PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG

)
MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN



NAMA : YUSRI BIN ZAINOL ABIDIN
NOMBOR KAD PENGENALAN : 671009025675
NOMBOR KAD MATRIK : 28981
E-MAIL : e.yusri@gmail.com
NO TELEFON : 0195433334
KUMPULAN / UNIT : BM01
MATAPELAJARAN : KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
KOD MATAPELAJARAN : ELM3023E
NAMA PENSYARAH : EN. AMIR BIN HASSAN
TARIKH SERAHAN : 09 OGOS 2014










KERJA KURUS PENDEK

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1 BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN


2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1 - 3
3 REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

4 - 5
4 RUJUKAN

6
5 LAMPIRAN
- Lembaran Kerja
- Lembaran Mewarna
- CD Rakaman Pengajaran Makro




















RANCANGAN MENGAJAR HARIAN PENDIDIKAN MORAL

Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 3
Tarikh : 06 Ogos 2014
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 8.30 pagi
Jangka Masa : 30 minit
Bilangan murid : 13 orang
Nilai Utama : Hormat
Nilai Sampingan : Toleransi, berbudi-bahasa, bersatu-padu
Tajuk : Kepercayaan kepada Tuhan
Standard Kandungan : 1.1 Menghormati kepelbagaian perayaan
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Menyatakan pelbagai perayaan di Malaysia
1.1.2 Menyenaraikan cara menghormati perayaan kaum
lain.
1.1.4 Menyedari kepentingan menghormati kepelbagaian
perayaan yang disambut oleh kaum lain.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
Kognitif : Menyatakan sekurang-kurangnya dua nilai sampingan
melalui aktiviti yang dijalankan.
Afektif : Menceritakan perasaan berdasarkan pengalaman
menyambut perayaan sendiri dan kaum lain.
Psikomotor : Menunjuk cara menghormati perayaan kaum lain.
EMK : TMK, kreavtiviti.
Unsur KBKK : Membuat Inferens
BBB : Komputer, projektor LCD, Gambar, Lagu Hari Raya,
Tahun Baru Cina dan Deepavali, Video Hari Raya, Tahun
Baru Cina danDeepavali, gambar.

Penilaian : Pelaksanaan PBS (B1D11E1, B2D11E1, B2D11E2)







PERKEMBANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH /
MASA
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN CATATAN

Set Induksi
(5 minit)

Guru menayangkan video sambutan perayaan utama di
Malaysia.

Murid menonton video dan cuba memahami kandungan
video yang ditonton.

Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang
akan diajarkan.

Murid memahami hubungan video tersebut dengan
tajuk yang akan diajar oleh guru.


BBB
Video perayaan

Langkah 1
(10 minit)


Guru menayangkan gambar-gambar rumah ibadat dan
perayaan.

Murid menceritakan tentang perayaan dan kaum yang
menyambutnya.

Hari Raya / Tahun Baru Cina / Deepavali /Vasakhi

Soalan Guru ;

Mengapakah kita perlu menghormati perayaan
keagamaan kaum lain?
c.
Bagaimanakah cara untuk menghormati perayaan
kaum lain?


BBB
Video perayaan,
gambar rumah ibadat,
dan perayaan pelbagai
kaum


Pentaksiran
B2D11E1 dan
B2D11E2

Langkah 2
(10 minit)


Guru menerangkan kebaikan menghormati agama
orang lain dan perayaan dalam konteks negara
Malaysia yang pelbagai kaum.

Guru meminta wakil murid membuat rumusan
mengenai kepentingan menghormati agama lain

Murid memberikan pendapat masing-masing daripada
aktiviti yang dijalankan.

Contoh jawapan
1.toleransi
2.menghormati

Penerapan nilai-nilai
dan perasaan

3.bersatupadu

Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat
mengenai kepentingan menghormati agama lain


Penutup
/ Rumusan
(5 minit)

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk menguji
kefahaman murid.

Murid melangkapkan lembaran kerja yang diberi.

Guru mengedarkan gambar-gambar perayaan untuk
aktiviti mewarna.

