You are on page 1of 5

Kepentingan wujudnya interaksi positif dan negatif antara pelbagai

tamadun


Interaksi antara tamadun
Kesan positif
Tamadun Islam dengan tamadun Yahudi
dan Kristian
Perlembagaan Madinah
-Hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta
penganut agama lain diberi perlindungan.
-Mereka diberi kebebasan beramal
mengikut anutan agama masing-masing
tanpa sebarang gangguan dari Rasulullah
s.a.w. dan kaum Muslimin.
Tamadun Cina dan India
Teknologi memproses gula daripada tebu
dan ilmu astronomi telah dibawa dari
India ke Cina.
Tamadun Islam dan Melayu
agama Islam telah tersebar di kepulauan
Melayu melalui perdagangan dari Arab,
Parsi India, dan China
Tamadun Cina dan Jepun
Tulisan Cina telah menjadi asas kepada
pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragama
dan Katakana
Ajaran Buddha yang telah diasimilasikan
dengan agama asal orang Jepun iaitu Shinto.
Kesan negatif
Antara Timur dan Barat
Perang Teluk pada tahun 1991:
100,000 orang askar dan orang
awam Iraq mati
Konflik Balkan pada tahun 1999
ethnic cleansing, genocide
Tahun 1990-an menyaksikan
kemuncak baru dalam jumlah
peperangan tahunan 34 dalam
tahun 1992.
Perang tempatan dan perang
saudara di Iraq, Somalia,
kawasan Balkan, Rwanda,
Liberia, Turki, Chechnya, Angola
dan Maghribi telah mencipta
rekod-rekod ini serta
meningkatkan jumlah pelarian
sebanyak 50 peratus dalam
sepuluh tahun yang lalu
ANTARA KRISTIAN DAN
YAHUDI
Pembunuhan beramai-ramai
orang Yahudi pada abad ke 9
dan 18 Masihi
Holocaust hampir 6 juta
orang Eropah berbangsa
Yahudi dibunuh sewaktu
rejim Hitler
KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI MALAYSIA
Interaksi antara tamadun di Malaysia wujud kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga
bangsa dominan yang berasal dari kelompok Tamadun Asia. Peribumi Melayu mewakili
pembina Tamadun Melayu, etnik Cina mewarisi Tamadun Cina dari Tanah Besar Cina dan etnik
India mewakili Tamadun India dari Benua Kecil India. Kepelbagaian bangsa yang mendiami
Malaysia pasti memberi pelbagai kesan dalam hidup bermasyarakat. Kesan ini dikategorikan
kepada kesan positif mahupun negatif.
Kesan Positif
Kesan positif telah wujud sejak dari awal interaksi bangsa di Malaysia yang berlaku sebelum
merdeka hinggalah pada zaman kemerdekaan, selepas merdeka dan hingga kini. Kesan ini
telah menghasilkan hubungan harmoni antara kaum di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ini
kerajaan Malaysia telah terdorong menggubal beberapa dasar untuk mengukuhkan lagi jalinan
ini. Kesan tersebut adalah seperti berikut:
Pertambahan bahasa dan kosa kata Melayu dalam pelbagai aspek.
Kosa kata dalam Bahasa Melayu telah bertambah sehari ke sehari sejak berlakunya interaksi
antara bangsa. Di bawah merupakan sebahagian contoh kosa kata bahasa Melayu yang wujud
hasil interaksi.
Makanan dan buahan
Bakmi, me, mesua, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang kaki),
tauhu, kincam (sayur kering), lai, laici, teh, bihun, toyu, samsu, tamar.
Pakaian dan barang dagangan
Cukin, tocang, lo cuan, kekwa (bunga) koyok, cat, gimpai, gincu, tahil, koyan, d ( 1/10 tahil ),
hun ( 1/100 tahil) , 1 inci), tohar, tokok, angklong, candu, kaci.
Rumah dan peralatan
Loting, pangkin, angloh, loceng, langkan, kangka, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca,
langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, takpi, cawan, tekoh, uncoi, dacing, kok
(belenggu tengkok haiwan ), cacing, kincir.
Manusia dan ehwalnya
Apek, loki, nyonya, cempiang, taukeh, kongsi, kicak, cinggeh, cincau, ampau, taijin, kuntau, gua,
lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong, tekong, banci, cuak, culai, lancong.
