You are on page 1of 11

ESEI JENIS – JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN

KAUNSELING

ESEI :

Tugas membimbing adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang
berperanan melaksanakan tugas nasihat menasihati antara satu sama lain
dalam usaha mencari kebahagian dan kejayaan hidup. Terdapat banyak cara
dalam membantu dan membimbing orang manusia. Antaranya memberi
nasihat, membimbing, kaunseling dan mungkin melalui proses psikoterapi.
Konsep-konsep membimbing ini wajar di fahami kerana melalui kefahaman,
pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai
penasihat, pembimbing, kaunselor berdasarkan keupayaan masing-masing.
Dalam surah Al-Asr ayat 1-3, Allah S.W.T berfirman, “demi masa,
sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya
mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.
Terapi dalam bimbingan dan kaunseling berdasarkan bahawa
manusia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk perkembangan kan
diri mereka. Manakala ciri dalam sistem sekolah pula merupakan satu proses
yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan pada tingkah laku dan
menyedari konsep kendiri dan peranan klien yang mempunyai hak untuk
memilih. Justeru itu, fokus utama terapi dalam bimbingan dan kaunseling
ialah berdasarkan prinsip harga diri individu adalah paling mutlak, setiap
individu adalah unik, sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas di mana
seorang individu bertindak. Prinsip lain ialah Individu – individu bekerja
untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Seterusnya ialah individu –
individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh di bantu
untuk membuat keputusan yang akan membawa mereka kepada proses
arah kendiri. Hal ini juga akan membuatkan mereka lebih serasi dengan
persekitaran mereka. Prinsip terakhir terapi dalam bimbingan dan
kaunseling ialah individu – individu memerlukan proses bantuan bimbingan
daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.
Terapi dalam bimbingan dan kaunseling mesti dijalankan
berdasarkan amalan terbaik bimbingan dan kaunseling. Setiap individu
mungkin pada masa tertentu memerlukan maklumat dan bantuan kendiri
yang hanya boleh diberikan oleh seorang kaunselor profesional yang cekap.
Kebimbangan utama proses bimbingan dan kaunseling ialah bagaimana
individu – individu berfungsi di dalam persekitaran sosial mereka. Justeru,
tujuan utama ialah untuk menolong individu – individu untuk menjadi
manusia seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya,
bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang untuk menjadi individu
integrasi dan mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing
dengan baik setiap individu boleh mencapai potensi optimumnya. Untuk
mencapai tujuan yang murni ini terapi dalam bimbingan dan kaunseling
merangkumi jenis – jenis terapi seperti berikut terapi perkembangan, terapi
pencegahan, terapi pemulihan dan terapi intervensi krisis.


RAJAH 1 : JENIS - JENIS TERAPI


RAJAH 2 : TERAPI PERKEMBANGAN

Jenis terapi pertama ialah terapi perkembangan yangPendekatan ini
merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam
persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran,
pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran
dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan
dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang
untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah
dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi
peperiksaan dan ceramah motivasi. Perkembangan bimbingan merujuk
kepada program-program yang direka untuk meningkatkan fungsi dan
perkembangan potensi individu dan kumpulan yang sihat. Fokus
pendekatan ini adalah untuk membantu murid-murid memperolehi
pertumbuhan peribadi yang positif menerusi pelbagai peringkat dalam
kehidupan mereka. Bimbingan merangkumi kompetensi murid atau hasil
yang perlu dicapai bagi setiap daripada tiga domain perkembangan, iaitu,
akademik, kerjaya dan peribadi/sosial. Adakah anda tahu apakah keperluan
perkembangan bimbingan bagi murid-murid ? Ianya adalah seperti berikut :

