You are on page 1of 33

KESELAMATAN BENGKEL

Punca Kebakaran
Pertolongan Cemas
DISEDIAKAN OLEH :
SURIANI MAHAMUD
ZURIANI MOHD RAHNI
MASNI SHABIRU


DEFINISI KESELAMATAN
Suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bahaya,
bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya
kemalangan.
PUNCA KEBAKARAN
Punca kebakaran di bengkel terjadi disebabkan oleh:

1. Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya
2. Api ubat nyamuk. Mancis, puntung rokok
3. Kebocoran atau mampatan gas
4. Haba mekanikal yang terjadi disebabkan oleh geseran
Punca kebakaran disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:-

1. Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel
2. Lebihan beban aliran kuasa
3. Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan
yang longgar
4. Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar
atau fius
5. Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau
penebat

PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN
Peralatan pencegahan kebakaran yang siap dipasang pada
bangunan dikategorikan kepada dua jenis:

1. Perlindungan Aktif
2. Perlindungan Pasif

Perlindungan Aktif
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di
bangunan untuk mencegah, mengawal dan memadam
kebakaran secara manual atau automatik
Terdapat 8 jenis perlindungan aktif :
i. Alat pecah kaca
ii. Alat pengesan haba
iii. Alat pengesan asap
iv. Sistem pemasangan pancur (riser)
v. Sistem pili bomba
vi. Sistem salur bantu semula(hosereel)
vii. Sistem gas karbon dioksida
viii. Sistem pemasangan tetap buih


Perlindungan Pasif
Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur
bangunan
Ia berfungsi untuk :
a) menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat
berlindung
b) menggunakannya sebagai laluan keluar
c) tempat yang selamat untuk menempatkan peralatan dan
anggota bomba ketika melawan kebakaran

Jenis perlindungan pasif

a) Tangga terlindung
b) Koridor terlindung
c) Pintu rintangan api
d) Ruang akses menentang kebakaran
e) Lif bomba
LANGKAH PENCEGAHAN KEBAKARAN
1. Pendidikan dan Latihan
2. Penguatkuasaan
3. Kawalan Keselamatan
4. Penyelenggaraaan peralatan
5. Good house keeping
Pendidikan dan latihan
a) Mengadakan ceramah tentang bahaya-bahaya kebakaran
kepada kumpulan sasaran
b) Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api,
kejadian api, punca, tindakan yang perlu serta cara
menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem
kebombaan
c) Menubuhkan pasukan bomba industri atau sukarela
d) Menerapkan konsep pencegahan kebakaran dari kurikulum
sama ada di sekolah atau institusi pengajian tinggi
e) Mengadakan latihan bersama Mork Drill bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada penghuni bertindak semasa
kecemasan dan mengenal pasti masalah-masalah yang wujud
dalam latihan tersebut
Penguatkuasaan
Seorang pegawai bomba diberi kuasa untuk membuat
pemeriksaan seperti yang termaktub dalam Akta Bomba
341/1988
Pegawai ini juga bertanggungjawab membuat pemantauan
untuk memastikan sistem pencegahan kebakaran yang sedia ada
dalam keadaan baik dan boleh digunakan dalam bila-bila masa

Kawalan Keselamatan
Untuk memastikan peralatan pencegahan kebakaran berada
dalam keadaan baik

Good House Keeping
Peralatan akan diselenggara dari masa ke semasa supaya berada
dalam keadaan baik dan selamat digunakan
Penyelenggaraan Peralatan

Penyusunan mengikut penyesuaian barang atau tempat yang
dikhaskan
Tidak melindungi sistem atau jalan keluar keselamatan
PERTOLONGAN CEMAS
1. Peti Pertolongan Cemas
2. Tanggungjawab Ketika Kecemasan
3. Jenis-jenis Rawatan dan Bantuan Kecemasan
Definisi Pertolongan Cemas
Bantuan segera yang diberikan kepada orang yang cedera
sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat
mengambil alih.
Peti Pertolongan Cemas
Setiap bengkel perlu memiliki peti pertolongan cemas yang
lengkap
Diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh
sesiapa yang memerlukannya
Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaga dan menambah
barang yang telah habis digunakan
Tanggungjawab Ketika Kecemasan
1. Menilai Situasi Kecemasan
2. Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat
3. Memberi Bantuan Kecemasan
Menilai Situasi Kecemasan
Nilaikan dengan pantas dan tenang peristiwa yang berlaku
Lihat dan awasi bahaya lain terhadap diri anda dan mangsa
kecederaan
Tanya diri anda soalan-soalan berikut:-
i. Adakah terdapat sebarang bahaya yang berterusan?
ii. Adakah nyawa seseorang di dalam bahaya?
iii. Adakah orang ramai boleh memberi bantuan?
iv. Adakah saya memerlukan bantuan pakar?

