CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL PENDAHULUAN Adakah pelaksanaan penambatan wang ringgit Malaysia merupakan cara

yang bijak bagi Malaysia? Dengan itu, kajian dilakukan untuk menyelidik kadar pertukaran mata wang Malaysia dengan negara US dan China. OBJEKTIF KAJIAN Objektif menjalankan kajian ini adalah: 1. Pertalian antara kadar inflasi dengan kadar pertukaran mata wang asing (KPMWA). 2. Pertalian antara imbangan perdagangan dengan KPMWA. 3. Pertalian antara pelaburan dengan KPMWA.

DATA KAJIAN Data kajian ini diperoleh dari laporan tahunan Bank Negara Malaysia (19982006), Buletin Perangkaan Malaysia (1998-2006), majalah Dewan Ekonomi (bulan April & September 2005) dan internet. Tempoh kajian ini adalah antara sukuan keempat 1998 sehingga sukuan ketiga 2005 untuk mengkaji kesan selepas pelaksanaan rejim kadar pertukaran tetap KAEDAH KAJIAN Kaedah Hasil Darab Momen Pearson, r Kaedah pekali korelasi hasil darab momen atau pekali korelasi Pearson ialah pengukuran berparameter yang digunakan bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah, X dan Y (Chase & Bown 2000). Pekali korelasi hasil darab momen diasaskan kepada kovarians, iaitu kaedah yang hampir sama dengan varians. Sekiranya varians digunakan bagi menjelaskan perubahan satu set pemerhatian di sekitar nilai minnya, kovarians pula cuba menerangkan hubungan atau perubahan bersama dua pembolehubah. Dengan perkataan lain, kovarians menjumlahkan perbezaan hasil setiap nilai individu bagi kedua-dua pembolehubah

-1-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL ditolak daripada nilai min masing-masing. Secara formula kovarians boleh ditulis seperti berikut: Kovarians = Σ (X- X)(Y-Y) N Oleh sebab itu, seperti juga varians dan sisihan piawai, kovarians ialah ukuran mutlak dan nilainya berubah-ubah mengikut unit X dan Y yang diukur. Perubahan sedemikian dapat dielakkan dengan menjadikan kovarians tanpa dimensi melalui penggunaan indeks atau pekali. Dalam kes hasil darab momen digunakan pekali korelasi yang diperoleh dengan membahagikan kovarians X dan Y dengan hasil sisihan piawai pembolehubah X dan pembolehubah Y. Pekali korelasi dikira seperti berikut: R= Σ xy √(Σx2 Σy2)

Iaitu x = X - X dan y = Y - Y Pembentukan koefisien korelasi sebagai alat objektif menyukat kekuatan hubungan antara dua pembolehubah X dan Y, hendaklah berpandukan beberapa kriteria yang berikut: a. Jika tidak wujud korelasi, nilai koefisien mestilah sifar. b. Bagi korelasi positif, tanda pada nilai koefisien hendaklah positif dan korelasi negatif pula hendaklah mewujudkan nilai koefisien yang bertanda negatif. c. Korelasi positif sempurna mestilah bernilai positif satu dan korelasi negatif sempurna pula bernilai negatif satu. Kedudukan nilai-nilai koefisien korelasi: Korelasi tidak sempurna -1 < r < 0 r = -1 korelasi sempurna r=0 korelasi kosong -2Korelasi tidak sempurna 0 < r < +1 r = +1 korelasi sempurna

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL PENEMUAN A. Perubahan Kadar Inflasi Malaysia Terhadap KPMWA KPMWA Malaysia Dengan China Mengikut prinsip ekonomi, korelasi antara kadar inflasi sesebuah negara dengan KPMWA negara itu adalah berhubung negatif, apabila kadar inflasi sesebuah negara meningkat terlalu tinggi akan membawa kesan negatif terhadap KPMWA negara itu. Manakala peningkatan kadar inflasi yang rendah tidak akan membawa kesan negatif terhadap KPMWA. Mengikut “Journal exchange rates pass-though to domestic price: Does the inflationary environment matter?” dari Ehsan U. Choudhri, Dalia S. Hakura didapati korelasi antara kadar inflasi dengan KPMWA adalah hubungan positif. Apabila berlaku peningkatan kadar inflasi akan membawa kesan dalam peningkatan harga import dan seterusnya peningkatan dalam KPMWA.
r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

