You are on page 1of 13

Bab 4 Kerja Paip

Sistem Bekalan Air di Rumah



1. Sistem terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan terus ke kelengkapan
perpaipan di rumah seperti sink cuci, bilik air & tandas.
2.Sistem tidak terus
Air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke pili dapur dan tangki
simpanan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di rumah.
Jenis paip dan fungsinya
Paip Fungsi
Paip perhubungan Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter air
Paip perkhidmatan Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke tangki
simpanan air dan ke pili dapur
Paip agihan Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air ke
kelengkapan perpaipan lain spt sink cuci, bilik air & tandas
Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air sekiranya
berlaku kerosakan pada injap bebola
Paip cuci Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air semasa kerja-
kerja pembersihan dilakukan


Tangki simpanan air
- diletak di ruang bumbung bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
- menakung air sebelum menyalur kekelengkapan perpaipan melalui paip agihan.
- menerima bekalan air melalui paip perkhidmatan.
- dikawal secara automatik oleh injap bebola & pelampung.
- diperbuat daripada kepingan besi bergalvani, gentian kaca, poli (High Density
Polyethylene -HDPE).
- kegunaan rumah : 140liter ~ 450 liter.


JENIS PAIP
a) Paip Besi Bergalvani (BG)
Gred Ketebalan Kod warna Kegunaan
A Nipis Perang Paip limpah
B Sederhana Biru Paip agihan
C Tebal Merah Paip perhubungan & Paip perkhidmatan
- diperbuat daripada bahan keluli disadur zink.
- 6 meter.
- saiz : ukuran diameter bahagian dalam paip.
- hujung paip berulir untuk kerja penyambungan & pemasangan.
Kebaikan Keburukan
Tahan lama Berat
Tahan panas Sukar dikendalikan
Sambungan kukuh Boleh berkarat

b) Paip PVC
- diperbuat daripada bahan plastik Polyvincyl chloride.
- 2 gred: nipis & tebal.
- saiz : ukuran diameter.
- 6 meter.
Kebaikan Keburukan
Ringan Jangka hayat pendek
Mudah dikendali & dipasang Mudah pecah
Permukaan bahagian dalam
licin
Tidak sesuai menyalur air
panas
Tidak berkarat
Kos rendah

c) Paip Poli
- diperbuat daripada bahan polimer sintetik kepadatan tinggi (High Density
Polyethylene-HDPE).
- hitam.
- mudah lentur.
- saiz & fungsi sama dengan paip BG & paip PVC.
- bentuk gulung berukuran 30 meter.
Kebaikan Keburukan
Daya tahan tinggi Bahan penyambung mahal
Jangka hayat panjang Mudah bocor jika terkena benda
tajam
Mudah lentur
Tidak berkarat
Mudah dibawa & dikendalikan
Kos rendah
Sesuai untuk sambangan paip semasa
majlis keramaian


Penyambung Paip:
- menyambung batang paip secara lurus / menukar arah batang paip.
- digunakan sebagai pelengkap dalam pemasangan alat perpaipan (pili, alat
mandian hujan, kepala pemercik air).

Jenis penyambung Fungsi
Soket sama


Menyambung batang paip & kelengkapan paip sama
diameter

Soket pengecil


Menyambung batang paip & kelengkapan yang berbeza
diameter
Siku 90 sama


Mengubah arah sambungan batang paip sama diameter
pada sudut 90
Siku 90 pengecil


Membuat sambungan batang paip berbeza diameter
pada sudut 90
Tee sama


Membuat sambungan bercabang & sama diameter pada
sudut 90
Tee pengecil


Membuat sambungan bercabang & berbeza diameter
pada sudut 90
Tee penyuai


Membuat sambungan bercabang menggunakan dua jenis
penyambung yang sama diameter
Putting heksagon



Menyambung dua jenis penyambung @ kelengkapan paip
yang berdekatan & sama diameter
Penyuai soket
injap


Menyambung dua jenis penyambung @
kelengkapan paip yang berlainan jenis spt paip BG dengan paip
PVC yang sama diameter
Penyuai soket PT