Murid melakukan aktiviti mewarna.


BBB
1. Lembaran kerja.



2. Gambar untuk
mewarna.







































Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengenalan

Pada 06 Ogos saya telah mengajar tajuk Kepercayaan Kepada Tuhan yang mana nilai
utamanya adalah Hormat dan nilai sampingannya adalah toleransi, berbudi-bahasa dan
bersatu-padu. Standard kandungan pengejaran dan pembelajaran berfokus kepada
menghormati kepelbagian perayaan kaum lain kepada murid Tahun 3 bagi matapelajaran
Pendidikan Moral. Terdapat 13 orang murid di kelas ini. Saya telah mempunyai pengalaman
selama 5 tahun mengajar matapelajaran Pendidikan Moral sepanjang perkhidmatan saya
sebagai seorang guru.

Kekuatan

Selepas melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran, saya dapati murid menunjukkan
minat yang mendalam apabila kita sebagai guru menggunakan pelbagai strategi dan kaedah
dalam pengajaran. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran berjaya
menarrik minat murid yang terdiri dari pelbagai aras kebolehan. Contohnya dalam sesi
pengajaran yang saya lakukan, saya telah menggunakan slaid powerpoint, video dan
gambar bagi menarik perhatian murid. Murid memberi kerjasama dengan baik apabila saya
menayangkan video perayaan utama di Malaysia. Mereka memberi perhatian yang
sepenuhnya apabila video itu ditayangkan. Murid juga seronok apabila saya menunjukkan
slaid tentang tempat beribadat di Malaysia. Saya berasa seronok kerana murid memberi
kerjasama dan respon yang baik sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.


Kelemahan

Dalam setiap kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran, pasti adanya kelemahan.
Kelamahan saya, semasa menjalankan aktiviti kumpulan untuk aktiviti menjawab soalan
secara interaktif, saya telah meluangkan banyak masa bagi arahan dan ini menyebabkan
saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk membimbing murid. Selain daripada itu,

keadaan kelas juga menjadi kurang terkawal kerana murid terlalu seronok untuk
menggunakan komputer.


Langkah mengatasi


Bagi mengatasi pembahagian masa untuk memantau kerja murid, saya seharusnya
mencetak soalan atau lembaran kerja supaya keadaan kelas lebih terkawal. Selain daripada
itu, saya juga perlu menatapkan peraturan di dalam bilik darjah supaya keadaan kelas dapat
dikawal walaupun dalam keadaan mereka seronok membuat kerja.





















Rujukan

1. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2013) Dokumen Standard Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Moral Tahun 3. Kuala Lumpur : Percetakan Rita

2. V.Salachee, Chua Chu Tee, Shakilah Shahkat Ali (2013) Buku Teks Pendidikan
Moral KSSSR Tahun 3 Sekolah Kebangsaaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

3. MSD Technology Sdn Bhd (2007) MS Office Powerpoint 2007.
Kuala Lumpur : MSD Printworks









































1. Lembaran Kerja
2. Aktiviti Mewarna
3. Rakaman Video P&P











LEMBARAN KERJA
Nama : ___________________________________________________ Tarikh : ________

Namakan perayaan keagamaan bagi kaum-kaum berikut ;




























Padankan rumah ibadat bagi kaum-kaum berikut ;



























Tandakan betul  atau salah  bagi setiap kenyataan berikut ;

1. Pada hari pertama Aidil Fitri, umat Islam ke masjid untuk bermaaf-maafan.

2. Kaum India menyambut perayaan Vasakhi setiap tahun.


3. Kaum Punjabi lazimnya beragama Sikh

4. Pertelingkahan akan berlaku sekiranya kita tidak menghormati perayaan
Keagamaan kaum lain.

5. Semua kaum lazimnya akan menziarahi sanak-saudara semasa perayaan
Untuk mengeratkan hubungan.


Nyatakan 3 cara kita mengormati perayaan keagamaan kaum-kaum lain ;

1. ____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________


2. ____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________


3. ____________________________________________________________________________







____________________________________________________________________________