You are on page 1of 13

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran

pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima


Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 16


KESAN KAEDAH DEMONSTRASI DAN KAD MANUAL DALAM
PENGAJARAN PEMASANGAN KIT MODEL KERETA
MURID TAHUN LIMA
Oleh
Kamsul Bin Rosli
kamsulpgsrrbt@yahoo.com.my

ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk meninjau kesan kaedah
demonstrasi dan penggunaan kad manual untuk membantu murid
Tahun 5 Hukma memasang kit model kereta dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk
menambah baik amalan pengajaran saya. Peserta kajian terdiri
daripada tiga orang murid Tahun 5 Hukma. Teknik mengumpul
data yang digunakan ialah borang maklum balas, borang senarai
semak, pemerhatian, temu bual dan gambar. Data yang dikumpul
dianalisis kandungan dan pola. Penyemakan data dilakukan
dengan menggunakan triangulasi antara kaedah dan triangulasi
sumber. Hasil kajian mendapati kaedah demonstrasi dan
penggunaan kad manual dapat membantu tiga orang murid Tahun
Lima memasang kit model kereta dengan betul dan tepat dalam
masa yang telah ditetapkan di samping menambah baik amalan
pengajaran saya.
Kata kunci: Kaedah demonstrasi, kad manual, kit model kereta,
murid Tahun Lima
ABSTRACT
This action research was carried out to explore the effect of
demonstration method and the of manual card in helping Year 5
Hukma pupils assemble model car kit in Living Skills subject.
Besides that, this research was also conducted to improve my
teaching practices. The research participants involved three pupils
from Year 5 Hukma. The data collecting methods used in this study
involved checklist and feedback forms, observation, interviews and
photographs. The data gathered were analysed for content and
pattern. Data checking was carried out using between methods and
sources triangulation. The result showed that demonstration
method and the use of manual card helped the Year Five pupils
assemble correctly and accurately the model car kit within the time
given and at the same time improved my teaching practices.
Keywords: Demonstration method, manual card, model car kit,
Year Five pupils

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 17


PENGENALAN
Refleksi Pengalaman Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merupakan seorang pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah
Rendah (PGSR) ambilan November 2008 di Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang (IPG KBL). Saya mengikuti kursus PGSR dengan
Reka Bentuk dan Teknologi sebagai major. Untuk melengkapkan kursus
semester 8, kami dikehendaki membuat penyelidikan tindakan (PT). PT
adalah sesuatu yang baharu dan mencabar kepada saya.

Saya telah mengajar selama lebih kurang 17 tahun di beberapa buah
sekolah rendah. Pelbagai pengalaman yang saya peroleh sebagai seorang
guru dalam tempoh masa tersebut. Sekolah pertama tempat saya mula
berkhidmat sebagai seorang guru ialah di daerah Belaga. Selepas itu, saya
telah berpindah ke sebuah sekolah di daerah Kapit. Sekarang, saya
mengajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu (SKBB) (nama samaran)
di daerah Betong. Saya mengajar Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran
utama dan Kemahiran Hidup (KH) sebagai mata pelajaran sampingan.
Sepanjang tempoh mengajar, saya telah mendapat banyak pengalaman
mengajar tetapi lebih kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.

Semasa mengajar tajuk memasang kit model kereta KH Tahun 5 Hukma,
saya telah membuat persediaan yang sesuai untuk mengajar tajuk ini. Saya
mengajar berpandukan buku teks dan Buku Panduan Guru. Pada akhir sesi
pengajaran dan pembelajaran (p&p), saya rasa kecewa kerana murid-murid
gagal menyiapkan kit model tersebut dengan betul. Tidak ada satu
kumpulan pun yang dapat siap memasang kit model tersebut dan dengan
betul.

Isu Keperihatinan
Saya telah mengesan beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid
semasa proses p&p tersebut. Saya juga mengesan kelemahan saya sendiri
dalam proses p&p tersebut. Teknik dan kaedah yang saya gunakan untuk
proses pengajaran tajuk tersebut tidak sesuai menyebabkan murid tidak
dapat memasang kit model kereta yang nampak agak mudah untuk
disiapkan. Antara kelamahan yang terdapat dalam proses p&p tersebut
ialah:
kesilapan murid-murid memasang komponen kit model kereta,
murid tidak dapat siap memasang kit model kereta dan dengan betul,
dan
kelemahan saya sendiri menyampaikan isi pelajaran.
Saya perlu mendedahkan murid-murid tentang komponen-kompenen kit
model kereta. Selain itu, murid-murid perlu memahami maklumat dalam
manual pemasangan kit model kereta tersebut. Seterusnya kelemahan saya
dalam menyampaikan isi pelajaran perlu diatasi dengan menggunakan
Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 18


