Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum wr. Wt.
Yang Berusaha Saudari Pengerusi Majlis,
Y.Berusaha Pn.Hajah Maznah binti Haji Damiri
Penolong Penyelia Petang En.Ngatimin bin Sairi, Guru Kaunselor Puan Yong Chooi Yean,
Guru-guru dan rakan-rakan yg saya hormati sekalioan.
Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada
seluruh warga SMK Dato Seth terutama sekali warga sesi petang sekalian. Saya berasa sungguh gembira kerana
pada petang ini kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Sambutan Semarak Aidilfitri dengan penuh rasa muhibbah
di dalam suasana mesra dan terbuka.
2. Adalah menjadi harapan saya agar majlis pada petang ini akan memberi peluang kepada semua warga SMK Dato
Seth ini untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah yang tersedia. Secara tidak langsung, ia dapat
mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi kesempatan
kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.
3. Walaupun semangat kekeluargaan di tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga sendiri, ia tidak kurang
pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah sekolah.Selain itu juga dengan adanya majlis sedemikian ini,
hubungan antara guru-guru dan para pelajar semakin erat dan memungkinkan para pelajar dan para guru saling
bermaafan dan melupakan segala kesalahan dan kekhilafan sepanjang sesi Pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas mahupun di luar bilik darjah.
4. Di kesempatan ini juga, saya selaku wakil pelajar dengan ini menyusun 10 jari memohon keampunan kepada
kesemua guru-guru kerana sepanjang tahun 2014 kami sebagai pelajar sesi petang SMK Dato Seth sering melakukan
kekhilafan kepada semua guru-guru sama ada secara sengaja mahupun tidak.Diharap cikgu-cikgu dapat memaafkan
kami.Selain itu juga kami ingin meminta dihalalkan segala ilmu yang kami perolehi dari semua guru agar ilmu yg
kami terima dirahmarti Allah SWT.Disamping itu juga, kami mohon dihalalkan segala apa yang termakan dan
terminum sepanjang tahun yang mendatang ini.
5. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru dan
pelajar-pelajar yang terlibat dalam menjayakan sambutan Semarak Aidilfitri sehingga menjadikan majlis ini tampak
meriah dan berjaya.
6. Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir
dan batin kepada seluruh warga SMK Dato Seth dan juga hadirin sekalian.
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menagkap ikan
Mari menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Sekian,
Wabillahitaufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.