You are on page 1of 2

Guru-guru Pelatih Pendidikan Seni Visual

,
PISMP Semester 8 Ambilan Jan 2011,
Institut Perguruan Raja Melewar,
Jalan Sikamat, Beg Berkunci No 43,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia.

Ruj Kami : PISMP/Seni/02/04
Tarikh : 12 Ogos 2014


Pengarah,
Galeri Seni Lukis Yogyakarta,
JL. Gamelan Lor,
No. 14 A, Kraton,
Yogyakarta 55131,
Indonesia.

Melalui :
Pengarah,
Abu Bakar bin Sahari,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus


Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM PAMERAN DAN APRESIASI
SENI DI GALERI SENI LUKIS YOGYAKARTA, INDONESIA.
Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Pendidikan Seni Visual Semester 8 daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Raja Melewar, Seremban akan menjalankan Program Pengantarabangsaan
Kembara Ilmu Antara Negara Serumpun Ke Yogyakarta , Indonesia pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 November 2014 ( SELASA )
Tempat : Galeri Seni Yogyakarta
Bil. Peserta : 40 orang


2. Untuk makluman Tuan, Unit Pendidikan Seni Visual bercadang untuk mengadakan
pameran dan apresiasi seni di Galeri Seni Yogyakarta bagi membuat kritikan dan
penghayatan karya seni serta bertukar-tukar pendapat dan idea antara dua negara
serumpun. Program ini dilihat sebagai sesuatu yang positif dan memperluas pengetahuan
guru pelatih di samping dapat berkomunikasi dan berkongsi pengalaman secara terus
bersama pelajar-pelajar di negara luar.

3. Diharapkan melalui program ini guru pelatih dapat berkongsi pengalaman,
pandangan, dapatan dan pendedahan peringkat antarabangsa melalui program apresiasi
dan kritikan seni di peringkat yang lebih tinggi.

4. Oleh itu, adalah besar harapan kami sekiranya pihak Tuan sudi menyertai program
usahasama ini. Kerjasama daripada pihak Tuan sangatlah diharapkan untuk menjayakan
program tersebut. Sokongan dan dorongan daripada pihak Tuan kami ucapkan ribuan
terima kasih.

5. Bersama ini disertakan aturcara dan kertas kerja program tersebut untuk tindakan
pihak Tuan.


Sekian, terima kasih
“ BAHASA JIWA BANGSA“

Yang menjalankan tugas,



…………………………………………………………..
(SITI ZAKIAH HANIM BINTI RABAEI)
Setiausaha,
Program Pengantarabangsaan Kembara Ilmu,
Unit Pendidikan Seni Visual ,
PISMP Semester 8,
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.


s.k Ketua Unit Pendidikan Seni
Penyelaras Program
Pensyarah Penasihat