAN SELEPAS
KEJOHANAN OLAHRAGA
Sedarkah anda, semasa pengelolaan kejohanan olahraga terdapat dua majlis atau
acara yang agak penting iaitu majlis pertandingan dan upacara perasmian dan
penutup? Jawatankuasa Teknikal merupakan jawatankuasa yang berkaitan
dengan teknikal dalam pertandingan dan ia memainkan peranan yang penting
ketika pertandingan di padang dan balapan. Segala keputusan berkaitan dengan
pertandingan menjadi tanggungjawab Pegawai Teknikal.

Sementara dalam upacara perasmian dan penutup Jawatankuasa Protokol dan
Istiadat merupakan jawatankuasa yang sibuk di astaka dibantu dengan
jawatankuasa lain bagi memastikan perjalanan majlis perasmian dan penutup
dilaksanakan mengikut protokol. Selain daripada Jawatankuasa Protokol,
Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata serta Jawatankuasa Jamuan juga turut
sibuk dalam mengendalikan upacara ini.

Post-mortem perlu dilaksanakan selepas berakhirnya sesuatu majlis atau
upacara. Mesyuarat post-mortem dilakukan bertujuan bagi mendapat input serta
menilai pencapaian ahli jawatankuasa. Biasanya terdapat dua aras mesyuarat
post-mortem iaitu mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Kecil dan
mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Induk.

Dalam mesyuarat post-mortem bagi Jawatankuasa Kecil, perkara utama yang
dibincangkan ialah kejayaan dan kelemahan peranan sesuatu Jawatankuasa Kecil
dalam sesuatu kejohanan. Hasil mesyuarat Jawatankuasa Kecil ini akan
membentuk laporan Jawatankuasa Kecil. Jawatankuasa Induk yang terdiri
daripada pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kecil akan menjalankan mesyuarat
post-mortem selepas Jawatankuasa Kecil selesai melaksanakan mesyuarat post-
mortem mereka. Dalam mesyuarat post-mortem Jawatankuasa Induk, setiap
pengerusi Jawatankuasa Kecil akan membentang dan membincangkan laporan
post-mortem. Selain daripada itu mesyuarat ini akan mengkaji faktor kelemahan
dan kelebihan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Induk.

Setiausaha bagi Jawatankuasa Induk akan membuat laporan keseluruhan
tentang mesyuarat post-mortem. Namun begitu terdapat juga jawatankuasa
yang akan mengeluarkan laporan sendiri berdasarkan peranan yang dimainkan.
Contohnya, Pengerusi Teknik biasanya diberi penghormatan dengan
jawatankuasanya membuat laporan perjalanan teknikal kejohanan begitu juga
dengan Pengerusi Keselamatan. Laporan kewangan sesuatu kejohanan akan
dikeluarkan oleh Bendahari. Laporan ini akan disimpan dan menjadi bahan
rujukan yang penting dalam mengendalikan kejohanan akan datang.

10.1
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 222
PELAKSANAAN KEJOHANAN OLAHRAGA
Hari pelaksanaan kejohanan olahraga seolah-olah seperti hari peperiksaan,
dengan persediaan yang rapi berbulan-bulan lamanya. Namun demikian, hari
kejohanan kita akan gagal sekiranya persediaannya tidak dirancang dengan baik.
Dalam melaksanakan kejohanan olahraga terdapat beberapa perkara yang harus
difikirkan oleh pihak penganjur.
10.2.1 Perjalanan Majlis Perasmian dan Penutup
Jawatankuasa Atur Cara, Protokol dan Sambutan memainkan peranan penting
dan bekerjasama untuk mengawasi perjalanan majlis perasmian dan penutup
dari mula hingga akhir. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan sebelum majlis
ini berlangsung. Tahukah anda, dalam satu kejohanan olahraga peringkat
kebangsaan, latihan majlis perasmian dan penutup akan memakan masa lebih
dari sebulan? Di peringkat sekolah, masa lebih kurang tiga hari diperuntukkan
untuk majlis perasmian dan penutup.

Majlis perasmian dan penutup disempurnakan oleh tetamu kehormat disamping
itu terdapat juga jemputan khas yang turut dijemput. Oleh itu perkara yang
paling utama yang perlu diketahui oleh Jawatankuasa Perasmian dan Penutup
ialah jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang akan hadir. Tujuan-
tujuannya adalah seperti berikut:
(a) Memudahkan Jawatankuasa Protokol memutuskan jumlah kerusi yang
perlu disusun di astaka.
(b) Memudahkan Jawatankuasa Protokol memutuskan jumlah kerusi utama
yang diperuntukkan untuk tetamu kehormat.
(c) Membentuk susunan atur kerusi utama dan seterusnya menentukan siapa
yang patut duduk di kerusi.
(d) Dengan jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang hadir kita juga
boleh memutuskan berapa roset yang diperlukan untuk majlis perasmian
dan penutup kejohanan jika perkara ini perlu dibuat.
(e) Jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang hadir perlu diketahui
oleh Jawatankuasa Jamuan dalam penyusunan kerusi-meja dan hiasan
meja. Terdapat juga keadaan di mana Jawatankuasa Jamuan mengasingkan
bilik makan bagi tetamu kehormat dan jemputan khas dengan jemputan
biasa. Dengan itu jumlah tetamu kehormat dan jemputan khas yang hadir
perlu diketahui.