Tahap
sekolah
Perkembangan
Akademik
Perkembangan
Kerjaya
Perkembangan
Peribadi/Sosial
1 Murid-murid perlu
dibantu dalam
perkembangan berikut:
· Kemahiran asas yang
mereka perlukan untuk
berjaya di sekolah (3M)
· Menjelaskan bagaimana
mereka belajar sesuatu,
bagaimana mereka
mengingat kembali
maklumat, dan
bagaimana mereka
merancang untuk
menyelesaikan tugasan.
· Keupayaan untuk
mengenalpasti situasi di
mana
pembelajaran adalah
mudah atau sukar
Murid-murid perlu
dibantu dalam
perkembangan berikut:
· Kebolehan untuk
menjelaskan pekerjaan di
pelbagai latar, jenis
pekerjaan dalam ahli
keluarga,.
· Kebolehan untuk
menjelaskan apa yang
mereka suka lakukan dan
bagaimana mereka
berubah dari tahun ke
tahun
· Kesedaran tentang
perbezaan antara rakan
sebaya dan diri mereka.
· Kesedaran tentang
kemahiran yang mereka
ada
Murid-murid perlu
dibantu dalam
perkembangan berikut:
· Kesedaran kendiri,
keyakinan dan
kompetensi
· Kemahiran dalam
menjelaskan
perhubungan dan proses
dalam menjalin dan
mengekalkan
persahabatan
· Gambaran positif tentang
attribut dan keunikan
kualiti bagi diri sendiri
dan orang lain.
· Tanggungjawab terhadap
tugasan di rumah,
sekolah dan penjagaan
diri serta hak milik
2 Murid-murid perlu
dibantu dalam
perkembangan berikut:
· Strategi yang membantu
murid belajar seperti
mengambil nota,
mengamalkan kemahiran
mengingat, menetapkan
Murid-murid perlu
dibantu dalam
perkembangan berikut:
· Pengiktirafan terhadap
pilihan yang dibuat
oleh manusia terhadap
pekerjaan serta peranan
lain dalam hidup mereka
Murid-murid perlu
dibantu dalam
perkembangan berikut:
· Menjelaskan tentang diri
mereka, kekuatan
mereka
· Mengena lpasti akibat
daripada tindakan
Tahap
sekolah
Perkembangan
Akademik
Perkembangan
Kerjaya
Perkembangan
Peribadi/Sosial
matlamat dan bersedia
untuk ujian
· Memahami bagaimana
pembelajaran berlaku
secara berbeza terhadap
individu yang berbeza
dan bagaimana ianya
berlaku serentak di
dalam dan di luar
sekolah.
· Kebolehan untuk
mengaplikasi kemahiran
berbeza bagi
matapelajaran dan latar
sekolah yang berbeza
· Kebolehan untuk
menghuraikan perkara
yang dipelajari berkaitan
diri mereka dengan
mengambil ujian
· Kebolehan untuk
menghuraikan pekerjaan
yang dilakukan oleh
lelaki dan perempuan,
dan hubungan antara
minat dan keupayaan
untuk bekerja
· Kebolehan
untuk menjelaskan
bagaimana kehidupan
mereka pada masa akan
datang
mereka ke atas orang lain
dan adanya kesan dari
pilihan tersebut
· Memahami bagaimana
trait berkembang
· Keupayaan untuk
melahirkan penghargaan
kepada orang lain di atas
kualiti diri mereka yang
unik
· Keupayaan untuk
mengetahui
bila perubahan mungkin
atau tidak mungkin
berlaku
· Keupayaan untuk
mengenal pasti dan
melahirkan perasaan
dalam adab yang
diterima

Ciri-ciri perkembangan bimbingan adalah seperti berikut iaitu merupakan
usaha jangka panjang, berbentuk kumulatif ( terkumpul ), ia juga tertumpu
kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan ia juga menekankan
tugasan kes individu, perundingan, koordinasi, memprogram, kaunseling
dan kerja kumpulan. Berbagai teknik dapat digunakan dalam pendekatan ini
seperti mengajar, tukar informasi, bermain peran, melatih, tutorial dan
kaunseling. Di dalam pendekatan perkembangan, keterampilan dan
pengalaman belajar yang menjadi kebutuhan anak didik akan dirumuskan ke
dalam suatu kurikulum bimbingan (guidance curriculum). Pendekatan
perkembangan bertolak dari pemikiran bahawa perkembangan yang sihat
akan berlangsung dalam interaksi yang sihat antara anak didik dengan
lingkungannya. Kemahiran – kemahiran yang meliputi dalam satu program terapi
perkembangan hasil pembelajaran murid – murid dalam tiga bidang iaitu perkembangan
kendiri atau sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya. Kemahiran –
kemahiran ini boleh dicapai melalui mod – mod seperti pengajaran bilik darjah, kaedah
bimbingan kumpulan dan program atau projek. Guru – guru bimbingan dan kaunseling
boleh menggunakan pelbagai alatan penilaian pencapaian untuk mengukur tahap
kejayaan murid – murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah hasil
pembelajaran perkembangan yang berintergrasi dan berperingkat, penilaian yang
berdasarkan proses – proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, resos
– resos profesional dan pendidikan pos sekolah menengah dan bahan – bahan dan
program – program yang berkaitan dengan kerjaya.


