You are on page 1of 8

KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah

___________________________________________________________

1
D20102042583




KRT3013 - Teknologi Maklumat Sekolah Rendah


MAT ZAHIDI BIN MUSA
(GROUP EL D03)
D20102042583

FAKULTI:
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SEMESTER:
SEMESTER DUA (2011)

KURSUS:
KRT3013 -
Teknologi Maklumat Sekolah Rendah
PENSYARAH:
Ramlah binti Mailok



KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

2
D20102042583



TUGASAN: 1B
TEKNOLOGI KOMPUTER DIKATAKAN DAPAT MENBANTU PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH. SEBAGAI SEORANG GURU DI SEKOLAH RENDAH,
JELASKAN ISU BERIKUT:

1. KENALPASTI MASALAH PENGAJARAN DI BILIK DARJAH.
Guru merupakan pendidik yang berperanan menyampaikan ilmu bagi membangunkan
insan agar selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek(JERI). Namun dalam
melaksanakan tugas mengajar di dalam kelas, guru sudah pastinya menghadapi
masalah. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan
pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja
harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi
mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu
mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.


Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari
segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi memerangsangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

3
D20102042583


Kesediaan belajar antara seorang individu dengan seorang individu yang lain biasnya
tidak setara. Ini kerana tahap atau proses pertumbuhan atau perkembangan mereka
tidak sama dan searah. Walaupun terdapat semacam satu kecenderungan yang sama
dalam pertumbuhan mereka tetapi fizikal, mental, emosi dan sosial mereka tetap
berbeza. Biasanya hal-hal seperti inilah yang banyak menimbulkan masalah kepada
guru, sama ada pada peringkat kesediaan perancangan atau pada peringkat
melaksanakan pelajaran mereka. Masalah perbezaan kesediaan belajar boleh dikaitkan
daripada tiga sudut pandangan dari segi kematangan

Kebolehan mental ditakrifkan sebagai kebolehan mentafsir deria (persepsi), kebolehan
membina bahan-bahan yang tidak ada pada deria (imagenasi), kobolehan untuk
mengingati kembali apa yang telah dialami (ingatan) dan kebolehan meneruskan
kesimpulan tentang hal-hal yang diprolehi daripada pengalaman ataupun yang abstrak.
Kematangan intelek tidak mempunyai hadnya. Biasanya, ia menunjukkan kemajuan,
iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling mudah bergerak kepada proses
mental yang lebih kompleks. Pertumbuhan inteleks seseorang itu dapat ditentukan
pada tahapsejauh manakah kemajuan itu berada. Dalam hubungannya dengan
kesediaan belajar, perubahan-perubahan perkembangan dalam keupayaan intelek
seperti ini patutlah diberi perhatian. Walaupun perkembangan intelek itu merupakan
proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat dan berterusan, namun proses ini
tidak sama bagi semua pelajar. Memang terdapat kecenderungan am yang sama dalam
kalangan mereka yang sedang menjelani proses kematangan tetapi kadar pertumbuhan
adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, mereka yang bertanggungjawabdengan
pembelajaran dan pengajaran perlulah mengambil kira perbezaan-perbezaan ini dan
memikirkan dengan teliti fakta ini sebelum merancang dan seterusnya melaksanakan
tugas mereka dalam kelas.


KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

4
D20102042583



2. KAITKAN BAGAIMANA TEKNOLOGI KOMPUTER DAPAT MEMBANTU ANDA
MENYELESAIKAN MASALAH DALAM (1).
Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi yang
celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras
dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bilik darjah
semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu
Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. MSC( Multimedia Super Corridor ) ialah
suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah meningkatkan taraf
ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan teknologi, peningkatan
perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih bersistematik.
Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer ( PPBK ) telah dapat dikenal
pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang
diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan bahan PPBK yang
secukupnya terutama bagi 4 mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Peranan guru-
guru adalah untuk memberikan bantuan sebagai fasilitator di kalangan pelajar.
Prinsip pembelajaran berasakan komputer berlaku apabila pembelajaran dilaksanakan
melalui penggunaan komputer. Komputer digunakan di dalam bilik darjah untuk
membantu kaedah pengajaran tradisional. Alat elektronik ini boleh menyimpan arahan
dan data dalam memorinya dan melaksanakan arahan dalam susunan yang
logik. Terdapat pelbagai jenis PPBK yang mempunyai kelebihan dan kesesuaian
masing-masing dalam penggunaan matapelajaran di peringkat rendah, menengah
dan tinggi iaitu

KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

5
D20102042583



o Latihtubi
o Simulasi
o Permainan
o Penyelesaian masalah
Masalah kurangnya tumpuan murid di dalam kelas dapat diatasi dengan penggunaan
teknologi komputer. Antara kebaikannnya ialah terdapatnya hubungan interaktif kerana
komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan.
Bahkan komputer dapat menggalakkan inspirasi dan meningkatkan minat murid
terhadap pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah dari segi mengeja
perkataan suku kata terbuka seperti buku, meja, bola dan mata. Murid menyesuaikan
gambar dengan perkataan yang diberi dan pada masa yang sama mereka boleh
menyemak jawapan mereka. Kebaikan seterusnya ialah dengan menggunakan
komputer akan terdapat pengulangan. Komputer membolehkan murid atau guru
mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki
ingatan. Aktiviti pengulangan amat memerlukan kebebasan daripada para
murid(Clements, 1995). Antara contoh aktiviti ialah pengulangan menyebut suku kata
tertutup seperti bas, dam, gam dan beg. Murid boleh mengulang aktiviti sampai mereka
boleh menguasai kemahiran mengeja dan menyebut suku kata tertutup tersebut. Ini
dapat mengelakkan rasa jemu murid apabila mereka lupa dan kurang mengingat.
Kebaikan menggunakan computer dalam aktiviti pengajaran guru ialah guru dan murid
mendapat maklum balas dan peneguhan. Media komputer membolehkan murid
memperoleh maklum balas terhadap pembelajaran secara serta merta. Peneguhan
positif yang diberikan apabila murid memberikan jawapan dapat memotivasikan murid.
Oleh itu murid rasa diri mereka dihargai dan seterusnya mengurangkan sikap bermain
murid di dalam kelas yang boleh mengurangkan daya tumpuan mereka terhadap
pengajaran guru. Objektif pembelajaran murid lebih luas dengan penggunaan komputer
dan boleh dilakukan sendiri oleh murid dan membolehkan simulasi pengalaman
pembelajaran dilakukan secara terus.
KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

6
D20102042583



Penggunaan komputer bagi menangani masalah kurangnya fokus murid
terhadap pengajaran dalam situasi pendidikan konvensional bukan hanya terdapat
kebaikan. Kelemahan serta cabaran namun juga terdapatnya peluang-peluang tertentu
yang mungkin menguntungkan sesetengah pihak seperti guru dan murid. Antara
peluang penggunaan komputer dalam bilik darjah semasa aktiviti pengajaran ialah
berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan guru dan murid terhadap
pelajaran. Ia juga memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid
yang perlbagai keupayaan untuk mencuba mengakses komputer ketika sesi
pembelajaran dijalankan. Selain itu penggunaan komputer dapat meningkatkan
motivasi guru serta murid. Selain itu penggunaan komputer juga memberi peluang
kepada murid belajar lebih berkesan dengan bimbingan yang minimum dari guru. Selain
itu guru boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi dari internet untuk dijadikan
bahan pengajaran untuk murid. Pengunaan komputer juga membolehkan murid
mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau
bahaya untuk dilaksanakan secara biasa. Ini juga dapat meningkatkan daya imaginasi
serta kreativiti guru dan murid serta meningkatkan kemahiran ICT di kalangan mereka.

RUMUSAN

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat
Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidkan bertaraf dunia ICT dan penggunaan
komputer dalam pengajaran di bilik darjah membolehkan pembangunan pendidikan di
negara ini menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Pendidikan di Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan
status pendidikannya di peringkat global. Peranan institusi pendidikan bagi
meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran
komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan.
KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

7
D20102042583


Kaedah pengajaran tradisional chalk dan talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan
kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projector,
computer dan persembahan PowerPoint bagi mengatasi masalah pengajaran yang
dihadapi di dalam kelas. Walaupun terdapat kelemahan, cabaran serta peluang dalam
penggunaan komputer di dalam bilik darjah, seharusnya guru mengambil peluang ini
untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dalam bidang IT dan seterusnya dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan.
Perkembangan komputer pada masa kini terutamanyanya dalam pendidikan telah
menyebabakan pihak kerajaan menjadikan pendidikan sebagai salah satu aplikasi
perdana dalam Koridor Raya Multimedia ( MSC ). Hasilnya Sekolah Bestari telah
dilancarkan pada tahun 1999 dan pada tahun 2002, projek tersebut telah memasuki
tahun ketiga dan tahap terakhir dalam fasa projek rintis. Di negara ini, lebih 200 buah
sekolah sedang dilengkapi dengan makmal komputer. Satu lagi perkembangan terbaru
dalam senario pendidikan ialah penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains. Sehubungan itu, komputer-komputer Notebook
dibekalkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ini menunjukkan
keperihatinan kerajaan untuk mempertingkatkan penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan.
Komputer juga dapat membuat proses pembelajaran sebagai sebuah aktiviti yang
mudah, di mana pelajar tidak perlu membaca buku yang susah untuk difahaminya.
Malah, komputer merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan mempercekapkan
kehidupan mereka. Dengan menggunakan komputer pelajar juga dapat mengawal apa
yang hendak dilakukan sambil menggunakan bahan kursus PPBK. Pelajar juga akan
didapati lebih berminat dan semakin cemerlang dalam bidang akademik.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh bergantung kepada komputer sebagai jalan
penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi kerana komputer juga memiliki
kekurangan yang tersendirinya. Terdapat juga bahan-bahan pengajaran dan
penbelajaran yang lain yang lebih menarik.
KRT3013 - Teknol ogi Makl umat Sekol ah Rendah
___________________________________________________________

8
D20102042583




RUJUKAN
1. Zoraini Wati Abas. 1993. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
2. Mohd.Izwan Hassan. 2001. Menguasai Excel 2000. Johor Baru: Jahabersa
3. Murugappan, p. 2000. Microsoft Access 2000. Kuala Lumpur. Venton Publishing
4. Zoraini Wati Abas. 1994. Pengenalan Kepada Komputer. Federal Publishing
5. Tay Vaughan. 1994. Multimedia : Making It Work, Second Edition. Berkeley, USA

You might also like