SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI

SCD1523 : PEMBANGUNAN APLIKASI
SISTEM CUTI
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
ISI KANDUNGAN
2. PENDAHULUAN 3
2.1 PENGENALAN PROJEK. 3
2.2 JANGKA MASA PROJEK. [PENDING] 4
2.3 TUJUAN. 4
2.4 OBJEKTIF. 5
2.5 SKOP. 5
2.5.1 Skop perkakasan dan perisian. 5
2.5.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna. 6
2.5.3 Skop modul utama dalam sistem. 6
2.5.4 Skop antaramuka dalam sistem. 6
2.6 MOTIVASI. 7
3. SPESIFIKASI KEPERLUAN 9
3.1 PROSES KERJA “FLO DIAGRAM!" STATUS SISTEM SEMASA. [PENDING] #
3.2 SENARAI PENGGUNA DALAM SISTEM. #
3.3 FUNGSI SPESIFIKASI KEPERLUAN. 1$
3.3.1 Fungsi Spesifikasi Keperluan perkakasan dan perisian. 10
3.3.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna. 11
3.3.3 Skop pengunaan modul sistem cuti. 11
3.3.4 Modul pengguna Sistem Cuti. 12
3.3.5 Modul permoonan cuti. 12
3.3.6 Modul pelulus permoonan cuti. 13
3.3.! Modul pen"elenggaraan dan pentad#ir sistem cuti kakitangan. 14
3.4 BUKAN FUNGSI SPESIFIKASI KEPERLUAN. 15
3.4.1 Keperluan produk. 15
3.4.2 Keperluan organisasi. 15
3.4.3 Keperluan luaran. 15
3.5 16
4. SENIBINA SISTEM [PENDING] 17
4.1 PANDANGAN KONSEPTUAL 17
4.2 GAMBARAN UMUM SENIBINA REKABENTUK SISTEM 1%
4.3 &ARTA ALIR SISTEM &UTI ' KAKITANGAN (PENGGUNA) 1#
4.4 &ARTA ALIR SISTEM &UTI ' PELULUS. 1#
4.5 &ARTA ALIR SISTEM &UTI ' PENTADBIR SISTEM. 1#
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
4.6 RAJA* KONTEKS 1#
5. JADUAL PROJEK [PENDING] 20
5.1 TRANSA&TION A ' MS PROJE&T 2$
. RUJUKAN 21
6.1 TRANSA&TION A 21
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
1. PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Projek.
Sistem Cuti Pekerja atas talian (online) adalah satu sistem yang terhasil
dari modifkasi sistem cuti manual yang biasa dilaksanakan dikebanyakan
organisasi. Pendekatan sistem cuti manual hampir keseluruhan nya sama iaitu
kakitangan perlu mengisi borang dan perlu mengisi maklumat peribadi dan
beberapa maklumat penting telah dikenal pasti sebagai kunci utama dan
attribute penting dalam sistem cuti manual ini. Seterusnya kakitangan perlu
mendapatkan kelulusan daripada Pengurus atau ketua mereka. Selepas
pemohonan cuti diluluskan. Borang tersebut akan diproses oleh setiausaha atau
kakitangan sumber manusia untuk proses kemaskini baki bilangan cuti tahunan
kakitangan tersebut. Secara am nya proses pemohonan cuti manual ini
mengambil masa yang agak lama dan beberapa masalah akan timbul seperti
kehilangan borang atau setiausaha terlupa untuk merekodkan cuti kakitangan.
Melalui sistem cuti online ini, kesemua proses manual telah di ubah dan
di jadikan secara digital dan kesemuanya disatukan dan dijadikan satu aplikasi
yang dibangunkan khas dilaman web utk proses permohonan cuti kakitangan
sesebuah syarikat. Laman web ini dapat di akses oleh kesemua kakitangan
dengan mudah dimana jua mereka berada. Ini dapat mudahkan kakitangan
untuk memohon cuti tanpa perlu ke pejabat dan mengisi borang yang kadang
kala tidak dapat di sahkan kesahihan dari segi kemasukan data. Selain daripada
itu, rekod cuti kakitangan dapat dikumpulkan didalam satu pengkalan data dan
ia memudahkan kakitangan atasan seperti Pengurus dan pihak sumber manusia
untuk melakukan pengemaskinian maklumat berkenaan baki cuti tahunan
kakitangan.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
Sistem cuti ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu ;
1. Peringkat kakitangan
2. Peringkat pelulus
3. Peringkat pentadbir sistem.
Ketiga – tiga peringkat ini akan mempunyai antaramuka yang berbeza dari segi
konfgurasi dan fungsi sistem cuti itu sendiri. Pengurusan dan penyelengaran juga
berbeza dari satu peringkat dengan peringkat yang lain.