RAJAH 3 : TERAPI PENCEGAHAN

Terapi pencegahan pula terapi kedua yang berasaskan andaian
bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu
meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan
pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan,
ceramah motivasi dan kem waja diri. Pencegahan adalah berkaitan dengan
kemahiran mengenal pasti apa yang diperlukan sekarang atau yang
diperlukan pada masa akan datang serta cara memperolehi kemahiran
tersebut. Tujuannya adalah untuk menangani masalah pada masa depan
dan untuk dialih bagi mencegahnya dengan menyediakan individu atau
kumpulan kemahiran yang diperlukan atau dengan menghasilkan
perubahan di persekitaran. Usaha mencegah berlaku sebelum sesuatu
masalah dikenal pasti. Pencegahan hanya berlaku apabila usaha dilakukan
bagi memastikan masalah kecil tidak menjadi semakin serius. Usaha bagi
mencegah kesukaran belajar mempunyai matlamat iaitu mengelakkan
sepenuhnya dari masalah.
Bimbingan pencegahan menekankan jangkaan masalah akan datang
dan menyediakan maklumat dan latihan kemahiran yang perlu bagi
mencegah masalah yang mungkin timbul. Pencegahan selalunya proaktif,
iaitu langkah permulaan, jangkaan, menghadapinya secara aktif dan sasaran
adalah ditumpukan kepada satu kumpulan besar manusia bukan secara
individu, dalam menjangka masalah kehidupan yang melemahkan. Sasaran
kumpulan terhadap program pencegahan secara amnya dianggap berisiko,
atau mudah dipengaruhi dan kadang kala mengalami keadaan kecelaruan
dalam jangka masa terdekat. Objektif utama adalah untuk menyampaikan
aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh mencegah atau sekurang-
kurangnya dapat meminimakan insiden kecelaruan terhadap populasi yang
berisiko ini. Sebagai contoh, program pencegahan penagihan dadah untuk
murid-murid di sekolah rendah.
Kaunselor bimbingan melibatkan diri dalam satu program bimbingan
dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi –
strategi seperti intervensi awal dan memberikan respon dengan serta merta
kepada murid – murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang
mengganggu pembelajaran mereka. Namun untuk mencapai matlamat –
matlamat terapi pencegahan, seseorang kaunselor perlu menggunakan
strategi –strategi berikut pula iaitu menyediakan maklumat lengkap
mengenai masalah – masalah yang dihadapi oelh klien. Strategi lain pula
ialah bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan serta konsultasi
dengan guru – guru lain dan ibu bapa dan juga merekomodasikan masalah
klien kepada pakar – pakar lain dan ibu bapa. Sesetengah daripada alat
penilaian pencapaian yang digunakan oleh ahli –ahli kaunselor dalam terapi
pencegahan pada tahp rendah, menengah dan peringkat pra-universiti
termasuk penilaian individu, aktiviti-aktiviti pembelajaran sokongan yang
dikordinasikan oleh murid – murid dan juga perancangan sistematik dari
sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid – murid yang menghadapi
masalah akademik dan masalah penyesuaian yang serius, kaunselor
bimbingan perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.

RAJAH 4 : TERAPI PEMULIHAN

Terapi ketiga pula jenis Pemulihan. Terapi bimbingan pemulihan
ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik
darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik –
teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid – murid yang
mempunyai masalah dalam proses pendidikan dan akan memberi fokus
kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke
semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah
perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid
ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka
dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri
kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk mengurangkan
masalah pendidikan antara murid – murid adan sekolah.
Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas
penemuan masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah
laku yang bermasalah. Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan
kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat
keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah
laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak
dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam
keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah
lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat kembali ke
bilik darjah normal.
Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid
yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan
memfokuskan cara menggalakkan murid-murid membuat pilihan yang sihat
dan bersesuaian serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang
berkesan. Guru pembimbing menggunakan pendekatan pendidikan
pemulihan terhadap murid-murid yang belum berkembang atau
mendemonstrasikan kemahiran membuat pilihan yang sihat dan untuk
mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar.
Terdapat beberapa sokongan pendidikan oleh ahli –ahlu kaunselor
dalam proses terapi pemulihan di antaranya ialah merancang aktiviti –
aktiviti kelab, menstrukturkan trancangan pengajaran untuk meningkatkan
pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa
digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran
yang berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif – perspektif seperti
tugasan – tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan sesi – sesi
bimbingan dan kaunseling dan juga sebelum seorang murid dinilai sebagai
mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti dibberikan
peluang untuk melibatkan diri dalam pengajran pemulihan. Pengajran
pemulihan boleh dijalankan sama ada dalam masa sisitem persekolahn
ataupun di luar masa persekolahan.
Aspek – aspek penting yang lain yang diliputi dalam proses terapi
[pemulihan ialah membekalkan kemahiran belajar, menyiasat dan
menyemak kehadiran murid –murid ke sekolah, meningkatkan ilmu kendiri,
membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan dan
membincangkan profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja. Dalam
membimbing murid – murid yang lemah dalam bidang akademik, kaunselor
mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibi bapa atau
pakar – pakar pendidikn yang dapat menyumbang kepada penyelesaian
spesifik yang dihadapi oleh murid – murid sekolah.

RAJAH 5 : TERAPI INTERVENSI KRISIS

Terapi terakhir ialah terapi intervensi Krisis yang mengendalikan kes
krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta
tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir
sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria,
menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau
yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota
keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.
Guru pembimbing juga terlibat dalam perhubungan berorientasikan
krisis dengan murid-murid dan keadaan ini mengukuhkan proses
permulaan yang terus dirujuk kepada mereka yang profesional dan agensi-
agensi lain di dalam komuniti. Pendekatan krisis selalunya berbentuk arahan
dan berorientasikan tindakan. Apabila murid-murid menghadapi krisis, guru
pembimbing tidak mempunyai masa yang banyak untuk membenarkan
murid-murid membuat refleksi-kendiri, penerokaan dalaman terhadap
persepsi dan aspek tumpuan.
Biasanya murid-murid yang dilanda krisis memerlukan panduan,
dan sehingga mereka berada dalam keadaan stabil serta selamat maka
mereka dianggap bertanggungjawab untuk membuat keputusan.
Tanggungjawab ini datang secara beransur-ansur, setelah pelan tindakan
awal diperkukuhkan dan murid-murid telah mengalami kejayaan peringkat
awal. Terapi intervensi krisis dalam bimbingan dan kaunseling juga
memandu seorang kaunselor untuk menolong klien – klien
untukmengendalikan situasi – situasi kritikal atau kejadian – kejadian yang
belaku dalam kehidupan. Sebuah krisis didefinisikan sebagai satu situasi
atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai
maslah menyesuaiakan diri dalam sesuatu situasi.
Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kematian
ahli keluarga, kehilangan pekerjaan atau penamatan sesuatu perhubungan
persahabatan. Pada masa ini, seseorang individu akan mengalami pelbagai
perasaan dan setiap individu mempunyai respon yang berbeza kepada
sesuatu krisis. Adalah biasa untuk murid – murid merasai takut, bimbing
atau sedih pada masa yang sama. Kebanyakkan guru – guru bimbingan
mendapati bahawa murid – murid yang mempunyai krisis mental mungkin
menunjukkan ciri – ciri berikut iaitu tidak boleh menyebut perkataan dengan
tepat, todak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat dengan tepat,
membaca dengan kadar lambat, tidak boleh membaca langsung dan
jangkamasa penumpuan perhatian murid – murid semasa guru mengajar
adalah terlalu singkat.
Oleh itu, guru –guru bimbingan dan kaunseling perlu bersedia
menghadapi krisis di kalangan murid – murid sekolah. Ahli – ahli kaunselor
perlu menyediakan sokongan dan bimbingan kepada individu – individu atau
kepada kumpulan – kumpulan seperti keluarga atau komuniti semasa
sesuatu krisis. Tujuan – tujuan utama terapi intervensi krisis seperti
mengurangkan kesakitan emosi, menentukan bahawa individu dalam krisis
rasa selamat dam membantu satu rancangan untuk mengendalikan krisis
tersebut. Kemahiran, maklumat dan perkhidmatan sokongan yang diperolehi
daripada terapi intervensi krisis kaunseling juga boleh membantu seseorang
atau satu kumpulan individu untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup
mereka. Justeru itu, kaunseling krisis dan intervensi sangat berguna dan
perlu dalam sesuatu krisis.
Dalam terapi intervensi krisis ini mrnggunakan sembilan langkah
iaitu yang pertama ialah pendidikan. Seorang kaunselor krisis yang efektif
akan membekalkan pendidikan melalui maklumat, aktiviti dan struktur yang
akan menolong seorang individu untuk memilih dan bergerak daripada
krisis.langkah kedua ialah pemerhatian dan kesedaran. Satu lagi fungsi
spesifik kaunselor ialah untuk meningkatkan tahap pemerhatian dan
kesedaran individu. Hal ini akan membawa pilihan kepada individu untuk
menggalak proses pemulihan semula. Langkah ketiga ialah menggunakan
potensi individu. Kaunselor akan membimbing murid – murid untuk
memahami bahawa setiap krisis memberi satu peluang untuk pertumbuhan
kendiri. Justeru, adalah penting bagi mereka untuk memahami supaya
menggunakan sesuatau krisis untuk menemui potensi tertinggi kendiri.
Langkah keempat pula ialah memahami masalah. Kaunselor akan membantu
