You are on page 1of 9

AYAT SONGSANG

Cuba lihat ayat di bawah:



a. Emak menggoreng ikan.
ai. Ikan digoreng oleh emak

b. Ayah pergi memancing ikan semalam.
bi. Semalam ayah pergi memancing ikan.

Bagaimanapun boleh berlaku ayat songsang dengan ayat
pasif tanpa mempasifkan kata kerja transitif. Contohnya
boleh dilihat seperti :

a. Emak menggoreng ikan
aii. Ikan emak goreng.

Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan
biasa dan susunan songsang.
Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat
songsang terbentuk daripada susunan songsang.
Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu
hanyalah berbeza dari segi penekanannya.
Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah
mengkaji susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.
Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :
1



AYAT BIASA ----> SUBJEK + PREDIKAT


AYAT SONGSANG -----> PREDIKAT + SUBJEK



Contoh :
Ayat Penyata

AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Penduduk Kampung A sangat peramah Sangat peramah penduduk Kampung A
Kakak saya seorang guru Seorang guru kakak saya
Itu pokok durian Pokok durianlah itu
Kata penegas lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas
bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam ayat
penyata.

Ayat Tanya

AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Anaknya sedang buat apa? Sedang buat apa anaknya?
Mereka hendak ke mana? Hendak ke mana mereka?
Hadiah ini untuk siapa? Untuk siapakah hadiah ini?
Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas
bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam ayat
Tanya.



Ayat Pasif

AYAT BIASA AYAT SONGSANG
SUBJEK PREDIKAT SUBJEK PREDIKAT
Bilik-bilik
itu
Sudah saya
bersihkan.
Sudah saya sapu bilik-bilik
itu
Masjid itu dibina oleh datuk
saya.
Dibina oleh
datuk saya
masjid itu
Baju-
bajunya
belum bergosok. Belum bergosok baju-
bajunya

Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang
boleh dibentuk daripada ayat biasa.
Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa
dengan dua cara iaitu :
(a) Pendepanan Seluruh Predikat
Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke
hadapan mendahului subjek. Unsur-unsur predikat dalam ayat-ayat
songsang dipindahkan ke hadapan mendahului subjek untuk
memberikan penegasan kepadanya. Dengan lain perkataan,
bahagian yang dibawa ke hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat
songsang.

Contoh :
AYAT BIASA AYAT SONGSANG
Baju dan seluar saya belum
bergosok.
Pelajar perempuan itu sangat
rajin.
Pekerja-pekerja kilang itu sudah
pulang?

Kerani pejabat itu masih belum
sampai.
Belum bergosok baju dan seluar
saya.
Sangat rajin pelajar perempuan
itu.
Sudah pulang pekerja-pekerja
kilang itu ?

Masih belum sampai kerani
pejabat itu?
Rumah saya terletak berhampiran
dengan sebuah kedai buku.
Terletak berhampiran dengan
sebuah kedai buku rumah saya.

(b) Pendepanan Sebahagian daripada Predikat
Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat
biasa dibawakan ke hadapan mendahului subjek.
Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat
didepankan dalam proses ini :
( a ) Pendepanan frasa kerja
( b ) Pendepanan frasa adjektif
( c ) Pendepanan frasa sendi nama

AYAT BIASA AYAT SONGSANG

Atan bekerja pada tiap-
tiap hari.
Dia menulis surat di bilik.
Budak kecil itu sedang
menangis.
( a ) Pendepanan Frasa
Kerja
Bekerja Atan pada tiap-tiap
hari.
Menulis surat dia di bilik.
Sedang menangis budak kecil
itu.


Dia terkejut apabila
mendengar berita itu.
Kamal sedang sakit tenat di
hospital.
Bangunan itu masih teguh
lagi walaupun dibina suku
abad dahulu.
( b ) Pendepanan Frasa
Adjektif
Terkejut dia apabila mendengar
berita itu.
Sedang sakit tenat Kamal di
hospital.
Masih teguh lagi bangunan itu
walaupun di bina suku abad
dahulu.


Karim pergi ke
perpustakaan untuk
mengulangkaji
( c ) Pendepanan Frasa
Sendi Nama
Ke perpustakaan Karim pergi
untuk mengulangkaji
pelajarannya.
Soke Lee di Pulau Pinang
pada masa ini.
Dia memotong kek itu
dengan sebilah pisau.

pelajarannya.
Di Pulau Pinang Soke Lee pada
masa ini.

Dengan sebilah pisau dia
memotong kek itu.