Menyambung paip PVC kepada alat kelengkapan paip @
paip BG
Soket penjodoh


Menyambung paip yang sama diameter tanpa
memusingkan paip yang sedia ada
Palam


Menutup hujung paip @ sambungan paip bercabang
yang tidak digunakan
Nat pengunci


Mengetatkan sambungan paip seperti yang terdapat
pada sambungan tangki

Bahan Pemasangan Paip:

i. Glu paip PVC (Simen pelarut)
Untuk kerja penyambungan semua jenis paip PVC
ii. Pita Poly Tetra Fluoro Ethylene ( PTFE )
Digunakan pada sambungan semua jenis paip berulir.
Berwarna putih & lembut
iii. Sleeve dan gelang getah
Hanya untuk paip poli. Bisanya sudah terdapat dalam penyambungan paip yang
dijual di pasaran.



a) Glu paip PVC

- diguna dalam kerja penyambungan semua jenis paip atau penyambung PVC
yang tidak berulir sebelum pemasangan dilakukan.



b) Pita Poly Tetra Fluoro Ethylene (PTFE)

- diguna pada sambungan semua jenis paip yang berulir.
- putih & lembut.
- dililit pada sambungan bebenang paip besi bergalvani sebelum membuat
penyambungan.


c) Sleeve & gelang getah

- diguna pada paip poli.

Langkah-langkah menggunakan glu paip PVC untuk penyambungan paip PVC
1. Potong batang paip
2. Buang gerigis di dalam dan di luar hujung paip.
3. Tandakan dua bahagian paip PVC untuk menentukan kedudukan sambungan.
4. Sapu simen pelarut. Sapu dengan berus. Jangan gunakan jari.
5. Tolak paip masuk dan pusingkan sedikit. Kemudian bersihkan simen pelarut yang
berlebihan dengan kain.



Jenis dan kelengkapan Paip Alatan Tangan
Alatan Tangan Kegunaan
Sepana boleh laras

-Melonggarkan dan mengetatkan nat pada pili dan
penyambung paip.
-Rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan
dengan saiz benda kerja.
Pita Pengukur

-Mengukur saiz paip apabila memotong dan
memasang.
Gergaji besi

-Memotong paip PVC dan paip besi bergalvani.
- Gergaji ini biasanya mempunyai bingkai yang boleh
dilaraskan bagi mendapatkan saiz mata gergaji yang
berlainan ukuran.
Kikir bulat

-Membuang gerigis di dalam hujung paip selepas
dipotong.
Kikir rata

-Membuang gerigis luar pada hujung paip.
Playar cengkam seribu

-Mencengkam batang paip dan mengetatkan
penutup penyambung poli semasa menjalankan
kerja pemasangan paip poli.
Pemotong paip PVC/poli

-memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat.
-apitkan pemotong paip PVC/poli pada batang paip
yang hendak dipotong dan pusing di sekelilingnya.
Tambahkan tekanan perlahan-lahan.
Pemotong paip beroda

-memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan
cepat.
Ragum paip yoke

-memegang dan mengapit batang paip besi
bergalvani supaya tidak bergerak semasa
memotong, mengulir, dan melakukan kerja-kerja
pemasangan.
Perengkuh paip

-Mencengkam dan memutarkan batang paip.
-tidak sesuai digunakan untuk mengetatkan
ataupun melonggarkan bahagian kepala pili, nat
atau penyambung yang tepinya rata.
-rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam
batang paip.
Tangki Simbah
- Menyimpan air bagi mencuci mangkuk tandas.
- Air dalam tangki simbah akan disimbah keluar melalui paip
simbah untuk membersih mangkuk tandas.
- Dibuat daripada plastik atau tembikar ddan boleh menyimpan air
sehingga 9 liter.
- 2 jenis:
1. Tangki simbah aras tinggi- dipasang 2 meter dari paras lantai
2. Tangki simbah aras rendah- dipasang 1 meter dari paras lantai

Bahagian Fungsi
Paip alur keluar/
paip simbah
Menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk
menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.
Paip alur masuk Membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
Paip limpah Melimpahkan air yang melebihi aras tertentu jika
berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.
Injap bebola Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
Pelampung Mengawal aras air dengan menutup dan membuka
injap bebola melalui lengan pelampung. Pelampung
yang terapung di atas permukaan air bergerak
bersama paras air.
Injap gegendang Mengawal air masuk ke tiub sifon. Apabila tuil
ditarik, injap gegendang naik dan membenarkan air
massuk ke tiub sifon untuk menyimbah mangkuk
tandas.
Tuil / tangkai
pelepas
Menarik injap gegendang
Tiub sifon Menyalurkan air ke paip simbah.

