1.

Jelaga




2.Asap
debu hitam dalam asap atau yang ditinggalkan asap
pada permukaan sesuatu, sulang asap, arang lampu,
arang para
Makna asap jelaga debu
debu hitam dalam asap atau
yang ditinggalkan asap pada
permukaan sesuatu, sulang
asap, arang lampu, arang para
Tanjong karang
 Jelaga dan asap tebal yang didakwa berpunca daripada sebuah kilang tayar di Kampung Seri Tiram Jaya, di sini
menimbulkan kemarahan penduduk apabila menjejaskan kesihatan dan kebersihan kawasan rumah mereka setiap
hari.

Lebih dikesalkan, lokasi kilang yang begitu hampir iaitu 100 meter daripada rumah penduduk itu turut menjejaskan
kebersihan dua surau berhampiran sehingga menyebabkan lantai, tingkap dan kawasan kaki limanya sentiasa
berjelaga serta berminyak.

Ketua Kampung Seri Tiram Jaya, Kamaruddin Abu Bakar berkata, pihaknya sering menerima aduan berhubung
ancaman jelaga yang menjejaskan kesihatan terutamanya kepada golongan kanak-kanak dan warga emas sejak awal
tahun lalu.

“Kilang ini sudah beroperasi sejak penghujung tahun 2008 lalu dan pada mulanya, pengusaha kilang terbabit
memaklumkan hanya mahu membina stor untuk penyimpanan tayar terpakai dan operasi pemprosesan tayar dibuat
di tempat lain.

“Namun, apabila melihat jelaga dan asap tebal sering menjejaskan kebersihan rumah penduduk, mereka
kemudiannya membuat bantahan dan mengadukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Majlis Daerah
Kuala Selangor (MDKS) dan Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor (PDTKS).

“Apabila ada penguatkuasa datang, mereka menghentikan operasi di sebelah pagi, namun hanya sementara sahaja
dan mula membakar tayar lewat malam pula.

“Saya difahamkan, kesihatan penduduk di kawasan ini turut terjejas dan perkara ini menimbulkan kemarahan sekali
gus mereka menuntut operasi kilang terbabit dihentikan serta merta atau dipindahkan ke kawasan lain,” katanya.

Wakil penduduk, Yahya Sahri yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Permatang berkata, pihaknya
mahu masalah penduduk dapat diselesaikan dengan kadar segera termasuk memanggil penguatkuasa PBT untuk
melihat sendiri operasi kilang terbabit.

“Penduduk mahu masalah ini dapat diselesaikan segera kerana jelaga yang dilepaskan menjejaskan kawasan
kampung sejauh tiga kilometer dan memohon operasi kilang tayar ini dapat dihentikan serta merta,” katanya yang
turut hadir melihat kawasan kilang terbabit.

Tunggu keputusan kerajaan
 Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Mohd Misri Idris berkata, penduduk tidak boleh mengambil
tindakan drastik dengan membuat serbuan atau datang ke kilang ini kerana pengusaha kilang terbabit
mempunyai hak ke atas tanah yang berstatus pegangan bebas.

“Penduduk dinasihatkan tidak membuat sebarang tindakan drastik kerana kita ada undang-undang.
Laporan penuh berhubung masalah ini sudah pun dilanjutkan kepada pihak yang berkenaan termasuk
pucuk pimpinan Kerajaan Negeri.

“Saya faham masalah penduduk yang bimbang dengan risiko jelaga dan asap hitam setiap hari, namun
pengusaha mempunyai hak memohon untuk mengubah kategori tanah pertanian kepada komersial
berikutan mahu meneruskan operasi kilang terbabit di kawasan yang sama.

Untuk peringkat awal katanya, permohonan terbabit ditolak sementara menunggu arahan daripada
Kerajaan Negeri sama ada mahu merampas tanah terbabit atau meminta mereka pindah, namun saya
difahamkan pengusaha terbabit turut mendapatkan sokongan Exco untuk membolehkan mereka
beroperasi.

“Jadi, perkara ini biarlah Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim menyelesaikannya kerana ia membabitkan urusan pampasan dan PDTKS hanya menunggu
arahan sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Misri berkata, pihaknya tidak menghalang sekiranya penduduk mahu membuat desakan dan
memorandum kepada Kerajaan Negeri bagi mempercepatkan penguatkuasaan kerana itu hak penduduk
yang tinggal berhampiran.

Sinar Harian difahamkan, MDKS turut mengeluarkan notis memberhentikan operasi serta merta dan
meroboh berikutan ingkar dengan peringatan terdahulu selain membina serta menjalankan operasi tanpa
kebenaran 7 Disember lalu.

Thank you