Didalam proposal projek ini penerangan teknikal berkenaan spesifkasi
keperluan dan senibina sistem akan di berikan secara terperinci sehinggalah satu
sistem dapat dibangunkan agar segala rekod dapat disimpan dan keselamatan
terhadap rekod dapat dikawal. Dengan adanya sistem cuti ini, segala rekod dapat
disimpan dengan lebih teratur dan selamat serta mudah dicapai oleh kakitangan
sekiranya hendak menyemak cuti yang ada.
1.2 Jangka Masa Projek. [PENDING]
<jadual projek + carta gantt>
1.3 Tujuan.
Matlamat sistem ini adalah untuk memudahkan kakitangan sesebuah syarikat
mendaftar dan merekod cuti secara online. Dengan adanya sistem ini, kakitangan di unit
ini tidak perlu lagi merujuk pada pihak pengurusan bagi mengetahui baki cuti mereka
kerana mereka boleh melihat sendiri melalui sistem ini secara online walau di mana
mereka berada. Malah kakitangan boleh merancang cuti mereka dengan lebih teratur.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
1.4 Objektif.
Dalam merancang sistem ini terdapat beberapa objektif yang diberi perhatian.
Objektif bagi sistem permohonan cuti adalah untuk:
1.Membantu kakitangan yang terlibat dengan unit pengurusan sumber
manusia dalam menguruskan cuti kakitangan dalam unit mereka.
2.Mewujudkan suatu budaya dan sistem kerja yang teratur dengan
menggunakan sistem pengurusan dan aplikasi web.
3.Menghasilkan suatu sistem yang baru yang boleh mengatasi masalah
kakitangan untuk memohon cuti tanpa perlu berjumpa dengan pegawai
pelulus bagi mendapatkan kelulusan. Ini kerana segala maklumat
mengenai cuti kakitangan akan dihantar secara e-mail terus kepada
pegawai pelulus cuti untuk diambil tindakan.
4.Dengan adanya sistem ini, ia dapat mempercepatkan proses
mendapatkan kelulusan dan permohonan cuti di bawah pemantauan
dari majikan.
5.Membantu kakitangan dalam proses perancangan cuti tahunan mereka.
6.Memudahkan memproses serta menyimpan data permohonan di dalam
satu pangkalan data.
1.5 Skop.
Melalui proposal ini, penerangan tentang bagaimana fasa pembangunan
aplikasi akan dilakukan melalui beberapa skop dan modul. Skop yang terlibat
adalah seperti berikut:-
1.5.1 Skop perkakasan dan perisian.
Perkakasan yang akan digunakan:
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
i. komputer
ii. tetikus
iii. papan kekunci
Perisian yang akan digunakan:
i. pangkalan data – MySQL
ii. antaramuka – Macromedia Dreamweaver
iii. pelayan - php
1.5.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna.
1)Kakitangan atau staf.
2)Pelulus (Ketua Jabatan, Pengurus)
3)Pentadbir sistem ( Kerani, staf sumber manusia)
1.5.3 Skop modul utama dalam sistem.
Berikut adalah modul – modul yang akan dibangunkan didalam
aplikasi sistem cuti secara online :-
1)Modul pengguna Sistem Cuti
2)Modul permohonan cuti.
3)Modul pelulus permohonan cuti.
4)Modul penyelenggaraan dan pentadbir cuti kakitangan.
1.5.4 Skop antaramuka dalam sistem.
1. Antaramuka utama Sistem Permohonan Cuti
a.Antaramuka login sistem pemohon & pentadbir sistem.
2.Antaramuka pemohon
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
a.Antaramuka utama pemohon.
b.Antaramuka semakan permohonan.
3.Antaramuka pelulus
a.Antaramuka utama pelulus.
b.Antaramuka kelulusan permohonan pemohon.