202.4773 √(20300.2124) (11.2509)

=

0.4237

Daripada hasil pengiraan korelasi pertalian antara kadar inflasi Malaysia dengan KPMWA antara Malaysia terhadap China adalah bernilai positif iaitu r = 0.4237(Sila rujuk Lampiran 2.2.1). Dengan korelasi positif bermaksud pergerakan antara kadar inflasi Malaysia dengan KPMWA Malaysia terhadap China adalah sama arah. Jadi apabila kadar inflasi Malaysia meningkat akan membawa kesan terhadap KPWMA Malaysia terhadap China menurun dan sebaliknya. Korelasi bernilai 0.4237 menerangkan korelasi positif yang lemah. Dengan itu perubahan kadar inflasi tidak membawa banyak perubahan dalam KPMWA. Peningkatan kadar inflasi Malaysia yang rendah di Malaysia dapat menggalakkan perkembangan Malaysia dan seterusnya membawa kesan peningkatan dalam matawang Malaysia. Keadaan ini dapat tunjuk dalam graf dengan hubungan positif. -3-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL

Hubungan Kadar Inflasi Malaysia Dengan MYR/CNY
6.00 Kadar Inflasi (%) 5.00 4.00 3.00 2.00 1.00 0.00 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Tahun 0.4800 0.4750 0.4700 0.4650 0.4600 0.4550 0.4500 Kadar Pertukaran

MYR/CNY

Kadar Inflasi MYR/CNY

Daripada graf diatas, didapati kadar inflasi selepas krisis ekonomi 1998 adalah menyerdehana. Oleh itu, ia tidakakan memberi kesan kepada perubahan kadar pertukaran. Malahan, kenaikan kadar inflasi yang sihat telah memberangsangkan ekonomi Malaysia dan seterusnya menyebabkan nilai ringit Malaysia secara relatifnya telah naik dan dalam keadaan yang stabil. KPMWA Malaysia Dengan US Apabila kerajaan menjalankan sistem kawalan pertukaran tetap, perubahan kadar inflasi sesebuah negara tidak akan membawa kesan terhadap KPMWAnya.
r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

0.00 √(20300.2124)(0.00)

=

0.0000

Dari pengiraan korelasi pertalian antara kadar inflasi Malaysia dengan KPMWA Malaysia terhadap US adalah kosong (Sila rujuk Lampiran 2.2.2). Kadar inflasi Malaysia dengan KPMWA Malaysia terhadap US adalah tidak berkaitan antara satu sama lain.

-4-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL

Hubungan Kadar Inflasi Malaysia Dengan MYR/USD
6.00 Kadar Inflasi (%) 5.00 4.00 3.00 2.00 1.00 0.00 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Tahun 4.0000 3.0000 2.5000 2.0000 1.5000 1.0000 0.5000 0.0000 Kadar Pertukaran 3.5000

MYR/USD

Kadar Inflasi MYR/USD

Dari graf di atas didapati bermulanya tahun 1998, perubahan kadar inflasi tidak membawa kesan terhadap KPMWA antara Malaysia dengan US. Ini kerana berlakunya sistem kawalan pertukaran tetap antara Malaysia dengan US pada kadar MYR3.80/USD mulai 2 September 1998. Jadi dalam keadaan ini kadar inflasi Malaysia gagal mempengaruhi KPMWA dalam sistem pertukaran tetap dengan korelasi kosong.