10.2
TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 223
Sebagai Jawatankuasa Protokol kita perlu memastikan susun atur kerusi untuk
tetamu kehormat dilakukan mengikut protokol yang betul. Rajah 10.1 ialah
susunan kerusi mengikut keutamaan dalam satu majlis rasmi.


Rajah 10.1: Kaedah menyusun kerusi mengikut protokol sambutan

Jawatankuasa Sambutan yang terlibat dalam acara sambutan perlu merancang
majlis sambutan, dalam menyambut perarakan tetamu kehormat dan jemputan
khas. Antara acara sambutan yang biasa terdapat dalam perarakan masuk
tetamu kehormat dan jemputan khas ialah:
(a) Paluan kompang
(b) Menyemat roset
(c) Iringan bunga manggar
(d) Pertunjukan kebudayaan
(e) Sambutan daripada barisan pegawai kejohanan

Dalam perarakan masuk jemputan perkara utama yang perlu diperhatikan ialah
keadaan keselesaan jemputan. Jarak perarakan yang terlalu jauh akan
menyebabkan jemputan tidak selesa untuk berjalan kaki terlalu jauh. Namun
begitu, jarak yang terlalu dekat menyebabkan ruang untuk sambutan terlalu
sempit yang akan menyebabkan suasana terlalu padat. Jumlah bunga manggar
perlulah bersesuaian dengan jumlah tetamu yang hendak diiringi. Pertunjukan
budaya bukan sesuatu perkara yang wajib diadakan semasa menyambut tetamu.
Pertunjukan budaya sekiranya ingin dilaksanakan perlulah bersesuaian dan
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 224
tidak menggunakan masa yang terlalu lama. Barisan staf akademik atau pegawai
kejohanan perlulah dipastikan tersusun dan bersedia bagi menyambut tetamu
kehormat. Pihak jawatankuasa perlu memikirkan pelan luar jangkaan atau
kontingensi untuk majlis perarakan tetamu kehormat sekiranya keadaan cuaca
tidak mengizinkan.

Peserta dan badan beruniform biasanya akan mengambil bahagian dalam majlis
perarakan masuk (lihat Rajah 10.2). Papan tanda pasukan beruniform perlulah
diselaraskan agar nampak lebih kemas. Peserta perbarisan, pembawa papan
tanda dan pembawa bendera dan mereka yang terlibat dalam perbarisan
perlulah dilatih cara berjalan dan membuat tabik hormat ketika melalui pentas
utama. Peserta perbarisan juga perlu memakai pakaian yang kemas, seragam
dan bersesuaian. Penggunaan maskot untuk pasukan yang bertanding biasanya
dibenarkan tetapi jangan keterlaluan dan membelakangi budaya.


Rajah 10.2: Pasukan badan beruniform juga terlibat dalam menjayakan
perbarisan pada hari kejohanan olahraga

Biasanya Jawatankuasa Protokol menyediakan teks ucapan perasmian dan
penutup. Teks ucapan yang disediakan perlulah ringkas dan berkisar kepada
kejohanan olahraga dan perkembangan sukan. Bacaan ikrar biasanya diketuai
oleh pelajar atau peserta yang mempunyai disiplin, semangat kesukanan yang
tinggi dan pencapaian yang baik. Bacaan ikrar ini perlu dibaca oleh semua
peserta yang mengambil bahagian. Contoh ikrar kejohanan adalah seperti
berikut (lihat Rajah 10.3):




TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 225







Rajah 10.3: Pembacaan ikrar kejohanan merupakan majlis yang penting
dalam sesuatu kejohanan

Kita perlu menyusun bendera mengikut protokol sebelum acara menaikkan
bendera kejohanan atau membawa bendera. Sekiranya majlis kejohanan olahraga
dianjurkan oleh negeri contohnya kejohanan olahraga antara daerah negeri
Johor, anjuran Kerajaan Negeri Johor, bendera perlu disusun mengikut Rajah
10.4.

Rajah 10.4: Contoh susunan bendera bagi kejohanan olahraga
antara daerah negeri Johor, anjuran Kerajaan negeri Johor

Protokol sekiranya majlis kejohanan olahraga di peringkat persekutuan dan
dianjurkan dalam negeri contohnya kejohanan olahraga kebangsaan dianjurkan
di negeri Johor. Bendera perlu disusun mengikut Rajah 10.5.


