You are on page 1of 3

Setiap elemen 2 WAJIB mengandungi 9 perkara iaitu

:
1. Tajuk Kajian:
tajuk kajian hendaklah ditulis besar dalam 1 muka surat A4.
contoh:
KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL (BIDAN KAMPUNG)
PENJUAL NASI KERABU MAK JAH
2. Senarai Kandungan
mengandungi 3 ruang iaitu bilangan/ Perkara / Halaman
senarai disusun secara urutan iaitu bermula dengan:
Contoh:
Bil Perkara Halaman
Tajuk Kajian i
Senarai Kandungan ii
Penghargaan 1
Objektif Kajian 2
Kaedah Kajian 3
Hasil Kajian 4 - 20
Maklumat asas pengusaha
Latar belakang
Sumbangan @ pengaruh kepada keluarga / masyarakat
Prospek
Rumusan 21
Lampiran 22 - 24
Rujukan 25
3. Penghargaan
Helaian ini ditulis dalam 2 atau 3 perenggan
Mengandungi kata-kata terima kasih kepada 3 pihak yang membantu pelajar.
Setiap pihak itu, nyatakan alasan mengapa perlu berterima kasih
Kebiasaan, pihak yang perlu diberi penghargaan seperti berikut (ambil 3 sahaja)
ibu-bapa (nyatakan nama penuh ibu dan bapa dan beri alasan/ sumbangan)
pengetua/ guru sejarah (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)
rakan-rakan (nama penuh rakan-rakan dan alasan/ sumbangan)
Orang yang ditemuramah (nama penuh dan alasan/ sumbangan)
pihak institusi (nama penuh dan beri alasan/ sumbangan)
4. Objektif Kajian
Ditulis dengan huraian terperinci / ada perenggan. Kaitkan dengan HASIL KAJIAN.
Huraian objektif pertama IAITU TENTANG TAJUK KAJIAN
Huraian objektif kedua tentang iktibar
Huraian objektif ketiga tentang pengalaman - apa yang calon dapat dari kajian
5. Kaedah Kajian
Tulis 3 kaedah berdasarkan sumber/elemen yang diperolehi; kebiasaannya:
Melayari Internet: sumber yang dicetak daripada laman sesawang
Cara menulis: nyatakan laman web http; dan tajuk laman sesawang. Nyatakan
juga sedikit maklumat yang diperolehi dari laman sesawang tersebut.

Temu ramah:
Cara menulis: nyatakan nama orang sumber, umur, alamat dan tujuan
temuramah
Pastikan juga dapatkan salinan kad pengenalan ataupun dapatkan nama penuh,
nombor kp, umur dan alamat- tujuan untuk menulis sumber rujukan.
Tuliskan dialog

Penyelidikan Perpustakaan: semua sumber bertulis seperti akhbar, majalah,
jurnal buku, dll.
pastikan salinan akhbar ada tarikh, halaman, nama akhbar.
Begitu juga maklumat asas majalah dan akhbar mesti lengkap.
Cara menulis: nyatakan akhbar/tarikh/ tajuk,
nama majalah/penerbit/tarikh/tajuk
Melawat Tempat Kajian: seperti melawat Gerai nasi lemak/ Kedai menjahit
pakaian/ Kedai membuat labu sayong/ Kedai membuat grill / pesawah dan lain-
lain
Cara menulis: nyatakan alamat penuh tempat kajian/ tarikh melawat dan tujuan
atau apa yang diperolehi. Pastikan ada gambar pelajar sedang buat kajian di
tempat kajian dan masukkan gambar itu sebagai elemen 1.
6. Hasil Kajian
penting dan perlu menepati kehendak soalan
rujuk contoh senarai kandungan.
hasil kajian mesti betul
Jika tak betul, calon tak boleh dapat markah penuh.
7. Rumusan
pilih tiga unsur patriotisme yang sesuai dalam senarai unsur patriotisme yang
diberikan oleh guru sekolah anda.
Berdasarkan tiga unsur patriotisme yang dipilih tadi, huraikan kepentingan satu
nilai kepada diri anda, kepentingan nilai kedua kepada bangsa, dan kepentingan
nilai ketiga kepada negara.
Contoh: Setelah menjalankan kajian, saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia
kerana ......(kaitkan dengan tugasan anda)
Jadi, contoh di atas adalah untuk rumusan diri dengan menggunakan salah satu
nilai yang telah dipilih.
Binalah dua lagi rumusan untuk baki dua nilai terhadap kepentingan untuk
masyarakat dan negara.
8. Lampiran- Kebiasaan pelajar memilih:
Contoh 1: Peta jalan ke kedai pengusaha/ pasar malam/ dll
ambil daripada laman sesawang atau mana-mana sumber
potong peta
tampal pada kertas lain
tulis sedikit maklumat ( kapsyen) pada bahagian bawah peta yang telah
dilekatkan.
contoh; Peta menunjukan arah untuk sampai ke _________________
Contoh 2; Gambar tempat kajian
potong gambar dari mana-mana sumber / gambar yg dicuci dikedai - kategori
sama
tampal pada kertas lain
tulis sedikit maklumat (rujuk contoh 1)
Contoh 3: Ilustrasi atau lukis gambar berkaitan dengan produk.
Contoh 4: Cara membuat produk - dalam bentuk rajah/ urutan
INGAT: SETIAP LAMPIRAN MESTI DITULIS KAPSYEN
9. Rujukan
Pelajar sering melakukan kesilapan untuk menulis rujukan
Pelajar perlu ada sumber tersebut jika ingin menulis rujukan
kadang-kadang pelajar menulis rujukan tetapi tiada sumber tersebut pada
elemen 1.
Kebiasaannya empat sumber rujukan yang berbeza yang mudah diperolehi ialah:
Akhbar
Cara: Nama akhbar, tarikh akhbar, halaman berapa
Berita Harian, 25 Mac 2011, halaman 15.
Internet
Cara: tajuk, alamat laman sesawang
Piagam Pelanggan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, http://www.dbkl.gov.my
Melawat Tempat Kajian
Nama institusi, diikuti alamat penuh/ poskod
Majlis Bandaraya Ipoh, .....alamat....
Majalah
Cara: nama majalah, bulan/ tahun diterbitkan/ halaman / penerbit
Contoh: Dewan Masyarakat, Januari 2010, halaman 16, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Orang sumber
Nama penuh, umur, alamat penuh termasuk poskod.