Lawatan Kerja Sistem Pengurusan Fail dan Pengurusan Aset

Alih Kerajaan Ke SM Saint Patrick Membakut Sabah.
1.0 Anggota Lawatan:
1. Hjh. Dyg Binti Hj. Abu Bakar
2. Norsiah Binti Yassin
3. Jalinah Mustapha
4. Mohd Azran Bin Latif
5. Mohd Fadly Bin Zulkarnain

2.0 Laporan Lawatan
9.00a.m - Bertolak dari SK Merintaman Sipitang Ke SM Saint Patrick Membakut Sabah.
10.00a.m - Sampai ke destinasi dan berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Anggota
Kumpulan Sokongan, dan Pegawai Aset Puan Evaleen Samarnjuis.
10.20a.m - mendengar taklimat mengenai sistem pengurusan aset alih kerajaan oleh pegawai
aset Sekolah.
- Antara Intipati taklimat Sistem Pengurusan Aset Alih yang telah disampaikan oleh
pegawai Aset:
i. Sistem Fail Pengurusan Aset Alih.
ii. Panduan Penubuhan Unit Pengurusan Aset.
iii. Penerangan peranan dan tanggungjawab Unit Pengurusan Aset.
iv. Panduan tatacara penyediaan pengurusan Aset Alih.
11.30a.m - taklimat oleh pegawai aset selesai.

3.0 Hasil Lawatan
Daripada sesi lawatan yang telah dibuat oleh kami SM Saint Patrick Membakut, beberapa perkara
tentang pengurusan aset alih kerajaan telah dikenalpasti dapat menyumbangkan idea dan cara untuk
memperbaiki sistem pengurusan aset alih di Sk Merintaman Sipitang. Berikut adalah hasil lawatan yang
diperolehi:

i. Dapat melihat cara dan panduan mewujudkan sistem fail Pengurusan Aset.
ii. melihat sistem perlantikan, senarai ahli, dan carta organisasi sistem pengurusan aset.
iii. Mengetahui dengan lebih jelas tentang tatacara pengurusan Aset.

Contoh Gambar Pewujudan File:


Contoh Penyediaan KEW. PA 7