Permainan
Ceki, pakau, capjeki, congkak, cukai, mahjong.
Kebudayaan
Hasil interaksi antara bangsa turut melahirkan budaya campuran yang diamalkan oleh satu
komuniti masyarakat di Malaysia. Antara komuniti tersebut adalah seperti berikut:
i. Budaya Baba-Nyonya
Pada awal kurun ke 17 sekitar tahun 1613 M, komuniti China telah menetap di Melaka.
Oleh kerana tiada pendatang Cina dari kalangan wanita mereka berkahwin dengan wanita
tempatan. Justeru itu bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dalam urusan
perniagaan tetapi dalam institusi keluarga.Lahirlah satu budaya kacukan yang dipanggil Baba
dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikenali kerana mereka memperkenalkan diri
mereka sebagai Baba atau Peranakan.
Selain itu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu gaya mereka yang kemudiannya
dikenali sebagai bahasa Melayu Baba. Bahasa yang digunakan mereka adalah bahasa dialek
Melayu Baba yang diasaskan atas ragam bahasa Melayu pasar. Setiap kawasan mempunyai
ragam yang dipengaruhi dialek Melayu tempatan yang berbeza-beza. Bahasa ini berbeza
dengan Bahasa Melayu baku. Komuniti ini telah menyerapkan Bahasa Cina dalam perbualan
seharian mereka terutama kata pinjaman dari dialek Hokkein yang berkaitan adat, kekeluargaan
dan agama. Kata-kata serapan ini terus mengalami penyesuaian dari segi sebutan dan makna.
Sebagainya contohnya, lau-teng = loteng, Put-Go = Datuk Uco (nama satu dewa Buddha ).
Selain itu, perkataan Melayu juga mengalami perubahan bunyi dan makna. Sebagai,
contoh, malaikat = malaikat ( roh nenek moyang ), kawan = kawan (suami ). Komuniti ini tidak
banyak menggunakan imbuhan dalam perbualan, sebaliknya hanya menggunakan kata dasar
sahaja seperti Dia tulis surat. Perkataan punya menggantikan partikel milik nya
seperti bukunya disebut dia punya buku. Ringkasnya, komuniti ini berusaha meniru pelbagai
aspek budaya Melayu hingga kepada aspek makanan dan masakan. Justeru itu, masakan
Baba dipengaruhi oleh masakan Melayu. Mereka turut meniru gaya makan orang Melayu
menggunakan tangan. Generasi yang lebih tua pula berminat menggunakan kain sarung dan
kebaya sebagai pakaian seharian.
ii. Budaya China Peranakan
Terdapat dua komuniti Cina Peranakan di Malaysia. Pertama, Cina Peranakan Kelantan
yang dikatakan bermula hasil wujudnya hubungan diplomatik negara Cina dengan negeri di
Pantai Timur yang berlaku sejak sebelum zaman Srivijaya lagi. Komuniti ini terdapat di tebing
sungai Kelantan dan Kuala Kerai di hulu sehingga ke muara Tumpat.
Antara kesan interaksi yang berlaku antara mereka dengan penduduk tempatan ialah
penyerapan ciri-ciri budaya Melayu di kalangan mereka. Paling ketara ialah penggunaan dialek
Kelantan yang fasih dan fesyen pakaian. Wujud juga sifat saling menghormati dan lahir cita
rasa yang sama antara mereka dengan penduduk tempatan seperti kegemaran kepada wayang
kulit, permainan mahjong, wayang gedek dan menora. Namun ciri budaya Cina asal masih
kekal pada mereka khususnya pada aspek agama. Mereka kekal berpegang pada agama asal
warisan mereka terutamanya agama Buddha.
Komuniti kedua ialah Cina Peranakan Melaka dan Pulang Pinang. Masyarakat Cina
Peranakan dua tempat ini menggunakan bahasa Melayu dan cara hidup Melayu, namun
mereka tidak beragama Islam. Kehidupan mereka begitu dekat dengan orang Melayu. Mereka
juga mengamalkan adat resam yang mirip adat resam orang Melayu, walaupun masih terdapat
ciri budaya Cina lama. Mereka turut percaya kepada makhluk halus atau ghaib dan roh seperti
masyarakat Melayu.
