1.

0 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Perniagaan Firma multinasional didefinisikan sebagai sebuah firma yang mempunyai anak syarikat, cawangan, atau penggabungan dengan manamana firma lain di negara asing. Syarikat yang kami pilih ialah Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI). Syarikat ini membekalkan produk tenusu dan produk

pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara 3 pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia. Sejarah Dutch Lady Tahun 1975 – Nama syarikat ditukar dari Pacific Milk Industries Berhad ke Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad untuk mengelakkan kekeliruan dalam perdagangan dan pasaran mengenai nama syarikat dan produk utamanya adalah Susu Pekat Manis Dutch Baby. 1979 – Minuman buah-buahan berjenama “Joy” telah diperkenalkan. 1983 – Pengilangan Susu Steril dalam botol plastik dimulakan. 1984 –Jenama telah ditukarkan dari “Dutch Baby” ke “Dutch Lady” untuk tujuan perletakan produk.

1985 –Sebuah bangunan 3 tingkat dibina untuk menampung keperluan kilang Pembungkusan Susu Tepung apabila perniagaan semakin berkembang. 1987 – Syarikat menjalani aktiviti penyusunan semula ekuiti untuk mematuhi Dasar Ekonomi Baru kerajaan. Modal saham berkembang ke RM16 juta. – Susu Pasteur Dutch Lady telah dilancarkan. 1988 – Yogurt Dutch Lady dan susu untuk membesar diperkenalkan. 1989 – Untuk mematuhi dasar kebangsaan kerajaan untuk mempromosikan Bursa Saham Kuala Lumpur, syarikat mengeluarkan balik penyenaraian sahamnya dari Bursa Saham Singapura. 1994 – Sebuah gudang baru telah dibina untuk menampung perkembangan perniagaan syarikat. Tenaga kerja telah mula bertambah sejajar dengan keperluan organisasi. 1995 – Syarikat menerima pengiktirafan di bawah Piawai ISO 9001. 1999 – Dutch Lady menerima Anugerah Emas Jenama Terbaik Reader’s Digest kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia. – Kilang Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal. 2000 – Dutch Lady Menerima anugerah kedua Reader’s Digest SuperBrand Gold Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia.

– Syarikat menukar namanya daripada Dutch Baby Milk Industries (Malaya) Berhad kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad sejajar dengan jenama utamanya ‘ Dutch Lady’ dengan iltizam baru ‘Goodness For Life’ (Kebaikan untuk hidup). 2001 – Dutch Lady menerima anugerah ketiga Reader’s Digest SuperBrand Gold Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia. 2002 – Dutch Lady menerima Anugerah Ekuiti Jenama untuk susu cecair. – Kilang Pensterilan menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal. – Dutch Lady menerima anugerah keempat Reader’s Digest SuperBrand Gold Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia. – Modal saham syarikat lebih tinggi dari RM16 juta kepada RM 64 juta melalui bonus 3 untuk 1 mengikut peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu. 2003 – Dutch Lady menerima Sijil ISO 9001 (Versi Tahun 2000). – Dutch Lady melancarkan rangkaian produk yang diperbaharui dengan DHA untuk bayi dan kanak-kanak.

– Kilang Susu Tepung Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal. – Dutch Lady menerima anugerah kelima Reader’s Digest SuperBrand Gold Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia. 2004 – Pemakanan untuk kecerdasan. – Dutch Lady menukar imej jenama dan pembungkusan dengan tagline korporat baru “Get Ready for Life!” (Hidup Sihat Penuh Semangat) untuk memberikan gambaran ‘tenaga’ melalui gaya hidup dan kegiatan yang sihat. – Dutch Lady menerima anugerah keenam Reader’s Digest SuperBrand Gold Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia. 2005 – Kilang Susu Pekat Manis Dutch Lady menerima pengiktirafan Sijil Piawai HACCP (Hazard Analysis and Critical Control Point) – Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal. – Dutch Lady menerima anugerah ketujuh Reader’s Digest SuperBrand Gold Award kerana dipilih sebagai jenama produk susu lebih digemari di Malaysia. – Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktiraf oleh Nasional Produktiviti Corporation dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM100 juta ke atas.

