You are on page 1of 11

PERKEMBANGAN SAINS

DAN TEKNOLOGI DALAM
ISLAM
NURSAIDATUL AKMAL
NURITA
PUTERI NUR FARHANI BT MOHD YAZIK
SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN ANBIYA’
 Setelah diciptakan, Nabi Adam as telah diamanahkan untuk menjadi
khalifah di muka bumi.
 Allah swt telah mengajar kepadanya nama segala benda di muka bumi
ini untuk menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap
Nabi Adam.
 Pengetahuan yang dimilikinya menunjukkan penguasaan terawal
manusia dalam sains dan teknologi.
 Pembinaan Ka’abah
 Sejarah Qabil dan Habil menunjukkan bidang pertanian dan
penternakan telah wujud pada masa itu.
 Historiografi Islam menerima kewujudan Haramisah ( Hermes atau
guru Falsafah dan Sains ) yang dikenal dalam sejarah sains Barat
sebagai Corpus Hermeticum.
 Nabi Idris (Hermes Trismesgistus) : dilahirkan di Babilon. Kemudian
berhijrah ke Mesir. Beliau berguru dengan Nabi Adam selama 308
tahun. PENEMUANNYA : orang pertama menulis menggunakan qalam,
menguasai 72 bahasa, memulakan ilmu geometri, astronomi,
matematik, perubatan.
 Nabi Daniel (Hermes kedua) : mengembangkan ilmu sains dan
matematik sehingga menjadi pilihan utama masyarakat pada waktu
tersebut.
 Nabi Nuh : membina kapal pertama secara individu dalam sejarah
kehidupan manusia. Menggunakan tenaga wap.
 Nabi Ibrahim : Ilmu astronomi
 Nabi Daud : Teknologi pembuatan baju besi sebagai kegunaan semasa peperangan.
 Nabi Sulaiman : Angin sebagai pengangkutan, telekomunikasi, ilmu logam, ilmu
kejuruteraan (bidang binaan)

KEHEBATAN KAUM-KAUM TERDAHULU
 KAUM ‘AAD : membina gedung-gedung di atas dataran tinggi, bidang
pertanian.
 KAUM THAMUD : memahat batu besar menjadi kediaman mereka.
 FIRAUN : kehebatan piramid yang mengkagumkan.

“ DITIMPAKAN MALAPETAKA OLEH ALLAH SWT KERANA
KEANGKUHAN MEREKA TERHADAP NABI-NABI ALLAH
DAN MENOLAK KEIMANAN TERHADAP ALLAH SWT”
PENGAJARAN
 Kemajuan sains dan teknologi hendaklah berlandaskan keimanan
kedapa Allah swt.
 Balasan Allah swt ke atas hamba Nya yang mengingkari ayat-ayat Allah
swt.
 Kemewahan dunia yang gagal dikawal boleh menyesatkan manusia.
 Islam tidak menolak sains dan teknologi.
SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN
RASULULLAH SAW
 Bermula dengan wujudnya beberapa bentuk pemikiran saintifik.
 Pemikiran saintifik dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi
oleh ummah.
 Berlaku secara spontan, tanpa melalui proses penyelidikan di makmal
sains. Dilihat melalui sunah.
Contoh :
 1) PENGGUNAAN ILMU QIFAYAH (ilmu satu kaedah menentukan nasab
oleh individu yang mahir dengan berpandukan kepada bentuk fizikal
seperti jari, kulit, tumit dan lain lain.)
 Ia mengesahkan keabsahan keturunan daripada zuriat ibu bapa. Ia
sama seperti kaedah DNA menentukan nasab.
 2) ILMU QARINAH (forensik) iaitu dengan melihat kesan darah pada pedang dua orang
sahabat yang mendakwa telah membunuh Abu Jahal dalam perang Badar.
 Sains forensik merupakan satu bidang sains yang menjalankan kajian ke atas
penyiasatan jenayah dengan menggunakan ilmu sains seperti kimia, biologi, fizik,
teknologi maklumat dan sebagainya.
 3) TIBB NABAWI (perubatan nabi). Kitab yang membincangkan tib nabawi ialah
Muhtassar al-Tibb karya Ibn Qayyim al-Jauziah.
 Klasifikasi Tibb Nabawi menurut Ibn Qayyim dan Jaluluddin as-Sayuti adalah :
i) pencegahan
ii) kuratif(rawatan) dan
iii) rohani(spiritual)

SAINS DAN TEKNOLOGI ZAMAN
KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM
 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin 632-661 M :
Pertama, perluasan wilayah Islam yang meliputi sebahagian wilayah Romawi seperti
Iskandariah dan Parsi yang memiliki pusat-pusat sains.
Kedua, penyerapan tradisi Parsi dan Yunani dalam bidang pentadbiran dan peperangan
terutama pada zaman khalifah Umar al-Khattab.
 Zaman Bani Umayyah 661-750 M :
90 tahun bermulanya tahap penterjemahan karya-karya sains asing terutama dalam
bidang sains amali terutama pada zaman al-walid bin Abdul Malik.
Perluasan wilayah Islam juga turut mensintesiskan sains Islam dengan Yunani, Parsi, India,
Cina, Babylon dan Mesir.
 Zaman Abbasiyah 750-1258 M:
Zaman Abbasiyah - Zaman Keemasan Intelektual Islam
1. Keunggulan polisi sains atau naungan politik para khalifahnya terutama al- Ma’mun
terhadap para cendekiawan dan kegiatan intelektual mereka.
2. Kemunculan failasuf saintisnya yang dijuarai oleh Jabir bin Hayyan, Muhammad bin
Musa al-Khawarazmi, al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Haytam, al-Biruni dan al-
Ghazzali yang mewakili kaum intelektual masyarakat Neo-Muslim Abbasiyah yang
terbilang.
3. Telah memperkukuhkan penginstitusian ilmu-ilmu tradisi Islam yang bersumberkan al-
quran dan al-sunah.
4. Gerakan penginstitusian ilmu yang meliputi ilmu-ilmu wahyu dan rasional telah
berjalan dengan lebih bersemarak lagi dengan kemunculan Bayt al-Hikmah yang
ditubuhkan oleh Khalifah al-Maamun sebagai pusat penterjemahan karya-karya ilmu
asing ke dalam bahasa Arab.


 Andalus /Sepanyol 711-1492 M :
(Andalus sebagai anugerah tamadun islam kepada kebangkitan Eropah)
- Sejarawan : Abdul Malik ibnu Habib – hasilkan 1000 buah karya sejarah.
- Ahli geografi tersohor : al-Idrisi