You are on page 1of 11

1 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

2 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

PERINCIAN LAPORAN TUGASAN P.I.T.
PROSES PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Isi Kandungan Muka Surat
1. Pendahuluan 3
2. Menu Tugasan 4
3. Pembahagian Tugas 5
4. Jadual Mesyuarat 5
5. Perhatian 6
6. Masalah 6
7. Refleksi 7
8. Kesimpulan 9
9. Lampiran (utama dan lain-lain) 10


3 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

PROSES PERANCANGAN & PELAKSANAAN
1. PENDAHULUAN
Tugasan telah diberikan pada hari Sabtu - 8hb Mac 2014 (reception date). Tarikh rasmi
serahan tugasan KKU kepada pensyarah ialah pada: 17hb Mei 2014 Sabtu (due date).
Mengikut kiraan kalendar, kami mempunyai 70 hari untuk membuat kesemua tugasan.
Ini termasuk mengumpul dan mengolah segala maklumat dan bahan, menapis,
memproses dan mencorakkan maklumat dan menggubal bahan sebagai maklumat dan
bahan pembentangan utama untuk dikemaskinikan di dalam laporan akhir Projek
Integrasi Teknologi {7LP}.
Untuk menyiapkan tugasan lebih awal, kami telah menetapkan hari Sabtu - 19hb April
2014 (target date) sebagai tarikh serahan tugasan pertama dari ahli kumpulan, dan 26hb
April 2014 sebagai tarikh pembentangan (presentation date) PIT. Dengan penetapan
tarikh 26hb April , kami masih mempunyai lebih kurang 3 minggu lagi untuk kerja-kerja
penambahbaikan seperti menyiapkan pemurnian akhir dan pengukuhan laporan. Secara
umumnya, tugasan ini telah dibahagikan kepada 3 peringkat atau bahagian utama iaitu;
A. INPUT : Mengumpul maklumat (data, informasi, fakta) dan bahan.
Peringkat input adalah di dalam zon hijau.
B. PROSES : Memproses, mengolah dan menggubah maklumat
dan bahan. Peringkat proses di dalam zon biru.
C. OUTPUT : Mencetak dan membentangkan maklumat, bahan
dan laporan termasuk kerja-kerja penambahbaikan.
Peringkat output berada di dalam zon ungu.
4 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

2. MENU TUGASAN
Tugasan Utama mengandungi Tujuh (1) Tajuk Kecil atau sub-tajuk kepada Tugasan
Utama, manakala ahli kami hanya terdiri daripada 4 orang. Oleh itu kami menambah 1
lagi tugasan akhir iaitu penambahbaikan (dan serahan tugasan) untuk menjadikannya 8
tugasan supaya setiap ahli kumpulan menerima dua (2) tugasan dari pecahan Tugasan
Utama. Dengan ini pembahagian Tugasan Utama ahli kumpulan pada mulanya, telah
kami susun mengikut warna seperti berikut:-
BIL TUGASAN UTAMA
{ KOD TAG AHLI KOD
TUGAS } WARNA KUMPULAN AHLI
1 SENARIO (KONSEP) {1SE} MERAH 1 Sabariah@ SA
2 PERANCANGAN PENGAJARAN {2RP} HIJAU Ruziah.A RU
3 BAHAN PAMERAN {3BP} HIJAU 2 Ruziah.A RU
4 BAHAN MANIPULATIF {4BM} BIRU Afsah.R AF
5 P.P.B.K. * {5BK} BIRU 3 Afsah.R AF
6 PEMBENTANGAN PROJEK {6PP} UNGU Roslawati.B RO
7 LAPORAN PROJEK INTEGRASI TEKNOLOGI {7LP} UNGU 4 Roslawati.B RO
8 PENAMBAHBAIKAN (& SERAHAN TUGAS) {8PS} MERAH Sabariah@ SA
Di atas adalah menu utama penyusunan tugasan. Setiap warna mempunyai peranan
tertentu:
1. Merah : Merah adalah warna Ketua Kumpulan untuk tugas 1 dan 8
Merah juga adalah tanda red alert- kepentingan yang
sangat utama [Pn.Sabariah]
2. Hijau : Hijau adalah warna untuk tugasan 2 dan 3 [Pn.Ruziah]
3. Biru : Biru ialah warna untuk tugasan 4 dan 5 [Pn.Afsah].
4. Ungu : Ungu ialah warna untuk tugasan 6 dan 7 [Pn.Roslawati]
Ungu mempunyai kepentingan ke-2 tinggi.
5 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