kaedah dan teknik yang lebih sesuai supaya murid-murid dapat memahami
dan mengetahui bagaimana memasang kit model tersebut dengan betul.
Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
membantu murid-murid Tahun 5 Hukma memasang kit model kereta
dengan betul menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual, dan
menambah baik amalan pengajaran kendiri memasang kit model kereta
melalui kaedah demonstrasi dan kad manual dalam mata pelajaran KH
Tahun Lima.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Apakahkah kesan kaedah demonstrasi dan kad manual terhadap tiga
orang murid Tahun 5 Hukma dalam memasang kit model kereta?
Bagaimanakah penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual
dapat meningkatkan mutu pengajaran saya dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta Tahun Lima?
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Saya menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual (bahan bantu
mengajar) untuk tindakan PT ini. Koh Boh Boon (1985) dalam buku
Pedagogi Asas Pendidikan menjelaskan bahawa pengajaran adalah satu
proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti
pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran
sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu, untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid, pelbagai strategi dan kaedah
boleh digunakan. Antaranya ialah dengan menggunakan kaedah
demonstrasi. Che Hafizie Che Hassan (2006) menyatakan penggunaan
bahan bantu mengajar (BBM) dapat meningkatkan dan mengukuhkan
kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Saya telah
menyediakan ancangan tindakan dan menjalankan tindakan.

Saya membuat rancangan persediaan mengajar untuk sesi p&p
menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual sebagai tindakan
dalam PT ini. Untuk itu saya telah menyediakan alat dan bahan yang
berkaitan. Saya juga turut menyediakan borang senarai semak sebagai
instrument pemerhatian.

METODOLOGI

Peserta Kajian
Tujuan PT ini adalah untuk menambah baik amalan pengajaran saya.
Kemmis dan McTaggart (1988) menyatakan PT ialah inkuiri yang berbentuk
refleksi kendiri dan dilakukan secara kolaboratif oleh peserta dalam situasi
Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 19


sosial yang bertujuan untuk memperbaiki amalan sosial dan pendidikan
mereka sendiri secara rasional dan adil serta pemahaman terhadap amalan
tersebut dan situasi di mana amalan tersebut dilakukan.
McNiff (1988) menjelaskan PT merupakan satu pendedahan untuk
memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang
menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah
amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan
secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Justeru,
saya adalah merupakan peserta dalam kajian ini untuk menambah baik
amalan kendiri saya sebagai seorang guru.
Melalui data awal yang saya peroleh, saya telah memilih tiga orang murid
Tahun 5 Hukma yang terdiri daripada Johan, Zizan dan Nabil (nama
samaran) sebagai peserta kajian. Jadual 1 menunjukkan komponen yang
tidak dapat dipasang oleh Johan, Zizan dan Nabil dalam tinjauan awal yang
saya laksanakan dalam mengenal pasti peserta kajian ini.
Jadual 1

Masalah Komponen yang Tidak Dapat Dipasang (X)
Bil Komponen/ Perkara
Peserta Kajian
Johan Zizan Nabil Jum X
1. Roda
2. Gandar
3. Suis X X X 3
4. Gear X X X 3
5. Motor X X X 3
6. Pemegang bateri
7. Badan kereta
8. Bateri
9. Kit model kereta siap dipasang X X X 3
10. Kereta model kereta bergerak dengan betul X X X 3

Etika Penyelidikan
Sebelum saya menjalankan penyelidikan ini saya telah mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar SKBB. Saya telah mengemukakan surat
kebenaran kepada Guru Besar untuk menjalankan kajian ini. Saya juga
telah memaklumkan Guru Besar tentang surat yang dikeluarkan oleh IPG
KBL bagi memohon kebenaran menjalankan PT. Selain itu, saya juga telah
memaklumkan kepada Guru Besar siapa yang terlibat dalam kajian ini.
Saya juga telah mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada murid-
murid yang terlibat dalam penyelidikan ini. Untuk itu, saya telah
menyediakan surat persetujuan pernyertaan dalam PT. Saya juga telah
menjelaskan tentang penyertaan mereka dan tujuan penyelidikan ini
dijalankan.


Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 20


Cara Mengumpul Data
Saya menggunakan empat cara mengumpul data dalam kajian ini. Empat
cara tersebut ialah borang maklum balas dan borang senarai semak,
pemerhatian, temu bual dan gambar.

Borang maklum balas
Saya menggunakan borang maklum balas mengumpul data. Saya
menggunakan borang tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang
masalah yang mereka hadapi semasa memasang kit model kereta. Saya
telah mengedar borang maklum balas kepada tiga orang peserta kajian
saya. Melalui borang maklum balas ini juga, saya dapat mengetahui
komponen mana yang sukar dipasang oleh murid-murid. Berpandukan kit
model kereta yang dipasang oleh murid saya dapat membuat analisis
kelemahan dan pencapaian murid-murid. Rajah 1 menunjukkan borang
maklum balas yang saya gunakan untuk mengumpul maklumat.

BORANG MAKLUM BALAS
PEMASANGAN KIT MODEL KERETA
Tandakan jika komponen dapat dipasang dengan betul dan
X jika tidak atau salah pasang.
Nama:...
Bil Komponen/ Perkara / X
1. Roda
2. Gandar
3. Suis
4. Gear
5. Motor
6. Pemegang bateri
7. Badan kereta
8. Bateri
9. Kit model kereta siap dipasang
10. Kereta model kereta bergerak dengan betul

Catatan:

Rajah 1. Contoh borang maklum balas.

Pemerhatian
Pemerhatian juga merupakan cara pengumpulan data kajian ini selain soal
selidik dan temu bual. Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk
mengkaji dan memahami proses yang berlaku sepanjang peroses p&p
dalam bilik darjah. Pemerhatian ini melibatkan kemahiran murid, kelemahan
murid, proses kerja, dan hasil kerja mereka. Saya telah membuat catatan
hasil daripada pemerhatian saya itu dalam borang catatan pemerhatian dan
borang senarai semak.

Temu bual
Saya juga menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpul data bagi PT
yang saya jalankan. Temu bual adalah satu teknik yang amat berkesan
untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan
Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 21


pendapatnya. Temu bual melibatkan perbualan antara saya dengan guru
dan peserta kajian bagi mendapatkan maklumat yang relevan dengan
penyelidikan ini. Menurut Chuah Kim Hwa (2007), temu bual merupakan
satu kaedah yang membolehkan sesorang penyelidik mendapat maklumat
kajian secara mendalam kerana melibatkan hubungan bersua muka secara
berlangsung face-to-face dengan peserta kajian.

Gambar
Saya juga talah mengambil gambar untuk mengumpul data kajian ini. Saya
telah mengambil gambar sepanjang proses kajian dijalankan. Rajah 2
menunjukkan gambar peserta kajian sedang memasang kit model kereta
pada 17 Julai 2012.




Rajah 2. Peserta kajian sedang memasang kit model kereta
berpandukan kad manual pada 17 Julai 2012.

Cara Menganalisis Data
Dalam kajian ini, saya telah menggunakan empat cara untuk mendapatkan
data. Saya telah meneliti dan membuat analisis kandungan terhadap borang
catatan pemerhatian, hasil temu bual, borang maklum balas dan gambar
bagi mendapatkan maklumat untuk kajian saya. Saya menganalisis data
untuk mengenal pasti masalah serta kesan tindakan terhadap murid-murid.
Selain itu, saya menggunakan analisis pola persamaan dan perbezaan
untuk mengenal pasti kekerapan kelemahan memasang komponen tertentu.
Berdasarkan analisis ini, saya telah mengetahui komponen manakah yang
dikuasai dan tidak dikuasai oleh murid-murid.

Cara Menyemak Data
Dalam PT ini saya menggunakan dua jenis triangulasi iaitu triangulasi
antara kaedah dan sumber bagi menyemak data yang saya peroleh. Bagi
triangulasi antara kaedah, saya telah mengumpul maklumat yang diperoleh
daripada pemerhatian. analisis maklum balas dan temu bual. Maklumat
tersebut membolehkan saya membuat perbandingan kesan tindakan
terhadap tiga orang murid sebelum dan selepas menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual diperkenalkan.
Kad Manual
Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 22


Saya memilih triangulasi sumber kerana bimbang data yang saya semak
tidak tepat dan kesahannya dipertikaikan kerana berasaskan pandangan
saya sahaja. Justeru, triangulasi sumber saya gunakan untuk mendapatkan
pandangan daripada guru panitia KH yang berpengalaman dan yang
memang pengkhususan dalam mata pelajaran ini bagi memastikan kesahan
data yang saya telah kumpul.