– Dutch lady telah melancarkan laman web versi BI pada bulan Februari diikuti dengan versi BM pada bulan Mac. 2006 – Dutch Lady telah menderma pelbagai produknya bernilai RM70,000 kepada Timbalan Perdana Menteri untuk mangsa banjir di Johor. 2007 – Dutch Lady Milk Industries telah menderma pelbagai produk Dutch Lady bernilai RM115,000 melalui Kementerian Kesihatan kepada mangsa banjir di Johor. – Dutch Lady telah memberi Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Pengerusi kepada 31 anak-anak warga kerjanya. – Dutch lady Malaysia menempa 1 lagi kecemerlangan iaitu pensijilan dalam Sistem Pengurusan Alam Sekitar ISO 14001: 2004 dan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Tenaga Kerja OHSAS 18001: 1999 dari SIRIM QAS International. Jenis Perniagaan Dutch Lady merupakan sebuah syarikat dalam kategori Public Limited Company (PLC). PLC merujuk kepada syarikat yang mempunyai liabiliti terhad yang mana saham tersebut disebut harga (Quoted on) atau di senarai dalam Bursa Saham. Kebanyakan syarikat mempunyai liabiliti terhad yang bermaksud pemilik syarikat hanya bertanggungjawab ke atas modal yang dilaburkan sahaja dan tidak meliputi keseluruhan hutang syarikat.

Industri Dutch Lady Milk Industries Berhad merupakan salah sebuah syarikat yang berada dalam industri produk pengguna. Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady contohnya, susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat. Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa vanila, madu dan coklat! Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal Friesland Foods, iaitu syarikat induk bagi Dutch Lady di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan bayi ke tahap yang lebih tinggi. Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari Dutch Lady termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk-produk Dutch Lady terbahagi kepada tiga segmen pasaran. Segmen pasaran pertama adalah produk untuk kanak-kanak membesar yang terdiri daripada DL Langkah 1, DL Langkah 2, Susu untuk membesar 123 DL, Susu untuk membesar 456 DL, DL

Frisolac 1 Gold, DL Frisolac 2 Gold, DL Friso 3 Gold dan DL Friso 4 Gold. Seterusnya segmen pasaran kedua merupakan produk untuk keluarga yang mana terdiri daripada Susu UHT DL, Susu Steril DL, Susu Pasteur DL, Susu Penuh Krim DL, Susu Krimer DL dan Joy Juice. Segmen pasaran ketiga adalah untuk golongan pemuda. Antara barisan produk yang terdapat dalam segmen ini seperti Yogurt Rendah Lemak DL, Yogurt 0% Lemak DL dan DL Iced Latte.

Lembaga Pengarah i. Lembaga Pengarah – Syarikat Induk

Urus tadbir korporat di Friesland Foods melibatkan Ahli Mesyuarat Agong (General Meeting of Members), Lembaga (Board) of Zuivelcooperatie Friesland Foods U.A, Mesyuarat Agong Tahunan Pemegang Saham (Annual General Meeting of Shareholders), Supervisory Boards dan Lembaga Pengurusan (Board of Management) Royal Friesland Foods N.V. Cooperative adalah satu-satunya pemegang saham dalam syarikat.

ii. Lembaga Pengarah – Tempatan

Ahli Lembaga Pengarah Dutch Lady Milk Industries Berhad

Pengerusi Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohd Yassin Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif

Pengarah Dato’ Dr Mhd Nordin Bin Mohd Nor Pengarah Bukan-Bebas Bukan-Eksekutif
Pengerusi Tan Sri Kamarul Ariffin Bin Mohd Yassin Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif

Pengarah Foo Swee Leng Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif

Pengarah Boey Tak Kong Pengarah Bebas Bukan-Eksekutif

Pengarah Hans Laraakker Pengarah Eksekutif

Pengarah Huang Shi Chin Pengarah Eksekutif

Pengarah Cornelis H.M. Ruijgrok Pengarah Bebas Pengarah Eksekutif

Lokasi Firma i. Firma Induk Syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad dikenali sebagai Royal Friesland Foods yang beralamat di Friesland Foods, Blankenstein 142, 7943 PE Meppel, P.O. Box 124, 7940 AC Meppel, The Netherlands. Talian yang boleh dihubungi adalah 31 522 27 62 76 dan nombor faks 31 522 27 64 77. Selain itu, cara lain yang boleh digunakan oleh pengguna untuk menghubungi Royal Friesland Foods adalah dengan menghantar e-mail dialamat mail@frieslandfoods.com.

ii. Dutch Lady Milk Industries Berhad (Anak Syarikat)

Dutch Lady Milk Industries Berhad merupakan anak syarikat atau subsidiari asing bagi Royal Friesland Foods yang terletak di Malaysia beralamat di PO Box 122, 46710 Petaling Jaya, Selangor.

