LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN KESELAMATAN

Tugas ahli jawatankuasa (AJK) Perhubungan adalah berkomunikasi dengan
menghubungi peserta yang terdiri daripada pelajar PISMP 1B dan 1F. Sebelum
pertandingan tradisional ini dijalankan, saya telah mengadakan mesyuarat bersama
pelajar ini di dalam bilik kuliah C2. Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan berapa
orang pelajar yang dapat hadir pada masa pertandingan tradisional ini dijalankan. Saya
mendapati seramai 4 orang pelajar yang tidak dapat hadir. 1 orang pelajar daripada
kelas 1B kerana masalah kesihatan, manakala 3 orang pelajar lagi daripada kelas 1F
kerana telah membeli tiket balik ke rumah masing-masing.
Manakala tugas saya sebagai AJK Keselamatan sebelum pertandingan
berlangsung adalah menempah kotak pertolongan cemas. Kemudian, saya telah
memastikan bahawa kotak pertolongan cemas tersebut lengkap dengan alat pertongan
cemas contohnya seperti pembalut luka, ubat luka dan ubat penahan sakit. Selain itu,
saya juga telah merangka kedudukan khemah sakit. Khemah ini dibina khas bagi
menempatkan peserta atau AJK yang mengalami kecederaan semasa berlangsungnya
pertandingan ini. Kedudukan khemah tersebut adalah tidak jauh daripada kawasan
permainan supaya menyenangkan pesakit.
Semasa pertandingan sedang berlangsung, saya selaku sebagai AJK
Perhubungan telah memastikan bahawa semua peserta daripada pelajar PISMP 1B
dan 1F mencukupi seramai 22 orang. Semasa pertandingan tradisional berlangsung,
semua peserta seramai 22 orang tersebut hadir tepat pada masanya. Jika berlaku
kelewatan peserta, saya perlu menghubungi mereka supaya pertandingan yang
dijalankan berlangsung tanpa gangguan.
Selaku AJK Keselamatan, saya telah memastikan bahawa kawasan permainan
tersebut adalah selamat. Contohnya seperti kedudukan meja urus setia berada pada
jarak yang selamat daripada permainan. Saya juga telah memastikan kebersihan di
kawasan permainan contohnya kedudukan dan susunan peralatan permainan berada di
tempatnya. Barang-barang lain seperti makanan dan minuman berada di dalam
keadaan baik. Saya juga telah mengawasi setiap permainan yang diadakan sebagai
langkah berjaga jika berlaku kemalangan, bantuan boleh diterima dengan segera.
Semasa pertandingan sedang berlangsung, salah seorang AJK pertandingan
mengalami kecedaraan. Namun kemalangan tersebut dapat diatasi dan kecederaanya
tidak serius hanya lebam sahaja.
Selepas pertandingan berlangsung, saya telah memastikan kebersihan di
kawasan pertandingan supaya tiada peralatan dan barang yang tertinggal. Hal ini
kerana kawasan pertandingan tersebut merupakan padang dan pelajar lain akan
bermain bola pada waktu petang. Jika terdapat peralatan dan barang yang masih
tertinggal, perkara ini pastinya akan membahayakan pelajar.
Pada pertandingan permainan tahun hadapan, diharapkan agar keselamatan
dan perhubungan antara peserta dan ahli jawatankuasa dapat ditingkatkan untuk
memastikan kelancaran pertandingan tersebut. Kerjasama daripada semua pihak
diucapkan ribuan terima kasih.
Disediakan oleh,

(MOHD SYAHIR BIN MOHAMAD @ ISMAIL)
AJK Keselamatan dan Perhubungan,
Program Karnival Tradisional PISMP Sem 5 2013,
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful