You are on page 1of 36

Pengaplikasian teori

penting dalam memberi


perkhidmatan
kaunseling.
EDU3107 - TUTORIAL M4
Dibentangkan oleh:
Cherry Chong Ji Li
Ong Shin Dee
Tan Tai Fen
(J16)
Teori Behavioris
Peranan Kaunseling
o Berorintasikan tindakan.
o Klien akan bertindak secara aktif ke
arah penyelesaian masalah yang mereka
hadapi, misalnya:
Memantau tingkahlaku yang kurang wajar
Mengamalkan kemahiran mengurus
tingkahlaku tersebut
Menyempurnakan tugasan yang diberikan
Kepentingan dan Fungsi Teori
Dalam Kaunseling
o Menurut Jerome Frank (1971), teori itu
penting sebab ia memberi erti, keyakinan,
dan hala tuju kepada kaunselor.

o Dalam satu proses kauseling, teori-teori ini
diperlukan bagi memudahkan kaunselor
memilih pendekatan yang bersesuaian bagi
membimbing klien yang bermasalah.
o Dengan adanya kajian dan teori-teori ini
juga memudahkan kaunselor untuk
memahami tingkah laku klien dan
seterusnya meramalkan tingkah laku
klien.

o Selain itu, dengan pengetahuan melalui
teori kaunseling, kaunselor dapat
menjelaskan sesuatu kejadian yang
berlaku setelah membuat beberapa
pemerhatian.

o Teori kaunseling juga dapat membantu
kaunselor untuk menguasai sesuatu
keadaan tertentu.
Strategi Di Dalam Teori
Kaunseling Behavioris
o Role Play/ Main Peranan
Role play merupakan satu lakonan dan latihan
yang dibimbing oleh kaunselor dengan
mempunyai tujuan yang khusus

Ini juga merupakan teknik terbaik untuk
meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan
bahawa terdapat pelbagai alternatif untuk
melakukan tingkah laku lain.


o Latihan Asertif
Teknik ini memberi kekuatan secara aktif
untuk memulakan tingkah laku pilihan yang
dikehendaki, dan mengajar klien yang lemah
serta tidak bermotivasi agar bertindak
dengan lebih produktif.

Satu teknik untuk mengajar klien
menambahkan keyakinan diri berhadapan
dengan orang yang dianggap sebagai
ancaman pada dirinya.

Terdapat beberapa cara yang boleh
digunakan dalam kaedah asertif ini iaitu
melalui penerokaan masalah, menaarif
masalah, melakonkan situasi-situasi pasif,
agresif dan asertif yang biasa dihadapi oleh
klien.
o Token Ekonomi (Hadiah)
Token Ekonomi (Hadiah) bermaksud
satu prosedur yang teratur di mana
token atau hadiah diberikan sebagai
peneguhan untuk tingkah laku yang
baik dan bersesuaian.

Token yang diberi adalah dalam bentuk
benda seperti bintang, gelang, kad, duit
syiling plastik, markah, atau apa sahaja
benda yang boleh ditunaikan atau
ditebus (cashed in) dengan barang-
barang bernilai atau kemudahan-
kemudahan tertentu (privileges).

o Kontrak Kontigensi
Kontrak Kontingensi erat hubungannya
dengan token ekonomi.

Kontrak Kontigensi hanya berkesan
sekiranya kanak-kanak dilibatkan
bersama dalam menentukan syarat-
syarat penting yang terkandung.

Matlamat kaunseling hendaklah jelas,
dan peneguhan hendaklah sesuai, serta
diberikan sebaik sahaja kelihatan
tingkahlaku yang wajar.


o Modeling
Mendedahkan kanak-kanak yang
berkenaan kepada seorang atau lebih
individu, sama ada dalam kehidupan
seharian, berbentuk watak dalam filem
atau tayangan video.

Watak-watak tersebut akan
mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku seperti
yang diharapkan oleh kanak-kanak tadi.

Kadangkala, guru bimbingan dan
kaunseling, ataupun rakan-rakan sebaya
boleh menjadi model yang
mendemonstrasikan ciri-ciri tingkahlaku
tersebut.