klien –klien untuk memahami cara –cara yang pailing penting dalam
menyelesaikan masalah peribadi dengan resos – resos dan kebolekan yang
ada semasa sesuatu krisis berlaku. Langkah kelima adalah mewujudkan
struktur yang berkaitan. Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif
dalam cara –cara untuk menamatkan sesuatu krisis. Langkah yang keenam
ialah mencabar kepercayaan yang tidak rasional. Kaunselor akan
menyakinkan murid –muid untuk menenrima kenyatan bahawa krisis ialah
masa kesedihan dan cara mereka respon adalah penting. Murid murid akan
merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah, kegelisahan mereka
akan hilang. Langkah ketujuh ialah menghapukan tingkah laku adiktif.
Kaunselor boleh menasihati individu yang setengah masalah krisis adalah
hasil daripada adiksi. Mereka juga boleh menasihati klien supaya tidak
melibatkan diri dalam kegiatan dadah, minum arak atau pun pengaruh –
pengaruh negatif yang lain. Langkah kelapan pula ialah mencipta
penggantungan sementara. Kaunselor boleh membimbing individu – individu
untuk membentuk perhubungan ringkas dengan orang lain untuk mendapat
sokongan. Penggantungan sihat ini hanya sementara dan boleh menolong
mereka untuk berkonsi kepedihan dan kesakitan mereka. Langkah yang
terakhir ialah menghadpai ketakutan dan kesakitan emosi. Dalam langkah
akhir, kaunselor akan mengingkatkan klien bahawa menghadapi kesakitan
emosi ialah respon yang paling sihat semasa sesuatu krisis berlaku.
Kesimpulanya, perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti
mengikut pendekatan individu yang mempraktikkannya tetapi inti pati tugas
seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau
individu yang bermasalah dan memerlukan bantuan adalah sama-sama
memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami
seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan
kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih.
Kesediaan kaunselor dan klien mahupun situasi dan tempat
untuk memulakan sesi kaunseling adalah penting untuk memastikan
kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kaunselor
seharusnya bijak meyakinkan kliennya bahawa dia benar-benar bersedia
dan bersungguh-sungguh ingin membantunya dan mengambil berat masalah
yang dibawa, secara jujur dan ikhlas sama ada dinyatakan secara lisan atau
gerak tubuh di samping menyediakan fasiliti yang sesuai dalam memulakan
sesi kaunseling.
Penstrukturan sesi kaunseling perlu dilaksanakan agar masa yang
diperuntukkan kepada klien dapat digunakan sepenuhnya dengan topik
perbincangan yang relevan dengan pokok perbincangan yang dibawa.
Penstrukturan ini juga perlu dijelaskan peranan kaunselor sebagai fasilitator
dan klien yang dapat menerima dan membuat pilihan alternatif berpaksikan
matlamatnya bertemu dengan kaunselor di mana kaunselor bertindak
berdasarkan etika kaunseling secara professional.
Matlamat sesi pertama adalah penting bagi klien membina
kepercayaannya kepada kaunselor yang akan sentiasa memerhatikan segala
apa yang dilakukan oleh klien semasa perbincangan tersebut di mana
matlamat utamanya adalah mengasaskan satu hubungan yang baik, supaya
perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra.
Penjelasan di atas menunjukkan bahawa proses kaunseling merupakan
satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud
persetujuan dan kata sepakat antara kaunselor dan klien yang
membolehkan pelaksanaan proses tersebut berjalan seterusnya. Walau
bagaimanapun, persetujuan ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan masa
dan juga kehendak klien sendiri dan boleh ditamatkan apabila klien telah
memperoleh jalan penyelesaian berdasarkan beberapa alternatif terhadap
pokok perbincangan yang dibawa kepada kaunselor. Proses kaunseling juga
boleh diberhentikan segera, sekiranya kaunselor mendapati tiada jalan lain
untuk membantu klien dan lazimnya ia akan merujuk kepada pakar lain
untuk meneruskan proses tersebut yang gagal dilaksanakan dengan
sempurna. Biar bagaimana sekalipun proses ini patut ditamatkan
seharusnya kaunselor bertindak secara bijaksana dan professional agar
semua pihak yang terlibat dalam pertemuan ini berpuas hati.

Hasil nukilan oleh :
Roddiaahtul Binti Awang
DPLI MT/PM
IPG TUANKU BAINUN, P.PINANG