Negara Asing dan Mata Wang Asing yang digunakan

Rangkaian produk Royal Friesland Foods mempunyai kuasa pasaran yang kuat di pasaran tenusu antarabangsa, terutama di Eropah Barat, Eropah tengah, Timur tengah, Afrika Barat dan Asia Tenggara. Syarikat ini beroperasi dari 90 cawangan di seluruh dunia dengan jumlah 17,500 orang pekerja di mana 12,000 orang bekerja di luar Belanda. Cawangannya terletak di The Netherlands, Hungary, Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, Greece, Kingdom of Saudi Arabia, Belgium, Romania, dan Nigeria. Mata wang yang telah digunakan dalam menjalankan transaksi perdagangan pertukaran asing terdiri daripada Euro bagi The Netherlands, Belgium, Greece, Forint bagi Hungary, Ringgit Malaysia (RM) bagi Malaysia, Dong bagi Vietnam, Baht bagi Thailand, Rupiah bagi Indonesia, Riyal bagi Kingdom of Saudi Arabia, Leu bagi Romania dan Naira bagi Nigeria.

2.0 PENDEDAHAN TERJEMAHAN Pendedahan terjemahan yang juga dikenali sebagai pendedahan perakaunan, wujud disebabkan penyata kewangan dari subsidiari asing dimana dinyatakan dalam matawang asing. Ia mesti dinyatakan semula di dalam bentuk laporan matawang induk untuk firma menyediakan percantuman penyata kewangan. Dutch Lady perlu menyatakan semula matawang negara-negara yang terlibat (syarikat induk; Netherland dan anak syarikat di negara lain; Thailand, Amerika Syarikat dan Malaysia).

Pendedahan terjemahan adalah potensi bagi peningkatan atau penurunan dalam nilai bersih syarikat induk dan pendapatan bersih yang disebabkan oleh perubahan dalam kadar pertukaran sejak bermula penterjemahan terakhir. Tujuan utama pendedahan terjemahan adalah untuk menyediakan percantuman penyata Dutch Lady dan bagi pihak pengurusan syarikat induk Dutch Lady di Netherland untuk menilai prestasi anak syarikat mereka di luar negara. Walaupun penaksiran boleh dinyatakan dalam matawang tempatan, pernyataan semula kesemua penyata-penyata anak syarikat kedalam satu matawang sebagai pengukur memudahkan perbandingan oleh pengurusan.

Penyata kewangan syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia, iaitu nilai matawang utama persekitaran ekonomi dimana syarikat ini broperasi. Dalam menyediakan penyata kewangan bagi syarikat ini, transaksi dalam matawang selain matawang utama syarikat (matawang asing) direkodkan berdasarkan kadar pertukaran asing yang diperolehi pada tarikh transaksi jual beli dijalankan. Pada setiap tarikh kunci kira-kira, item kewangan yang diukur dalam

matawang asing diterjemah semula pada kadar yang diperolehi pada tarikh kunci kirakira. Item bukan kewangan pada ‘fair value’ yang diukur dalam matawang asing diterjemahkan semula menggunakan kadar yang diperolehi pada tarikh apabila ‘fair value’ ditentukan. Item-item bukan tunai yang diukur dalam bentuk kos sejarah dalam matawang asing pula tidak diterjemah semula.

