You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT BIDANG SAINS DAN MATEMATIK

KALI KETIGA 2013



Tarikh : 22 Oktober 2013
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Guru

Kehadiran
1. Katrie Eming Ketua Bidang Sains & Matematik
2. Abdul Hisham bin Kamaludin Panitia Matematik
3. Tuan Norazam bin Tuan Yaacob Panitia Sains
4. Zam Jumain
5. Mohd Zufly bin Abdul Kadir
6. Ahmad Rashidi bin Husain
7. Stanley Eston Chia
8. Jusipin Mongintal
Tidak Hadir Bersebab
1. Mas Ajlindah Wati binti Ajan
2. Rusni Abd Kadir

Perkara
1. Ucapan Pengerusi
1.1. Ketua Bidang mengalu-alukan kedatangan semua guru ke mesyuarat kali ketiga ini.
Beliau membangkitkan perkara mengenai mesyuarat yang lalu.
Untuk Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.1. Pencadang : Abdul Hisham bin Kamaludin
2.2. Penyokong : Tuan Norazam bin Tuan Yaacob
Untuk Makluman

3. Laporan Ketua Panitia Sains
3.1. En.Tuan Norazam memberitahu bahawa aktiviti-aktiviti panitia Sains yang telah
dirancang untuk tahun 2013 tidak dapat dijalankan dengan sempurna kerana ingin
memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan
PMR & SPM.
Untuk Makluman
3.2. Beliau juga memaklumkan program kelas tambahan Near Miss untuk matapelajaran
Sains yang dijalankan oleh sekolah tidak mencapai objektif yang sepatutnya atas
sebab tidak ada pemantauan dan kurangnya komitmen yang diberikan oleh guru-
guru.
Untuk Makluman

4. Laporan Ketua Panitia Matematik
4.1. En.Hisham menyatakan kelemahan beliau kerana tidak dapat mengadakan
mesyuarat panitia matematik untuk tahun ini. Walaubagaimanapun beliau
menyatakan akan berusaha untuk membuat mesyuarat panitia pada tahun hadapan
sekurang-kurangnya sekali sepenggal.
Untuk Makluman

4.2. Beliau menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh panitia Matematik
untuk tahun ini tidak dapat dijalankan kerana pelanggaran masa dengan aktiviti-
aktiviti sekolah yang dijalankan. Namun begitu, program kelas tambahan Near Miss
untuk mata pelajaran Matematik berjalan dengan lancar.
Untuk Makluman

4.3. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada En.Tan daripada SISC PPD Beluran
yang telah mambantu sekolah dalam menyediakan bahan-bahan mengajar
Matematik untuk Tingkatan 3.
Untuk Makluman

5. Jadual Waktu Mengajar 2014
5.1. En.Katrie mencadangkan beberapa perubahan dalam jadual waktu mengajar bagi
mata pelajaran Sains & Matematik untuk tahun 2014. Namun demikian, jadual
pengagihan kelas ini akan berubah mengikut kesesuaian pada tahun hadapan.

Matapelajaran Kelas Guru
Sains
Ting. 1 Jusipin Mongintal
Ting. 2 GB Henry
Ting. 3 Rusni Abd Kadir
Ting. 4
Zam Jumain
Tuan Norazam Tuan Yaacob
Ting. 5 Tuan Norazam Tuan Yaacob
Matematik
Ting. 1 Stanley Eston Chia
Ting. 2 Mas Ajlindah Wati binti Ajan
Ting. 3
Ahmad Rashidi bin Husain
Mohd Zufly bin Abdul Kadir
Ting. 4 Katrie Eming
Ting. 5 Mohd Zufly bin Abdul Kadir

Tindakan: En.Katrie Eming & Guru Jadual Waktu



6. Hal-Hal Lain
6.1. En.Rashidi mencadangkan membina satu ruang mural untuk sifir bagi meningkatkan
penguasaan sifir untuk pelajar yang kurang menguasai sifir dan mencadangkan juga
untuk menyuruh pelajar membeli buku latihan khas Matematik (Buku Petak).
Tindakan: En. Rashidi

6.2. En.Katrie juga mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan penguasaan sifir
pelajar dengan memanggil beberapa orang pelajar dan menyuruh mereka
menghafal sifir setiap kali berjumpa dengan guru.
Tindakan: Semua guru Matematik

6.3. En.Zam juga tidak ketinggalan memberikan cadangan beliau supaya memberi
banyak latihtubi kepada pelajar terutamanya dalam mata pelajaran agar mereka
dapat menguasai asas-asas dalam matematik.
Tindakan: Semua guru Matematik

7. Penutup
7.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru dan berharap
agar semua guru bergerak secara proaktif dalam melaksanakan tugas masing-
masing.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(STANLEY ESTON CHIA) (KATRIE EMING)
Setiausaha Bidang Sains & Matematik Ketua Bidang Sains & Matematik








Pencadang : ................................................................

Penyokong : .................................................................