DAPATAN

Apakah kesan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual
terhadap tiga orang murid Tahun 5 Hukma dalam memasang kit
model kereta?

Pada 17 Julai 2012, saya telah melaksanakan rancangan tindakan saya.
Dalam sesi p&p pada hari tersebut, saya telah menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual. Saya memulakan proses p&p dengan set
induksi tayangan video tentang kereta mainan. Ternyata tayangan tersebut
mendapat perhatian murid-murid. Langkah kedua pengajaran ialah saya
meminta perhatian murid ketika saya membuka dan memasang kit model
kereta. Semasa membuka kit model tersebut, saya menerangkan satu
persatu tentang komponen kit model kereta tersebut. Dalam langkah ketiga
pula, saya mendemonstrasikan pemasangan kit model kereta tersebut.
Langkah seterusnya, saya meminta murid-murid memasang semula kit
model kereta berdasarkan demonstrasi tersebut dan kad manual yang saya
sediakan. Sebelum itu, saya menerangkan cara-cara menggunakan kad
manual.
Saya mendapati murid-murid seronok memasang semula kit model. Walau
pun sebelum ini mereka gagal untuk memasang dan menyiapkan kit kereta
model tetapi hari ini mereka begitu yakin. Saya juga dapat melihat mereka
merujuk kepada kad manual setiap kali hendak memasang komponen-
komponen kit model kereta. Di samping kaedah demonstrasi yang
dijalankan, kad manual turut sangat membantu mereka dalam memasang
kit model kereta. Kad manual menjadi panduan bagi mereka terutamanya
memasang bahagian yang agak sukar iaitu bahagian motor dan gear.
Berpandukan kad manual, mereka dapat melihat dengan jelas bagaimana
komponen-komponen tersebut dicantum dan dipasangkan.

Peserta kajian dapat memasang kit model kereta dengan betul dalam masa
yang telah ditetapkan. Kit model kereta yang siap dipasang telah diuji dan
kit model kereta yang dipasang itu dapat bergerak. Ketiga-tiga peserta
kajian saya telah berjaya memasang kit model kereta tersebut. Berdasarkan
borang senarai semak dan pemerhatian seperti yang ditunjukkan pada
Jadual 2, didapati murid-murid telah berjaya memasang kit model kereta
dengan betul dan apabila diuji kit model kereta berkenaan, model kereta
tersebut dapat bergerak.
Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 23


Jadual 2

Analisis Senarai Semak Pemasangan Kit Model Kereta
Bil Komponen/ Perkara
Kekerapan
Johan Zizan Nabil Jum
1. Roda 3
2. Gandar 3
3. Suis 3
4. Gear 3
5. Motor 3
6. Pemegang bateri 3
7. Badan kereta 3
8. Bateri 3
9. Kit model kereta siap dipasang 3
10. Kereta model kereta bergerak dengan betul 3

Saya telah menemu bual peserta kajian untuk mendapat maklumat tentang
penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual. Rajah 3 hingga Rajah 5
menunjukkan transkrip temu bual antara saya dengan para peserta kajian
pada 17 Julai 2012.





Rajah 3. Transkrip temu bual antara saya dengan Johan(17 Julai 2012).





Rajah 4. Transkrip temu bual antara saya dengan Zizan (17 Julai 2012).








Rajah 5. Transkrip temu bual antara saya dengan Nabil (17 Julai 2012).
Saya : Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta sebentar tadi?
Johan : Seronok , cikgu.
Saya : Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta ini?
Johan : Tidak pandai cikgu.
Saya : Kenapa hari ini awak pandai?
Johan : Cikgu tunjuk cara pasang, cikgu.
Saya : Kalau cikgu tunjuk cara mesti dapatlah?
Johan : Tidak juga, cikgu. Tadi cikgu bagi kad manual. Senang sikit cikgu.


Saya : Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta sebentar tadi?
Zizan : Sangat seronok , cikgu.
Saya : Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta ini?
Zizan : Susah cikgu.
Saya : Apa yang susah? Kenapa hari ini awak pandai?
Zizan : Hari tu guna buku teks saja cikgu tapi hari ini cikgu tunjuk cara pasang.
Saya : Kalau tak guna kad manual boleh kah?
Zizan : Boleh, tapi susah cikgu.