Rajah 10.5: Contoh susunan bendera bagi kejohanan olahraga
kebangsaan dianjurkan di negeri Johor


Kami Berikrar bahawa kami akan mengambil
Bahagian dalam Kejohanan Olahraga
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Muar kali ke-72
dengan ikhlas, patuh kepada segala undang-undangnya
dan akan bertanding dengan penuh semangat kesukanan
bagi meninggikan nama baik
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah Muar
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 226
Begitu juga jika kita membawa bendera ketika perasmian dan penutup
kejohanan kita perlu membawanya mengikut protokol. Sekiranya kita membawa
bendera sebaris ke hadapan, bendera yang di hadapan ialah bendera Malaysia
diikuti bendera negeri dan seterusnya bendera kejohanan (lihat Rajah 10.6).


Rajah 10.6: Contoh bendera dibawa sebaris ke hadapan. Bendera yang di hadapan ialah
bendera Malaysia diikuti bendera negeri dan seterusnya bendera kejohanan

Sekiranya kita membawa bendera sederet ke hadapan, bendera Malaysia
diletakkan di tengah, diapit sebelah kiri dengan bendera negeri dan sebelah
kanannya bendera kejohanan (lihat Rajah 10.7).


Rajah 10.7: Contoh bendera dibawa sederet ke hadapan. Bendera Malaysia diletakkan di
tengah, diapit sebelah kiri dengan bendera negeri dan sebelah kanannya bendera kejohanan

Sekiranya bendera dibawa secara terbentang, bahagian kepala bendera
hendaklah dibawa mendahului perarakan. Upacara menaikkan bendera dan
menurunkan bendera perlu dilakukan dengan penuh istiadat. Upacara ini
menjadi perhatian dan fokus utama ketika upacara perasmian atau penutup.
Bagi mengelakkan kesilapan dalam upacara yang menjadi tumpuan ini, biasanya
latihan untuk menaikkan bendera dan menurunkan bendera kerap dilakukan
sebelum kejohanan dan seorang pegawai protokol khas akan diberi
tanggungjawab untuk melatih acara ini.

Dalam upacara perasmian biasanya tetamu kehormat akan turun berjumpa
dengan pegawai dan peserta pasukan yang bertanding (lihat Rajah 10.8). Oleh
itu, pengelola pertandingan sepatutnya menyediakan cenderamata kepada
pengurus-pengurus pasukan. Cenderamata juga biasanya disediakan untuk
tetamu kehormat yang merasmikan kejohanan olahraga.
TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 227



Rajah 10.8: Semasa upacara perasmian biasanya tetamu kehormat akan turun
berjumpa dengan pegawai atau peserta pasukan yang bertanding
10.2.2 Perjalanan Acara yang Dipertandingkan
Mengelola kejohanan olahraga bukan sesuatu yang mudah berbanding dengan
acara permainan. Kejohanan olahraga mempunyai acara akhir dan pertandingan
yang banyak berbanding dengan sukan lain. Contohnya dalam beberapa hari
kejohanan olahraga, terdapat hampir seratus acara akhir (tidak termasuk
pertandingan saringan, suku akhir dan separuh akhir) berbanding dengan
permainan lain contohnya permain bola sepak. Dalam beberapa hari
pertandingan, cuma ada satu perlawanan akhir dan pertandingan yang tidak
mencapai angka satu ratus. Oleh itu untuk mengelola kejohanan olahraga
memerlukan komitmen yang tinggi dan kerja berpasukan.
1. Lakarkan susunan atur empat dan lima kerusi mengikut
protokol dan keutamaan tetamu kehormat.

2. Lakarkan susunan atur bendera mengikut protokol sekiranya
majlis kejohanan olahraga peringkat kebangsaan dianjurkan di
negeri Johor.

3. Lakarkan susunan atur bendera mengikut protokol ketika kita
membawa bendera sederet ke hadapan.
SEMAK KENDIRI 10.1
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 228
Pegawai yang diperlukan untuk bertugas dalam satu kejohanan olahraga lebih
ramai berbanding dengan permainan yang lain. Contohnya permainan bola
sepak hanya memerlukan empat orang pegawai pertandingan dalam permainan
yang memakan masa 90 minit. Oleh kerana itu, pengelola kejohanan olahraga
perlu memandang serius keperluan pegawai.

Satu Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian diwujudkan bagi menjaga kehadiran
dan kebajikan pegawai. Kehadiran pegawai yang bertugas dalam satu acara
amat perlu diberi perhatian. Seorang pegawai seharusnya hadir 20 minit sebelum
acara bermula. Sekiranya pegawai tidak hadir, Jawatankuasa Kepegawaian perlu
menghubungi pegawai tersebut untuk mengetahui masalahnya. Andainya
Pegawai Teknikal tidak dapat hadir disebabkan masalah tertentu, pegawai
pengganti akan dicari. Oleh itu nombor telefon bimbit dan telefon rumah setiap
pegawai kejohanan olahraga perlu disimpan oleh Jawatankuasa Teknikal
Kepegawaian. Jawatankuasa ini juga mesti menyediakan dan mempunyai
senarai pegawai simpanan yang boleh dipanggil bertugas sekiranya terdapat
kekurangan pegawai disebabkan masalah tertentu. Pegawai simpanan ini
biasanya terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil dan Induk atau guru-
guru bertugas di sekitar.

Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian bertindak menjaga kebajikan pegawai yang
bertugas. Jawatankuasa tersebut perlu menyediakan makanan dan minuman
pegawai yang bertugas di sepanjang hari kejohanan. Bagi pegawai yang tinggal di
luar dan memerlukan tempat penginapan, Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian
dikehendaki menyediakan tempat penginapan. Lokasi tempat penginapan yang
disediakan perlulah berhampiran dengan tempat pertandingan. Terdapat juga
pegawai yang tidak mempunyai pengangkutan atau memerlukan pengangkutan.
Dalam keadaan ini, Ahli Jawatankuasa Pengangkutan akan menyediakan
perkhidmatan pengangkutan bagi melicinkan lagi perjalanan pegawai yang
bertugas dan bagi memastikan pegawai kejohanan tiba tepat pada masanya.
Pegawai yang bertugas juga hendaklah diberi jadual bertugas yang lengkap ketika
mendaftar diri.

Ketua Hakim akan mengadakan taklimat kepada hakim-hakim kejohanan. Oleh
itu Ahli Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian akan menyediakan tempat khas
sekiranya berkemampuan untuk mengadakan taklimat ini. Untuk melicinkan
perjalanan kejohanan, borang-borang teknikal yang kemas dan mempunyai
maklumat yang lengkap perlulah disediakan oleh Jawatankuasa Teknik dan
Pertandingan yang dibantu oleh Jawatankuasa Pendaftaran. Bagi menambah
keselesaan pegawai bertugas, Jawatankuasa Teknik dan Peralatan dikehendaki
menyediakan payung-payung besar serta meja yang mencukupi di beberapa
tempat yang sesuai. Topi dan alat tulis juga perlu disediakan oleh Jawatankuasa
Teknik dan Peralatan kepada pegawai sekiranya berkemampuan.
TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 229
Kehadiran peserta dari pasukan yang bertanding pada masa yang tepat juga perlu
diberi perhatian bagi menjaga imej kejohanan. Peringatan perlu diberikan kepada
pengurus-pengurus pasukan ketika taklimat Pengurus-pengurus Pasukan. Pengurus-
pengurus pasukan perlu diberi jadual yang lengkap dengan masa ketika taklimat ini.
Para pengurus pasukan hendaklah diberitahu dengan segera sekiranya terdapat
sebarang perubahan dalam jadual. Jika pihak penganjur diberi kuasa untuk
menetapkan penginapan peserta pertandingan, pihak penganjur melalui
Jawatankuasa Penginapan perlu menyediakan penginapan yang berdekatan dengan
gelanggang kejohanan untuk mengelakkan masalah pengangkutan para peserta.
Nombor telefon bimbit pengurus-pengurus pasukan perlulah disimpan oleh urus
setia bagi memudahkan perhubungan antara mereka. Sistem panggilan yang
menggunakan papan elektronik dan pengumuman suara yang efektif perlu
digunakan bagi mengelakkan situasi ketinggalan maklumat dalam kalangan
pengurus pasukan. Masa bagi acara yang diperuntukkan dalam jadual atur cara
perlulah dipatuhi bagi mengelak sebarang kekeliruan terjadi.

Pihak urus setia teknikal gelanggang dan padang juga perlu bijak menyusun
kawasan gelanggang pertandingan supaya penggunaan gelanggang dan padang
dapat digunakan secara optima. Dalam menyusun gelanggang pertandingan,
faktor utama yang harus difikirkan ialah faktor keselamatan. Rajah 10.9
menunjukkan contoh bentuk penyusunan gelanggang dan padang yang selalu
digunakan bagi trek 400 meter.


Rajah 10.9: Contoh susunan gelanggang pertandingan dalam trek 400 meter
Petunjuk:
1. Permulaan acara 110 meter lari
berpagar
2. Permulaan acara 100 meter
3. Permulaan acara 200 meter
4. Permulaan acara 400 meter
5. Permulaan acara 800 meter
6. Permulaan acara 1500 meter
7. Permulaan acara 3000 meter
8. Permulaan acara 5000 meter
9. Permulaan acara 10000 meter
10. Gelanggang lompat bergalah
11. Gelanggang lontar tukul besi
12. Gelanggang lontar cakera
13. Gelanggang lontar peluru
14. Gelanggang lompat tinggi
15. Gelanggang lontar lembing
16. Gelanggang lompat kijang dan jauh
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 230
Kawasan gelanggang adalah kawasan larangan untuk dimasuki oleh semua
individu kecuali sekiranya ada urusan. Dalam apa keadaan sekalipun sekiranya
peserta bergerak di kawasan gelanggang sama ada untuk ke tempat
pertandingan, balik dari tempat pertandingan, ke tempat penerimaan hadiah dan
balik mestilah diiringi oleh pembantu marsyal. Dalam erti kata lain peserta
adalah dilarang sama sekali masuk ke dalam gelanggang tanpa kebenaran
marsyal. Tindakan boleh diambil kepada peserta yang mengingkari arahan.
Pegawai yang tidak bertugas juga dilarang memasuki ke gelanggang
pertandingan. Pegawai yang bertugas dan peserta perlu memasuki gelanggang
pertandingan dengan berbaris dan teratur.

