You are on page 1of 6

2/12/2014 Ali Edu Blog: Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya

http://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html 1/6
Share Share Dengan Kawan
Ali Edu Blog
Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
Model-Model Modifikasi Pengurusan Bilik Darjah
Dalam menguruskan bilik darjah, ahli-ahli teoris dan para pendidik telah mengemukakan
beberapa model pengurusan bilik darjah. Model-model ini berlandaskan aras kawalan yang
berbeza, iaitu daripada kawalan luaran sehingga kawalan kendiri. Berikut merupakan model-
model modifikasi tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli teoris dalam pengurusan bilik
darjah. Antaranya adalah Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter,
Model Akibat Logika Dreikurs, Model Terapi Realiti Glasser dan Model Pengurusan Kelompok
(Kounin).
Namun begitu, terdapat juga model-model lain yang berkaitan dengan Pengurusan Bilik Darjah
dan tingkah laku pelajar. Antaranya ialah Model Disiplin dengan Digniti Curwin & Mendler, Model
Melangkah Disiplin Kohn, Model Dalaman Disiplin Coloroso, Program Organisasi Bilik Darjah &
Pengurusan Everston, Model Aliran Kemahiran Goldstein & Mc Ginnis dan Model Penyelesaiaan
Konflik & Mediasi Rakan Sebaya.
1.1 Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner
Menurut ahli Behavioris, pengukuhan adalah elemen yang sangat berkesan untuk mengajar
tingkah laku baru yang wajar serta mengubah tingkah laku semasa yang kurang wajar. Model ini
menekankan suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi
prinsip-prinsip pelaziman yang berbentuk peneguhan positif dan peneguhan negatif.
Untuk mendapatkan tingkah laku yang baik, ia boleh dimajukan dengan menggunakan
peneguhan. Teori Tingkah laku Skinner telah mengutarakan satu konsep yang dikenali sebagai
satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara
berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang
melakukan tingkah laku yang diingini. Pengukuhan positif ini boleh diberi dalam bentuk ganjaran
material dan kata-kata pujian. Manakala, pengukuhan negatif pula adalah rangsangan yang
ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Secara umumnya, terdapat tiga andaian asas yang menerangkan tentang konsekuen tingkah
laku. Pertama iaitu tingkah laku yang diikuti oleh ganjaran iaitu pengukuhan akan lebih kerap
berlaku.Kedua, tingkah laku yang diikuti oleh hukuman tidak akan berlaku dengan kerap ataupun
langsung tidak akan berlaku. Ketiga, tingkah laku akan dihapuskan atau lenyap sekiranya ianya
tidak diperkukuhkan.
Dengan kata lain, tingkah laku dilazimkan oleh konsekuen yang timbul, ia akan bertambah teguh
jika pengukuhan diberikan dengan serta merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika
pengukuhan tidak diberikan.
Join this site
with Google Friend Connect
Members (7)
Already a member? Sign in
Followers
EDU3101 Falsafah dan
Pendidikan Di Malaysia (30)
EDU3102 Perkembangan
Kanak-kanak (32)
EDU3103 Murid dan Alam
Belajar (1)
EDU3104 Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku (31)
EDU3105 Teknologi Dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran (16)
EDU3106 Budaya Dan
Pembelajaran (1)
EDU3107 Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-Kanak (24)
EDU3108 Asas
Kepemimpinan dan
Perkembangan Profesional
Guru (1)
EDU3109 Guru dan Cabaran
Semasa (1)
FPK (5)
Frog VLE (2)
Isu semasa pendidikan (1)
Nota Temuduga SPP (13)
Penyelidikan Tindakan / AR
Labels
Share
0

More

Next Blog» Create Blog

2/12/2014 Ali Edu Blog: Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html 2/6
1.2 Model Disiplin Asertif Canter
Model Disiplin Asertif telah dipelopori oleh Lee and Marlene Canter pada tahun 1976. Model ini
melatih murid-murid untuk menerima konsekuen bagi tindakan mereka. Model ini mempunyai
beberapa prinsip tersendiri.