Kesenian
Hasil interaksi antara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina di Tanah Melayu pada
zaman awal amat ketara pada aspek seni bina. Unsur seni bina Cina diserap dalam pembinaan
masjid. Antara ciri khusus serapan ialah pada reka bentuk bumbung masjid yang menyerupai
seni bina Pagoda. Contoh yang jelas dapat dilihat pada Masjid Tanjung Kling dan Masjid
Tengkera, di Melaka. Demikian juga masjid Kampong Laut di Kelantan, masjid Demak di Jawa
Timur dan beberapa tempat lain di rantau Alam Melayu. Malah, identiti reka bentuk masjid pada
zaman sebelum Malaysia merdeka adalah bumbung bertingkat yang diilhamkan dari bangunan
Pagoda. Reka bentuk bumbung masjid-masjid ini dihasilkan secara bertingkat-tingkat.
Sekurang-kurangnya terdapat 3 tingkat bumbung masjid.
Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan
Interaksi antara bangsa di Malaysia dipadukan melalui penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi seperti yang tercatat pada Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan. Namun,
bahasa-bahasa lain boleh digunakan. Untuk mengukuhkan lagi peranan bahasa Melayu dalam
masyarakat majmuk kerajaan telah membentuk Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1963.
Kesan Negatif
Di samping kesan positif yang tersemat dalam lembaran sejarah masyarakat majmuk di
Malaysia, interaksi kaum turut terdedah dengan beberapa kesan negatif. Kesan negatif yang
paling penting hingga ke hari ini adalah seperti berikut:
Jurang ekonomi
Jurang perbezaan ekonomi yang besar antara kaum di Malaysia. Jurang ini berlaku
kerana sikap penjajah yang berat sebelah dan tidak mengambil berat aspek kebajikan dan
masalah rakyat tempatan. Para petani yang sebahagian besar terdiri dari masyarakat Melayu
sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan
orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan
kepada masyarakat bandar. Dalam hal ini, orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman
sara diri sahaja, sedangkan masyarakat imigran di kawasan bandar terutamanya Cina terus
sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import. Ini bermakna, penjajah hanya
membenarkan masyarakat Melayu menjadi pekebun kecil sahaja. Jika terdapat perkampungan
baru, orang Melayu dikenakan syarat tertentu seperti hanya menanam padi, kelapa dan buah-
buahan.
Sehubungan itu, pembangunan kawasan banyak ditumpukan di kawasan yang bersedia
menerima perubahan. Ini menyebabkan kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih cepat
mendapat kemajuan dari kawasan Pantai Timur. Perbandaran yang dicirikan penjajah memberi
penumpuan kepada penduduk kaum imigran terutama kaum Cina. Ringkasnya, akibat dasar
pecah dan perintah Inggeris berlaku perbezaan tumpuan sektor ekonomi. Melayu sebagai
petani sara diri dan nelayan, Cina di sektor perdagangan dan perlombongan, sementara India di
ladang. Ini memberi kesan kepada ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar.
Kesan ini berlanjutan hingga zaman pasca-penjajah.
Jurang Sosial
Jurang ekonomi memberi kesan kepada jurang sosial. Lantaran itu wujud kelompok
masyarakat kaya yang banyak terbina dari kalangan masyarakat bandar dan masyarakat miskin
yang wujud di kalangan masyarakat luar bandar. Secara tidak langsung, keadaan ini telah
mengubah struktur masyarakat Melayu dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan
berkelas. Kelas atasan terdiri sari golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurus dan
pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina. Kelas pertengahan adalah masyarakat
etnik Cina dan sedikit dari golongan India, sebilangan kecil individu Melayu dan lain-lain kaum
bumiputera. Kelas bawahan merupakan majoriti masyarakat Melayu dan peribumi. Ini memberi
kesan seolah-olah wujud susun lapis dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman.
Pencapaian Tidak Seimbang
Pencapaian yang tidak seimbang juga berlaku dalam aspek penting khususnya
pendidikan. Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum dan logistik etnik
di Malaysia. Pengasingan sistem pendidikan mula berlaku antara etnik. Masyarakat Melayu
dengan pendidikan Melayu, etnik India dengan pendidikan berteras bahasa Tamil dan etnik
Cina dengan teras bahasa Mandarin. Sementara komuniti peribumi yang terdiri dari Orang Asli,
etnik Sabah dan Sarawak tidak diberikan pendidikan.