Teori Pemusatan
Perorangan
Pandangan Terhadap Manusia
Menurut Carl Rogers, manusia bersifat:
rasional
gemar bersosialisasi
berpandangan ke depan
realistik

Menurut Choong (2010), Rogers menggariskan
enam syarat penting bagi perubahan
personaliti:
Kedua-dua pihak, iaitu guru bimbingan dan
kaunseling dan klien hendaklah berada dalam
kontek psikologikal
Klien berada dalam keadaan tidak kongruen
Guru bimbingan dan kaunseling berada dalam
keadaan kongruen dan terlibat dalam hubungan
kaunseling
Guru bimbingan dan kaunseling mengamalkan
penerimaan positif tanpa syarat terhadap klien
Guru bimbingan dan kaunseling bersifat empati
terhadap kerangka rujukan klien
Sifat empati dan penerimaan positif tanpa syarat
berjaya tercapai dalam sesi kaunseling
PERANAN TEORI PEMUSATAN
PERORANGAN DALAM PERKHIDMATAN
KAUNSELING
Guru bimbingan dan kaunseling yang mematuhi
keenam-enam syarat di atas hendaklah bersifat
tidak mengarah (non-directive), iaitu tidak
menyoal, atau memberi nasihat, atau mentafsir
pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien.
Sebaliknya, beliau hanya akan mendengar secara
aktif serta memberi dorongan yang wajar
sepanjang sesi kaunseling.
Secara metafora, guru bimbingan dan kaunseling
diibaratkan sebagai cermin yang berbentuk objektif
dan tidak beremosi; hanya mereflek dunia klien
dengan menggunakan sifat kemesraan,
penerimaan dan kepercayaan.
Kesan pantulan ini akan mendorong klien untuk
menilai pemikiran, perasaan dan tingkahlaku
selama ini, seterusnya meneroka kesan yang
timbul.
Sesi kaunseling berorientasikan pemusatan
perorangan bertujuan untuk membantu klien
meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi
dan spontan.
Matlamat kaunseling tersebut ialah menghasilkan
klien yang mampu berfungsi dengan sempurna,
berupaya mengurus kehidupan masing-masing,
dan berkebolehan menghargai diri sendiri masing-
masing.

TEKNIK/STRATEGI UNTUK
MEMBANTU KLIEN
Menurut Rogers, aspek penting yang perlu ada
pada seorang kaunselor dalam memilih teori
ini untuk dijadikan pegangan adalah:
Ketulenan
Penerimaan tanpa syarat
Empati
Ketulenan (Genuineness)
Bermaksud seorang kaunselor jujur semasa
sesi kaunseling.
Beliau tidak akan memperkatakan sesuatu
yang berlainan daripada bahasa tubuhnya
atau berpura-pura kepada klien.
Ketulenan sangat penting agar kepercayaan
dapat diwujudkan antara kaunselor dengan
klien.
Penerimaan Tanpa Syarat
(Unconditional Positive Regard)
Berlaku apabila klien diterima dan tidak ada
sebarang diskriminasi ataupun penilaian
dilakukan terhadap diri klien.
Menurut Wan Siti Aisyah (2011), penerimaan
tanpa syarat membawa pengertian bahawa
kaunselor tanpa ragu-ragu menerima apa
sahaja yang ada pada diri klien.
Empati (Emphatic)
Menurut Wan Siti Aisyah (2011), empati
bermaksud kaunselor benar-benar berada
dalam ruang rujuk dalaman klien iaitu
menjiwai keseluruhan perasaan dan
pemikiran sebagaimana yang dirasai oleh
klien.
Empati juga adalah satu proses yang penting
dalam mewujudkan hubungan terapeutik
pada klien (Roger, 1975).
Teori Rasional Emotif
(REBT)
Pendekatan Kaunseling
Teori Rasional Emotif
(A) TEKNIK EMOTIF (AFEKTIF)
1. Assertive Adaptive
Digunakan untuk melatih, mendorong, dan membiasakan
klien untuk menyesuaikan dirinya dengan tingkah laku
yang diingini secara terus-menerus. Latihan yang
diberikan lebih bersifat pendisiplinan diri klien.

2. Bermain peranan
Mengekspresikan pelbagai jenis perasaan yang menekan
(perasaan negatif) melalui suatu suasana yang
dikondisikan sedemikian rupa sehingga klien dapat
secara tidak langsung mengungkapkan dirinya melalui
peranan tertentu.
Pendekatan Kaunseling
Teori Rasional Emotif
(A) TEKNIK EMOTIF (AFEKTIF)
3. Imitasi
Teknik untuk meniru secara terus-menerus suatu
model tingkah laku tertentu dengan maksud
menghadapi dan menghilangkan tingkah laku
sendiri yang negatif.
Pendekatan Kaunseling
Teori Rasional Emotif
(B) TEKNIK BEHAVIORISTIK
1. Reinforcement
- Mendorong klien ke arah tingkah laku yang lebih
rasional dan logik dengan jalan memberikan pujian
verbal (reward) atau hukuman (punishment).
- Teknik ini bertujuan untuk membongkar sistem nilai dan
kepercayaan yang tidak rasional pada klien dan
menggantikannya dengan sistem nilai yang positif.