Pertamanya adalah guru harus memberi pengukuhan pada tindakan yang wajar. Kedua,
tanggungjawab merupakan nadi disiplin asertif dan guru harus bersifat asertif ketika mengawal
kelas. Selain itu, guru juga haruslah merangka sistem ganjaran dan dendaan yang boleh
dijadikan rujukan murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Canter juga memberi pandangan beliau terhadap guru asertif. Menurut Canter, “guru asertif
menggangap murid mereka sebagai pesalah”. Dalam model ini, jika guru ingin mengawal kelas
tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklh sentiasa bersifat tegas. Perbuatan
mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid di dalam kelas yang diajar
oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan. Menurut Model Disiplin Asertif
Canter juga, guru berkuasa menetapkan peraturan bilik darjah bagi mengawal tingkah laku murid-
murid.
Ciri-ciri guru asertif yang ditekankan dalam Model Disiplin Asertif Canter adalah seperti guru
asertif percaya kawalan guru yang tegas dalam sesebuah bilik darjah adalah yang terbaik untuk
murid-murid mereka. Di samping itu, dengan adanya disiplin asertif, komunikasi di antara guru
dengan murid adalah positif dan saling menghormati apabila tindakan diambil terhadap tingkah
laku yang sesuai dalm bilik darjah. Pandangan guru asertif terhadap murid adalah bukan musuh,
dan tidak menggunakan cara kasar, menyindir, ataupun bermusuhan dalam megawal kelas.
Justeru, guru asertif mendengar secara teliti dan hormat penjelasan murid, bercakap dengan
hormatnya kepada mereka dan melayani setiap individu secara adil.
Antara cara untuk mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter adalah jangan layan sebab
yang ingin diterima untuk tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya, tentukan peraturan yang
guru hendak melaksanankannya dalam bilik darjah. Selain itu, tentukan akibat negatif kerana
tidak mematuhi peraturan bilik darjah. Di samping itu,jangan teruskan menghukum jika teknik
perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku
yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan.
2.0 MODEL DISIPLIN SKINNER
Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) memperoleh Ijazah Kedoktoran dari Universiti Harvard
pada tahun 1931 dalam bidang Psikologi dan banyak menerbitkan artikel dan buku berdasarkan
kajian-kajian beliau terhadap tingkah laku manusia. Beliau berpendapat tingkah laku manusia
banyak dipengaruhi oleh apa sahaja tingkah lakau yang berlaku sebaik sahaja ditunjukkan.
Beliau tidak mengkaji secara langsung tentang tingkah laku murid di dalam bilik darjah tetapi
pengikut-pengikutnya telah mengaplikasikan konsep modifikasi tingkah laku ke dalam
pengajaran di dalam bilik darjah, perkembangan kanak-kanak dan hubungan sosial antara
individu.
Model Tingkah Laku ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen
luaran bagi mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif
dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah,
pujian, dan sebagainya yang bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini.
Manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti majalah, komik dikeluarkan
supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku yang diingini.
Sebagai contoh, murid akan diberikan ganjaran yang positif seperti mendapat hadiah dan pujian
jika murid tersebut yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak berbuat bising,
(8)
Pro forma (9)

32,403
Total Pageviews
2/12/2014 Ali Edu Blog: Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html 3/6
melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat masanya. Untuk peneguhan
negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika murid-murid melanggar peraturan
seperti membaca komik semasa guru sedang mengajar dan guru merampas komik tersebut
dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Komik
tersebut bertindak sebagai rangsangan yang tidak diingini. Guru melakukan peneguhan negatif
apabila murid-murid melakukan rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan,
guru dapat meningkatkan kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian
semasa guru sedang mengajar.
Peneguhan berbentuk positif atau negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan
tingkah laku yang diingini. Peneguhan adalah berbeza dengan dendaan. Peneguhan merupakan
tindakan untuk menghukum tingkah laku yang salah atau tidak diingini manakala dendaan pula
merupakan tindakan yang diambil untuk mengurangkan tingkah laku yang diingini. Tingkah laku
individu banyak dipengaruhi atau dibentuk oleh peneguhan yang diterima sebaik sahaja tingkah
laku tersebut ditunjukkan. Menurut Skinner, untuk mendapat tingkah laku yang diingini, peneguhan
atau ganjaran perlu diberi selepas seseorang menunjukkan tingkah laku tersebut. Rangsangan
peneguhan ini diperoleh di dalam bilik darjah dalam bentuk kejayaan yang diraih selepas
berusaha, penyetujuan atau penerimaan rakan sebaya, hadiah, senyuman, anggukan atau pujian
yang diperoleh daripada guru.