Perbezaan pertukaran yang wujud dalam penyelesaian item kewangan dan dalam penterjemahan semula item kewangan adalah termasuk dalam penyata kewangan bagi tempoh tersebut. Perbezaan pertukaran yang wujud bagi penterjemahan item bukan kewangan dinyatakan termasuk dalam penyata kewangan bagi tempoh tersebut kecuali bagi perbezaan yang wujud dalam penterjemahan semula item bukan kewangan yang bertindakbalas dimana pendapatan dan kerugian dikenalpasti secara terus dalam ekuiti. Bagi item bukan kewangan seperti itu, apa-apa komponen pertukaran pendapatan atau kerugian juga dikenalpasti secara terus dalam ekuiti

MATAWANG YANG DIGUNAKAN Matawang yang digunakan oleh syarikat Dutch Lady Milk Industries dalam menjalankan pendedahan transaksi adalah: • • • • Malaysia Ringgit (MYR) Thailand Baht (THB) Euro Dollar (EUR) US Dollar (USD)

Walaupun syarikat induk berada di Netherland, tetapi kesemua anak syarikatnya menggunakan matawang negara masing-masing dalam penyata kewangan mereka. Bagi Dutch Lady Milk Industries (incorporated in Malaysia) , mereka menggunakan Ringgit Malaysia dalam penyata kewangan syarikat. Syarikat ini mendapatkan maklumatmaklumat mengenai kadar pertukaran asing semasa melalui Bank Negara Malaysia. Dutch Lady Milk Industries Bhd perlu melaporkan penyata kewangan dalam Euro Dollar kepada syarikat induk mereka iaitu Friesland Foods di Netherland.

KAEDAH YANG DIGUNAKAN: TEMPORAL METHOD Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad menggunakan temporal method dalam menjangkakan item-item seperti inventori, loji dan peralatan di nyatakan semula dengan kerap bagi menggambarkan nilai pasaran. Di bawah tenporal method, pendapatan atau kerugian yang wujud akibat pengukuran semula dibawa terus ke pendapatan cantuman semasa. Dalam kaedah ini, terdapat item-item yang diterjemahkan pada kadar pertukaran semasa dan kadar sejarah. Berikut adalah kadar pertukaran semasa dan kadar sejarah yang digunakan oleh syarikat ini pada waktu penyata kewangan mereka diterjemahkan: Kadar pertukaran semasa : MYR/EUR 4.6686 Kadar sejarah • : MYR/EUR 5.1211

Aset-aset kewangan (tunai, sekuriti boleh pasar, akaun belum terima, dan penerimaan jangka panjang) dan liabiliti kewangan (liabiliti semasa dan hutang jangka panjang) diterjemahkan ada kadar pertukaran semasa.

Aset dan liabiliti bukan kewangan (inventori dan aset tetap) diterjemahkan semula pada kadar sejarah.

Item-item penyata pendapatan diterjemahkan pada kadar pertukaran purata bagi tempoh tersebut kecuali bagi item-item seperti susutnilai dan kos barang dijual yang berhubung secara langsung dengan aset dan liabiliti bukan kewangan. Akaun-akaun ini diterjemahkan pada kadar sejarah.

Pengagihan. Pembayaran dividen diterjemahkan pada kadar pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh pembayaran.

Item-item ekuiti. Saham biasa dan akaunmodal berbayar diterjemahkan pada kadar sejarah. Pendapatan tertahan bagi tahun berakhir merangkumi pendapatan tertahan awal tahun yang asal campur atau tolak pendapatan atau kerugian bagi tahun tersebut, campur atau tolak ketidakseimbangan daripada penterjemahan.

TEMPORAL METHOD Disember 31,2006 sebelum kejatuhan Property, Plant and Equipment Prepaid leased payments Inventories Trade Receivables Other receivables and prepaid expense Amounts owing by other related companies Cash and bank balances 51,176 3,931 55,057 64,199 6,964 3,495 26,578 211,400 43,846 26,932 11,291 858 5,226 2,300 64,000 56,947 211,400 nilai 5.1211 5.1211 5.1211 4.646 4.646 4.646 4.646 262077.4136 20131.0441 281952.4027 298268.554 32354.744 16237.77 123481.388 1034503.316 203708.516 125126.072 52457.986 3986.268 24279.996 11778.53 327750.4 291631.2817 1040719.05 Januari 3,2007 selepas kejatuhan nilai 5.1211 5.1211 5.1211 4.6686 4.6686 4.6686 4.6686 262077.41 20131.044 281952.4 299719.45 32512.13 16316.757 124082.05 1036791.3 204699.44 125734.74 52713.163 4005.6588 24398.104 11778.53 327750.4 751080.03 285711.22 1036791.3

Trade payables Other payables and accrued expenses Amount owing to other related companies Provisions Tax Liabilities Deferred Tax Liabilities issued Capital Unappropriated profit Translation Adjustment (CTA)

4.646 4.646 4.646 4.646 4.646 5.1211 5.1211 5.1211

4.6686 4.6686 4.6686 4.6686 4.6686 5.1211 5.1211 5.1211

Berlaku penurunan dalam matawang euro pada awal tahun 2007, iaitu daripada 4.646 kepada 4.6686 (0.49%). Ini menyebabkan berlakunya kerugian terjemahan sebanyak 285711.22.