Saya : Apa perasaan awak selepas berjaya memasang kit model kereta sebentar tadi?
Nabil : Gembira, cikgu.
Saya : Mengapa sebelum ini awak tidak dapat memasang kit model kereta ini?
Nabil : Susah nak pasang bahagian gear dan motor cikgu.
Saya : Kenapa hari ini awak pandai?
Nabil : Sebab cikgu buat demonstrasi.
Saya : Dapat ingat langkah-langkah demonstrasi yang saya buat?
Nabil : Dapat cikgu. Ada kad manual sebagai panduan.


Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 24


Daripada temu bual tersebut, peserta kajian didapati telah berjaya
memasang kit model kereta kerana kaedah demonstrasi dan bantuan kad
manual. Ketiga-tiga peserta kajian mengatakan demonstrasi atau pun tunjuk
cara yang dilakukan oleh guru memudahkan mereka memahami dan
memasang kit model kereta. Tugas mereka menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kad manual.

Hasil kerja, analisis senarai semak dan temu bual menunjukkan bahawa
Johan, Zizan dan Nabil telah berjaya memasang kit model kereta dengan
betul dalam masa yang telah ditetapkan. Mereka kelihatan lebih yakin
semasa memasang kit model kereta berbanding sebelum ini. Secara
keseluruhannya, kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat
membantu peserta kajian ini memasang kit model kereta.

Bagaimanakah penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual
dapat meningkatkan mutu pengajaran saya dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima?

Sebagai seorang guru, saya mengetahuai beberapa kaedah dan teknik p&p
secara teori dan pengalaman. Saya pernah mengaplikasikan kaedah-
kaedah ini dalam proses p&p seharian tetapi kadang-kadang saya
mengambil mudah pelajaran yang saya ajar. Semasa mengajar muird-murid
tajuk memasang kit model kereta, saya beranggapan tajuk ini adalah mudah
dan murid akan dapat memasang kit model kereta tersebut tanpa masalah.
Tetapi apabila masa tamat, semua murid didapati tidak dapat menyiapkan
tugasan tersebut. Oleh itu, saya memperkenalkan kaedah demonstrasi dan
penggunaan kad manual dalam kajian ke atas murid-muird saya supaya
mereka dapat memasang kit model kereta dengan betul, di samping
menambah baik amalan pengajaran saya saya sebagai seorang guru KH.
Menurut Chuah Kim Hwa (2010), penyelidikan tindakan membolehkan
seseorang penyelidik itu pada dasarnya mengkaji amalan kendiri untuk
tujuan menambah baik atau membaiki amalan kendiri (ms 93).

Saya telah menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual untuk
membantu murid-murid memasang semula kit model kereta. Saya telah
membuat rujukan tentang penggunaan kaedah demonstrasi dan alat bantu
mengajar melalui tinjauan literatur. Berdasarkan tinjauan ini, saya telah
merancang dan melaksanakan kajian ini. Kaedah demonstrasi ini bukan
sesuatu yang baharu bagi murid-murid saya. Kaedah ini juga sering
digunakan untuk pengajaran tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran KH.
Bezanya dalam kajian ini, saya menggunakan kad manual untuk membantu
murid-murid memasang semula kit model kereta selepas demonstrasi yang
saya buat.

Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 25


Sebelum ini saya sering mengajar tajuk ini dengan berpandukan buku teks
dan Buku Panduan Guru sahaja. Andaian yang saya buat menyebabkan
saya mengambil mudah pengajaran tajuk ini. Setelah menggunakan kaedah
demonstrasi dan kad manual, saya lebih yakin dan aktiviti pengajaran
dilaksanakan secara lebih sistematik. Murid-murid juga menunjukkan
keseronokan dan kesungguhan mereka semasa memasang kit model. Jika
terdapat masalah memasang komponen tertentu, mereka akan merujuk kad
manual. Jadual 3 menunjukkan analisis borang maklum balas peserta kajian
tentang penggunaan kaedah demonstrasi dan kad manual.