Pendekatan Kaunseling
Teori Rasional Emotif
(B) TEKNIK BEHAVIORISTIK
2. Social Modelling
- Teknik untuk membentuk tingkah laku baru pada klien.
- Teknik ini dilakukan agar klien dapat hidup dalam suatu
model sosial yang diharapkan dengan cara imitasi
(meniru), memerhati, dan menyesuaikan dirinya dan
menginternalisasikan norma-norma dalam sistem model
sosial dengan masalah tertentu yang telah disiapkan
oleh kaunselor.

Pendekatan Kaunseling
Teori Rasional Emotif
(C) TEKNIK KOGNITIF
1. Home Work Assignments
- Teknik yang dilaksanakan dalam bentuk tugas rumah
untuk melatih, membiasakan diri, dan
menginternalisasikan sistem nilai tertentu yang
menuntut pola tingkah laku yang diharapkan.
- Klien diharapkan dapat mengurangkan atau
menghilangkan idea dan perasaan yang tidak rasional
dan tidak logik, mempelajari bahan-bahan tertentu yang
ditugaskan untuk mengubah aspek-aspek kognisinya
yang keliru, mengadakan latihan-latihan tertentu
berdasarkan tugas yang diberikan.
- Pelaksanaan home work assignment yang
diberikan kaunselor dilaporkan oleh klien
dalam suatu pertemuan tatap muka dengan
kaunselor.
- Teknik ini bertujuan untuk membina dan
mengembangkan sikap-sikap
tanggungjawab, kepercayaan pada diri
sendiri dan kemampuan untuk pengarahan
diri, pengurusan diri klien dan
mengurangkan kebergantungan kepada
kaunselor.


Pendekatan Kaunseling
Teori Rasional Emotif
(C) TEKNIK KOGNITIF
2. Latihan Asertif
- Teknik untuk melatih keberanian klien dalam
mengekspresikan tingkah laku tertentu yang
diharapkan melalui bermain peranan, latihan, atau
meniru model-model sosial.
Maksud utama teknik latihan asertif adalah:
Menggalakkan kemampuan klien
mengekspresikan pelbagai hal yang
berkaitan dengan emosinya;
Membangkitkan kemampuan klien dalam
mendedahkan hak asasinya sendiri tanpa
menolak atau memusuhi hak asasi orang lain;
Mendorong klien untuk meningkatkan
kepercayaan dan kemampuan diri; dan
Meningkatkan kemampuan klien untuk
memilih tingkah laku asertif yang sesuai
untuk diri sendiri.


KESIMPULAN
KESIMPULAN
Pertama, teori disifatkan sebagai rangka rujukan yang
baik untuk membantu guru bimbingan dan
kaunseling memahami tingkahlaku manusia/ klien,
seterusnya merancang pelan tindakan yang
bersesuaian dengan klien yang dipertemukan.

Kedua, teori menerangkan tentang perubahan
tingkahlaku serta membekalkan maklumat tentang
faktor-faktor berhubung dengan perhubungan,
matlamat kaunseling, teknik, proses, dan hasil.

Ketiga, pengetahuan tentang pelbagai
teori dapat membantu guru
bimbingan dan kaunseling memilih
teori yang sedia ada, atau membentuk
teori baru yang kongruen dengan nilai
serta personalitinya, dan sesuai
digunakan dengan pelbagai jenis klien
yang mengalami isu yang berbeza-
beza.


Kepentingan Teori kepada
Kaunselor
1. Memberi satu kesimpulan pada kelompok
maklumat, memberi panduan dalam memberikan
sesuatu kaitan.

2. Memudahkan kefahaman mengenai suatu
tingkahlaku. Menjelaskan fenomena yang konflik.
Menumpukan kepada fenomena-fenomena yang
releven sahaja.

3. Dapat memberi ramalan apakah yang akan
berlaku dalam sesuatu keadaan.

4. Membolehkan kaunselor berupaya
meneliti sesuatu pengalaman terapi
kaunseling dengan lebih terperinci.

5. Dapat mengawal pemikiran kaunselor
dengan teratur.

6. Membantu kaunselor membuat
penekanan dan penilaian proses
kaunseling.

7. Pegangan teori dapat membantu
kaunselor merancang ke suatu matlamat
kaunseling.

SEKIAN,
TERIMA KASIH