You are on page 1of 2

MOHD AZMIN(6A2

)
BAB 4 LARAS BAHASA
Konsep
- Laras bahasa bermaksud gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa.
- Ure & Ellis (1977) mengganggap laras sebagai
“jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi
yang berlainan”
- Halliday (1968) mendefinisikan laras sebagai
variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi.
- Laras bahasa merupakan satu konvensi sosial.
- Laras bahasa sejenis bahasa yang digunakan
mengikut situasi yang berlainan.
- Jumlah laras bahasa ada kaitan dengan taraf
kemajuan sesebuah masyarakat.
Ciri-ciri Laras Bahasa
- Ditentukan oleh dua faktor utama iaitu, ciri-ciri
keperihalan dan ciri-ciri linguistik.
Ciri-ciri Keperihalan
- Terbahagi kepada dua jenis, iaitu situasi luaran
dan situasi persekitaran.
- Situasi luaran ialah latar belakang social dan
kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
- Situasi persekitaran ialah aspek-aspek yang
terlibat secara langsung dalam penggunaan
bahasa.
- Apek-apek ini menghasilkan laras yang berbeza-
beza.
- Empat faktor situasi persekitaran yang ketara:-
a. Cara penyampaian
b. Hubungan social dan peribadi antara
pengguna bahasa
c. Bahan yang diperkatakan
d. Fungsi-fungsi sosial perlakuan
Ciri-ciri Linguistik
- Bunyi
- Perkataan
- Ayat

 Aspek Bunyi
- Nada suara dan corak pengungkapan
 Aspek Perkataan
a. Perkataan Khusus
b. Unsur Kolokasi
c. Perkataan Pinjaman
- Perkataan-perkataan atau kosa kata yang
digunakan.
 Aspek Ayat
a. ragam ayat
 ayat aktif
 ayat pasif
b. susunan ayat
c. kepanjangan ayat
Jenis-jenis Laras Bahasa
- Mempunyai sifat-sifatnya tersendiri.
Laras Sains
- Bersifat ilmiah dan formal dan sangat
mementingkan ketepatan makna dan fakta.

- Laras sains mempunyai beberapa ciri, iaitu:-
a. Istilak khusus
b. Penggunaan perkataan penggunaan ayat
pasif
c. Kejelasan
d. Mendefinisikan
Laras Ekonomi
- Bersifat ilmiah dan formal serta sangat
memntingkan ketepatan makna dan fakta.
- Banyak mengandungi istilah khusus.
- Ciri laras ekonomi:-
a. Bersifat ilmiah
b. Mengandungi istilah khusus
c. Pemilihan kata tepat
d. Kata bersifat teknikal
e. Ayat bersifat deskriptif
Laras Undang-Undang
- Digunakan dalam bidang perundangan seperti
peguam, hakim, dan pendakwa.
- Laras undang-undang ialah sejenis laras
teknikal.
- Contoh istilah undang-undang:-
a. Doktrin duluan
b. Prima facie
c. Melampaui keraguan
d. defendan
- Ciri-ciri, iaitu:-
a. Tidak mempunyai gambar, gambar rajah,
graf, jadual, simbol-simbol, formula dan
sebagainya.
b. Struktur ayatnya terdiri daripada huraian
c. Terdapat bentuk frasa sendi nama
d. Sebahagian besar klausa dan ayat.
MOHD AZMIN(6A2)
Laras Agama
- bermaksud apa-apa teks yang diungkapkan
untuk memperkatakan hal ehwal agama.
- Ciri-ciri khusu laras agama:-
a. Unsur bahasa klasik
b. Istilah agama yang khusus
c. Mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat
- Digunakan untuk menerangkan apa-apa topic
yang berkisar tentang keagamaan
- Ciri khusus laras Agama dalam Bahasa Melayu
a. Istilah agama dipinjam daripada bahasa
Arab
b. Petikan ayat bahasa Arab
c. Struktur ayat bahasa Arab
Laras Sukan
- Tidak banyak menggunakan istilah khusus dan
spesifik.
- Bersifat bersahaja
- Istilahnya mudah difahami
- Sebahagian besar ayat terdiri daripada ayat
penyata dan ayat tunggal
- Ayat majmuk digunakan untuk menjelaskan
sesuatu fenomena dengan lebih jelas
Laras Sastera
- Digunakan dalam teks-teks kreatif berbentuk
prosa:
a. Cerpen
b. Novel
c. Syair
d. Pantun
e. Sajak
f. Drama
g. Peribahasa
- Ciri-ciri laras sastera:-
a. Struktur aktif dan pasif
b. Terdapat bentuk dialog
c. Mengandungi bahasa perlambangan dan
kiasan
d. Mengandungi bunga-bunga bahasa
e. Tidak terdapat ciri-ciri khusus bahasa
teknikal
f. Terdapat struktur yang kabur

Laras Resipi
- Bertujuan untuk perniagaan dan perkongsian
ilmu masakan dengan orang lain.
- Banyak menggunakan ayat perintah.
- Tidak melibatkan hubungan peribadi mahupun
sosial.
- Bahan yang diperkatakan adalah tentang
penyedian makanan.
- Kata khusus sebagai penanda laras makanan
- Kata nama dan kata kerja sering digunakan.
- Memperlihatkan unsur ketenunan.
Laras Iklan
- Merupakan bentuk bahasa yang digunakan
dengan tujuan untuk memperkenalkan barang-
barang yang diniagakan.
- Memerlukan laras bahasa yang betul
- Penggunaan bahasa dalam iklan bertujuan untuk
membentuk persepsi para pengguna.
- Digunakan dalam iklan bersifat segar, menarik,
dan berpengaruh.
- Kaedah yang digunakan dalam iklan:-
a. Memujuk
b. Mengumpan
c. Perbandingan
d. Pengisytiharan
e. Suruhan