You are on page 1of 6

Sebelum bermulanya Internship, saya serta rakan-rakan yang lain telah

menghadiri taklimat yang diberikan oleh Encik Azam. Taklimat ini adalah sebagai satu
persediaan dan pemberian maklumat tentang apa yang harus dilakukan semasa
Internship berjalan. Semasa intership ini berlangsung, kami harus menyiapkan 3 projek
di sekolah yang melibatkan murid-murid atau pihak sekolah. Selain itu, kami juga harus
menyediakan laporan bagi setiap projek yang dijalankan mengikut format laporan yang
telah diberi. Kami akan dihantar ke sekolah yang sama semasa praktikum Fasa 3.
Walaubagaimanapun, kami juga turut dinasihati agar sentiasa menjaga hubungan baik
dengan sekolah dan tidak melakukan masalah disiplin. Kami juga boleh diberi masa
untuk mengajar maksimum sebanyak 4 waktu sahaja.
Disebabkan saya pernah berada selama 3 bulan untuk praktikum di Sekolah
Kebangsaan Permatang Tok Mahat, maka saya masih berhubung dengan guru-guru
disana. Sebelum memulakan Internship juga, kami telah diberitahu tentang guru yang
bakal menjadi mentor kami untuk projek yang akan dijalankan nanti. Untuk
memudahkan lagi proses sepanjang Internship ini, saya serta rakan praktikum juga
telah berbincang dan mengusulkan beberapa cadangan projek yang boleh
dilaksanakan di sekolah. Saya berharap agar Internship akan berjalan dengan lancar
dan kami dapat menyempurnakan 3 projek yang dikehendaki.
PENYATAAN
PROFESIONAL




Saya dan rakan-rakan yang lain telah memulakan Internship pada 8 Julai 2014.
Kehadiran kami amat dialu-alukan oleh semua warga sekolah. Pada minggu pertama,
kami sudah mengusulkan 2 projek kepada Guru Besar. Kami juga telah diberi satu
tugasan untuk mereka bentuk sebuah robot untuk dipamerkan di Bilik Robotik SKPTM.
Selain itu, kami juga merancang projek berdasarkan major. Saya dan Wan Nur
Syazwani merancang sebuah projek iaitu Projek Hebat Sifir. Projek ini akan melibatkan
murid-murid Tahun 3,4 dan 5 serta guru matematik kelas mereka. Majlis pelancaran
Projek Hebat Sifir telah diadakan sekali bersama projek untuk rakan praktikum major
Pengajian Melayu pada tarikh 18 Julai 2014. Projek mereka adalah Glosari saya: 1 Hari
1 Perkataan. Kami telah menempah sebuah banting untuk dijadikan simbolik semasa
hari perasmian tersebut.
Kemudian, saya serta rakan praktikum bekerjasama untuk menyediakan bahan serta
aktiviti untuk membantu pelaksanaan projek major Tesl. Mereka ingin menjalankan
aktiviti Permainan Bahasa atau Language Game. Pada 22 Julai 2014, projek ketiga
kami berjaya dilaksanakan dengan baik sehingga ke acara penyampaian hadiah.
Keseluruhannya, projek yang kami rancang telah berjalan dengan baik dan perkara
yang kami perlu lakukan selepas ini adalah menulis laporan. Selain itu, kami juga
membantu sekolah dalam penyediaan surau untuk lawatan PPD. Sepanjang 3 minggu
berada di sekolah untuk berkhidmat dan menjalankan projek, banyak pengalaman dan
PENYATAAN
PROFESIONAL
pengetahuan yang telah diperoleh bukan sahaja daripada mentor kami sendiri malahan
daripada semua pihak sekolah. Walaupun adakalanya kami berasa bahawa projek itu
sukar dilaksanakan, kami mendapat banyak sokongan dan tunjuk ajar daripada guru-
guru di SKPTM. Kini, berbaki seminggu lagi Internship, kami berharap agar kami dapat
membantu dan memberikan khidmat bakti sedaya upaya terhadap sekolah.








Perasmian Projek Hebat Sifir dan Glosari Saya oleh Guru Besar SKPTM , Pn. Hjh Che
Jamaliah binti Musa













Murid Tahun 3 Amanah yang terlibat dalam Projek Hebat Sifir
Membantu Rakan Praktikum Major Tesl dalam penyediaan permainan untuk Runningman 2014























Runningman 2014 : En Nabil sedang memberi taklimat ringkas kepada peserta tentang perjalanan
aktiviti yang akan dijalankan
Runningman 2014 : Murid sedang bermain permainan Worm
and Ladder di stesyen 1.

Runningman 2014 : Peserta sedang menunggu upacara penyampaian hadiah
Runningman 2014 : Sesi bergambar bersama Fasilitator serta Penasihat Projek, Pn. Rasidah