Perubahan tingkah laku merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh guru untuk membentuk
tingkah laku yang di ingini melalui peneguhan yang berkala. Tingkah laku yang seterusnya pula
dipengaruhi dengan cara peneguhan itu diberikan. Melalui peneguhan yang tetap yang diberi
setiap kali seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang diingini, hal ini akan membantu
membentuk tingkah laku baharu yang diingini. Sebagai contoh, guru boleh melibatkan murid-
murid yang pemalu dalam setiap aktiviti bilik darjah. Guru perlu menggunakan peneguhan yang
tetap dan berkala seperti memberikan pujian apabila setiap kali murid tersebut mengangkat
tangan atau dapat menjawab dengan betul. Dengan peneguhan ini, murid-murid yang pemalu
akan mula berani untuk mengangkat tangan dan melibatkan diri kerana diteguhkan, mendapat
bimbingan atau mendapat ganjaran selepas dia menunjukkan tingkah laku tersebut. Apabila
tingkah laku yang diingini telah ditunjukkan, guru mungkin akan mengurangkan peneguhan dan
memberikan peneguhan tersebut apabila diperlukan sahaja, iaitu sebagai pengekalan kepada
tingkah laku yang ditunjukkan. Apabila murid sudah berani melibatkan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran (P&P) seperti mengangkat tangan apabila soalan diberikan, guru tidak lagi
perlu untuk memberikan pujian setiap kali murid melakukan perkara tersebut tetapu hanya
meneguhkan pada waktu-waktu tertentu sahaja sekadar utnuk mengekalkan tingkah laku
tersebut. Tingkah laku ini juga boleh hilang atau pupus sekiranya guru tidak memberikan
peneguhan dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, murid yang mengangkat tangan
tetapi tidak dipanggil oleh gurunya, lama-kelamaan murid akan berhenti daripada mengangkat
tangan dan melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah.
3.0 MODEL DISIPLIIN ASERTIF CANTER
Model Disiplin Asertif Canter merupakan model disiplin yang berasaskan peneguhan terhadap
tingkah laku yang diingini serta penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. Canter berpendapat guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di
dalam bilik darjah serta memastikan murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Model disiplin ini dilihat lebih menyerupai Model Modifikasi Tingkah Laku Skinner, namun model
ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid
mematuhi peraturan tersebut dengan tegas . Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan
akibat daripada peraturan yang ditetapkan.
Dalam model Disiplin Asertif, guru perlu mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara
tenang, serius dan konsisten dengan murid. Canter menyatakan bahawa murid-murid berhak
untuk mendapatkan suasana pembelajaran yang tenang dan teratur manakala guru pula berhak
untuk mengajar tanpa gangguan. Canter berpendapat pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa
murid-murid perlu memberikan sokongan terhadap sistem pengurusan guru di dalam bilik darjah.
2/12/2014 Ali Edu Blog: Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html 4/6
Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku . Oleh yang demikian, guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang
sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan-keperluan guru
dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan
dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang jelas di dalam bilik darjah. Apabila murid-murid
mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, guru memberikan peneguhan seperti
penghargaan dan pujian. Sebaliknya apabila murid melanggar peraturan, guru mengenakan
peneguhan negatif yang berstruktur, iaitu murid-murid sedaya upaya akan mengelak daripada
akibat dengan mematuhi peraturan.
Dalam Model Asertif ini, guru-guru diberikan cadangan mengenai cara-cara untuk membimbing
murid-murid supaya murid-murid dapat menunjukkan tingkah laku yang diingini. Perhatian yang
positif perlu sentiasa diberikan kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid serta
mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.