B. Perubahan KPMWA Terhadap Import dan Eksport Haluan Perdagangan antara Malaysia dengan China
Haluan Perdagangan Antara Malaysia Dengan China
60000 50000 RM(juta) 40000 30000 20000 10000 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Tahun 0.4800 Kadar Pertukaran MYR/CNY 0.4750 0.4700 0.4650 0.4600 0.4550 0.4500

Eksport Import MYR/CNY

-5-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL Malaysia Mengeksport ke China
r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

51.2516 √(11.2509) (580.3983)

=

0.6342

Daripada hasil pengiraan korelasi pertalian antara KPMWA Malaysia dengan China terhadap nilai eksport Malaysia ke China adalah bernilai positif iaitu r = 0.6342 (Sila rujuk Lampiran 3.3.1). Korelasi yang positif bermaksud pergerakan antara KPMWA Malaysia dengan China terhadap nilai eksport Malaysia ke China adalah sama arah. Jadi apabila KPMWA Malaysia dengan China meningkat akan membawa kesan peningkatan dalam nilai eksport Malaysia ke China dan sebaliknya. Daripada graf di atas didapati KPMWA antara Malaysia dengan China berlaku agak stabil mulai tahun 1999. Kestabilan KPMWA Malaysia dengan China dapat menstabilkan harga barang eksport Malaysia dan ini dapat bersaing di pasaran China. Kesannya nilai eksport Malaysia ke China semakin meningkat dengan berterusan. Dengan itu korelasi positif telah wujud. Kira-kira satu per empat daripada eksport Malaysia ke China terdiri daripada litar dan litar tercetak, alat-alat separa konduktor dan diod pemancar cahaya. Satu lagi pertumbuhan eksport adalah permintaan eksport yang berasaskan sumber, kursusnya kelapa sawit dan getah. Malaysia Mengimport dari China
r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

102.8856 √(11.2509) (2214)

=

0.6519

-6-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL Daripada hasil pengiraan korelasi pertalian di antara KPMWA antara Malaysia dengan China terhadap nilai import Malaysia dari China adalah bernilai positif iaitu r = 0.6519 (Sila rujuk Lampiran 3.3.2). Korelasi positif bermaksud pergerakan antara KPMWA Malaysia-China dengan nilai import Malaysia dari China adalah sama arah. Jadi, apabila KPWMA Malaysia-China meningkat akan membawa kesan peningkatan dalam nilai import Malaysia dari China dan sebaliknya. Peningkatan KPMWA Malaysia terhadap China menyebabkan kos import dan harga barangan import menurun dan seterusnya berlakunya peningkatan jumlah import. Dengan ini wujudnya korelasi positif. Haluan Perdagangan antara Malaysia dengan US
Haluan Perdagangan Antara Malaysia Dengan US
120,000 100,000 80,000 RM(juta) 60,000 40,000 20,000 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 Tahun 2004 2005 4.0000 3.5000 Kadar Pertukaran MYR/USD 3.0000 2.5000 2.0000 1.5000 1.0000 0.5000 0.0000

Eksport Import MYR/USD

Apabila kerajaan menjalankan sistem kawalan pertukaran tetap, perubahan KPMWA sesebuah negara tidak akan membawa kesan terhadap import dan eksport.

-7-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL
Malaysia mengeksport ke US r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)} Malaysia Mengimport dari US r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

0.00 √(0.00)(550.5568)

=

0.00 √(0.00)(948.7007)

=

0.0000

=

0.0000

Dari pengiraan korelasi pertalian antara KPMWA Malaysia terhadap US dengan import dan eksport adalah kosong (Sila rujuk Lampiran 3.3.3 & 3.3.4). Jadi, KPMWA antara Malaysia dengan US terhadap import dan eksport adalah tidak berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan kepada graf di atas, KPMWA Malaysia terhadap US adalah tetap mulai 2 September 1998 hingga 21 Julai 2005. Hal ini kerana berlakunya sistem kawalan pertukaran tetap antara Malaysia dengan US pada kadar MYR3.80/USD. Jadi dalam keadaan ini, walaupun KPMWA Malaysia terhadap US adalah tetap sepanjang tempoh kajian, nilai import dan eksport masih terus meningkat dengan faktor-faktor yang lain. Eksport Malaysia ke US meningkat tahun demi tahun adalah berpunca terutamanya daripada perkembangan yang kukuh dalam eksport perkilangan dan perlombongan serta harga eksport dalam Ringgit Malaysia menurun sedikit. Di samping itu, perkembangan eksport yang terus pesat yang disokong oleh sektor elektronik yang berdaya saing serta permintaan global dan perdagangan serantau yang terus kukuh. Kadar pertukaran wang yang stabil telah membolehkan industri memberi tindak balas positif kepada permintaan eksport yang meningkat. Seterusnya, eksport meningkat juga disebabkan oleh peningkatan yang nyata dalam eksport separa konduktor. Manakala Malaysia mengimport ke US meningkat sejajar dengan peningkatan dalam permintaan untuk eksport. Namun, pertumbuhan import adalah dihadkan sebahagiannya oleh program pengembangan fiskal yang memberi penekanan kepada projek yang mempunyai kandungan import yang rendah. Import meningkat selaras -8-