3.0 PENDEDAHAN TRANSAKSI

Pendedahan transaksi adalah berkaitan dengan perubahan aliran tunai hasil daripada obligasi kontrak sekarang dan ia merupakan alat untuk mengukur obligasi pertukaran tertunggak tetapi ia perlu diselesaikan sebelum atau selepas kadar pertukaran

asing. Dalam pendedahan transaksi, kontrak sudah berlaku pada hari ini, dimana telah berlaku aktiviti penjualan tetapi pembayaran berlaku kemudian. Apabila Dutch Lady Milk Industries Berhad membeli kontrak hadapan, ia secara tidak langsung menghasilkan pendedahan transaksi. Risiko ini mendatangkan lindung nilai terhadap kewujudan pendedahan transaksi. Dutch Lady Milk Industries Berhad mempunyai pemdedahan transaksi kerana ia melibatkan pertukaran matawang asing dengan anak-anak syarikat Royal Friesland Foods di negara lain. Penyata kewangan Dutch Lady Milk Industries Berhad yang berakhir pada 31 Disember 2006 menunjukkan wujudnya pendedahan transaksi kerana mempunyai aktiviti perdagangan diantara Dutch Lady Milk Industries Berhad dengan anak syarikat di negara luar. Syarikat-syarikat yang terlibat adalah Immediate holding company Management iaitu Frint Beheer IV BV dan jualan kepada syarikat-syarikat lain yang berkaitan termasuklah Friesland (Singapore) Pte. Ltd, Friesland Foods Ltd. Hong Kong dan pembelian daripada Friesland Foods BV, Friesland Foods Foremost (Thailand) Plc, P.T. Frisian Flag Indonesia dan juga pembayaran yuran royalti dan bantuan teknikal kepada Friesland Brands BV.

Dengan ini, ia akan mewujudkan Akaun Belian dan Jualan dalam urusniaga kadar pertukaran asing di antara Dutch Lady Milk Industries Berhad dengan firma luar negara yang lain. Menurut penyata kewangan, Dutch Lady Milk Industries Berhad ada membuat jualan produk kepada Friesland Foods Ltd. Hong Kong sebanyak HKD 232,715.80. Penerimaan adalah dalam tempoh masa 90 hari. Kadar pertukaran asing semasa ialah

HKD/MYR (Disember 2006)= 45.4288. Maka Dutch Lady Milk Industries Berhad akan menerima: HKD232,715.80 x 45.4288= RM10,527,000 Apabila pembayaran telah diterima maka akan berlaku pendedahan transaksi.

Selain daripada itu juga, Dutch Lady Milk Industries Berhad juga membuat pembelian daripada Friesland Foods Foremost (Thailand) Plc sebanyak THB379,162.38. Pembayaran adalah dalam tempoh masa 90 hari. Kadar pertukaran asing semasa ialah THB/MYR 9.8111. Maka Dutch Lady Milk Industries Berhad akan menerima: THB379,162.38 x 9.8111 = RM 3,720,000

Apabila pembayaran telah diterima maka akan berlaku pendedahan transaksi.

Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad ada menggunakan kaedah melindungnilai(hedging). Melindungnilai adalah merupakan satu kaedah yang melindungi pemilik tersebut daripada kehilangan aset yang sedia ada. Malahan kaedah ini juga menghalang sebarang kenaikan nilai aset yang dilindungi tersebut.

Untuk melindung nilai dalam pendedahan transaksi Dutch Lady Milk Industries Berhad menggunakan kadar pertukaran hadapan dalam aktiviti perniagaannya. Diantara matawang yang terlibat adalah US Dollar ($), Euro Dollar(€), dan Thailand Baht (฿) Dimana kadar pertukarannya pada tahun 2006 ialah $ 3.5315/MYR, € 4.6460/MYR dan ฿9.8111/MYR.

