You are on page 1of 27

1

PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
(PBS)


MULAI TAHUN 2008
2
PENGENALAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk
pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang,
ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan
oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan
dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan skor pentaksiran yang dilaksanakan di
sekolah.
PBS di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah terdiri daripada
2 bentuk iaitu:
Kerja Kursus
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)


8
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN
BERASASKAN SEKOLAH
9
CIRI-CIRI PBS
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan
satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang
dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan
ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur
yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format
pentaksiran iaitu:
1. Kerja kursus / PEKA
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah


10
CIRI-CIRI PBS
1. Kerja kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah
yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru
sewaktu pengajaran dan pembelajaran
LPM membekalkan dokumen pentaksiran
LPM/JPN/PPD melantik pemantau /
penyelaras
Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
Markah dihantar kepada LPM
Sekolah mengeluarkan sijil
11
CIRI-CIRI PBS
2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi
pelbagi konteks dalam situasi pengajaran
dan pembelajaran.
LPM membekalkan panduan
LPM/JPN/PPD melantik pemantau /
penyelaras
Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
Sekolah mengeluarkan sijil
12
KONSEP PBS
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada
perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir,
bila pentaksiran dibuat,
kekerapan pentaksiran,
siapa yang terlibat dalam pentaksiran
pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran
penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh
pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan
PBS bagi matapelajaran berkenaan.
13
KONSEP PBS
Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha:-
mengumpul maklumat pentaksiran dan
dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat
dalam pembelajaran murid dan pengurusan
evidens.
Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada
proses pemberian skor kepada perkara ditaksir
berdasarkan skema penskoran.
Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada
perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan
tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat
berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh
peraturan penggredan yang telah dibina.



14
KONSEP PBS
Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan
konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha
memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara
yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan
dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan
skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.
Kesahan merujuk kepada perkara yang ditaksir itu relevan dan
terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor
pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan
skor pentaksiran ini dipastikan melalui pelaksanaan mekanisme
penyelarasan dan pemantauan.
Pelaporan positif. Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap
penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa.

15
PERANCANGAN PENTAKSIRAN
1. Perancangan
Perancangan yang teliti dilaksanakan antara
Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang
telah dilantik.
2. Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang Konsep,
Kerangka dan Dasar program PBS kepada pihak
yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti
pentadbir sekolah, pemantau, penyelaras,
pentaksir sekolah dan murid-murid tentang
pelaksanaan PBS.

16
PERANCANGAN PENTAKSIRAN
3. Pelaksanaan Pentaksiran
Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang
hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur
yang telah ditetapkan seperti dalam Manual
Pengendalian PBS
4. Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk
memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan
dengan cara yang betul dan seragam dari segi
kefahaman peraturan penskoran, penggunaan
peraturan penskoran dan pemberian skor.

17
PERANCANGAN PENTAKSIRAN
5. Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan
maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
6. Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari
segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan
serta impaknya untuk tujuan memperbaikia program
itu.
7. Pelaporan
Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri
akan membuat laporan mengenai pelaksanaan PBS
untuk penambahbaikan.


18
PELAKSANAAN
19
PELAKSANAAN
JADUAL PELAKSANAAN
Mata Pelajaran Tahun Tarikh
Pelaksanaan
PAFA 1 - 6 4 Feb 31 Julai
PEKA SAINS 3 - 6 3 Mac 31 Julai
PLBS BM & BI 1 - 6 Jan - November
20
PELAKSANAAN
Petugas Pentaksiran - Terdiri daripada:
Pentaksir Kebangsaan (PK)
Pentaksir Negeri (PN)
Ketua Pentaksir Kawasan (KPKW)
Pentaksir Kawasan (PKW)
Ketua Pentaksir Sekolah (KPS)
Pentaksir Sekolah (PS)
Pentaksir Kebangsaan(PK)
Dilantik oleh LPM
guru terlatih
opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
disahkan dalam jawatan
berpengalaman



21
PELAKSANAAN
Pentaksir Negeri(PN)
Dilantik oleh JPN
guru terlatih
opsyen yang berkaitan dengan mata pelajaran
disahkan dalam jawatan
berpengalaman dengan mata pelajaran berkaitan
Ketua Pentaksir Kawasan(KPKw)
Dilantik oleh JPN
guru cemerlang / guru terlatih
opsyen berkaitan mata pelajaran
berpengalaman
disahkan dalam jawatan