Operasi Tangki simbah
1. Apabila tuil ditarik atau ditekan, proses simbahan berlaku.

2. Tuil ini akan menaikkan plat tertebuk dan injap gegendang yang terletak di
bahagian bawah tiub sifon.



3.Air mengalir keluar melalui paip simbah ke mangkuk tandas.

4. Apabila aras air di dalam tangki turun, pelampung juga akan turut turun
dan menyebabkan air mengalir masuk semula ke tangki.



Mengawal aras air di dalam tangki simbah

1 Air melimpah keluar dari tangki simbah
- injap bebola tidak dapat mengawal aliran air masuk.
-pelampung bocor (mengganti pelampung)
-kedudukan injap bebola tidak betul. (melaraskan injap bebola)

2 Aras air di dalam tangki simbah melebihi paras yang sepatutnya
- skru pelaras tidak dilaras dengan betul.
- jarak hujung skru pelaras jauh dari pin omboh injap.

3 Aras air di dalam tangki simbah di bawah paras sepatutnya
- skru pelaras tidak dilaras dengan betul.
- jarak hujung skru pelarass terlalu hamper dengan pin omboh injap.

Pili
-mengawal pengaliran air keluar melalui hujung batang paip.
-dibuat daripada: bahan loyang (kuprum+zink), bahan loyang yang disadurkan
dengan kromium, bahan polivinil klorida (PVC).
-saiz pili ditentukan oleh diameter alur masuknya yang berulir. (13mm-20mm)
Pili Berbibir Pili bertiang
Bentuk


Jenis alur Alur masuk yang mendatar Alur masuk yang menegak
Jenis
pemulas
Pemulas kepala lintang dan
berpalang (kapstan)
Pemulas berpalang (kapstan)
Bahan
buatan
Loyang biasa atau loyang
bersadur kromium
Loyang bersadur kromium
Kegunaan Dipasang pada singki dapur
dan tab mandi
Dipasang pada singki jenis
tembikar dan tab mandi







Mengganti sesendal pili
-disebabkan oleh kebocoran (gantikan sesendal pada pelompat dengan yang baru)
-berlaku kerana sesendal pada pelompat telah haus atu rosak.
-sesendal berfungsi menutup alur air masuk supaya rapat.

Sepana boleh laras, perengkuh paip, playar muncung tirus, pemutar skru rata,
sesendal/set pelompat bersama sesendal yang baru.






1. Tutup punca bekalan air.
2. Buka nat pili menggunakan sepana boleh laras.
3. Keluarkan pelompat menggunakan playar muncung tirus.
4. Keluarkan sesenda lama dan tukarkan dengan sesendal baru.
5. Pasang semula pelompat dan bahagian pili yang dibuka dengan cermat.
6. Kemaskan alatan yang digunakan.




Kerja Penyengaraan
-kerja membaik pulih perangkap yang tersumbat dengan endapan sisa kotoran.
Perangkap
Fungsi:
-memerangkap sisa kotoran hasil basuhan dan menghalangnya dari mengalir
terus ke saluran air buangan.
-menyekat serangga masuk melalui saluran air
-menghalang gas dan bau busuk masuk ke dalam rumah melalui paip buangan.
2 jenis bahan: -poluvinil klorida (PVC)
-besi bergalvani
-saiz perangkap ditentukan oleh diameter saluran, biasanya 32mm atau 38mm.
Jenis Perangkap
- Perangkap botol
- Perangkap S
- Perangkap P





Kedap:
- bahagian perangkap yang sentiasa dipenuhi air.
- berfungsi menghalang bau busuk & serangga masuk ke rumah.
- endapan sisa kotoran yang terlalu banyak mengakibatkan peangkap
tersumbat, air buangan tidak dapat mengalir ke longkang.








Membersih perangkap:
- menggunakan pelocok.
- mengeluarkan endapan melalui lubang buangan.

You might also like