4.Antaramuka pentadbir sistem.
a. Antaramuka utama pentadbir sistem.
b. Antaramuka pengemaskinian data pekerja.
1.6 Motivasi.
Sistem ini patut dibangunkan dan dilaksanakan adalah kerana tanpa sistem ini,
kakitangan syarikat akan sewenang-wenangnya bercuti tanpa kelulusan dan
pengetahuan pihak syarikat. Cuti tanpa dirancang akan menyebabkan produktiviti
syarikat akan terjejas. Masalah ini akan menjadi lebih serius sekiranya kakitangan
tidak mematuhi etika kerja di syarikat ini. Ini akan menyukarkan pengoperasian
syarikat sekiranya kakitangan mengambil tindakan sambil lewa dalam menjalankan
tugas-tugas di dalam syarikat.
Tanpa sistem ini, adalah sukar bagi kakitangan untuk memantau dan merancang
percutian mereka. Sistem secara manual sebelum ini akan menyukarkan kakitangan
dalam menyemak baki cuti mereka.
Berbanding dengan proses manual sebelum ini, kakitangan akan mengambil
masa yang lama untuk menjalani proses permohonan cuti. Terdapat banyak proses
yang perlu dilalui oleh kakitangan supaya cuti mereka diluluskan oleh Pengurus unit.
Bagi pihak yang bertanggungjawab, sistem ini memudahkan proses kerja
semakan data cuti kakitangan serta memudahkan proses menghasilkan laporan.
Kerja dapat dilakukan dengan lebih efsyen dan pantas. Bagi pihak kerani pula,
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
sistem ini mampu minyimpan rekod fail-fail maklumat kakitangan secara tersusun
dan selamat.
Oleh itu dengan adanya sistem ini, ia dapat menjimatkan masa, tenaga dan
kos kakitangan dalam proses permohonan cuti serta dapat memudahkan kakitangan
syarikat dalam membuat permohonan cuti mereka.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
2. SPESIFIKASI KEPERLUAN
2.1 Proses Kerja “Flow Diagram”/ Status Sistem Semasa. [PENDING]
Flow diagram global
Flow diagram pemohon cuti
Flow diagram pelulus
Flow diagram pentadbir sistem.
2.2 Senarai Pengguna Dalam Sistem.
Kumpulan sasaran pengguna sistem cuti ini terbahagi kepada beberapa tiga
bahagian mengikut modul sistem yang telah di terangkan sebelum ini.
Senarai Pengguna Tugas yang dilakukan Nota
Pemohon cuti Pemohon cuti akan
melalukan proses
permohonan cuti melalui
menu cuti.
Pemohon cuti terdiri
daripada semua kakitangan
syarikat tersebut.
Pelulus Pelulus akan meluluskan
atau tidak meluluskan
permohonan cuti yang
dipohon oleh pemohon
cuti.
Pelulus cuti terdiri daripada
ketua jabatan atau
pengurus jabatan.
Pihak Pentadbir Pihak pentadbir akan
memasukan data cuti,
bilangan cuti yang
dibenarkan, mengawal
- pihak pentadbir sistem
terdiri daripada
penyelengara sistem cuti
dan pihak pengurusan
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
pendaftaran pengguna dan
keselamatan serta
mengemaskini data
peribadi kakitangan
syarikat.
sumber manusia sesebuah
syarikat.
2.3 Fungsi Spesifkasi Keperluan.
2.3.1 Fungsi Spesifkasi Keperluan perkakasan dan perisian.
Perkakasan yang akan digunakan didalam pembangunan sistem cuti ini
adalah seperti berikut:
i. Komputer.
sekurang-kurangnya mempunyai sistem operasi windows
XP dan mempunyai 512MB RAM untuk membantu
kadar kepantasan pemprosesan pembangunan perisian.
Perisian yang akan digunakan:
i. Pangkalan data – MySQL .
Pengkalan data untuk menyimpan data dan maklumat
cuti pekerja syarikat. Keupayaan pengkalan data
yang bagus untuk menyimpan data yang banyak.
ii. Grafk Antaramuka pengguna – Macromedia Dreamweaver.