22
PELAKSANAAN
Pentaksir Kawasan(PKw)
Dilantik oleh JPN
guru cemerlang / guru terlatih
opsyen berkaitan mata pelajaran
berpengalaman
disahkan dalam jawatan
Ketua Pentaksir Sekolah(KPS)
Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa Pentaksir Kes Khas
guru terlatih
opsyen mata pelajaran berkaitan
jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan mesti berpengalaman
mengajar mata pelajaran berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun
dilantik dalam jawatan
23
PELAKSANAAN
Pentaksir Sekolah (PS)
Dilantik oleh Guru Besar / Jawatankuasa
Pentaksir Kes Khas
guru terlatih
opsyen mata pelajaran berkaitan
jika bukan opsyen mata pelajaran berkaitan
mesti berpengalaman mengajar mata pelajaran
berkaitan sekurang-kurangnya 3 tahun
dilantik dalam jawatan
24
Tugas Pentaksir Kebangsaan(PK)
Sebelum pentaksiran:
Menghadiri mesyuarat dan perbincangan bersama pegawai mata
pelajaran di LPM
Mempengerusikan mesyuarat dan taklimat bersama Pentaksir
Negeri (PN)
Merancang jadual / aktiviti pemantauan dan penyelarasan
Membuat pemantauan dan penyelarasan peringkat kebangsaan
Semasa Pentaksiran:
Berjumpa Pengetua sekolah memaklumkan kehadiran semasa
lawatan ke sekolah.
Melihat jadual perancangan pentaksiran calon-calon sekolah
Selepas Pentaksiran:
Mengumpul dan menyatukan laporan daripada semua PN
Mengemukakan cadangan dan tindakan susulan kepada LPM
25
Tugas Pentaksir Negeri(PN)

Sebelum Pentaksiran:
Menghadiri mesyuarat penyelarasan kebangsaan
Menyelaras tugas Pentaksir Kawasan (PKw)
Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan peringkat negeri
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa
Semasa Pentaksiran:
Melawat sekolah
Melaksanakan penyelarasan skor peringkat negeri
Selepas Pentaksiran:
Menjadi penasihat kepada jawatankuasa Pentaksir Kes Khas Sekolah
Mengumpul dan menyatukan laporan daripada PKw
dan menghantar kepada PK
26
Tugas Pentaksir Kawasan(PKw)

Sebelum Pentaksiran:
Menghadiri mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri
Memberi taklimat kepada PKw dan PS
Semasa Pentaksiran:
Menyelaras pentaksiran oleh PS
Bertanggungjawab untuk memastikan setiap calon melalui
proses pentaksiran yang lengkap
Melaksanakan penyelarasan skor di sekolah
Selepas Pentaksiran:
Mengumpul dan menyatukan laporan dan menyerahkannya
kepada PN
Menyelesaikan kes-kes khas
27
Tugas Pentaksir Sekolah(PS)

Sebelum Pentaksiran:
Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
Bertanggungjawab memberi taklimat dan penerangan kepada calon

Semasa Pentaksiran:
Membimbing dan membantu calon meningkatkan prestasi
Mentaksir calon
Mengisi borang-borang penskoran individu dan lain-lain yang
berkaitan.
Memberi kerjasama kepada pentaksir negeri/ kawasan dalam urusan
penyelarasan
28
Tugas Pentaksir Sekolah(PS)

Selepas Pentaksiran:

Mentaksir semula kerja murid jika ada perubahan selepas
diselaraskan oleh PN/PKw
Menyerahkan skor kepada SUP
Menyimpan rekod dan evidens ditempat selamat selama 6
bulan selepas keputusan diumumkan
Menyediakan laporan dan menyerahkannya kepada PKw
Memastikan borang penskoran individu yang berpindah
sekolah dihantar ke sekolah baru
Menyediakan sijil PBS bagi setiap calon
Menyelesaikan kes-kes khas
30
PELAKSANAAN
Pelaporan PBS dilaksanakan dalam dua
peringkat iaitu:

1. Peringkat sekolah
Pelaporan skor
Borang Markah Individu dan Kelompok /
Keseluruhan / Induk
Penyataan / Sijil Pencapaian Kerja Kursus
31
PELAKSANAAN
2. Peringkat Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM)
Slip keputusan
Penyataan keputusan
2008 UNIT UPSR, SPPMRR

32
PELAKSANAAN
KOD CAPAIAN TAHAP PENCAPAIAN
1 CEMERLANG
2 KEPUJIAN
3 MEMUASKAN
4 MENCAPAI SEBAHAGIAN TAHAP
PENGUASAAN MINIMUM
5 TIDAK MELAKSANAKAN KERJA KURSUS
6 DIKECUALIKAN
Pelaporan Pencapaian PBS calon yang dicatatkan
dalam slip keputusan dan penyataan adalah seperti
berikut:
33
PELAKSANAAN
BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN
1 Pelaksanaan PBS Februari 31
Julai
SEKOLAH
2 Kemasukan Markah ke dalam
Aplikasi
1 6 Ogos SEKOLAH
3 Serahan Disket dan Cetakan
Markah Kepada PPD /
PPB/UPP JPN
7 13 Ogos SEKOLAH
4 Serahan Disket dan Salinan
Cetakan Markah ke LPM
27 29 Ogos JPN
Jadual Kerja Pengurusan dan Pengumpulan Skor PBS Tahun 6