You are on page 1of 9

1

KEMPEN DATANG AWAL KE SEKOLAH

1.0 PENGENALAN

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu,
kemahiran dan kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah merupakan sebuah
organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam
menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan
insan yang intelektual. Justeru itu, kempen Datang Awal Ke Sekolah akan
diwujudkan bagi membudayakan murid yang berdisiplin dan cemerlang
dengan datang awal ke sekolah pada setiap hari. Kempen ini dijalankan
seiring dengan pelaksanaan Sekolah Penyayang yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi menjayakan kempen ini, beberapa aktiviti telah dirancang untuk
dilaksanakan bagi menarik minat murid untuk datang ke sekolah lebih awal
daripada biasa. Aktiviti tersebut melibatkan penggabungjalinan beberapa
panitia iaitu Panitia Matematik dan Pendidikan Islam. Antara pengisian aktiviti
semasa kempen dijalankan ialah murid boleh melibatkan diri dalam Program
Bijak Sifir dan Kuiz Matematik. Program Bijak Sifir ini melibatkan semua
murid dari tahun 1 hingga tahun 6 sebagai asas pengenalan dan pengukuhan
kepada bacaan sifir. Murid akan diberikan peluang membaca sifir di atas
pentas supaya dapat melatih diri menjadi seorang yang cerdas dan pintar
sifir. Selain itu, Kuiz Matematik secara spontan juga akan dijalankan bagi
menguji kecekapan murid dalam penguasaan kemahiran asas Matematik.
Kempen datang awal ke sekolah juga akan diselitkan dengan kuiz Ramadan
untuk menguji pengetahuan asas terhadap Pendidikan Islam sempena bulan
Ramadan.

Kesimpulannya, program yang dirancang tersebut diharapkan dapat
memberi manfaat yang berguna kepada murid terutama dalam bidang intelek
disamping mewujudkan emosi yang seimbang untuk datang ke sekolah lebih
awal.
2

2.0 RASIONAL

Kempen Datang Awal Ke Sekolah merupakan satu program yang
dirancang supaya dapat meningkatkan semangat murid untuk hadir ke
sekolah pada setiap hari. Pemilihan program Bijak Sifir, Kuiz Matematik dan
Kuiz Ramadan merupakan pengisian yang diharapkan dapat menggalakkan
murid untuk datang ke sekolah lebih awal dan dapat menyertai program yang
dianjurkan tersebut.

Program Bijak Sifir dirancang kerana murid didapati masih lemah
dalam mengingati sifir dan menyukarkan murid untuk menyelesaikan soalan
Matematik. Begitu juga Kuiz Matematik supaya dapat meningkatkan
kecekapan murid dalam mengira secara spontan.

Pemilihan Kuiz Ramadan pula ialah bersempena dengan kempen ini
yang berlangsung dalam bulan Ramadan. Hal ini supaya dapat meningkatkan
pengetahuan murid terhadap ilmu-ilmu agama yang berkaitan dengan bulan
Ramadan.

Murid yang berjaya membaca sifir dan menjawab kuiz dengan baik
akan diberikan kupon. Murid akan diberikan hadiah berdasarkan bilangan
kupon yang diperoleh pada akhir program. Oleh itu, murid akan bersaing
untuk mengumpul seberapa banyak kupon dengan datang awal ke sekolah
dan menyertai program tersebut.

Penglibatan murid dalam kempen ini diharapkan agar dapat
meningkatkan motivasi dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan
yang seimbang pada masa akan datang.




3

3.0 OBJEKTIF

Setelah tamat program ini, peserta diharapkan akan dapat mencapai objektif
berikut:
3.1 Mensasarkan peningkatan murid sebanyak 80% yang hadir ke sekolah
lebih awal.
3.2 Meningkatkan murid dalam menguasai sifir 1-9.
3.3 Meningkatkan minat murid bagi mempelajari mata pelajaran
Matematik.
3.4 Meningkatkan pengetahuan murid dalam Pendidikan Agama Islam.


4.0 MASA

Setiap hari bermula 7.20 pagi hingga 7.40 pagi.


5.0 TARIKH

14 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014.


6.0 TEMPAT

Bacaan sifir, kuiz Matematik dan kuiz Ramadan akan diadakan di Dewan
Sinaran SK Bohor.







4

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat
Datin Rattana a/p Yan
Pengerusi
Puan Ku Faizah bt Ku Marzuki

Naib Pengerusi
Encik Izhar bin Haji Ahmad

Mentor
Puan Maizura bt Mustapha

Ketua Projek
Wan Nur Aziemah Izyan bt Wan Hashim

Penolong Ketua Projek
Shazneeza Nazneem bt Abdul Wahab

Setiausaha
Amizah bt Mohamad Sabri

Ahli Jawatankuasa:

Dokumentasi
Siti Masni Binti Zakaria





5

8.0 PESERTA

Melibatkan semua murid dari tahun 1 hingga 6.





9.0 JADUAL PROGRAM

Minggu Hari / Tarikh Aktiviti
1 Ahad / 13 Julai 2014 Pelancaran Kempen Datang Awal ke Sekolah
Isnin / 14 Julai 2014 Bijak Sifir
Selasa / 15 Julai 2014 Kuiz Matematik
Rabu / 16 Julai 2014 Kuiz Ramadan
Khamis / 17 Julai 2014 Bijak Sifir
2 Ahad / 20 Julai 2014 Bijak SIfir
Isnin / 21 Julai 2014 Bijak Sifir
Selasa / 22 Julai 2014 Kuiz Matematik
Rabu / 23 Julai 2014 Kuiz Ramadan
Khamis / 24 Julai 2014 Bijak Sifir
3 Ahad / 3 Ogos 2014 Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah



6

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Bilangan Kupon Jumlah
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
8 kupon (RM 8) x 5 peserta
7 kupon (RM 7) x 5 peserta
6 kupon (RM 6) x 5 peserta
5 kupon (RM 5) x 5 peserta
4 kupon (RM 4) x 5 peserta
3 kupon (RM 3) x 5 peserta
2 kupon (RM 2) x 5 peserta
1 kupon (RM 1) x 10 peserta
RM 40
RM 35
RM 30
RM 25
RM 20
RM 15
RM 10
RM 10
Jumlah RM 185


11.0 SUMBER KEWANGAN
Segala sumber perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak sekolah.

12.0 PENUTUP

Semoga Kempen Datang Ke Sekolah Awal mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada semua murid dan mampu memberi impak yang
positif kepada mereka. Semoga program ini mendapat sepenuh kerjasama
daripada semua pihak, sekali gus dapat merealisasikan segala objektif yang
telah dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjayakan
program ini.
7

Disediakan oleh,

.......................................................................
(AMIZAH BT MOHAMAD SABRI)
Setiausaha,
Kempen Datang Awal Ke Sekolah.






















8

BAHAGIAN A : MENTOR / GURU PEMBIMBING

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

ULASAN:………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

Tarikh : ............................................
Tandatangan & Cop
BAHAGIAN B : Guru Penolong Kanan


Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

ULASAN:………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

Tarikh : ......................................
Tandatangan & Cop





9

BAHAGIAN C : Guru Besar

ULASAN: .……………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………


DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Tarikh : ……………………………………
Tandatangan & Cop