Jadual 3

Analisis Maklum Balas Penggunaan Kaedah Demonstrasi dan Kad Manual
Nama Johan Zizan Nabil
Soalan/ Respon Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1
2
3
4
5
6
7
8
Jumlah 8 8 8
Peratus 100% 100% 100%

Berdasarkan analisis borang maklum balas dan temu bual yang dijalankan,
penggunaan kaedah demonstrasi dan pengenalan kad manual ini telah
berjaya membantu murid-murid memasang kit model kereta dengan betul.
Data tersebut telah menunjukkan saya telah menambah baik amalan kendiri
sebagai seorang guru KH dalam mengajar tajuk memasang kit model
kereta. Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh peserta kajian,
mereka sangat bersetuju dengan kaedah demonstrasi dan kad manual yang
saya gunakan semasa mengajar mereka memasang kit model kereta.

Pemilihan kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat
membantu peserta kajian saya memasang kit model kereta dan menambah
baik amalan saya semasa mengajar memasang kit model kereta dalam
mata pelajaran KH. Daripada kajian ini, saya mendapat pengajaran bahawa
sebagai seorang guru, saya perlu lebih prihatin akan permasalahan yang
dihadapi oleh murid-murid. Di samping itu, saya perlu menggunakan kaedah
dan bahan bantu yang sesuai untuk memastikan anak didik saya dapat
mencapai objektif yang digariskan serta disasarkan.




Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 26


REFLEKSI, PEMBELAJARAN KENDIRI DAN CADANGAN
KAJIAN LANJUTAN KITARAN SELANJUTNYA

Refleksi
Refleksi adalah suatu proses berfikir secara penuh sedar dalam membuat
pemeriksaan dan penilaian terhadap sesuatu kepercayaan atau pegangan
diri, meneroka kekuatan dan kelemahan diri serta mencari kebenaran dalam
tindakan atau amalan untuk memperbaiki diri sendiri. Refleksi juga dapat
dilihat sebagai suatu respons pemikiran terhadap pengalaman dalam
amalan seseorang untuk mendapatkan makna dan kefahaman yang
mendalam mengenai amalan itu bagi tujuan mengambil tindakan untuk
memperbaiki dan meningkatkan kualiti kendiri. Refleksi sering digunakan
secara intensif di dalam proses p&p. Refleksi dianggap sebagai kompenen
penting dalam meningkatkan profesionalisme seorang guru dan refleksi
dibuat dari segi kesan ke atas peserta kajian, amalan kendiri dan kesan ke
atas kurikulum sekolah.

Kesan ke atas peserta kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan kaedah demonstrasi dan penggunaan
kad manual adalah berkesan dalam membantu murid-murid memasang kit
model kereta. Hasil analisis senarai semak dan pemerhatian menunjukkan
murid-murid memahami dengan lebih jelas apa yang diajar oleh saya selaku
guru berbanding dengan menggunakan kaedah konvensional iaitu
menggunakan buku teks, kapur dan papan tulis. Murid-murid lebih teruja
mengikuti perkembangan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh saya.
Dengan menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual, murid-murid
dapat memasang kit model kereta dengan betul dalam masa yang telah
ditetapkan.

Kesan ke atas amalan kendiri
Sebagai seorang guru, pelbagai kaedah dan teknik pengajaran perlu
diaplikasikan mengikut kesesuaian supaya murid-murid mendapat impak
yang sewajarnya dalam sesuatu proses p&p. Saya selaku guru juga perlu
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran bagi meningkatkan amalan
kendiri sebagai seorang guru. Saya telah berjaya meningkatkan amalan
kendiri dalam menjalankan PT di SKKB. Penyelidikan ini telah memberi
implikasi yang positif kepada amalan pengajaran saya. Sebelum ini, saya
tidak mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh murid-
murid saya. Kesan daripada PT ini ialah menjadi lebih prihatin terhadap
murid-murid dan lebih bertanggungjawab. Penyelidikan yang telah
dijalankan ini juga telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya
sebagai seorang guru.

Kesan ke atas kurikulum sekolah
Penyelidikan ini telah mendatangkan kesan positif kepada kurikulum
sekolah dari segi menghasilkan idea baharu untuk membantu murid-murid
Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 27


menguasai kemahiran berkaitan dengan pemasangan kit model kereta.
Kaedah demonstrasi dan penggunaan kad manual dapat membantu murid-
murid menguasai kemahiran memasang kit model kereta dengan lebih
cepat, betul dan menarik. Melalui PT, saya selaku seorang guru dapat
mempelbagaikan kaedah p&p di samping mewujudkan suasana bilik darjah
dan proses p&p yang kondusif. Kaedah demonstrasi perlu diperluaskan
penggunaannya bagi membantu murid-murid menguasai kemahiran dan
menambah baik amalan kendiri selaku seorang guru.