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL dengan peningkatan pengeluaran untuk menyokong pemulihan dalam eksport dan permintaan dalam negeri. Peningkatan jumlah import juga disokong oleh permintaan kukuh terhadap barangan perantaraan dan barangan modal. Seterusnya peningkatan import mencerminkan pengeluaran dan eksport barangan perkilangan yang lebih tinggi serta perbelanjaan pengguna dan pelaburan dalam negeri yang lebih kukuh.

C. Perubahan KPMWA Terhadap Pelaburan Langsung Asing (FDI) Pelaburan antara Malaysia dengan China
Pelaburan Antara Malaysia Dengan China
2000 1800 1600 RM(juta) 1400 1200 1000 800 600 400 200 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Tahun 0.4500 0.4600 0.4550 0.4650 0.4750 0.4700 0.4800 Kadar Pertukaran MYR/CNY

Pelaburan ke Pelaburan Dari MYR/CNY

Malaysia Melabur Di China r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

Pelaburan dari China ke Malaysia

=

-88.4241 √(11.2509) (57623.5102)

=

-0.1098

-9-

r=

ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL
= 3638.8497 √(11.2509) (225960354.9753)

=

0.0723

Daripada maklumat yang ada, didapati bahawa KPMWA bertambah diikuti oleh pelaburan langsung asing (FDI) di China berkurang, maka korelasi antara dua pembolehubah ini adalah negatif iaitu -0.1098 (Sila rujuk Lampiran 4.4.1 & 4.4.3). Ini menunjukkan bahawa KPMWA dan FDI mempunyai pergerakan yang berlawanan dan lemah. Pelaburan Malaysia di China berkurangan apabila kadar pertukaran meningkat kerana keuntungan akan berkurangan. Manakala bagi korelasi China melabur di Malaysia adalah positif iaitu 0.0723. Ini menunjukkan bahawa KPMWA dengan FDI dari China mempunyai pergerakan yang sama arah dan lemah. Ini bermaksud KPMWA bertambah diikuti oleh FDI dari China bertambah, maka kolerasi antaranya adalah positif. FDI China ke Malaysia bertambah kerana nilai Malaysia telah turun apabila kadar pertukaran Malaysia meningkat dan China akan mendapat lebih banyak keuntungan. Pelaburan antara Malaysia dengan US
Pelaburan Antara Malaysia Dengan US
18000 16000 14000 RM(juta) 12000 10000 8000 6000 4000 2000 0 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Tahun 4.0000 3.5000 3.0000 2.5000 2.0000 1.5000 1.0000 0.5000 0.0000 Kadar Pertukaran MYR/USD

Pelaburan ke Pelaburan Dari MYR/USD

Malaysia Melabur Di US

Pelaburan dari US ke Malaysia

- 10 -

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL
r= ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

0.00 √(0.00) (516250.5333)

=

0.0000

r=

ΣXY √{(ΣX²) (ΣY²)}

=

0.00 √(0.00) (13425.2817)