Digunakan ntuk menyunting paparan pengguna dilaman
web. Mempunyai kos pembelian lesen dan perisian.
iii. Bahasa program – php.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
Digunakan untuk membina kod aturcara sistem cuti. Kos
yang murah dan mempunyai kadar pemprosesan
data yang baik serta keupayaan memproses imej yang
bagus.
2.3.2 Skop pengunaan aplikasi dan penguna.
1)Kakitangan atau staf.
Penggunaan terhad kepada akses daftar masuk, memohon
cuti, membatalkan cuti dan menyemak status cuti.
2)Pelulus (Ketua Jabatan, Pengurus)
Penggunaan sistem terhadap kumpulan pelulus sama
seperti penggunaan kakitangan biasa, tetapi
pelulus mempunyai menu tambahan dimana
kumpulan ini akan mempunyai notifkasi di
laman web mereka akan status semasa permohonan
cuti kakitangan bawahan mereka.
3)Pentadbir sistem ( Kerani, staf sumber manusia)
Kumpulan pentadbir sistem cuti mempunyai antaramuka
yang dibangunkan khas untuk menguruskan kemasukan
data peribadi dan data cuti pekerja. Kumpulan ini juga
mempunyai akses penuh untuk melihat antarmuka
pengguna lain untuk tujan pengemaskinian dan melihat
data semasa pekerja tersebut.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
2.3.3 Skop pengunaan modul sistem cuti.
Berikut adalah fungsi spesifkasi keperluan yang terdapat didalam sistem
cuti ini. Ia terbahagi kepada empat modul utama dan perlaksanaan spesifkasi
keperluan adalah seperti yang dinyatakan didalam setiap modul seperti
dibawah ;-
2.3.4 Modul pengguna Sistem Cuti.
Pemohon cuti dan pihak pentadbiran :
+ Modul ini akan mempamirkan dua kumpulan pengguna sistem
iaitu kumpulan pengguna atau kumpulan pentadbir.
+ Modul ini juga akan mempamirkan ruang kemasukan id
pengguna dan kata laluan yang terdiri daripada enam kombinasi
nombor dah abjad.
+ Berdasarkan input yang diberikan oleh pengguna, pengkalan
data akan memastikan maklumat yang dimasukkan itu betul
berdasarkan data pengguna yang ada di dalam pengkalan data
sistem cuti.
+ Untuk memastikan modul ini berjaya, notifkasi amaran akan
diberikan jika maklumat yang dimasukan oleh pengguna adalah
salah, dan pengguna dikehendaki memasukkan maklumat
tersebut semula dengan betul.
2.3.5 Modul permohonan cuti.
+ Modul akan menyimpan semua maklumat terkini cuti pekerja seperti
berikut.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
o Bilangan cuti tahunan.
o Bilangan cuti sakit tahunan.
o Bilangan cuti sakit jangka panjang .
o Bilangan cuti peperiksaan .
o Bilangan cuti tanpa rekod
o Bilangan cuti berbayar.
+ Modul akan mempamirkan data peribadi asas pekerja diatas laman
web sistem cuti termasuk
o ID pekerja.
o Nama pekerja.
o Nama jawatan.
o Jabatan bertugas dan maklumat berkenaan permohonan
cuti pekerja seperti;-
o Jenis cuti dipohon
o Tarikh mula dan tamat cuti dipohon
o Jenis cuti (sehari, setengah hari pertama, setengah hari
kedua)
+ Modul ini memerlukan pekerja memasukan data yang betul terutama
kepada bahagian permohonan cuti, kerana ini adalah untuk
memastikan data tersebut dapat di hantar untuk proses kelulusan cuti
yang dipohon.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
2.3.6 Modul pelulus permohonan cuti.
+ Modul pelulus permohonan cuti hanya memaparkan beberapa
maklumat yang berkaitan dengan kakitangan yang dilantik dan
diiktiraf oleh syarikat untuk meluluskan permohonan cuti pekerja
yang berada dibawah tanggungjawab kakitangan tersebut
+ Tujuan dipaparkan keterangan maklumat pelulus itu adalah untuk
memudahkan pemohon cuti untuk melakukan rujukan terhadap
permohonan cuti mereka sekiranya masih tidak dapat dipastikan
lulus atau tidak status cuti mereka.
+ Didalam modul ini, pentadbir sistem akan melakukan
pengemaskinian data sekiranya terdapat sebarang perubahan
terhadap kakitangan pelulus tersebut.