Konsep utama dalam Model Disiplin Asertif Canter, ialah guru mempunyai hak untuk mengajar
secara professional dan tanpa gangguan. Murid-murid pula mempunyai hak untuk belajar dalam
keadaan yang selamat dan tenang. Hak-hak ini boleh dilaksanakan sekiranya guru
bertanggungjawab memastikan tiada perkara atau tindakan yang boleh menghalang murid-murid
daripada mendapatkan hak mereka. Model Asertif Disiplin menggariskan tiga jenis guru iaitu
guru yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru yang asertif.
a) Guru yang agresif
Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak
bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini
berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru
mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan
murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa
bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan
arahan-arahan yang keras dan tegas seperti ‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan
sebegini tidak menunjukkan kemesraan dan membuatkan murid berasa terancam dan
menjadikan murid-murid hilang minat untuk belajar.
b) Guru yang tidak asertif
Jenis guru yang kedua pula ialah merupakan guru yang menggunakan pendekatan yang pasif
terhadap murid. Guru jenis ini gagal membantu murid-murid untuk membuat jangkaan tingkah
laku yang diingini dan tidak konsisten dalam menangani tingkah laku murid. Kadangkala guru
yang tidak asertif ini membenarkan suatu tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah
tetapi pada masa yang lain mereka memarahi murid yang melakukan tingkah laku terssebut.
Mereka selalu menggunakan frasa-frasa seperti ‘Tolonglah berkelakuan elok sikit’ atau ‘Berapa
kali cikgu cakap, tolong diam!’. Mereka kelihatan kelam-kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan
sampai ketikanya murid-murid tidak akan lagi menghormati guru jenis ini. Kadangkala guru jenis
ini akan menjadi putus asa dan tiba-tiba menjadi terlampau garang dengan murid-murid, tindakan
guru yang tidak konsisten ini akan menyebabkan murid keliru dengan jangkaan dan tindakan
guru. Hal ini menyebabkan aktiviti P&P gagal dan tidak mencapai objektif yang disasarkan.
c) Guru yang asertif
Seterusnya, jenis guru yang asertif pula merupakan guru yang Jelas, yakin dan menyatakan
jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas. Guru yang asertif sering membina hubungan
saling mempercayai dengan murid-murid dan membimbing murid-murid cara untuk menunjukkan
tingkah laku yang menggalakkan kerjasama antara gur dengan murid-murid. Canter berpendapat
pendekatan yang terbaik untuk menguruskan disiplin bilik darjah adalah dengan menggunkan
pendekatan asertif. Guru yang mengamalkan pendekatan asertif ini tahu perkara yang diingini
daripada murid-muridnya. Mereka akan menyatakan dengan jelas kemahuan mereka terhadap
tingkah laku murid dan menyokong tindakan-tindakan mereka dengan perlakuan yang boleh
diterima oleh murid. Sebagai contoh, rutin dan perturan bilik darjah ditetapkan dengan jelas dan
diterangkan kepada murid-murid tentang kepentingan rutin dan peraturan tersebut. Murid-murid
2/12/2014 Ali Edu Blog: Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html 5/6
juga diberitahu perasaan guru sekiranya mereka mematuhi atau melanggar peraturan tersebut.
Murid-murid diterangkan akibat-akibat yang munasabah sekiranya mereka melanggar peraturan.
Penjelasan guru diterangkan secara perbincangan dengan murid-murid dan bukannya berbentuk
ancaman.
Murid-murid juga sedar dan jelas sebab peraturan tersebut diadakan dan tahu akan kesan
apabila peraturan tersebut tidak dipatuhi. Guru yang asertif akan membantu murid-muridnya untuk
memahami bentuk tingkah laku yang dapat membawa kejayaan dan tingkah laku yang
menyusahkan dan ke arah kegagalan. Guru asertif tidak membawa imej yang garang, kasar atau
terlampau tegas. Mereka dapat mengenal pasti peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh
murid-murid dan pada masa yang sama mengambil berat dan berlaku adil terhadap semua
murid. Mereka memberikan arahan dengan jelas dan tegas. Contohnya,‘Peraturan kelas kita
ialah angkat tangan untuk menjawab soalan’ atau ‘Angkat tangan dan tunggu dengan senyap,
cikgu akan panggil awak’.
Setiap jenis guru ini akan memberikan kesan kepada pengurusan disiplin di dalam bilik darjah.
Guru yang agresif akan menjadikan bilik darjah suram dan tidak menyeronokkan dan murid
berasa takut dan terancam dengan perwatakan guru dan sering berasa tidak selesa. Hal ini akan
menjadi penghalang kepada hubungan baik antara guru dengan murid. Hasilnya murid akan
memberontak dan menunjukkan kelakuan negatif terhadap pembelajaran dan guru.