=

0.0000

Setelah kerajaan Malaysia menetapkan sistem kadar pertukaran tetap dengan dollar US iaitu RM3.80/USD, perubahan KPMWA US tidak akan membawa kesan terhadap FDI di US. Dari pengiraan di atas, ia menunjukkan kolerasi antara KPMWA dengan FDI adalah kosong (Sila rujuk Lampiran 4.4.2 & 4.4.4). KPMWA Malaysia terhadap FDI US adalah tidak berkaitan antara satu sama lain. Berdasarkan kepada graf di atas, KPMWA Malaysia terhadap US adalah tetap iaitu mulai 2 September 1998 hingga 21 Julai 2005. Walaupun ringgit Malaysia telah ditetapkan pada RM3.80/USD, tetapi FDI dari US atau ke US masih kekal stabil dan meningkat dari tahun 1998 hingga 2000 selepas mengalami penyederhanaan sewaktu krisis kewangan Asia. Aliran FDI selepas tempoh krisis kekal stabil disebabkan MNC yang beroperasi di Malaysia terus melabur semula perolehan yang tidak diagih untuk mengembangkan, mempertingkatkan dan mempelbagaikan pengeluaran mereka walaupun terdapat persaingan yang lebih sengit daripada negara-negara yang mempunyai kos buruh yang rendah di rantau ini. Akan tetapi, FDI mula menurun pada tahun 2001, ini adalah mencerminkan ketidaktentuan pasaran kewangan global dan ekoran daripada pasaran saham serantau dan

- 11 -

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL global. Kelemahan pasaran saham global yang berpanjangan berhubung dengan pemulihan ekonomi sedunia dan risiko geopolitik yang semakin meruncing.

KESIMPULAN Pada tahun 1997 dan 1998, krisis ekonomi telah menyebabkan keadaan ekonomi menjadi tidak stabil. Kadar inflasi pada tempoh tersebut adalah amat tinggi. Demi melindungi ekonomi Malaysia daripada kemungkinan kemerosotan yang berterusan dalam ekonomi dan kewangan dunia dan juga mengembalikan kebebasan kewangan. Pada 2 September 1998, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa kadar pertukaran bagi ringgit telah ditetapkan pada RM3.80 berbanding dolar Amerika Syarikat. Langkah ini bertujuan untuk memastikan Malaysia akan memperoleh lebih kebebasan dalam melaksanakan dasar kewangan dalam negeri serta melindungi ekonomi dari kemungkinan risiko dan pendedahan kepada perkembangan luaran di pasaran kewangan antarabangsa. Namun, kawalan tersebut tidak akan mempengaruhi aktiviti ekonomi perdagangan dan pelaburan. Selepas pelaksanaan kawalan kadar pertukaran tetap, tekanan inflasi di Malaysia telah disederhanakan. Keadaan ini menyebabkan tiada kesan perubahan kadar inflasi terhadap kadar pertukaran antara MYR dengan USD. Kadar inflasi hanya akan mempengaruhi kadar pertukaran asing apabila kadar inflasi adalah terlalu tinggi. BNM telah mengurangkan kadar campur tangan tiga bulan dalam rejim kadar pertukaran asing tetap. Pengurusan kewangan tertumpu kepada pelaksanaan pengurusan mudah tunai yang lebih telus untuk memastikan pengagihan mudah tunai yang lebih baik bagi memperbaiki kecekapan dalam proses perantaraan pinjaman. Paras kadar faedah yang stabil terus menyediakan suasana yang lebih pasti dan dapat dijangka bagi memudahkan perancangan dan keputusan pelaburan oleh komuniti perniagaan. Dalam rejim ini, kadar inflasi masih wujud dalam kadar yang rendah , hal ini kerana penentuan kadar ringgit adalah berlandaskan asas ekonomi makro dalam negeri serta perkembangan luar negeri yang memberi kesan ke atas asas ekonomi. Penyusutan dalam nilai kadar pertukaran efektif ringgit benar berlaku walaupun asas ekonomi - 12 -