Pastikan Kawasan Kecemasan Selamat
Pastikan diri sendiri selamat dari bahaya sebelum membantu
orang lain
Lazimnya langkah yang mudah dalam menghadapi kecemasan
ialah menutup suis elektrik bagi memastikan kawasan itu
selamat
Pindahkan mangsa kecederaan ke tempat yang selamat dari
bahaya
Mendapatkan peralatan dan bantuan pakar dengan segera

Memberi Bantuan Kecemasan
Bantuan kecemasan akan diberi kepada mangsa dengan segera
Setiap keputusan dan tindakan yang cepat dan tepat perlu
diambil agar dapat membantu mangsa
Sekiranyanya anda bersedirian, anda perlu:
Menentukan bila bantuan diperlukan dan ke tahap mana
bantuan diperlukan

JENIS-JENIS RAWATAN DAN BANTUAN
KECEMASAN
i. Kesukaran Bernafas
ii. Luka dan Lebam
iii. Terbakar dan Melecur
iv. Kecederaan Elektrik
Kesukaran Bernafas
Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin
mendatangkan bahaya dan boleh mengakibatkan lemas
Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paru-paru
akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau
disebabkan udara dipenuhi oleh gas atau asap
Luka dan Lebam
Terdapat dua jenis luka:
1. Luka terbuka
2. Luka tertutup (pendarahan dalaman)

Luka Terbuka
Satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak dan berlaku
kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya
Luka ini terdedah kepada kemasukan kuman ke dalam badan
Rawatan bagi luka-luka yang kecil:
a. Cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air panas
b. Jika luka tersebut kotor, bersih dengan menggunakan air
yang mengalir
c. Keringkan perlahan-lahan dengan menggunakan tisu atau tuala
yang steril
d. Tutup sementara luka dengan menggunakan pembalut kasa
yang steril
e. Bersihkan kulit di sekeliling luka dengn sabun dan air atau
pencuci yang dapat menanggalkan gris. Buang pad kapas
daripada luka dan gunakan pad kapas yang baru setiap kali
mengesat luka
f. Lap luka sehingga kering dan kemudian balut dengan pembalut
berperekat atau plaster

Rawatan bagi luka yang besar (pendarahan yang
teruk):
a) Tanggalkan atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka.
Perhatikan jika terdapat objek-objek tajam spt kaca
b) Beri tuaman atau tekanan terus ke atas luka dengan tapak
tangan. Jika boleh lakukan dengan pembalut yang bersih
c) Angkat dan ampu anggota yang tercedera pada aras atas
jantung mangsa itu. Pegang anggota itu perlahan-lahan jika
anggot ini mengalami keretakan
d) Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan
pengaliran darah ke bahagian yang tercedera dan
mengurangkan renjatan
e) Biarkan sebarang pad asal pada tempatnya, kemudian gunakan
satu balutan steril. Balut luka dengan sempurna tetapi
janganlah terlalu ketat. Jika terdapat objek lain yang tertonjol
keluar letakkan pad pada mana-mana bahagian objek itu
sehingga kedudukannya cukup tinggi untuk dibalut tanpa
menekan objek itu
f) Sokong atau ampu dengan teguh bahagian anggota yang
tercedera seperti yang dilakukan pada tulang yang patah

Lebam
Lebam terjadi apabila bahan terkena hentakan daripada objek
yang tumpul
Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu,
memberikan kesan biru kehitaman pada permukaan kulit

Terbakar dan Melecur
Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada:
haba yang kering daripada kebakaran atau bahan mengakis
Sejuk yang keterlaluan spt menyentuh wap-wap beku spt
nitrogen cecair dan karbon dioksida pepeja (ais kering)
Melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah seperti wap
atau cecair panas
Apa yang perlu dilakukan untuk merawat kesan terbakar
dan melecur
a) Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan
pantas untuk menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada
tisu-tisu
b) Lindungi bahagian yang terbakar dengan kain yang bersih
kerana kulit yang terbakar sangat mudah dijangkiti kuman
c) Dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin kecuali
terbakar di permukaan yang sangat kecil


Apa yang perlu dielakkan
i. Jangan sentuh bahagian yang cedera
ii. Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang
menggelembung
iii. Jangan sapu losen atau bahan lemak ke tempat yang cedera


Kecederaan Elektrik
Pengaliran arus elektrik ke dalam anggota badan mungkin
menyebabkan mangsa pengsan serta jantung dan nafas terhenti
Arus ulang alik juga menyebabkan kekejangan otot yang pada
lazimnya menghalang mangsa melepaskan kabel elektrik
Jangan dekati mangsa (sekurang-kurangnya 18 meter)
sehinggalah bekalan kuasa telah diputuskan
Tindakan yang perlu diambil
i. Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera
ii. Mungkin mangsa tidak sedarkan diri, periksa pernafasan dan
nadi mangsa. Lakukan pemulihan pernafasan, jika perlu
iii. Rawat sebarang luka terbakar dan lain-lain kecederaan yang
berkaitan. Ambil langkah-langkah untuk mengurangkan
kejutan



SEKIAN, TERIMA KASIH
www.scribd.com/doc/18423453/Umum-Pertolongan-cemas.
Diakses pada 03 Julai 2012

www.slideshare.net/.../prinsip-prinsip-pertolongan-cemas.
Diakses pada 11 Julai 2012

http://ml.scribd.com/doc/...Keselamatan-di-Bengkel-
Kemahiran-Hidup. Diakses pada 13 Julai 2012

www.bombapp.gov.my/makmal.htm. Diakses pada 14 Julai
2012

You might also like