Kesimpulannya, ayat songsang tak semestinya pasif tetapi
ayat pasif mesti mempunyai struktur binaan songsang.YAT
SONGSANG


















JENIS AYAT
Ayat dalam Bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis yang utama
iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
penyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan
keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau
ayat keterangan.
Contoh ayat penyata:
i. Nadia jurutaip.
ii. Dia wartawan.
iii. Ashila sedang tidur.

2. Ayat Tanya pula adalah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan
sesuatu hal. Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan
tertentu, ayat Tanya dapat digolongkan kepada dua jenis , iaitu:
i. Ayat Tanya tanpa kata Tanya.
ii. Ayat Tanya dengan unsur kata Tanya.

i. Ayat Tanya tanpa kata Tanya
Ayat Tanya tanpa kata Tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan
nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan,
nada Tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?).
Contohnya:
i. Encik Lokman kaunselor di sekolah itu?
ii. Adik masih menangis?
iii. Mimi menjadi pragawati?

Ayat Tanya jenis ini juga boleh disertai dengan partikel kah, yang diletakkan
pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat.
Contoh ayat:
i. Dia ke sekolah?
Dia ke sekolahkah?

ii. Minggu lalu kamu ke Kedah?
Minggu lalu kamu ke Kedahkah?

iii. Mereka berlepas pagi tadi?
Mereka berlepas pagi tadikah?

ii. Ayat Tanya dengan unsur Tanya.
Ayat Tanya dengan unsur Tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti
apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat-ayat jenis ini
terdiri daripada tiga golongan, iaitu:
a) Ayat Tanya dengan kata Tanya.
b) Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri.
c) Ayat Tanya dengan frasa sendi nama Tanya.

a) Ayat Tanya dengan kata Tanya
Ayat Tanya dengan kata Tanya ialah ayat yang mengandungi kata Tanya
seperti siapa, berapa, bagaimana, bila, mengapa dan kenapa.
Contoh ayat seperti berikut:
i. Harga barang ini berapa?
ii. Hari perkahwinannya bila?
iii. Awak datang lambat kenapa?

b) Ayat Tanya dengan kata ganti nama diri Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang mengandungi kata ganti nama Tanya
seperti apa, siapa, dan mana.
i. Apakah benda itu?
ii. Siapakah gurunya?
iii. Manakah adik awak?

c) Ayat Tanya dengan frasa sendi nama Tanya
Ayat jenis ini terdiri daripada ayat yang didahului oleh frasa sendi nama
Tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan
sebagainya.
Contoh ayat:
i. Tuan tinggal di mana?
ii. Adik hendak ke mana?
iii. Anak Puan Anita berkahwin dengan siapa?

3. Manakala ayat perintah pula ialah ayat yang digunakan dengan tujuan
menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua
dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti kamu, awak,
engkau dan sebagainya yang biasanya digugurkan. Ayat perintah boleh
dibahagikan kepada empat jenis berikut:
i. Ayat suruhan
ii. Ayat larangan
iii. Ayat silaan
iv. Ayat permintaan

i) Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah
atau arahan. Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua
seperti awak, engkau, kamu dan selainnya yang biasanya digugurkan. Walau
bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek boleh juga dikekalkan.
Contoh ayat seperti berikut:
a) Keluar dari bilik ini!
b) Pergi dari sini!
c) Awak siapkan kerja itu sekarang.

ii. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan,
usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan mnegah seseorang
melakukan sesuatu.
Contohnya:
a) Jangan ambil harta orang.
b) Kamu jangan beritahu dia.
c) Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.

iii. Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput
sebelum kata kerja dengan tujuan menjemout atau mempersilakan seseorang.
Contoh ayat seperti berikut:
a) Sila datang ke rumah saya.
b) Sila serahkan surat ini ke pejabat.
c) Jemput masuk.

iv. Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan seperti
yang terdapat dalam contoh berikut:
a) Minta tuan-tuan jelaskan yuran persatuan.
b) Minta tuan benarkan kami masuk.
c) Tolong tutup tingkap itu.

4. Ayat yang seterusnya ialah ayat seruan.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi
seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah,
takjub, geram dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarakn dalam tulisan
dengan tanda seru (!) yang diletak di akhir ayat. Kata seru yang biasanya
digunakan ialah oh, wah, amboi, cis, nah, syabas dan sebagainya. Contohnya:
i. Anakku!
ii. Amboi, garangnya!
iii. Wah, besarnya rumah awak!