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL semakin kukuh dan mata wang serantau meningkat semenjak kadar ringgit ditetapkan pada bulan September 1998. Kadar penyusutan nilai adalah kecil dan ia tidak menimbulkan tekanan inflasi dalam ekonomi. Pada masa yang sama, keadaan seperti di atas juga diaplikasi kepada hubungan antara kadar inflasi dengan kadar pertukaran Malaysia-China. Ringgit adalah kekal tidak berubah berbanding renminbi China, ini adalah kerana kadar pertukaran mata wang tersebut juga ditetapkan kepada dolar Amerika Syarikat. Langkah kerajaan menetapkan kawalan pertukaran asing bukan bertujuan untuk mengganggu atau menghalang aktiviti berkaitan dengan perniagaan atau pelaburan langsung asing yang tulen. Peraturan-peraturan mengenai pelaburan langsung asing masih tidak berubah. Sebaliknya, Malaysia telah melonggarkan garis panduan mengenai pelaburan ekuiti asing di beberapa sektor tertentu untuk menggalakkan aliran masuk modal jangka panjang untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing. Contohnya, dalam sektor perkilangan, kerajaan membenarkan pemilikan asing sebanyak 100%. Namun, pelabur-pelabur jangka panjang masih berhati-hati disebabkan terutamanya oleh keadaan dunia yang tidak menentu. Semasa kemelesetan ekonomi, kerajaan telah melaksanakan langkah bagi memperkukuhkan imbangan pembayaran. Pada keseluruhannya, strategi belanjawan terus memberi penekanan kepada rangsangan fiskal yang dilaksanakan pada tahun 1998 selaras dengan pelan memulihkan ekonomi iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (NERP). Oleh sebab kadar pertukaran ringgit berbanding mata wang yang lain ditentukan melalui kadar silang, iaitu, berdasarkan kepada pergerakan dolar Amerika Syarikat berbanding mata wang tersebut di pasaran pertukaran mata wang asing antarabangsa. Apabila dolar Amerika Syarikat menjadi lemah, kebimbangan pasaran terhadap kadar ekonomi Amerika Syarikat yang tidak menentu dan peningkatan jurang kadar faedah yang memihak kepada kawasan euro dan UK telah bertambah. Selaras dengan pergerakan dolar Amerika Syarikat di pasaran pertukaran mata wang asing antarabangsa, ringgit Malaysia telah menyusut nilai berbanding euro, yen Jepun dan paun sterling.

- 13 -

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan daripada urus niaga luaran Malaysia dikendalikan dalam dolar Amerika Syarikat, ekonomi Malaysia telah dilindungi dengan baik daripada pergerakan mata wang. Kestabilan yang diberikan oleh kadar pertukaran tetap ringgit mengurangkan ketidaktentuan dalam proses perancangan aktiviti pelaburan para pengilang dan pembekal perkhidmatan, justeru membantu aktiviti perdagangan dan pelaburan. Selain itu, kadar pertukaran renminbi dengan USD yang telah ditambat juga menyebabkan ekonomi China tidak dipengaruhi oleh ketidaktentuan USD. Secara tidak langsung, perubahan kadar pertukaran Malaysia dengan renminbi adalah agak stabil. Seterusnya, kesan perubahan kadar pertukaran Malaysia dengan renminbi terhadap eksport Malaysia ke China dan import dari China adalah kurang. Sebaliknya, keadaan ini telah meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara dua negara ini. Lampiran 1: 1998 Q1 Q2 Q3 Q4 1999 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 2000 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 2001 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 2002 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 2003 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 2004 3.8000 3.8000 3.8000 3.8000 2005 3.8000 3.8000

3.8000

Kadar Pertukaran

Kadar Pertukaran Matawang : MYR/USD
Matawang 4.0000 3.9500 3.9000 3.8500 3.8000 3.7500 3.7000 3.6500

1998 Q1 Q2 Q3 Q4

Kadar Pertukaran Matawang

0.4591

1999 0.4591 0.4591 0.4591 0.4594

Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 1998

Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 Q1 Q2 Q3 Q4 1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 Ta hun (Sukuan)

Kadar Pertukaran Matawang : MYR/CNY
0.5000 2000 0.4900 0.4590 0.4800 0.4591 0.4700 0.4590 0.4600 0.4591 0.4500 0.4400

2001 0.4591 0.4591 0.4593 0.4600

2002 0.4600 0.4601 0.4601 0.4599

2003 0.4599 0.4596 0.4598 0.4599

2004 0.4600 0.4599 0.4598 0.4597

2005 0.4602 0.4598

- 14 1999 -

2000

2001

2002

2003

2004

2005

Tahunan (Sukuan)

CCCJ 3113 PASARAN WANG DAN MODAL

- 15 -

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful