You are on page 1of 2

Tuntasnya, transformasi kurikulum ini amat penting bagi menjamin

keberhasilan Negara dalam sector pendidikan. Selaras dengan objektif


transformasi kurikulum yang menekankan empat tunjang utama iaitu
pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan
warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program
membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan ulul albab. Kesedaran ini
mula berputik dalam jiwa segenap lapisan masyrakat kerana kesedaran yang
mula lahir mengenai pentingnya pembaharuan dalam kurikulum.
Anatara contoh yang paling ketara adalah transformasi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), transformasi yang dilaksanakan menekankan pembaharuan dan
penambahbaikkan kurikulum dari segala aspek dan tahap pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai bukti kesungguhan kerajaan dalam menghasilkan satu
agenda pendidikan berkualiti dan berkemampuan adalah pemwujudan Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan. Penekanan 4M dan bukan lagi 3M yang
dahulunya menjadi agenda pendidkan.
Sekolah - sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah
jenis kebangsaan tamil dan sekolah agama bantuan kerajaan juga tidak
ketinggalan dalam merasai perubahan ini. Pada awal tahun 2010, di bawah
NKRA pendidikan kerajaan sekali lagi menunjukkan kesungguhan dengan
pelancaran program literasi dan numerasi (LINUS). Karajaan amat peka kerana
seandainya ada dakloam kalangan murid yang ketingggalan dalam menguasai
3M, dikhuatiri kumpulan ini akan ketinggalan dalam pelajaran. Pengenalan
program literasi dan numerasi (LINUS) ini akan mewujudkan satu suasana
dimana pelajara yang agak lambat proses pembelajaran sekalipun akan mampu
duduk semeja dengan pelajar normal.

Pengumuman Sekolah Berprestasi Tingggi (SBT) memberitahu
masyrakat dunia bahawa Malaysia juga tidak pernah ketinggalan dalam sektor
pendidikan. Diharap benih benih yang disemai di SBT akan mampu bersaing
di persada dunia dan memenuhi permintaan pasaran global bukan sekadar
menjadi jaguh di kampung. SBT bukan sahaja melahirkan pelajar yang celik
mindanya namiun untuk melahirkan perintis yang akan mewariskan
kecemerlangan kepada generasi akan datang.
Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBM MBI) merupakan satu lagi agenda kerajaan dalam memperhebatkan lagi
kecemerlangan akademik. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan akan terhasil kerana guru dapat memberi penerangan yang lebih jelas
dan terperinci. Manakala murid murid akan dapat memahami dengan lebih
jelas dek kerana bahasa Melayu yang sudah sebati dijadikan sebagai bahasa
pengantar.
Pencetusan transformasi kurikulum ini menunjukkan kesedaran dari
semua pihak mengenai pentingnya pendidikan yang berkesan dalam usaha
pembentukan modal insan yang berkemampuan dalam memenuhi kehendak dan
pasaran global. Tidak dapat dinafikan lagi, transformasi kurikulum ini telah
memberi suntikan bagi mencetuskan satu lagi inovasi dan lompatan saujana
terhadap perubahan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.