Pembelajaran Kendiri
Penyelidikan ini telah membantu saya dalam meningkatkan amalan saya
sebagai seorang guru dari pelbagai aspek. Terdapat tiga aspek
pembelajaran kendiri iaitu amalan profesional sebagai seorang guru,
amalan profesional sebagai guru KH dan amalan profesional sebagai
penyelidik.

Amalan profesional guru
Melalui PT yang telah dilaksanakan, saya mendapati murid lebih mudah
memahami dan menguasai kemahiran apabila saya menggunakan
pendekatan dan kaedah yang sesuai dengan tajuk yang diajar. Bagi tajuk
yang melibatkan aktiviti amali seperti memasang kit model kereta, kaedah
demonstrasi dan penggunaan kad manual adalah sangat sesuai.

Amalan profesional sebagai guru Kemahiran Hidup
Secara tidak langsung, PT yang dijalankan telah membantu saya dalam
menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru KH. Saya juga telah
mempelajari kaedah baharu dalam p&p KH bagi tajuk memasang kit model
kereta dengan menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual. Kaedah
ini menunjukkan kesan yang positif berbanding hanya dengan
menggunakan buku teks sebagai panduan. Oleh itu, saya akan
mengaplikasikan kaedah ini mengikut kesesuaian tajuk yang akan diajar.

Amalan profesional sebagai seorang penyelidik
Ini adalah merupakan julung kalinya saya melakukan PT. Walau pun saya
mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi saya tidak mahir
menjalankan PT. Berpandukan pengetahuan dan pengalaman yang
diperoleh pada Semester 7, saya telah menjalankan PT dengan jayanya.
Sebelum menjalankan penyelidikan ini, saya telah memperoleh kebenaran
dan persetujuan dari pihak yang terlibat. Saya juga memastikan diri saya
menguasai kemahiran sebagai seorang penyelidik bagi memastikan
kelancaran pelaksanaan PT ini. Walau pun dibebani pelbagai tugasan
sebagai seorang guru di sekolah, saya sedaya upaya melaksanakan PT ini
tanpa menjejaskan tugas saya sebagai seorang guru di SKBB.



Kamsul Rosli/ Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam pengajaran
pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima
Jurnal Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, 6, 16-28. 28


Cadangan tindakan susulan untuk kitaran seterusnya
Berdasarkan dapatan daripada kajian yang telah dijalankan, saya
bercadang kajian ini diteruskan dengan kajian ke atas tajuk yang lain
menggunakan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam p&p yang
bersesuaian. Terdapat banyak tajuk lain yang boleh menggunakan kaedah
ini semasa mengajar mata KH seperti tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan
Projek, Jahitan dan Menyediakan Barang Jualan. Selain itu, kaedah
demonstrasi ini juga boleh digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain
seperti Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan
Sains. Untuk penambahbaikan PT seterusnya, saya akan menggunakan
kaedah demonstrasi dengan menggabungkan penggunaan tayangan video
atau Power Point dan kad manual.

RUJUKAN
Che Hafizie Che Hassan. (2006). Keberkesanan penggunaan ABM dan
BBM sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
Tanjung Malim, Perak: Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

Chuah Kim Hwa. (2007). Teknik pengumpulan data kualitatif penyelidikan
tindakan. Bahan Kursus/ Bengkel Penyelidikan Tindakan Peringkat
Asas (Fasa II) Tahun 2007 di bawah Kursus Pendek Kelolaan
Institut, Institut Perguruan Batu Lintang, 9 11 Mei 2007 di Pusat
Kegiatan Guru, Sri Aman.

Chuah Kim Hwa. (2010). Satu, empat atau 42?: Menyingkap isu peserta
kajian dalam pelaksanaan penyelidikan tindakan. Jurnal
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2010, 4, 85-108.

Kamsul Rosli. (2012). Kesan kaedah demonstrasi dan kad manual dalam
pengajaran pemasangan kit model kereta murid Tahun Lima. Tesis
Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang belum
diterbitkan. Kuching, Sarawak: IPG Kampus Batu Lintang.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria,
Australia: Deakin University Press.

Koh Boh Boon. (1985). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.

McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London:
Routledge.