3. PEMBAHAGIAN TUGAS
Sabaryah@ sebagai Ketua Kumpulan Utama (KKU) telah membahagikan Lapan (8)
Tugasan Utama dengan melantik Ketua Bahagian untuk setiap dua tajuk utama tugasan.
Perlantikan Ketua Bahagian ini adalah penting kerana ia akan memainkan peranan
kerjasama berpasukan dalam melaksanakan tugasan bermula dari proses input,
pemprosesan, sehinga ke proses output setiap tugasan. Ini bermakna, setiap ahli akan
menjadi ketua dan juga pelaksana tugas (pemproses) kepada setiap 2 tajuk utama
tugasan.
Untuk Tajuk 1, KKU bersama 3 ahli kumpulan telah mengadakan Mesyuarat Pertama (1)
untuk Sesi Perbincangan (Brainstorming). Sabariah@ telah menyiapkan sebuah CARTA
GANTT untuk perincian tugasan bagi tujuan menyemak status & menilai pelaksanaan
tugasan seterusnya (Carta Gantt dilampirkan sebagai rujukan). Salinan Carta Gantt yang
sama telah KKU edarkan kepada setiap ahli kumpulan. KKU juga telah menyiapkan
agenda mesyuarat yang pertama. Salinan Agenda Mesyuarat Pertama (1) ini juga telah
diedarkan kepada setiap ahli kumpulan.
4. JADUAL MESYUARAT
No. MESYUARAT/PERJUMPAAN Ketua
Sabtu (Ahad) 2014
1 Mesyuarat Pertama - Perancangan Asas SA
15 16 Mac
2 Mesyuarat Susulan - Input-kumpul info. RU
22 23 Mac
3 Mesyuarat Susulan - Proses 1 - Kerangka RU
29 30 Mac
4 Mesyuarat Susulan - Proses 2 - Pengisian AF
5 6 April
5 Mesyuarat Susulan - Proses 3 - Penutup AF
12 13 April
6 Mesyuarat Akhir - Output - Pra Pembentangan RO
19 20 April
7 Pembentangan (& Penambahbaikan) RO 26 27
April
8 Penambahbaikan /Serahan Tugasan SA 3 4
Mei

6 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

KKU memberi taklimat awal. Kumpulan mempunyai 8 minggu lagi untuk menyiapkan 8
Tugasan Utama. Oleh itu, mesyuarat akan diadakan setiap hujung minggu pada hari
Sabtu, iaitu pada 15, 22, 29 Mac, dan 5, 12, 19 April 2014. Hari Ahad berikutnya dirujuk
sebagai hari penggantian sekiranya pada hari Sabtu tersebut, lebih dari 1 ahli tidak dapat
hadir. Ringkasnya, mesyuarat akan diadakan pada setiap Sabtu atau Ahad (sebagai
ganti).
26 April adalah Tarikh Pembentangan PIT {6PP}; dan 3 Mei adalah tarikh serahan tugas
{8PS}, semua output maklumat (1SE}, {2RP}, semua output bahan {3BP} {4BM}
{5BK} dan output laporan akhir {7LP} kepada KKU (Sabariah@).

5. PERHATIAN
Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kelewatan, maka 10hb Mei 2014,
sebelum pukul 5 petang adalah tarikh dan masa akhir di mana setiap tugasan
MESTI diselesaikan dan diserahkan kepada KKU.

6. MASALAH
Disebabkan profesion perguruan setiap ahli, KKU telah menjangkakan akan
permasalahan dari segi kekangan masa yang akan dihadapi oleh setiap ahli pelaksana
tugasan. Ini adalah refleksi awal yang dihadapi KKU. Lokasi juga adalah 1 masalah yang
harus diselesaikan. Setiap ahli kumpulan duduk agak berjauhan iaitu, 1 di Raub, 1 di
Sekinchan, 1 di Shah Alam dan 1 di Cheras, Kuala Lumpur.
7 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

