You are on page 1of 4

1

TEKS PENGACARAAN PELANCARAN BULAN PATRIOTISME

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum W.B.T

Yang Berusaha Puan Hazinah binti Ibrahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
DesaTasik.

Yang Dihormati En.Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya, Guru Penolong Kanan Tadbir
dan Kurikulum, Pn. Hanita binti Ahmad Basri, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Salmah binti Sulaiman,Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Salmi binti Mat
Salleh, Pemangku Guru Penolong Kanan PPKI, barisan para guru, pembantu murid
seterusnya murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Selamat datang ke:
Pelancaran Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Tasik Bagi
Tahun 2014


(SKRIP DILA)
2

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk
menjayakan satu lagi program iaitu Majlis Pelancaran Bulan Patriotisme. Majlis ini
diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman dalam diri murid-murid supaya
dapat mencintai tanah air sendiri dan berusaha menjauhkan diri dari anasir-anasir luar
yang cuba untuk menghancurkan negara kita Malaysia. Untuk pengetahuan semua,
sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan kali ke 57 bagi tahun 2014 bertemakan “DI SINI
LAHIRNYA SEBUAH CINTA”
(SKRIP NADIA)
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata ucapan.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi.
Kata perasmi hajatnya kami.
Dengan ini, majlis mempersilakan Pn Hazinah binti Ibrahim selaku Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Desa Tasik untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
pelancaran Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah Kebangsaan Desa Tasik bagi Tahun
2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar di atas kesudian merasmikan Majlis
Pelancaran Bulan Patriotisme sebentar tadi
(SKRIP DILA)
3

Awan bersua citra berkisah,
Ukiran sukma kilauan kelisa,
Sambil berbual nikmati juadah,
Persembahan pelajar ceria acara.
Dengan itu, majlis mempersilakan adik Muhd Anwar bin Nor Azmi Amin daripada kelas
6 Anugerah untuk mendeklamasikan sajak bertajuk
majlis mempersilakan.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan persembahan koir daripada murid kelas 4 Arif
dengan tajuk lagunya “Standing In The Eyes Of The World”. Dipersilakan.

Kini, tiba lah kita ke persembahan terakhir. Dijemput semua pentadbir, jawatankuasa
bulan patriotisme 2014 dan guru-guru naik ke pentas untuk bersama-sama
menyanyikan lagu patriotik. Majlis mempersilakan.

Demikianlah tadi persembahan-persembahan yang begitu bersemangat daripada warga
SK Desa Tasik.

(SKRIP NADIA)


4

Dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi , maka berakhirlah sudah majlis kita
pada pagi ini. Segala yang baiknya datangnya daripada Allah SWT, manakala segala
yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri kami sendiri.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah w.b.t
(SKRIP DILA)