Dutch Lady Milk Industries Berhad menggunakan kaedah lindungnilai kerana ia terlibat dengan transaksi dengan matawang negara lain. Syarikat berhutang dengan syarkat induk di Netherland sebanyak RM 6,889,000 (€1,476,488). Sekiranya Dutch Lady Milk Industries Berhad berniat untuk melindungnilai pendedahan transaksinya di pasaran hadapan (forward market), syarikat akan menjual kontrak hadapan €1,476,488 pada hari ini pada sebut harga 4.6658/EUR 3 bulan kontrak hadapan. Dalam masa 3 bulan, syarikat akan menerima RM 6,889,000 untuk membayar hutang kepada syarikat induk di Netherland.

4.0 PENDEDAHAN OPERASI

Pendedahan operasi juga dipanggil sebagai pendedahan ekonomi, pendedahan persaingan atau pendedahan strategik yang digunakan untuk mengukur sebarang perubahan dalam nilai kini firma yang diperolehi daripada perubahan dalam aliran tunai

operasi masa hadapan yang disebabkan oleh perubahan kadar pertukaran yang tidak dijangka. Pendedahan operasi menganalisis penilaian kesan daripada perubahan kadar pertukaran terhadap operasi firma itu sendiri secara bulanan atau tahunan dan dari sudut persaingan vis-a-vis firma lain. Matlamatnya adalah untuk mengenalpasti langkah strategik atau teknik operasi yang akan digunakan oleh firma untuk meningkatkan nilai firma dalam menghadapi perubahan kadar pertukaran. Pendedahan operasi dan pendedahan transaksi adalah saling berkaitan kerana kedua-dua pendedahan tersebut berkaitan dengan aliran tunai masa hadapan. Keduaduanya berbeza dari segi konteks yang mana aliran tunai adalah ditimbang oleh pihak pengurusan dan kenapa aliran tunai berubah apabila kadar pertukaran berubah. Mengukur Pendedahan Operasi firma memerlukan ramalan dan analisis semua Pendedahan Transaksi individu masa hadapan firma bersama-sama dengan pendedahan masa hadapan semua pesaing firma dan keseluruhan pesaing berpotensi. Terdapat beberapa andaian yang digunakan untuk mengukur pendedahan operasi bagi syarikat Dutch Lady Milk Industries terutamanya dalam kadar pertukaran mata wang asing – devaluasi ( turun nilai ) atau naik nilai ( appreciation ), volum jualan, harga jualan dan lain- lain pembolehubah. Andaian kadar pertukaran mata wang digunakan bagi mengukur kesan pendedahan operasi syarikat Dutch Lady.

Kes Asas : Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad ( Malaysia )

Kami mengandaikan pada 1 Januari 2009 sebelum aktiviti perniagaan bermula, Euro dijangka akan mengalami penurunan nilai daripada MYR/EUR 4.8756 kepada MYR/EUR 4.5224.

Kes 1 : Tiada Perubahan Dalam Lain- lain Pembolehubah Diandaikan bahawa penurunan nilai (devaluasi) tidak berlaku, maka Dutch Lady dijangka dapat menjana keuntungan seperti yang ditunjukkan dalam aliran tunai operasi pada tahun 2006 iaitu, Euro 11,100,582.49 ( RM 54,122,000 x MYR 4.8756/EUR ).

Kes 2 : Berlaku Penurunan Nilai ( Devaluasi ) dalam Mata Wang Diandaikan dalam tempoh tiga tahun tiada perubahan dalam volum jualan, harga jualan atau kos operasi. Untung pada tahun akan datang dalam Ringgit Malaysia (RM) adalah seperti yang dijangka dan aliran tunai daripada operasi adalah RM 54,122,000 seperti yang ditunjukkan dalam laporan tahunan Dutch Lady. Dengan mengambil kira perubahan dalam kadar tukaran mata wang iaitu MYR/EUR 4.5224, aliran tunai akan berubah menjadi Euro 11,967,539.36 (RM 54,122,000 X RM 4.5224/EUR). Perubahan dalam aliran tunai akhir tahun syarikat daripada kes 1 ialah Euro 11,967,539.36 – Euro 11,100,582.49 = Euro 866,956.87.

RUJUKAN Buku Multinasional Business Finance – David K.Eiteman,Arthur I. Stonehill, Michael H. Moffett Eleven Edition. Annual Report 2006 Pharmaniaga Berhad