You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI

CARI DAN MUSNAH DENGGI





1 Nama Aktiviti
GOTONG ROYONG SEMPENA PROGRAM CARI DAN MUSNAH DENGGI
SK NANGA BANGKIT
7 HINGGA 8 OGOS 2014

2 Pendahuluan


Penyakit demam denggi ialah penyakit berjangkit yang menjadi satu masalah global dan endemic di
beberapa buah negara seperti Afrika, USA, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat
(WHO,2002). Penyakit ini adalah disebakan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Di
Malaysia, penyakit demam denggi merupakan masalah kesihatan awam. Oleh yang demikian, pihak
sekolah mengambil inisiatif dengan mengadakan beberapa aktiviti yang berkaitan seperti taklimat,
pengedaran poster, tayangan video dan aktiviti gotong-royong untuk memastikan murid murid
mengetahui tentang bahaya pembiakan nyamuk AEDES di sekolah dan sentiasa berusaha mengekalkan
kebersihan agar penyakit ini boleh dicegah ibarat kata pepatah mencegah lebih baik daripada
mengubati .Aktiviti ini diadakan selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 Ogos 2014 .

3 Tujuan


a. Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat . Pemupukan budaya hidup yang

sihat mampu menjamin kehidupan yang sejahtera.

b. Memupuk sikap keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang

pendidikan pencegahan demam denggi

c. Menjadikan murid lebih peka terhadap pencegahan pembiakan nyamuk Aedes

d. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, kondusif, dan bebas pembiakan nyamuk Aedes.



4
Matlamat


Penganjuran aktiviti seperti taklimat, pengedaran poster dan pamplet di setiap kelas serta aktiviti
gotong-royong untuk mencegah dan memusnahkan nyamuk Aedes dapat membantu memupuk sikap
keprihatinan dan komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang pendidikan pencegahan
demam denggi seterusnya mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas
pembiakan Nyamuk Aedes dan penyakit denggi.













5 Penyertaan Murid Mengikut Pecahan Kaum :



Bumiputera /
Melayu
Cina India Lain-lain


L P L P L P L P


48 40



6 Penyertaan Guru Dan AKS Yang Terlibat ( Lampiran )



Bumiputera /
Melayu
Cina India Lain-lain


L P L P L P L P


14 10 1



7 Laporan Aktiviti Harian



Bil

Tarikhh / Masa

Penerangan

Tempat


1.


7 OGOS 2014

PERHIMPUNAN
PAGI

0700-0800 PAGI

Taklimat mengenai
Nyamuk Aedes
dan bahaya Denggi .
Aktiviti yang akan
dijalankan


Tapak
perhimpunan
&
Kelas


2.

7 OGOS 2014

AKTIVITI
PETANG

0230-0400 PETANG

Pengedaran Poster
oleh Unit HEM dengan
kerjasama Panitia
Penididikan Moral
Tayangan Video
berkaitan pembiakan
nyamuk dan cara
mencegah.


Kelas


3.


8 OGOS
AKTIVITI
PETANG
0230-0400 PETANG


Gotong royong sekitar
kawasan sekolah,
asrama , dewan makan
padang dan tempat-
tempat yangtelah
ditetapkan




Seluruh kawasan sekolah
dan asrama





8 Laporan Perbelanjaan [ Perbelanjaan Diuruskan Pihak Sekolah]




9 Cadangan Penambahbaikan


Unit HEM dengan kerjasama semua berharap agar aktiviti yang dijalankan pada masa hadapan dapat

ditambahbaik seperti penglibatan para ibubapa dan masyarakat setempat agar pengetahuan yang

diperoleh dapat dikongsi bersama.


10 Kesimpulan


Aktiviti seperti ini memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran setiap murid khususnya

dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan setelah dijalankan dengan jayanya. Kerjasama, sumbangan

dan penglibatan libatan daripada semua pihak amatlah dihargai dalam menjayakannya. Diharapkan

laksanakan pada masa akan datang dan memberikan impak yang positif kepada semua pihak teruta-

tamanya murid, guru dan masyarakat setempat.




Disediakan Oleh :















[ NUR ATIQAH MAT SABERI ]




Setiausaha
Program Cari dan Musnah Denggi


SK Nanga Bangkit


96850 Song, Sarawak.

Tarikh :
8 OGOS 2014





Disahkan Oleh :








[ NUING ANAK SANOM ]




Guru Besar


SK Nanga Bangkit


96850 Song, Sarawak.

Tarikh :
8 OGOS 2014