Keselamatan di kawasan balingan dan lontaran yang berisiko tinggi seperti
dalam kawasan lontar lembing, lontar peluru dan tukul besi perlu diperketatkan
bagi mengelak kecederaan yang serius. Pembantu padang perlulah dilatih dan
sentiasa mempraktikkan cara membawa alatan pertandingan dengan betul bagi
mengelak risiko kecederaan. Dalam keadaan tertentu seperti keadaan cuaca yang
tidak mengizinkan pihak pengurusan boleh berbincang dengan semua pengurus
pasukan untuk meminda jadual kejohanan.

Peralatan adalah perkara yang penting selain daripada faktor pegawai bagi
memastikan kejohanan olahraga berjalan dengan licin. Peralatan yang tidak
berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kecederaan atau kegagalan peserta
untuk mencapai tahap maksima. Sebelum memulakan pertandingan adalah
menjadi tanggungjawab Pegawai Teknikal untuk memeriksa alat yang boleh
digunakan. Hakim dan Ketua Hakim juga boleh membantu Pegawai Teknik
untuk memeriksa alatan.

Alatan yang digunakan dalam setiap kejohanan mungkin berbeza, oleh itu cara
penggunaannya juga berbeza. Oleh yang demikian, Pegawai Pertandingan perlu
diberi latihan berkaitan dengan prosedur menggunakan alatan oleh Pegawai
Teknikal sebelum bertugas. Kerosakan alatan memang kadang-kadang tidak
dapat dijangkakan. Oleh itu, pihak penganjur perlu menyediakan alatan gantian
bagi menggantikan alatan yang rosak atau tidak boleh berfungsi dengan baik.
Langkah ini bagi mengelakkan sesuatu acara terpaksa ditangguhkan akibat
kegagalan alatan berfungsi.

TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 231

Rajah 10.10: Penerima hadiah harus mematuhi etika berpakaian

Dalam penyampaian hadiah adakalanya pakaian yang dipakai oleh penerima
hadiah tidak sesuai. Contohnya, memakai selipar ketika menerima hadiah.
Masalah ini walaupun nampak kecil tetapi boleh menyebabkan imej pengelola
tercemar. Pengelola peserta perlu memastikan peserta yang menerima hadiah
berdisiplin dari segi pakaian (lihat Rajah 10.10). Pengurus Pasukan juga perlu
diingatkan tentang disiplin yang patut dipatuhi ketika menerima hadiah.
Terdapat juga keadaan proses penyampaian hadiah tertangguh kerana
kegagalan Pengurus Pasukan menghantar peserta yang terlibat atau wakilnya
untuk menerima hadiah. Kegagalan ini akan mengganggu urusan penyampaian
hadiah dan boleh mengganggu masa atur cara. Pengurus pasukan harus
diingatkan tentang kecuaian ini yang akan menyebabkan banyak sistem
terganggu.

Juru acara perlu bijak memilih masa untuk membuat pengumuman.
Pengumuman yang banyak akan membosankan penonton dan pengumuman
yang kurang pula akan menjadikan kejohanan kurang meriah. Antara masa
pengumuman yang harus dibuat ialah:
(a) Permulaan acara utama atau akhir;
(b) Percubaan untuk memecah rekod, contohnya dalam acara lompat tinggi;
(c) Rekod yang dipecahkan, contohnya dalam acara balingan; dan
(d) Kehadiran tetamu kehormat atau jemputan.

X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 232

SELEPAS KEJOHANAN
Penutup kejohanan bukan bererti akhirnya kerja bagi semua jawatankuasa.
Masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan oleh ahli jawatankuasa selepas
kejohanan olahraga selesai. Urusan mengemas balik gelanggang kepada
kedudukan asal bukan suatu perkara yang mudah. Jawatankuasa Kebersihan
perlu bertungkus lumus membersihkan gelanggang agar ia berada dalam
keadaan yang bersih dan berfungsi seperti kedudukan asal. Jawatankuasa
Teknikal pula bertanggungjawab menyediakan laporan teknikal iaitu keputusan
keseluruhan kejohanan dan statistik pertandingan kepada pengurus-pengurus
pasukan yang terbabit.

Jawatankuasa Alatan perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengangkutan
dan pasukan sukarela untuk memulangkan semula alatan yang dipinjamkan.
Alatan yang diambil dari tempat tertentu perlu dipulangkan ke tempat asalnya
selepas berakhirnya kejohanan. Jawatankuasa ini juga perlu memastikan barang
yang diterima, dipulangkan dalam kuantiti yang mencukupi dan dalam keadaan
yang baik.

Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata pula perlu memastikan hadiah, sijil dan
cenderamata telah disampaikan kepada peserta-peserta dan pegawai yang
terlibat. Jawatankuasa ini juga perlu menyimpan rekod simpanan piala pusingan
bagi memudahkan proses mengesan piala pusingan untuk kejohanan akan
datang. Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian dan jawatankuasa yang berkenaan
perlu memastikan semua surat penghargaan diedarkan kepada mereka yang
memberi sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan kejohanan olahraga.

Pihak Bendahari dan Jawatankuasa Kewangan perlu memastikan semua bil atau
perbelanjaan bagi kejohanan ini dibayar bagi memudahkan proses membuat
penyata kewangan. Sementara Setiausaha Jawatankuasa Induk dan Setiausaha
Jawatankuasa Kecil perlu merangka tarikh, masa dan tempat untuk membuat
post-mortem.
10.3
Perkara yang paling utama yang perlu diketahui oleh Jawatankuasa
Perasmian dan Penutup ialah jumlah tetamu kehormat dan jemputan
khas yang akan hadir. Mengapakah perkara itu sangat penting?
SEMAK KENDIRI 10.2
TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 233
10.3.1 Mesyuarat Post-Mortem
Mesyuarat post-mortem didefinisikan sebagai satu mesyuarat yang dilakukan
selepas sesuatu aktiviti (kejohanan olahraga) bagi mengenal pasti masalah,
kelemahan dan kekuatan yang timbul di sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Tujuan mesyuarat post-mortem adalah untuk:
(a) Membentang dapatan dan permasalahan dari unit-unit yang bertugas
sebelum, semasa dan selepas kejohanan;
(b) Mengenal pasti kekuatan majlis yang boleh dijadikan pertunjuk pada masa
akan datang;
(c) Mengenal pasti kelemahan majlis yang boleh dijadikan sempadan pada
masa akan datang;
(d) Membincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah;
(e) Membincangkan prestasi atlet sepanjang kejohanan; dan
(f) Cadangan penambahbaikan dalam kejohanan yang akan datang.

Secara keseluruhan kita terpaksa melalui dua peringkat mesyuarat post-mortem
iaitu peringkat Jawatankuasa Kecil dan peringkat ahli Jawatankuasa Induk.
Mesyuarat post-mortem peringkat Jawatankuasa Kecil perlu kita lakukan
sebelum mesyuarat post-mortem ahli Jawatankuasa Induk Program. Mesyuarat
post-mortem ini perlu dilakukan dengan segera selepas sesuatu program
dilaksanakan bagi mengelak kehilangan atau kecairan maklumat.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat post-mortem iaitu di
peringkat Jawatankuasa Kecil ialah perjalanan program serta tugas dan
tanggungjawab jawatankuasa dalam melaksanakan program. Dalam mesyuarat
ini biasanya kita lebih menumpukan kepada pelaksanaan aktiviti, masalah yang
dihadapi, cara penyelesaian masalah, pendapat peserta sama ada bertulis atau
secara lisan dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan aktiviti yang
dijalankan. Di akhir mesyuarat, setiap Jawatankuasa Kecil diminta menyediakan
laporan jawatankuasa secara bertulis yang mengandungi keputusan dan
cadangan mesyuarat post- mortem.

Keputusan mesyuarat post-mortem iaitu di peringkat Jawatankuasa Kecil perlu
disediakan secara laporan bertulis dan perlu dibentangkan dalam mesyuarat ahli
Jawatankuasa Program. Mesyuarat Jawatankuasa Program akan
membincangkan keputusan mesyuarat post-mortem di peringkat Jawatankuasa
Kecil dan laporan Jawatankuasa Kecil. Laporan ini dibincangkan dengan teliti
bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit dan memberi cadangan bagi
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 234
penambahbaikan aktiviti program yang akan datang. Setiausaha perlu
mencatatkan pandangan, kritikan, cadangan dan sebagainya daripada
jawatankuasa yang hadir serta menyediakan laporan keseluruhan. Tujuan
mengadakan mesyuarat post-mortem adalah sebagai refleksi kepada kita bagi
mengatasi masalah yang dihadapi, meneruskan kekuatan yang ada serta
memurnikan aktiviti demi kepentingan bersama.
10.3.2 Menyediakan Laporan
Setiap Jawatankuasa Kecil perlu menyediakan laporan Jawatankuasa Kecil.
Laporan ini amat penting sebagai bahan rujukan untuk kejohanan yang akan
datang. Biasanya laporan setiap Jawatankuasa Kecil akan disunting oleh
setiausaha dan dimasukkan ke dalam laporan keseluruhan. Namun sekiranya
perlu atau ada kepentingan, terdapat beberapa laporan yang akan diterbitkan
oleh Jawatankuasa Kecil itu sendiri sebagai contohnya laporan aktiviti yang
dibuat oleh Jawatankuasa Teknik dan juga laporan keselamatan oleh
Jawatankuasa Keselamatan.