2.3.7 Modul penyelenggaraan dan pentadbir sistem cuti kakitangan.
+ Didalam modul ini, penyelengara bermaksud orang yang
bertanggungjawap dalam memastikan data cuti pekerja adalah betul
dan dikemaskinikan.
+ Penyelenggara akan memasukan data cuti sesorang pekerja kedalam
sistem berdasarkan bilangan cuti tahunan yang di berikan oleh pihak
syarikat.
+ Data cuti ini boleh berubah sekiranya terdapat pindaan yang berlaku
didalam syarikat dan cuti- cuti umum yang membolehkan pekerja
mendapat cuti ganti sebagai cuti tahunan. Kerja lebih masa yang
ditukarkan kepada cuti tahunan dan sebagainya.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
+ Pihak penyelenggara juga boleh melakukan sebarang perubahan
sementara atau tetap terhadap status cuti pekerja diatas kehendak
atau polisi syarikat.
2.4 Bukan Fungsi Spesifkasi Keperluan.
2.4.1 Keperluan produk.
+ Kepantasan kadar pemprosesan data bergantung kepada keupayaan
pemprosesan database yang di bangunkan.
+ Kadar kebenaran data dalam sistem cuti adalah di jamin 90% benar
dan dikemaskini kan dari masa kesesama.
+ ‘Customize’ dari segi penyampaian antaramuka boleh dilakukan
sekiranya perlu dan bergantung kepada kehendak pengguna.
2.4.2 Keperluan organisasi.
+ Keperluan sesebuah syarikat terhadap prestasi aplikasi sekiranya
perlu di tambah baikan adalah bergantung kepada perbincangan
yang akan di lakukan kemudian.
+ Perlaksanaan sistem cuti adalah disyorkan dilaksanakan serta merta
untuk meminumkan penggunaan masa, kertas dan tenaga untuk
memproses permohonan cuti perkerja.
+ Organisasi boleh memberikan cadangan kepada pihak pembangun
aplikasi sekiranya organisasi merasakan ada sesuatu yang diperlu
tambah baikan didalam aplikasi sistem cuti tersebut. Mengikut
keperluan organisasi itu sendiri.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
2.4.3 Keperluan luaran.
+ Sistem cuti ini adalah sistem yang dibangunkan untuk kegunaan
dalaman sahaja. Jadi interaksi antara sistem yang lain tidak dapat
dijalankan buat masa ini. Tetapi peningkatan keupayaan dan prestasi
pengkalan data sistem cuti ini boleh digabungkan dengan pengkalan
data pekerja yang mempunyai data dan skop yang lebih besar.
2.5
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
3. SENIBINA SISTEM [PENDING]
3.1 Pandangan Konseptual
4.1.1 Rajah pandangan konseptual
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
3.2 Gambaran umum senibina rekabentuk sistem
n
Rajah 4.2.1 Gambaran umum rekabentuk sistem
SISTEM CUTI
Laman Utama
Sistem Cuti
Daftar
Masuk
Kakitangan
Antarmuka
Mohon Cuti
Penyelenggara
Antramuka
Pelulus
Kemasukan
Data
Kemaskini data
Masukan Data Semak Status
Terima notifkasi Lulus/tidak lulus
Data baru
Data lama
Semak Data
Semak Data
P,-,. Menu
PilihM/01
P,-,. M/01
P,-,. Menu
Pilih kumpulan Pilih kumpulan
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
3.3 Carta Alir Sistem Cuti – Kakitangan (Pengguna)
After customer received the catalog menu and form, customer will make the
order
3.4 Carta Alir Sistem Cuti – Pelulus.
3.5 Carta Alir Sistem Cuti – Pentadbir Sistem.
3.6 Rajah Konteks
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
4. JADUAL PROJEK [PENDING]
4.1 Transaction A – ms project
When customer arrived to the restaurant, staf will manage the customer order.
Staf will be responsible to give menu catalog and order form to the customer.
SISTEM CUTI
SCJXXXX: PEMBANGUNAN APLIKASI
5. RUJUKAN
5.1 Transaction A
When customer arrived to the restaurant, staf will manage the customer order.
Staf will be responsible to give menu catalog and order form to the customer.
SISTEM CUTI