Guru yang tidak asertif pula akan menjadikan murid berasa kurang selamat dan berputus asa di
dalam bilik darjah. Guru dalam kategori ini tidak dapat memenuhi keperluan murid dan
seterusnya akan memberikan tekanan kepada kedua-dua belah pihak. Kadangkala jenis guru
tidak asertif ini suka bertindak dengan tegas dan kadangkala hanya membiarkan sahaja tingkah
laku tersebut berlaku di dalam bilik darjah. Hal ini akan menyebabkan murid berasa keliru dan
akan membuatkan hilang rasa hormat murid terhadap guru.
Guru yang asertif pula akan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak guru dan murid.
Guru asertif memberikan peluang kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masing-
masing. Mereka menggalakkan kerjasama dan membantu murid-murid mengaplikasikan tingkah
laku yang diingini. Guru boleh diharapkan untuk memberikan jangkaan yang sesuai kepada
tingkah laku dan kebolehan mereka. Guru asertif bersifat konsisten, adil dan boleh memenuhi
kehendak murid. Hal ini dapat membantu membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan
menyokong perkembangan pembelajaran murid.
Cara pengurusan disiplin asertif dapat dirumuskan melalui konsep yang telah dibincangkan.
Canter mencadangkan guru-guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal
yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akibat daripada salah laku.
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid, iaitu
tingkah laku ini boleh diperhatikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik seperti
meminta murid menghantar latihan yang sudah siap kepada guru dan mengambil latihan
pengayaan bagi memenuhi masa yang ada.
Menurut Canter, pengiktirafan perlu digunakan selalu bagi meningkatkan konsep kendiri dan
keyakinan diri murid. Pengiktirafan dilihat merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan oleh
guru apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Dengan cara ini, guru dilihat sebagai
penggalak kepada tingkah laku yang diingini dan boleh membina persekitaran pembelajaran
yang positif. Cara yang boleh digunakan untuk memberikan pengiktirafan kepada murid
termasuklah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid, memberikan komen positif
dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada ibu bapa.
Akibat atau tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak
murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Tindakan pembetulan bukanlah bertujuan untuk
mendera murid secara fizikal atau psikologi walaupun kadangkala tindakan pembetulan akan
menimbulkan rasa kurang selesa murid. Canter menegaskan matlamat tindakan pembetulan
dapat memberikan keadilan kepada semua dan tindakan itu perlu konsisten. Apabila tindakan
pembetulan hendak dikenakan kepada murid, murid tersebut perlu diberitahu bahawa
disebabkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah
ditetapkan, maka tindakan pembetulan ini perlu dilaksanakan. Guru perlu merancang dan
2/12/2014 Ali Edu Blog: Pelbagai Model Disiplin Dan Aplikasinya
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/pelbagai-model-disiplin-dan-aplikasinya.html 6/6
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Labels: EDU3104 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
melaksanakan pelan-pelan pengurusan disiplin bagi menjelaskan peraturan-peraturam yang
dilaksanakan.
Guru-guru boleh menggunakan langkah-langkah bagi menerangkan pelan-pelan pengurusan
disiplin kepada murid-murid. Pertamanya, guru perlu menerangkan kepada murid-murid
mengapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Hal ini bertujuan memberikan pemahaman
kepada murid-murid mengenai kehendak guru terhadap murid-murid. Seterusnya, guru perlulah
menerangkan kepada murid-murid bagaimana peraturan yang telah dibuat itu perlu dilaksanakan
supaya murid-murid faham dan jelas akan tanggungjawab yang perlu dibuat berdasarkan
peraturan tersebut. Guru perlu menyemak kefahaman murid terhadap peraturan yang telah
diterangkan. Guru perlu menerangkan ganjaran yang akan diperoleh oleh murid-murid jika
mengikut peraturan ataupun melanggar peraturan. Seterusnya, tindakan pembetulan perlu
dikenakan kepada sesiapa yang melanggar peraturan dan guru harus menerangkan dan
menunjukkan mengapa pembetulan perlu dikenakan. Seterusnya, guru perlu menyemak semula
kefahaman murid sama ada murid lebih memahami atau sebaliknya dan tindakan susulan perlu
dilakukan sekiranya murid masih tidak memahami.
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as:
Google Account
Publish

Preview
No comments:
Post a Comment
Simple template. Template images by luoman. Powered by Blogger.