Dengan ini KKU telah mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat pada setiap
kali selepas perjumpaan kuliah di UPM untuk memudahkan urusan masa dan lokasi
perjumpaan. Sekiranya tiada kuliah, ahli kumpulan akan berhubung menggunakan
handphone. Untuk menjimatkan kos, WHATSAPP telah menjadi pilihan kerana setiap
talian bimbit ahli mempunyai aplikasi tersebut. Setiap ahli juga mempunyai akses kepada
talian internet di rumah. Seterusnya, KKU telah menetapkan satu masa di mana semua
ahli boleh hadir secara berkumpulan untuk bermesyuarat secara online di ruangan
SKYPE. Di dalam ruangan skype, kami dapat meghantar maklumat termasuk foto secara
di atas talian dengan mudah dan pantas. Kami juga menggunakan EMAIL peribadi bagi
tujuan penghantaran informasi maklumat yang lain.
7. REFLEKSI
Dengan menggunakan sumber teknologi yang sedia ada, seperti talipon, talian bimbit,
dan aplikasi media semasa, kumpulan kami telah dapat merungkai masalah masa, lokasi
serta tarikh mesyuarat yang telah kami tetapkan. Penetapan tarikh mesyuarat KKU itu
telah dijadikan sebagai panduan untuk persiapan tugasan. Carta Gantt pula telah dijadikan
sebagai fokus utama untuk menilai status pemprosesan tugasan dari mula sehingga akhir.
Harapan akhirnya ialah supaya segala persiapan input, pemprosesan maklumat, dan
bahan serta pembentangan PIT, rakaman video, dan laporan PIT dapat dijayakan tepat
pada masa dan sasarannya.
Untuk penghasilan bahan pameran, Ruziah telah berjaya menyiapkan Rancangan
Pengajaran {2RP} dan Bahan Pameran Carta {3BP} disiapkan oleh Afsah. Untuk
penghasilan Bahan Manipulatif {4BM} disiapkan oleh Ruziah. Bahan PPBK {5BK},
8 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

disiapkan oleh Roslawati bersama Manual Pengguna dengan penambahbaikan dari
KKU. Manual akhir pengguna untuk {6PP} telah dihasilkan 2 hari selepas Video 2
dihasilkan. Untuk penghasilan pembentangan PIT (pra-pembentangan dan pembentangan
akhir) Sabariah telah berjaya mengemudikan {6PP} bersama ahli kumpulan.
Selepas proses pembentangan PIT {6PP}, kami dapat menghasilkan sebuah video yang
akan diserahkan secara rasmi bersama laporan akhir PIT {7LP) kepada pensyarah.
Semasa proses rakaman video tersebut, kami telah mengulangi kembali peringkat
pemprosesan yang serupa iaitu, input, proses dan output. Proses rakaman ini telah
dikendalikan secara berpasukan di mana 4 ahli kumpulan kami telah membuat set induksi
atau pengenalan oleh KKU (1), set pengisian bahagian pertama oleh Ruziah (2), set
pengisian bahagian kedua oleh Afsah (3) dan set penutup oleh Roslawati (4).
Untuk penghasilan manual pengguna, Roslawati dan Afsah telah melakukan kerja
pemprosesan, input dan output manual bersama dengan input penambahbaikan dari KKU.
Untuk penghasilan video pembelajaran makro, Roslawati dan Sabariah telah melakukan
kerja-kerja input dan pemprosesan sehingga terhasilnya video klip pertama (video pra
pembentangan). Untuk ciptaan video klip yang ke-2 (video akhir pembentangan), input
penambahbaikan telah diberikan oleh KKU. Rakaman Video 1 dan Video 2 berjaya
dilhasilkan oleh Roslawati dan Sabariah. Afsah dan Ruziah terlibat di dalam deraf dan
cetakan maklumat video pertama dan video ke-2. Hasil softcopy video ke dalam bentuk
hardcopy CD akhir telah disiapkan oleh Sabariah dengan bantuan.
Deraf asal laporan akhir PIT {7LP} telah ditaip oleh Sabariah. Kerja-kerja penyemakan
semula dan pembetulan laporan PIT pertama, ke-2 dan ke-3 telah di buat oleh Ruziah.
9 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

Kerja menaip deraf laporan PIT ke-2 dan ke-3 dilakukan oleh Afsah. Kerja
penambahbaikan akhir laporan PIT telah dilakukan oleh KKU. Cetakan akhir Laporan
PIT {7LP} telah dibuat oleh Sabariah dengan bantuan dan penambahbaikan dari semua
ahli kumpulan untuk Serahan Rasmi {8PS}.
Apabila dibentangkan kepada murid, refleksi murid pula sangat menggalakkan. Murid
suka akan video muzikal Bapabu pulang dari kota. Murid juga suka bahan simulasi
model kenderaan kertas. Kuiz pula agak mudah untuk tahap murid sedia ada.