(a) Laporan Teknik
Jawatankuasa Teknikal bertanggungjawab menyediakan laporan teknikal.
Jawatankuasa Teknikal merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keseluruhan sistem pertandingan dan acara
kejohanan olahraga. Dalam kejohanan olahraga, laporan teknik merupakan
laporan yang ditunggu kerana laporan teknik merupakan laporan yang
dapat menggambarkan secara keseluruhan keupayaan dari sistem
pertandingan dan acara dalam kejohanan olahraga. Laporan teknikal juga
merupakan rujukan utama kepada Jawatankuasa Teknikal bagi kejohanan
olahraga yang akan datang. Kandungan laporan teknikal keseluruhan
terdiri daripada:
(i) Pandangan dan komen terhadap pengelolaan pertandingan
x Keupayaan gelanggang;
x Keupayaan alatan;
x Keupayaan pegawai (nama pegawai dan jawatan); dan
x Keputusan juri dan bantahan.
(ii) Bilangan penyertaan
(iii) Keputusan keseluruhan kejohanan rekod-rekod baru dan statistik
pertandingan


TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 235
(b) Laporan Aktiviti
Selain daripada laporan mesyuarat post-mortem, setiap jawatankuasa kecil
juga perlu menyediakan laporan aktiviti yang menggabungkan hasil
laporan bertulis jawatankuasa kecil dan pemerhatian pengerusi dan ahli
jawatankuasa lain. Laporan aktiviti dibina bagi melihat kekuatan dan
kelemahan aktiviti yang melibatkan sesuatu jawatankuasa. Laporan aktiviti
turut mengandungi laporan tentang aktiviti yang dapat dijalankan dengan
baik, gagal dan tidak dapat dilaksanakan. Dengan kata lain, laporan aktiviti
akan mendedahkan kekuatan dan kelemahan peranan yang dimainkan
oleh sesuatu jawatankuasa dalam mengendalikan tanggungjawab.

Laporan aktiviti juga menyediakan cadangan-cadangan bagi
penambahbaikan peranan jawatankuasa yang berperanan pada kejohanan
olahraga pada masa hadapan. Laporan aktiviti digunakan untuk menilai
dan memberi cadangan untuk menambah jumlah jawatankuasa atau
pelantikan jawatankuasa baru dengan jawatankuasa yang tidak berkesan.

(c) Laporan Kewangan
Laporan kewangan akan dibina dan disediakan oleh Bendahari program
yang bertanggungjawab secara keseluruhan tentang kewangan program.
Laporan kewangan adalah laporan yang merekodkan segala sumber
pendapatan dan perbelanjaan sebelum, sewaktu dan selepas program.
Laporan kewangan biasanya disediakan dalam bentuk penyata kewangan.
Penyata kewangan merupakan penyata pendapatan dan penyata
perbelanjaan dalam satu tempoh. Sebelum mengemukakan laporan
kewangan pegawai yang terlibat dalam perbelanjaan perlulah
menyelesaikan atau mengutip tanggungan kewangan supaya penyata
kewangan ini akan dapat ditutup dengan sempurna. Antara perkara yang
terdapat dalam laporan kewangan ialah (rujuk Rajah 10.4):


Rajah 10.11: Perkara yang terdapat dalam laporan kewangan

X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 236
(d) Laporan Keselamatan
Laporan keselamatan dibuat oleh Jawatankuasa Kecil Disiplin dan
Keselamatan. Laporan ini kita bina berdasarkan hasil daripada mesyuarat
post-mortem peringkat Jawatankuasa Kecil Disiplin dan Keselamatan serta
laporan jawatankuasa kecil lain. Laporan keselamatan adalah laporan yang
disediakan bagi mengkaji dan menilai faktor keselamatan secara
keseluruhan. Laporan keselamatan terhadap satu kes yang memerlukan
perincian juga perlu dibuat. Sebagai contoh, terdapat kemalangan yang
berlaku ketika aktiviti sedang dijalankan. Laporan ini akan membolehkan
kita mengenal pasti punca berlaku kemalangan serta faktor pencegahan
yang patut diambil.

Menyediakan Laporan Keseluruhan
Setiausaha akan membuat laporan keseluruhan aktiviti yang telah
dilaksanakan berdasarkan mesyuarat post-mortem dan laporan aktiviti dari
setiap Jawatankuasa Kecil. Antara perkara yang perlu dimasukkan ke
dalam laporan keseluruhan ialah:
(a) Pendahuluan
(b) Tarikh dan Masa
(c) Tempat
(d) Senarai Jawatankuasa Perancang
(e) Senarai Pegawai
(f) Bilangan dan nama peserta
(g) VIP yang hadir
(h) VVIP yang merasmikan program
(i) Senarai Jawatankuasa Pelaksana
(j) Laporan aktiviti
(k) Laporan kewangan
(l) Laporan keselamatan
(m) Laporan Jawatankuasa Kecil
(n) Penilaian keseluruhan
(o) Masalah yang timbul
(p) Cadangan Penambahbaikan
(q) Penutup

TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 237


Kadang-kadang semasa mengelola kejohanan olahraga pihak pengurusan
harus membuat keputusan dengan cepat.
Pihak pengurusan tertinggi sesuatu kejohanan olahraga perlulah sekurang-
kurangnya mempunyai pengalaman dalam menganjurkan kejohanan
sebelum dilantik dalam pasukan pengurusan tertinggi kejohanan.
Terdapat dua majlis atau acara yang agak penting iaitu pertandingan dan
upacara perasmian dan penutup dalam sesuatu kejohanan olahraga yang
dianjurkan.
Jawatankuasa Teknikal merupakan jawatankuasa yang berkaitan dengan
teknikal dalam pertandingan.
Post-mortem perlu dilaksanakan selepas berakhirnya sesuatu majlis atau
upacara.
Mesyuarat post-mortem adalah bertujuan bagi mendapat input serta menilai
pencapaian ahli jawatankuasa.
1. Tuliskan nota ringkas berkaitan dengan langkah yang perlu
diambil dalam mesyuarat post-mortem.

2. Terdapat dua peringkat mesyuarat post-mortem, nyatakan
peringkat mesyuarat post-mortem tersebut.

3. Penutup kejohanan bukan pengakhir kerja bagi jawatankuasa,
huraikan kerja yang harus dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil
selepas majlis penutup.

4. Huraikan tujuan mesyuarat post-mortem diadakan.

5. Nyatakan jenis-jenis laporan yang ditulis selepas sesuatu
kejohanan olahraga berakhir.
SEMAK KENDIRI 10.3
X TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA 238
Biasanya terdapat dua aras mesyuarat post-mortem iaitu mesyuarat post-
mortem bagi Jawatankuasa Kecil dan mesyuarat post-mortem bagi
Jawatankuasa Induk.
Dalam post-mortem mesyuarat Jawatankuasa Kecil perkara utama yang
dibincangkan ialah kejayaan dan kelemahan peranan sesuatu Jawatankuasa
Kecil.
Dalam mesyuarat post-mortem Jawatankuasa Induk, setiap pengerusi
Jawatankuasa Kecil akan membentangkan dan membincangkan laporan
post-mortem.
Mesyuarat bertujuan untuk mengkaji faktor kelemahan dan kelebihan
peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Induk.
Jawatankuasa Atur Cara, Protokol dan Sambutan memainkan peranan
penting dan bekerjasama untuk mengawasi perjalanan majlis perasmian dan
penutup dari mula hingga akhir.
Majlis perasmian dan penutup biasanya akan disempurnakan oleh tetamu
kehormat di samping itu terdapat juga jemputan khas yang turut dijemput.
Satu Jawatankuasa Teknikal Kepegawaian diwujudkan bagi menjaga
kehadiran dan kebajikan pegawai.
Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan yang dibantu oleh Jawatankuasa
Pendaftaran bertanggungjawab menyediakan borang-borang teknikal
kejohanan.
Pengurus-pengurus pasukan perlu diberi jadual yang lengkap ketika
taklimat pengurus-pengurus pasukan.
Kawasan gelanggang adalah kawasan larangan untuk dimasuki oleh semua
individu kecuali sekiranya ada urusan.
Penutup kejohanan bukan berakhirnya kerja bagi semua jawatankuasa,
masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan oleh ahli jawatankuasa
selepas kejohanan olahraga selesai.
Jawatankuasa Kebersihan perlu bertungkus lumus membersihkan
gelanggang sehingga ia berada dalam keadaan yang bersih dan berfungsi
seperti kedudukan asal.
TOPIK 10 PERANAN SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN OLAHRAGA W 239
Jawatankuasa Teknikal pula bertanggungjawab menyediakan laporan
teknikal iaitu keputusan keseluruhan kejohanan dan statistik pertandingan
kepada pengurus-pengurus pasukan yang terbabit.
Jawatankuasa Alatan perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengangkutan
dan pasukan sukarela untuk memulangkan semula alatan yang dipinjamkan.


Ahli Jawatankuasa Induk
Bacaan ikrar
Bendera mengikut protokol
Iringan bunga manggar
Jawatankuasa Jamuan
Jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa Protokol
Laporan post-mortem
Laporan teknikal
Maskot
Ahli Jawatankuasa Induk
Bacaan ikrar
Bendera mengikut protokol
Iringan bunga manggar
Jawatankuasa Jamuan
Jawatankuasa Kecil
Jawatankuasa Protokol
Laporan post-mortem
Laporan teknikal
Maskot

Bennet, D. (1992). Sports facts athletic sports. London: Franklin Watts.
Clarke, R., & Boyle, R. (1978). Successful track and field. Iowa: William C. Brown.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2003). Undang-undang kejohanan
olahraga 3.
Ten, H. (1996). Manual olahraga. Kuala Lumpur: Junjuara.
Teng, B. T. (1994). Gerko: Panduan pengajaran olahraga. Shah Alam: Fajar Bakti.
Wee, E. H. (2002). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian dan
kejurulatihan. Shah Alam: Karisma.

You might also like