8. KESIMPULAN
Dengan penggunaan Carta Gantt dan sumber-suber teknologi yang telah disebutkan
bersama-sama dengan ahli kumpulan sebagai pelaksana tugasan dan KKU sebagai
pemacu arah, akhirnya tugasan ini telah berjaya dihasilkan dengan walaupun menemui
kebuntuan dan kelewatan. Tugasan telah dapat disiapkan dengan menukar perancangan
dan pelaksanaan secara adhoc. Jalinan kerjasama dari KKU dengan ahli kumpulan telah
menerjah aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara berpasukan. Hasil kerja yang
lebih baik dapat dihasilkan secara kerjasama berpasukan berbanding dengan melakukan
tugasan secara perseorangan. Ini adalah kerana ada sudut-sudut yang individu itu sendiri
tidak nampak atau terlepas pandang, Dengan penelitian dan pemurnian secara
berpasukan, hasilnya membuahkan sebuah output yang amat berkesan. Ianya dapat
memberi lebih makna dan nilai kepada sesuatu tugasan. Akhirnya, dapatlah kami
simpulkan bahawa dengan kesungguhan dan semangat masing-masing, kerja yang pada
mulanya nampak mustahil ini telah dapat direalisasikan dalam cara yang lebih cepat,
10 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

wajar dan berkesan. Kesempurnaaan pula hanyalah suatu penambahbaikan yang
berterusan.
9. LAMPIRAN UTAMA KEPADA {7LP}:
[0] Carta Gantt {0CG}
[1] Senario_PKJR {1SE}
[2] Rancangan Pengajaran {2RP} + Lembaran Kerja Murid
[3] Bahan Pameran Carta {3BP} + Carta Visual Manual
[4] Bahan Manipulatif {4BM}+ Model Simulasi Kenderaan
[5] Bahan PPBK & Manual Pengguna {5BK} + Softcopy dalam CD
[6] Pembentangan Projek {6PP} + Video CD untuk P.I.T. (revised)
[8] Skrip VIDEO plus PP + Softcopy semua laporan dan bahan PIT yg digunakan


8_PIT VIDEO plus PP_revised
11 | F C E 3 4 0 0 | [ 7 ] L A P O R A N P . I . T .

LAMPIRAN LAIN: USUL MESYUARAT PERTAMA
Konsep Asas/Tugasan/Mesyuarat/Susulan
1.1. PERBINCANGAN ASAS - Konsep Senario /Brainstorming /Bahagi Tugas
Tajuk 1.Senario SA Tajuk 5.Bahan PPBK RO
Tajuk 2.RPH RU Tajuk 6.Pembentangan PIT RO/SA
Tajuk 3.Bahan Pameran AF Tajuk 7.Laporan PIT SA
Tajuk 4.Bahan Manipulatif RU Tajuk 8.Penambahbaikan SA
1.2. INPUT - Kumpul Maklumat-Hardcopy/Soft Copy/Backup/Fail
Maklumat Hardcopy /Maklumat Softcopy
Masukkan maklumat dalam fail /Masukkan maklumat dalam komputer/t.drive
Simpan maklumat hardcopy /Backup maklumat sofcopy
1.3. PROSES - Gubah/Olah-Maklumat & Bahan-bahan-Pameran/Manipulatif/PPBK
Pemprosesan Maklumat - Taip/Draf/Semak/Cetak
Draf Maklumat /Semak Maklumat /Cetak Maklumat /Draft ke-2
1.4. OUTPUT - Penghasilan Maklumat-Draf Akhir/Semak/Cetak
Draf Terkini /Semak Draf Terkini /Cetak Draf Terkini
Semak Draf Akhir /Cetak Draf Akhir
1.5. PEMBENTANGAN - Pembentangan Maklumat Bersiri & Semua Bahan
Set Induksi/Video/ Set Pengisian/Carta/Foto/Bunyi /Set Penutup/Kuiz
1.6. PENAMBAHBAIKAN Maklumat, Bahan dan Laporan
Perlaksanaan Manual Pengguna & Laporan PIT
Mesyuarat Susulan ke-2/3/4/5/6 /Lain-lain hal /Bersurai

You might also like